CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Dahlia.Julia

Catatan-catatan Gangguan.

  [Copy link]
Post time 23-5-2020 04:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Tt ade saka ke? Dah cuba tanya pada yang arif? Boss I pun ada saka. Saka Harimau dari abah dia. Jangan sesekali buat tak Betul kat dia Sebab mcm dia blh baca. Konon nya kdg2 tu ada keje yg dia suruh buat yang I terlupa. Pastu Bila balik rumah teringat then I cakap mampus la aku Kalau boss call jap lagi. 2 minit lepas tu sure dia call tanya pasal keje tu. Kalau sekali I ok lagi, maybe kebetulan. Tapi mmg everytime mcm tu . Nak percaya lelebih Takut pulak so mmg serba salah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2020 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Org saka rimau.. garang & berani
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak semestinya apa situasi yang berlaku pada TT adalah saka. Mungkin ianya adalah ability TT sendiri yang perlu TT terokai.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 09:42 PM | Show all posts
bestnya thread ni.. TT kalau takde halangan, harap dapat share lagi cerita2 lain..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
aramcna replied at 4-6-2020 03:41 PM
Tak semestinya apa situasi yang berlaku pada TT adalah saka. Mungkin ianya adalah ability TT sendiri ...

Suka statement ni. Actually aku pon sama macam tt part yang boleh nampak alam/makhluk lain tu. Sebijik sebijon. Jangankan orang lain yang dengar cerita aku, aku sendiri pon confuse dengan apa yang aku nampak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2020 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
puteribaya replied at 29-4-2020 12:59 PM
bertabahla..kalu rasa mmbahayakan, berhenti dulu, sok2 dah pulih MCO ni bole teruskan..

Thank you.
Actually dah ok semula ni. Bila ok, mula la lupa kewujudan thread ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-6-2020 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Liziqi replied at 9-5-2020 02:54 PM
Be strong awak semoga ditunjukkn jalan

Terima kasih. Saya dah ok banyak dah..berbanding sebelum2 ni.

Alhamdulillah Allah tunjuk jalan, sepanjang bertahun2 gangguan tu, tak ada lagi rasanya terjebak dengan bomoh2 atau 'perawat' yang karut marut. Semoga Allah pelihara sampai akhir hayat. Kadang takut jugak, kalau terdesak sangat akal jadi singkat. Mintak jauh la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2020 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dahlia.Julia at 4-7-2020 07:42 AM
aliazulaikha replied at 23-5-2020 04:14 AM
Tt ade saka ke? Dah cuba tanya pada yang arif? Boss I pun ada saka. Saka Harimau dari abah dia. Jang ...


ARWAH NENEK & HARIMAU

Tak sure part saka tu. Kalau nak kata saka pun, tak tau dari mana. Cuma aku teringat sepupu aku pernah gi kebun getah dengan arwah nenek. Masa tu ada harimau selisih ngan diorg. Betul2 lalu sebelah, tapi nenek aku rilek je, dia kata jgn takut. Maunya sepupu aku tak takut, anjing lalu sebelah pun dah risau inikan pulak harimau.

Mak aku masa muda2 dulu pernah ikut arwah nenek gi kebun. Ada bangkai binatang yg mati berdarah2 macam kena serang binatang buas. Mak aku dah cuak, tp nenek aku pulak tenang je macam takde apa-apa, terus gi buat kerja kebun. Bila diorg lalu semula area situ otw nak balik, bangkai tu dah hilang. Kesan2 darah pun takde.

Ada sorang ustaz pernah kata mungkin nenek aku tu ada saka harimau.. Tapi tak pasti la turun ke aku atau tak. Aku rasa macam tak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2020 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
aramcna replied at 4-6-2020 03:41 PM
Tak semestinya apa situasi yang berlaku pada TT adalah saka. Mungkin ianya adalah ability TT sendiri ...

Alamak.. Tak pe la.. Tak mau la.
Hidup satu alam pun dah penat, inikan pulak nak hidup dua alam.

