CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: matamata

[Jenayah] Syed Saddiq Hilang Duit Di Rumah RM250K-Bukan Duit Parti-TV-3 Mintak Maaf #97 Up

  [Copy link]
Post time 31-3-2020 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
ayorsuam replied at 31-3-2020 06:56 PM
Aku tak rasa LTR...honeytrap gitu. Kalau ada relationship buat apa nak ambik selfie berkeping2 cam ...

tp mmg fishy...

iols akan tunggu.. tgk sejauh mana kes ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2020 07:30 PM | Show all posts
sarah82 replied at 31-3-2020 03:37 PM
Hahaha.. Yg penting apa budak kecik saddiq ni buat duit byk2 simpan dlm peti

kalu gaji dia rm30k sebulan lojik jer
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 07:40 PM | Show all posts
'Wang milik saya, ibu bapa' - Syed Saddiq

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... bu-bapa-syed-saddiq

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mac 2020 @ 6:05 PM

Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my



WANG yang hilang di rumah Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Petaling Jaya adalah wang peribadi milik beliau dan ibu bapanya.

Syed Saddiq mendakwa, wang itu sebahagian besar untuk pengubahsuaian rumah dan bagi tujuan peribadi.

“Saya dan keluarga tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan. Kami sendiri yang membuat laporan polis berkenaan kehilangan wang itu.

“Sekiranya benar duit itu duit haram, kenapa kami membuat laporan polis? Saya akan memberikan kerjasama penuh dalam membantu siasatan SPRM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, ibu bapanya juga sudah membuat laporan polis mengenai kehilangan wang itu.

“Mereka juga sudah membuat laporan polis berkenaan kehilangan wang itu yang mana RM90,000 adalah milik saya, RM50,000 milik ibu dan RM70,000 milik ayah saya.

“Wang itu dikeluarkan bagi tujuan pengubahsuaian rumah yang kami miliki bersama dan juga untuk tujuan peribadi,” katanya.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, sehingga kini beliau tidak memiliki rumah.

“Sampai sekarang saya tidak memiliki rumah. Dengan itu saya Abuyah (bapa) dan mama (ibu) mengambil keputusan membeli rumah bersama.

“Saya berhasrat berpindah selepas rumah itu siap diubahsuai. Pengubahsuaiannya masih belum siap, perkakasan elektrik dan perabot juga belum dibeli,” katanya.

Menurut beliau, beliau sudah mengarahkan pegawainya untuk membuat laporan polis dan mengambil tindakan kepada mereka yang memfitnahnya dan keluarga.

“Ini adalah fitnah untuk menjatuhkan reputasi saya dan keluarga. Saya juga tidak akan berkompromi perkara berkenaan integriti dan kami sekeluarga akan memberi kerjasama penuh dalam membantu pihak polis dan SPRM.

“Saya harap semua pihak hentikan spekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa membuat siasatan,” katanya.

Semalam, Syed Saddiq mengesahkan kecurian berlaku di kediamannya dan polis sudah membuat siasatan di rumah sejak malam kelmarin.

Bagaimanapun, beliau mendakwa, laporan media sebelum ini bahawa kehilangan RM250,000 milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah tidak benar.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 07:43 PM | Show all posts
at least he's straight
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
cicicumel replied at 31-3-2020 11:30 PM
kalu gaji dia rm30k sebulan lojik jer

Mmg logik kalau langsung dia tak pernah makan duit tu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 08:49 PM | Show all posts
‘Wang peribadi kami bagi tujuan renovasi rumah’

https://www.malaysiakini.com/news/517943

Diterbitkan Hari ini 5:53 pm
Dikemaskini Hari ini 5:53 pm



Sebahagian besar wang tunai yang dicuri dari kediamannya di Petaling Jaya adalah untuk kerja-kerja pengubahsuaian rumah, kata bekas menteri Syed Sadiq Syed Abdul Rahman.

