CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25359|Reply: 132

Aku lelaki dan aku sensitif

  [Copy link]
Post time 23-4-2020 02:28 PM | Show all posts |Read mode
Salam.

Aku tak tahu nak cerita macam mana. Jadinya aku straight to the point je lah. Aku anak bongsu, tapi percaya lah, orang ramai cakap anak bongsu manja, anak bongsu beruntung, tapi tidak pada aku. In fact aku rasa macam aku anak yg tak diundang which is true sebab akak aku pernah cerita masa mak aku mengandungkan aku, ayah aku terkejut dan termenung berhari2 sebab aku ni unexpected child lah kiranya, tak plan nak ada anak lagi kiranya mak ayah aku plan abg aku adalah anak last diorang, tapi tiba2 aku pulak muncul dalam hidup diorang. tapi aku faham je situasi tu, maybe ayah aku fikirkan tentang kewangan dia ms tu. tapi selepas apa yg aku lalui dalam hidup aku, aku dapat rasa yg aku ni mmg anak yg tak diundang. sebab apa? mari aku ceritakan.

Dalam adik beradik aku, dalam hal education, aku yg paling memberangsangkan berbanding adik beradik aku yg lain. Dari UPSR smpai SPM aku straight A. Aku jugak pernah dapat anugerah Tokoh Pelajar. Aku bukan nak highlight yang aku ni anak yg pandai so aku deserve better treatment drpd mak ayah aku ke, BUKAN. Aku nak cerita yg sungguhpun aku ni dikurniakan bakat cepat belajar dan minat belajar berbanding adik-beradik aku yg lain, mak ayah aku tak pernah pupuk pun minat aku untuk belajar. Aku pernah minta duit dari bapak aku untuk beli buku rujukan SPM. Bapak aku tak bagi. Yes, walau sesen pun dia tak bagi. Dia bukan tak bagi sebab dia tgah xde cash ke apa, dia mmg xnak bagi. Oh ye, ayah dan mak aku kerja kerajaan. Gaji mak aku sekitar rm4k dan ayah aku pun rm4k. Dan masa aku minta duit tu, adik beradik aku semua dh habis belajar dan dah kerja. Mak ayah aku pun bukan banyak hutang. Cuma hutang rumah dan kereta je. Tinggal aku seorang je yg mak ayah aku kena tanggung. So, aku pun minta dari mak aku, mak aku bawa aku pergi kedai buku tapi lepas beli dia pulak membebel pasal beli buku aku je kena sampai rm200 lebih. Buku SPM standard lah smpai rm200 lebih sbb banyak subjek. Tapi baru tahun lepas aku dapat tahu yg selama ni buku2 yang aku beli semua mak aku claim income tax. Sedih aku. Aku beli buku sebab aku nak belajar, tapi kenapa tak permudahkan hidup aku. Bukannya aku minta beli PS ke atau benda yg bukan2. Kalau tak mampu aku faham, tapi ni siap boleh claim income tax tapi bila aku minta aku dibebel macam aku ni menyusahkan hidup diorang.

Selain tu, dalam adik beradik aku, aku sorang je yg sekolah agama sampai darjah khas. Siapa org johor tahu lah apa tu darjah khas. Tapi apa yg buat aku sedih, ada sehari tu aku pernah kena pukul dengan mak aku sebab aku taknak bangun pergi darjah khas. Aku faham lah ms tu aku budak remaja lagi mmg patut kena marah kalau aku ponteng sekolah, kalau aku ada anak pun aku marah dia malas pegi sekolah agama. Tapi macam aku cakap, aku sorang je yg smpi darjah khas, abang aku sekolah agama smpi darjah 4 je, mak aku takde pulak marah2 pukul dia sebab tak sambung atau tak habiskan sekolah agama. Tapi aku yg bru nak ponteng sehari dari sekolah agama, kena pukul.

Ok la, nanti aku sambung cerita lagi. Nak main game kejap.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2020 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Okay. Malam sikit iols masuk balik. Sambung tengok kdrama jap
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2020 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya.. kalau aku suka je ada anak kecil lagi sebagai peneman.. anak2 aku dah besar lah.. selalu yg bongsu lah paling manja..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2020 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya. Tp benda ni lg elok kalau mak bapak tt tau. Pendam sorg menyarang jadi penyakit hati pula nanti. Bertuah sbenarnya parents tt dpt tt sbb tt ni mcm independant. Cuma kurang kasih sayang dan perhatian je. Hopefully parent tt sedar dan mula ambil berat ttg tt. Kakak tt xpatut bagitau kat tt pun pasal bapak tt tu. Sheols dah mcm bagi bad impact to tt's emotional being.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2020 03:33 PM | Show all posts
Ok aku sambung.