Dulu2 aku selalu termasuk ke alam lagi satu. Aku sedar, tapi tak dapat nak tinggalkan. Dunia aku masa tu seolah2 double, bertindih. Aku sedar aku ada kat mana (bilik/dapur/ofis etc) tp dlm masa yg sama aku ada kat dunia lagi satu dgn kehidupan yg lain kat sana. Susah nak explain.

Ada sorang kenalan aku kata 'roh/semangat' aku dah dipuja bawa ke alam lagi satu. Aku malas nak percaya sbb aku rasa mcm mengarut, tp aku tak boleh lupa la teori dia tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2020 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
LELAKI BERWAJAH REDUP

Suatu malam tu, aku dapat tidur agak awal dan lelap dengan mudah. Ini pelik ya. Sebab selalunya ada macam2 gangguan sblm aku dapat lelapkan mata.

Tengah2 malam sedang lena tidur, tiba2 aku terjaga. Rasa sejuk yg teramat, sedangkan aku tak on aircond. Aku dapat rasa angin bertiup kuat, sejuknya tu macam korang duduk tepi pantai waktu malam.

Selain kerana kesejukan, aku terjaga sebab pergelangan kaki aku rasa sakit macam ditindih benda berat. Utk pengetahuan, aku tidur tu dlm keadaan baring dgn kaki rapat. Macam jenazah, tapi tangan takde la letak berdakap atas dada/perut

Sebaik je buka mata, nampak ada satu susuk lelaki sedang berdiri merenung tepat pada aku. Dia berdiri atas pergelangan kaki aku dengan kedua-dua tangannya disilang ke belakang.

Aku tak dapat nak gerakkan kaki. Beratnya ya rabbi.. Dalam samar-samar tu sempat la aku pandang dia. Lelaki muda, berpakaian kemas & bersih. Redup je wajah dia. Pakaian dia berkibar-kibar ditiup angin. Mungkin angin tu la yang buat aku rasa sejuk hingga terjaga dari tidur tadi.

Lepas puas merenung aku, dia hilang. Barulah aku dapat bangun & gerakkan kaki. Siang harinya, sepanjang hari aku terbayang-bayang renungan dia. Dan sepanjang hari juga pergelangan kaki tempat dia berdiri tu sakit, rasa macam terseliuh.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 04:47 PM | Show all posts
Dahlia.Julia replied at 4-7-2020 07:04 AM
LELAKI BERWAJAH REDUP

Suatu malam tu, aku dapat tidur agak awal dan lelap dengan mudah. Ini pelik ...

nak share pengalaman apa aku nampak mcm TT nampak alam yg berkonsep transparent tu. kalau tak sama i redha..haha..nampak dan siap dengan pakej boleh bersembang/download history lagi. tapi dalam minda sedar, aku in denial. tak layan. definition tak layan tu macam "ah lantak kau lah aku ade objective hidup aku.."
fast forward. rupanya badanku di huni/jaga oleh bunian. ada yang kata bunian ni macam protect aku dari jin jahat atau sihir..again minda sedar aku kata "no way!"..makan tahun jugak nak buang sebab janji Allah belum masanya. Dugaan banyak. solat tunggang langgang Quran malas baca..automatik mengantuk bila dengar bacaan. yang lagi teruk muka hitam, badan panas tak bersebab dan susah nak mengandung - paling lama 2 bulan. pastu peyod.

alhamdulillah bantuan Allah sampai melalui perawat untuk pindahkan bunian (dah berkampung wehh kat laman umah) ke tempat lain. masa ni baru lah merasa nikmat sihat. dapat fokus buat kerja / belajar. jiwa tenang badan segar fresh dapat solat. rasa bahagia sangat masa tu. walaupun sebelum ni rasa macam dah give up. whyyyy bettee...