Sambil memberi pecahan wang berkenaan, Ketua Pemuda Bersatu itu, dalam satu hantaran jawatan media sosial, berkata RM90,000 adalah miliknya manakala RM50,000 milik ibunya dan RM70,000 milik bapanya.

Beliau juga mengakui pecahan yang tidak berikan itu tidak mencukupi nilai RM250,000 yang dilaporkan dicuri, Syed Saddiq berkata, bahawa ini adalah hanya anggaran.

"Sebab itu, saya kata biar polis siasat.

"Semasa polis tanya, saya kata maksimum ialah RM250,000. Tetapi perlu sahkan dengan ibu bapa saya kerana juga terjejas.

"Sebab itu dalam laporan polis rasmi, ia (menyatakan) 'anggaran'," katanya, sambil menambah bahawa jumlah yang disebut dalam laporan media berbeza daripada RM200,000 hingga RM250,000.

Tambahan pula, Syed Saddiq berkata ibu bapanya juga membuat laporan polis berasingan berhubung perkara itu.

Dalam hantaran di media sosialnya, bekas menteri berusia 27 tahun itu berkata beliau dan keluarganya tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan.

“Saya dan keluarga tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan.

“Malahan kami sendiri yang membuat laporan polis berkenaan kehilangan wang. Sekiranya benar duit itu duit haram, kenapa harus kami laporkannya?” soalnya.

“Wang tersebut merupakan wang peribadi milik saya serta ibu bapa.

“Majoriti wang itu dikeluarkan bagi tujuan renovasi rumah yang kami miliki bersama. Selainnya adalah untuk tujuan peribadi,” katanya.

Syed Saddiq berkata memandangkan beliau tidak memiliki rumah, mereka memutuskan untuk membeli bersama.

“Sampai sekarang saya tidak memiliki sebuah rumah. Dengan itu saya, Abuyah & Mama mengambil ketetapan untuk membeli rumah bersama.

“Dan saya berhasrat ingin pindah ke rumah tersebut selepas siap renovasi. Rumah belum siap renovasi, peralatan elektronik & perabot semua belum dibeli lagi,” katanya.

Beliau mengulas laporan SPRM yang menggesa suruhanjaya itu untuk menyiasat bekas menteri itu.

Syed Saddiq berjanji untuk bekerjasama dengan polis dan SPRM, dan menyatakan bahawa beliau tidak akan berkompromi mengenai subjek integriti.

Sementara itu, ahli parlimen Muar itu berkata beliau telah mengarahkan pegawainya untuk memfailkan laporan polis dan memulakan tindakan terhadap mereka yang memfitnahnya dan keluarganya mengenai isu tersebut.

Semalam, adalah dilaporkan bahawa Syed Saddiq mendapati wang itu didapati hilang kira-kira jam 7 malam pada Sabtu lalu.

"Tiada sebarang kesan umpil dan keadaan rumah dan bilik kemas.

"Peti besi milik saya telah saya tetapkan kod rahsia dan hanya orang tertentu sahaja yang tahu di mana saya simpan," katanya dalam laporan polis itu.

Beliau juga menafikan laporan awal bahawa wang itu milik Bersatu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-3-2020 08:50 PM | Show all posts


Ada suara mengekek kat akhir2 vid tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Cakap belit2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2020 09:23 PM | Show all posts
matamata replied at 31-3-2020 08:50 PM
Ada suara mengekek kat akhir2 vid tu

tu suara minah rempit  yg jadi pemuas nafsu dia.