Soal makan. Dalam family aku, aku sorang je yg tak makan ikan dan aku tak makan sambal. Makanan pedas aku makan, nasi goreng cili padi favorite aku, cuma aku tak suka makan sambal sebab aku geli tengok minyak dalam sambal tu lepastu gaul dengan nasi. 2 ni jelah yg tekak aku xleh terima. Aku dah cuba tapi aku tak boleh terima rasa ikan tu. Tapi benda lain semua aku makan, semua jenis sayur semua aku makan. Cuma aku tak makan ikan kecuali ikan bilis dan aku tak makan lauk sambal. Tapi mak ayah aku ingat aku cerewet, aku mengada-ngada. Sambal tu makanan favorite ayah aku, ikan tu pulak favorite abang aku. So, hari2 lah mak aku masak ayam sambal, ikan sambal, ikan asam pedas, sotong sambal etc lah. Percayalah kalau aku cakap yang betapa bersyukur nya aku, gembiranya aku bila aku buka tudung saji aku nampak mak aku masak lemak, masak tomyam, masak kari, anything yg bukan sambal which is probability mak aku tak masak sambal dengan masak sambal / lauk ikan dalam seminggu adalah 1:6. Dalam seminggu sehari jelah yg aku rasa nikmatnya dapat makan sedap. Selebihnya aku selalu goreng telur makan dengan kicap. Mak ayah aku ingat aku memang suka makan telur, nasi dengan kicap. Padahal tekak aku mmg tak boleh terima ikan dan lauk sambal. Aku pernah cakap dengan mak aku, mak kenapa masak ikan je hari2, masaklah daging, daging favorite aku. Mak aku jawab "Bersyukurlah dapat makan. Ada org tu nak beli beras pun takde duit". So aku end up makan nasi dengan telur je kadang2 aku berlapar je bila takde selera nak makan. Aku janji dengan diri aku, bila aku ada anak nanti, aku penuhi semua selera makan dia asalkan aku berkemampuan lah. Aku taknak dia rasa apa yg aku rasa. Sumpah sedih. Lagi sedih bila aku balik cuti sem, dekat ig story kawan aku semua update lauk fav diorang yg mak diorg masakkan.

Abg aku suka minum yogurt bliss tu. Bapak aku tiap kali dia singgah kedai dia akan belikan utk abg aku siap dengan slumber nya cakap depan aku, "abg ijal suka air ni" sambil2 dia masukkan dlm peti ais. Aku ? Aku suka minum susu coklat Dutch Lady. Bapak aku nak belikan ? Mimpi jelah. Abg aku suka roti serunding ayam daging tu, aku suka makan roti mini pizza yg ada sosej tu. Tiap kali mak aku singgah AEON dia akan belikan roti serunding utk abg aku. Aku ? Mimpi jelah.

Untuk pengetahuan, abg aku dah menganggur 3 tahun ye namun masih dibelai mak ayah aku.

Nnt aku sambung lagi.


Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2020 03:49 PM | Show all posts
nasi lemak chuols suka tak? makan kosong gitu jah takde sambal atau memang tak makan langsung? kuah kacang yang gaul minyak gitu pun chuols tak makan ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-4-2020 03:54 PM | Show all posts
crazybeach replied at 23-4-2020 03:49 PM
nasi lemak chuols suka tak? makan kosong gitu jah takde sambal atau memang tak makan langsung? kuah  ...

nasi lemak makan kosong dengan ayam atau telur mata. kuah kacang kalau dengan satay aku makan. tapi kalau makan dengan ketupat aku geli sikit. aku geli bila tengok minyak bercampur dengan starch.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2020 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
BBNU ke? Tak bayar income tax lagi eh?

Akak pun claim exemption beli buku anak2.. dah kerajaan bagi exemption tak payah bayar tax, ambik je la... Tax exemption tau, buka claim dari income tax harga buku yang dah beli tu.. bukan dapat duit cash tapi dapat tax exemption.. semua orang yang bayar cukai buat, exemption utk anak sorang rm2k pun semua mak bapak amik..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2020 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Untungnya parents dpt anak yg rajin belajar mcm adik ni.meh la jd anak akak ni. Bab tak suka certain makanan tu, i think u better tell ur mom & dad, berterus terang, lpstu cuba la sesekali memberontak bg diorg tersentak sedar sikit layanan pilih kasih diorg tu.kalu boleh guna org tengah, guna dlu..tgk reaksi diorg cemana..

Haih tak paham btul la mak pak pilih2 kasih ni!gerammm!ko bykkn doa lps solat dik..moga parents ko sedar
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2020 04:11 PM | Show all posts
sarahmirza replied at 23-4-2020 04:00 PM
BBNU ke? Tak bayar income tax lagi eh?