as of now, alhamdulillah, yang berkampung kt kawasan rumah aku (kat kampung, kat rumah sendiri, kat rumah sewa - i pjj dengan suami) semua dah di selesaikan - pindah. cuma yang pening sekarang dengki manusia pulak belum dapat ilham nak selesai. lately, dapat tau yang aku kena sihir guna patung. sekarang tengah usaha zikir isi diri. wallahualam, tak nak tau sape buat janji baik. <<--sorry nak menjonah.


actually manusia jenis ni - cth: TT, umpama magnet kepada makhluk alam lain. walau mana pun dia pergi, segala mak nenek penghuni tempat tu akan tertarik datang untuk welcoming remarks gitu. diorg pun macam kita, bila ade manusia leh nampak dtg kat tempat diorg, mulala nak menjoyah nak datang tengok say hi. and bila baca forum MPS, terus leh nampak situasi penceritaan tu. masa tu la TT tanpa sedar your soul dah ade dlm situasi tu dan exposed diri kepada serangan makhluk alam lain tu. stop bayangkan dan selawat.

nasihat kepada TT, yakin lah kepada Allah. kurangkan bercerita. kekadang setan ni jentik sikit jer utk kite rasa bongkak - cth: apa aku cerita ni mcm dah show off yang aku leh nampak alam dia, nah itu jarum setannirojim. nauzubillah yakinlah pada Allah. bantuan akan sampai tepat pada masanya. usaha tangga kejayaan. cara nya macam mana...ntah aku pun tak tau..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2020 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
inezsh replied at 10-7-2020 04:47 PM
nak share pengalaman apa aku nampak mcm TT nampak alam yg berkonsep transparent tu. kalau tak sama ...

Part gangguan masa solat tu mmg aku tak nafi. Setakat lupa rakaat, kerap sangat. Aku pernah berdiri lama sbb tak dapat rukuk. Masa musim gangguan tengah kuat dulu, tengah solat tu aku boleh melompat, menari (few seconds je), ketawa, sesak nafas..

Pernah jugak muncul jelmaan-jelmaan. Bau-bauan pelik. Depan aku, waktu sdg solat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2020 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
inezsh replied at 10-7-2020 04:47 PM
nak share pengalaman apa aku nampak mcm TT nampak alam yg berkonsep transparent tu. kalau tak sama ...

Mintak maaf, aku kurang jelas part bongkak & show off tu.

Kalau aku, aku tak pernah rasa pun apa yg aku lalui ni satu benda yg nak dibangga-banggakan. Dan aku tak rasa jugak, kemampuan tengok makhluk alam lain tu sebagai satu anugerah ke apa ke.. Seriously, aku anggap ni penyakit. That's why aku pergi berubat cari kesembuhan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2020 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
GANGGUAN MINGGU INI

Haha.. Ntah apa-apa je tajuk. Actually aku baru je kena kacau lagi. 3x dia datang dalam minggu ni.

Pertama. Ahad malam isnin hari tu. Aku tengah lena tidur, tak semena-mena aku rasa ada benda terjah terkam aku. Korang pernah tengok ahli gusti dalam gelanggang? Macam tu la kitorang bergelut. Aku tak nampak muka dia, tapi dia dtg dlm bentuk manusia. Aku dapat rasa aura marah dari dia. Dia tonyoh2 dan ganyang aku sepenuh hati. Menggelupur aku nak lepaskan diri. Aku rasa dia nk cuba cekik aku tapi tak dapat. Macam marah sangat & betul2 nak takutkan aku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2020 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Samb. GANGGUAN MINGGU INI

Kali kedua, hari Selasa malam Rabu. Masa ni aku tido kat ruang tamu. Pastu aku terjaga sebab dengar ada suara jiran beri salam depan pintu rumah. Bukan luar pagar, tapi betul2 depan sliding door utama tu. Dia punya salam tu tak jelas sebutannya. Yg dengar jelas cuma 'kum.. Kum..' yg kat hujung tu. Aku terfikir la, eh makcik ni nak ajak gi masjid ke? Sbb sblm PkP dulu, kitorg biasa la gi subuh kat masjid sama2 naik kereta dia.