minah litar part time, hobi merempit malam malam . Kalau mat lumba menang mmg akan usung minah ni  balik  bilik buat lauk.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
alaa tak percaya gambar tu
mcm drama je kan
nk jatuhkan orang..buatla gmbr bersama ala2 baru lepas ngeseks..gentle bagi la gmbar atau   video tengah ehem ehem br real dan percaya
setakat gambar sebelah jarak2 cmtu sorang tidur sorg sengeh. elehhh aku pon boleh buatt.kah!
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
'bibik' tu pon baru je ber Vday feb 2020 dgn jantan lain yg ditag sbg 'photographer'. diupah utk trap sadiq? tapi instant cash la sadiq oiii duit hilang, aib terlondeh. pasni tak boleh nak acah2 suci dah pasal renovate rumah tu bau ikan tetap tak hilang, contractor pon takkan la saja nak menyusahkan diri mintak cash sedebuk, baik transfer je? duk zaman ape ni korang
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
julia5094 replied at 31-3-2020 03:26 PM
Gaji kan masuk bank..kenapa perlu kluarkan n simpan kat rumah?

Duit dia abt 90k. Yang lain duit mak dn ayah dia. Orng berduit memang suka simpan cash kt rumah. Rumah jenis ada peti besi. Kalau yg kaya raya lagilah simpan lg banyak dan matawang lain. iols yg xlah kaya mana pon ada je ribu raban untuk emergency use. My parents lg lah ada duit2 matawang luar. Orang xbnyak duit xfaham kenapa. Nenek iols pon ada peti besi kt rumah. Hehehehe

Tp sprm dh terima report. Mereka akan siasat.

Kalau duit kotor, xde nye saddiq nk buat report.

90k duit dia tu sikit je klau banding dngan yng dlam bank dia. Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 04:09 AM | Show all posts
kucing_gebu replied at 30-3-2020 11:43 PM
Tu baru harta sadiq segaraga dlm rmh...dlm negara...luar negara...??????

cilakerrrrr
tegelak akak tgh mentelaah thread si sadiq segaraga ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 04:21 AM | Show all posts
eloklah ko tak masuk oxford ari tu sadiq oii
nampak macam pandai tapi bodo
ni dah 2020 dah ko dok simpan duit dlm peti besi tu dah kenapa nya

akak bayar renovator beshe2 cat je pon 7k
pon online jahhhh sadiq gile
ni contractor tesangkak mana yg ko amik nak
250k cash?????

kata ada cctv.. kenapa takleh trace sapa bukak cctv tu?
dak pon ko tu berhalusinasi mental gamaknya
dah kuorkan 250k tapi lupa
sib baikla ko tak jadi menteri dah
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 04:23 AM | Show all posts
matamata replied at 31-3-2020 08:50 PM
Ada suara mengekek kat akhir2 vid tu

pandai dia video sekerat
kaka speku mamat side parted ni

buat knee push up jahhhhh
takat knee akak yg acik ni pon boleh buat 50

bibik dia merekod ni gamaknya
ko tak reti buat self record ke si sadiq ni
muskil plak dgn kebodohan dia ni


Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 04:26 AM | Show all posts
kejap duit party
kejap duit sendiri
kejap duit menabung
kejap duit renovate

mana satu betui ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2020 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 31-3-2020 09:51 PM
'bibik' tu pon baru je ber Vday feb 2020 dgn jantan lain yg ditag sbg 'photographer'. diupah utk tra ...

Kesian Sadik. Nak ngesek haram pun susah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 09:47 AM | Show all posts
makin busy netizen mengomen
dh la sedang PKP, WFH bagai
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 11:58 AM | Show all posts
LadyCarefree replied at 1-4-2020 01:01 AM
Duit dia abt 90k. Yang lain duit mak dn ayah dia. Orng berduit memang suka simpan cash kt rumah. R ...

Tapi... tapi... kenapa SS sendiri yg kaya tu persoalkan Najib simpan duit kat rumah? Takkan dia tak paham?

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
ayorsuam replied at 31-3-2020 06:57 PM
Euuwww! Tu bukan kepuasan uols...tu senyuman bakal dapat payment kikikiki

Tak kurang puass kesenakan... *laariiiiii*
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.131304 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list