CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3400|Reply: 4

[Pelbagai] Wanita lebih ramai manfaat PKP dengan membaca

[Copy link]
Post time 9-4-2020 10:16 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR : Pembaca wanita lebih banyak membaca dalam talian, iaitu 80.4 peratus sepanjang penguatkuasaan Perintah kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu, sementara pembaca lelaki hanya merekodkan 19.6 peratus sahaja.

Kajian daripada tahap usia pula menjelaskan kebanyakan pembaca berusia 35 hingga 44 tahun menggunakan peluang ‘berkurung’ untuk membaca e-buku diikuti usia 18 hingga 24 tahun, namun begitu, golongan usia 25 hingga 34 tahun berada di tangga ketiga ketika tempoh PKP ini.

Data itu dikongsikan oleh Pengarah Urusan E-Sentral, Faiz Al Shahab kepada BH yang membuktikan peluang berada di rumah dimanfaatkan sepenuhnya oleh ‘ulat buku’.

“Sejak bermulanya PKP, mengikut laporan statistik kami di E-Sentral, dari 18 hingga 28 Mac, purata penggunaan e-buku adalah sekitar 2,000 jam sehari.

“Aliran kepada peralihan pembacaan e-buku ini dilihat ketara sebaik saja kerajaan mengenakan PKP kerana ramai orang mempunyai masa terluang, sekali gus menjadikan peratusan penggunaan e-buku ini semakin meningkat.

“Tempoh PKP dianggap menjadi fenomena kepada peralihan setiap orang kepada bahan bacaan e-buku. Namun, ia tidak didorong oleh Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), kerana murid sekolah dan golongan umur bawahan tidak terbabit dalam data ini,” katanya.

E-Sentral adalah platform yang membolehkan pembaca mendapatkan bahan bacaan dalam format e-buku di mana terdapat juga aplikasi untuk dimuat turun bagi memudahkan pembaca membeli buku kegemaran masing-masing.

Ketika ini saja, dianggarkan sejumlah lebih daripada 250,000 bahan bacaan boleh didapati di E-Sentral.

Jelasnya, segmen romantik dan novel am menjadi kategori yang paling banyak dibaca berbanding kategori lain, namun bagi bahan bacaan tidak berkategori, selalunya ia dirujuk kepada kepada bahan bacaan yang percuma.

“Kategori yang banyak dimuat turun dan dibaca pula adalah kategori kekeluargaan dan kesihatan, jenayah, novel remaja, dan juga keagamaan seperti Islam.

“Namun begitu, bukan hanya ketika tempoh ini saja peningkatan jumlah bahan bacaan tetapi pada hari biasa juga tempohnya lebih kurang sama yang mana kategori romantik dan novel am tetap menjadi pilihan popular rakyat negara ini untuk dibaca.

“Bagaimana pun, kategori kekeluargaan dan kesihatan tidak kelihatan dalam kategori permintaan sebelum bermulanya PKP. Jadi, ini adalah aliran yang baharu,” katanya.

Tegas Faiz, rata-rata daripada permintaan untuk bahan bacaan e-buku ini ialah 70 peratus Bahasa Melayu dan selebihnya Bahasa Inggeris serta Mandarin.

Dalam pada itu beliau berharap, momentum penggunaan e-buku ini akan semakin bertambah biarpun bukan ketika tempoh PKP dan sebagainya.

“Pembaca yang sebelum ini tidak pernah terfikir dan terlintas untuk menggunakan e-buku, kini lebih senang menggunakannya kerana dapat meluangkan banyak masa di rumah dan juga dalam talian.

“Harapnya pengguna ini akan terus berkekalan menggunakan e-buku selepas PKP berakhir nanti,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2020 03:09 PM | Show all posts
sepanjang PKP nie dah 2 buah buku indonesia dah habis baca iaitu;

1. Kartini karya Abidah El Khalieqy
2. Daun Yang Jatuh Tak Pernah Membenci Angin karya Tere Liye

dua2 buku ni memang best dan recommended

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
aina_shaira replied at 9-4-2020 07:09 AM
sepanjang PKP nie dah 2 buah buku indonesia dah habis baca iaitu;

1. Kartini karya Abidah El Khal ...

online ke sis? bahasa indon?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 06:41 PM | Show all posts
adila39 replied at 13-4-2020 05:22 PM
online ke sis? bahasa indon?

buku fizikal.

ya buku karya indonesia. memang recommended.best sangat baca.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2020 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols baru sort ebooks yang dalam hdd. Baru kemas sikit hdd. Maybe nak baca semula The Alchemist Paulo Coelho

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.056578 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list