Tapi mujur la otak aku berfungsi waras lagi masa tu. Aku perhati sliding door tu. Tak nampak ada bayang orang pun. Ruang tamu aku gelap, garaj pulak terang sbb aku pasang lampu. Kalau ikut logik, aku boleh nampak la makcik tu.

Dalam aku berfikir tu, suara beri salam tu masih lagi tak berhenti. Kuat & jelas, separa menjerit. Mcm makcik2 kat kampung melaung dari laman rumah tu.. Aku mula berdebar. Sebab aku tak nampak juga bayang kereta dia dpn rumah aku. Dan aku dah terfikir, mustahil la dia boleh ada depan pintu rumah. Pagar berkunci, takkan dia panjat? Sah-sah yg tengah bagi salam tu bukan jiran aku!

Tiba-tiba dia seru nama aku. "Julie! Julie!". Rasa gugur jantung time tu jugak. Kali ni mmg sah bukan manusia. Sebab tak ada siapa kat sini yg pernah panggil aku dgn nama tu. Itu panggilan kawan2 rapat je, masa aku kat U, lebih 10 tahun dulu!

Terkumat-kamit aku baca doa hindar syaitan. Sambil mata aku masih lagi pandang pintu. Dalam pada tu, aku terpana jugak. Sebab dah lama sangat tak ada org panggil aku dgn nama tu. Tetiba si syaiton ni buat throwback pulak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2020 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dahlia.Julia at 11-7-2020 10:29 PM

Samb. GANGGUAN MINGGU INI.

Kejadian ketiga. Baru je berlaku dua malam lepas. Aku terjaga dgn mengejut, waktu yg biasa aku terjaga. Sekitar 3-4 pagi.

Atas siling setentang dgn tempat aku tidur kedengaran bunyi bising. Bunyi makhluk yg agak besar sedang mencakar-cakar. Lepas mencakar, bunyi pula dia merangkak dan menggelepar. Ya Allah, laju rasa jantung aku time tu. Cepat2 aku baca doa yg ustaz ajar (lepas kejadian kedua yg aku cerita dlm post kat atas tu, aku mengadu kat ustaz perawat aku. Dia ada ajar doa.)

Actually benda ni dah pernah jadi tahun lepas. Dulu masa first time jadi, aku takut gila. Lintang-pukang aku berlari cari suis lampu sbb aku ni jenis tido dlm gelap. Kali ni berdebar tu memang berdebar, tp alhamdulillah dah ok sikit. Aku bangun baca doa, amik wudhuk. Masuk bilik adik aku cuba tenangkan diri kejap.. haha.. Takut jugak la walaupun dh pernah alami sblm ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-7-2020 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dahlia.Julia at 5-8-2020 01:25 AM

MALAM GILA 1

Kejadian ni berlaku masa awal-awal aku berubat.
Mungkin sebab benda tu dah lama dalam badan aku, sekali aku pergi berubat badan aku terus jadi sakit sangat2. Otot2 macam kena perah, rasa ditarik-tarik. Sedangkan ustaz perawat tu cuma letak tangan di kepala baca ayat-ayat & doa utk ruqyah. Itu je.

Malamnya aku susah nak tidur. Rasa lemah & sakit. Aku dpt tidur lbh kurang pukul 12mlm.

Tiba2 je suara yg kuat dtg sergah aku. Macam bunyi beruang mengaum(?) nk serang orang tu. Terus terduduk aku dibuatnya. Aku buka mata, depan aku ada makhluk yg sangat2 buruk dengan rambut menggerbang. Betul2 dlm jarak sejengkal je depan muka aku. Dia la yg berbunyi tadi. Dia menyeringai pandang aku, buruk sangat dgn gigi tajam2 tak teratur.

Lepas dia hilang je, terus aku buka lampu pergi bilik air. Cuci muka, wudhuk. Aku buka almari keluarkan telekung baru. Pegang je telekung, aku jadi lemah tak larat. Aku baring semula, terlelap.

