Ketika ini, negara sedang dilanda kebimbangan pandemik Covid-19 sehinggakan kerajaan mengambil inisiatif mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bertujuan untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak berkenaan.
Kredit foto: Facebook Malaysia Gazette
Namun, ketika rakyat cuba mengikuti perintah kerajaan supaya duduk di rumah dan anggota polis meninjau kawasan bagi memastikan rakyat mematuhi arahan, terdapat warga asing dilihat merayau di kawasan sekitar pasar borong Selayang seperti dilaporkan MalaysiaGazette.
Difahamkan, kawasan itu rata-ratanya dihuni warga asing dan pendatang tanpa izin (PATI)
Kredit foto: Facebook Malaysia Gazette
Ketika pasukan Malaysia Gazette melakukan tinjauan di pasar berkenaan, mereka dikejutkan dengan keadaan berpuluh-puluh penduduk berkumpul tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
Mereka kelihatan bebas berjalan-jalan, berkumpul dan duduk berbual di perkarangan kedai serta jalan raya. Malah, terdapat kanak-kanak bermain dan berlari-lari di kawasan tersebut.
Kedai-kedai makan juga dibuka dan beroperasi seperti biasa dengan kebanyakkan pelanggan duduk santai menjamu selera tanpa mempedulikan arahan yang dikeluarkan kerajaan.
Selain itu, ada juga yang memancing ikan di kawasan tasik berdekatan. Sangat biadab!
Kredit foto: Facebook Malaysia Gazette
Mereka seolah-olah tidak tahu menahu mengenai larangan kerajaan yang tidak membenarkan berkumpul sesama sendiri.
Lebih menjijikkan, terdapat lelaki dan wanita yang duduk di luar perkarangan kedai sambil menjual sirih, malah mereka yang membeli dan mengunyah sirih langsung tidak mempedulikan soal kebersihan dengan meludah di merata-rata.
Team Malaysia Gazette ada berbual dengan beberapa warga asing yang rata-rata mereka dari etnik Rohingya itu mengakui maklum dengan PKP, namun tidak menganggapnya serius.
Wahida Kama, seorang perniaga makanan maklum mengenai arahan kawalan tersebut, namun beranggapan ianya sekadar sekatan biasa yang melarang orang ramai keluar jauh dari kawasan masing-masing.
"Tidak tahu sangat. Kedai macam biasa. Tahu tentang tidak boleh keluar rumah tapi macam biasa," kata Wahida kepada Malaysia Gazette.
Sementara itu, Mohd Shawal akui dia sememangnya sedar mengenai penularan wabak Covid-19, tetapi tidak begitu faham dan peduli mengenainya.
" Tapi bila malam, tempat ini sunyi juga. Semua turun beli makanan dan naik balik. Saya juga begitu," ujarnya.
Rata-rata rakyat Malaysia bimbang dengan sikap warga asing berkenaan dan meninggalkan komen, mengharapkan kerajaan mengambil tindakan segera ke atas mereka sebelum ianya mengundang bahaya.
Kredit foto: Facebook Malaysia Gazette
"Bangsa asing ni bukan tak tahu, saja buat tak tahu.
"Mustahil dalam ramai-ramai, sorang pun tak tahu Bahasa Melayu.
"atutnya, kalau bukan sebab Covid-19 pun, dah lama perlu diselesaikan.
"Depa ni sebenarnya dah faham Bahasa Melayu, cuma malas nak ikut arahan.
"Memberi kesan buruk pada rakyat," antara komen netizen di Facebook Malaysia Gazette.
Apa yang dibimbangi adalah berasas kerana warga asing berada dalan lingkungan masyarakat kita dan wabak Covid-19 tidak memilih agama, bangsa mahupun warna kulit. - CARI |