Masa ni aku mimpi. Aku ada kat satu rumah. Ada beberapa org lagi dlm rumah tu yg aku tak kenal. Ada satu entiti ni, macam asap hitam tapi tepu/solid sikit dari asap. Entiti tu cuba nak meresap ke dalam badan aku melalui kepala. Aku dot rasa pergerakan dia dlm kepala aku. Terjerit-jerit aku baca entah zikir atau doa apa. Dia cuba jugak nak masuk perlahan-lahan. Aku teruskan lagi zikir. Dia dapat masuk sampai bahu, terus dia keluar semula dr kepala n hilang mcm tu je. Terus aku terjaga, berdebar-debarnya jgn kata lah.

Aku gi berwuduk lagi. Masih tak larat nk cuba solat. Aku terlelap sekali lagi. Kali ni aku mimpi aku kat bangunan dua tingkat. Aku di tingkat atas, tengah duduk dgn lg 3 org ada group discussion. Tiba2 dr tepi tingkap ada suara mengilai. Makhluk rambut panjang, pakaian putih koyak-rabak. Dia hulur tangan dia melalui tingkap tu cuba nak capai aku. Jarak aku dgn tingkap tu agak jauh, lbh krg 15kaki. Tangan makhluk tu makin lama makin panjang menuju pada aku sambil berayun2 melambai. Aku dah takut lain macam. Sedaya upaya aku baca doa2 yg aku ingat. Aku takut kalau dia capai aku, aku takut dia masuk dalam aku. Sebaik je tangan dia sampai depan aku, tangan dia terhenti. Seolah2 itu la had maksimum kepanjangan tangan dia. Aku lega sekejap wpun masih takut. Dia tarik semula tangan dia ke luar tingkap. Dia terus terawang2 kat situ pandang aku mcm tak puas hati. Aku pun  terus terjaga.

Aku gi berwuduk lagi. Baca doa2 sikit. Tidur. Mimpi lagi! Kali ni aku kat ruang tamu satu rumah ni. Dgn sorang lelaki yg aku tak tau siapa. Kitorg tengok movie kat tv. Dah lewat malam, aku mintak diri nak balik. Tapi tak dapat nak keluar. Kat halaman rumah dia ada makhluk terapung tadi. Boleh pulak dia sambung masuk dlm mimpi ni. Kali ni makhluk tu cuma berdiri je pandang aku. Suasana masa tu sangat la seram. Dengan laman rumah yg gelap. Nampak dia je dgn baju putih berdiri sambil kepak-kepakkan tangan.

Aku terjaga lagi. Sangat2 tak larat. Badan dah memang sakit. Kepala pula pening sbb asyik terkejut dari tidur. Nak tidur semula, susah nak lelap sbb bilik terang. Aku takut nak tutup lampu. Aku terbayang makhluk menyeringai yg kejutkan tidur aku tadi.

Cuba juga tidur. Dapat la lelap lagi sekali. Kali ni mimpi aku kat atas bukit pula. Waktu malam. Gelap. Ada sorang perempuan pandang aku mcm tak puas hati. Dia baling aku dengan siput babi. Bertubi-tubi. Puas aku mengelak. Aku dah la geli menatang tu.. Terus aku terjaga dgn dada berdebar2. Aku tak sambung tidur kali ni. Aku cuba jugak bertahan sampai la Subuh. Bila dengar azan Subuh, lega sangat2 rasanya.

----------

°°Next Update: post #92 (MALAM GILA 2 - LELAKI ATAS MEJA.)
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2020 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dasyatnya ujian yang tt hadap ni. Semoga tt terus kuat untuk lawan semua ni. Dan tt akan pulih dari gangguan buat selama-lamanya
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2020 03:31 PM | Show all posts
Membaca perkongsian TT membuatkan daku sedar, lain orang lain ujiannya. Didoakan semoga TT dipermudahkan urusan diberi kesembuhan dari penyakit/gangguan yg TT alami setelah sekian lama
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2020 05:34 PM | Show all posts
berdebar baca cerita TT..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.365345 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list