Akak pun claim exemption beli buku anak2.. dah kerajaan ba ...

perlu ke chuols highlight soal ni? sama jelahhhhh claim income tax ke tax exemption ujong2 mak dia dpt balik duit tu sikit sebanyak in terms of dapat balik tu dgan pengurangan cukai, kalau x mak dia kena bayar lebih. drpd mak dia bayar tax baik mak dia beli buku utk anak.


pd TT, bak kata bill gates, life is unfair, get used to it. Ada hikmah yg menanti in future. kadang2 tak semua org faham kita. bila kita luah perasaan dikatanya BBNU, walhal chuols mmg sensitif, mmg senang terasa benda2 yg tak adil mcm ni. iols doakan semoga pintu hati mak ayah TT terbuka utk bersikap adil dan rasional. selalu dgar mak bapak bergolok gadai utk pendidikan anak, ini terbalik pulak. iols sendiri pun ada prinsip dalam hidup which is iols xkan berkira bab makan dan pendidikan anak2. so, iols faham kenapa tt sensitif.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2020 04:17 PM | Show all posts
sarahmirza replied at 23-4-2020 04:00 PM
BBNU ke? Tak bayar income tax lagi eh?

Akak pun claim exemption beli buku anak2.. dah kerajaan ba ...

Ye, sy belajar pun tak habis lg

Oh mcm tu. Sy maksudkan tax exemption tu, cuma penggunaan kata dia sy tersilap bukan claim income tax.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2020 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adila39 at 23-4-2020 08:20 AM

Hmm sabar ok TT. The smartest thing to do now is plan ur future well. Pastikan masuk U dapat scholarship. Buat part time online, belajar cari duit sendiri ans start savings for urself.

Habis study start survey how nak apply job diluar negara. Bukan apa... culture and life circle berbeza and u never know.  Tanam tekad utk berjaya... sehebat yg boleh. Itu je cara nak balas...

Jumpa teman hidup be the best parent u can be

Untuk ayah mak, doakan depa sedar suatu hari nanti. Meantime.. sabar and sabar and sabar

Last but not least, make ur self happy dgn apa yg u ada for now.. esok dah keje u makanla apa u nak.. and cari wife yg pandai masak.. be kind no matter what. Anggap je life u ni i a game... u tgh battle with ur self... so kena make sure u menang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2020 04:21 PM | Show all posts
cahaya_emily replied at 23-4-2020 04:08 PM
Untungnya parents dpt anak yg rajin belajar mcm adik ni.meh la jd anak akak ni. Bab tak suka certain ...

Dah pernah bagitahu, tapi last2 mak kata hidup kena bersyukur sebab ada org nak makan tapi x mampu nak beli beras lebih kurang la. Sy bukan tak bersyukur, sy boleh je hidup dengan biskut sekalipun. Tapi melihatkan orang lain makan hari2 berselera, teringin juga cuma tu lah apa yg mak sy selalu hidangkan memang bukan selera saya. Selera makan tak boleh paksa, tak semua faham kot. hehe.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2020 04:25 PM | Show all posts
belilies replied at 23-4-2020 03:19 PM
Kesiannya. Tp benda ni lg elok kalau mak bapak tt tau. Pendam sorg menyarang jadi penyakit hati pula ...

Sy pernah emotional sorang2 psal ni. Mmg dh jd penyakit hati sbb bila tiba cuti sem rasa malas nak balik rumah. Nak kerja part time, tapi mak tak bagi. Kalau boleh nak lupakan double standard treatment ni tapi tak boleh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2020 04:27 PM | Show all posts
adila39 replied at 23-4-2020 04:18 PM
Hmm sabar ok TT. The smartest thing to do now is plan ur future well. Pastikan masuk U dapat scholar ...

Thank you
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2020 04:30 PM | Show all posts
Orix replied at 23-4-2020 04:11 PM
perlu ke chuols highlight soal ni? sama jelahhhhh claim income tax ke tax exemption ujong2 mak dia ...

thanks. sy ok je dipanggil bbnu. no big deal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2020 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
warrior007 replied at 23-4-2020 04:25 PM
Sy pernah emotional sorang2 psal ni. Mmg dh jd penyakit hati sbb bila tiba cuti sem rasa malas nak ...

Tt pernah tanya mak knapa sheols tak benarkan keje part time? Kadang2 tu ada jua jenis parent yg tak pandai tunjuk deyols caring. Perhaps parent tt dah terlebih matang and terlebih handle anak bila membesarkan tt, mereka punya ada pengalaman. Ya, mungkin tidak memuaskan hati. Ada baiknya tt luahkan di sini so that weols boleh tunjuk kat tt, mana mereka sebenarnya ambil berat. Be strong, tt.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2020 04:59 PM | Show all posts
belilies replied at 23-4-2020 04:44 PM
Tt pernah tanya mak knapa sheols tak benarkan keje part time? Kadang2 tu ada jua jenis parent yg t ...

Dia takut sy berkawan dengan org yg bukan2 bila sy kerja part-time tu. Which is pd sy tak masuk akal dan buat sy lg sedih sebab mak sy tak percayakan sy.. Dia nak sy jd mcm abg sy, pendiam, duduk rumah, tak bergaul dengan org, girlfriend pun tak ada, sampai la kerja pun dia tak ada. sy pulak jenis suka bebas tapi sy masih tahu batas2 dan bezakan perkara baik dan tak baik. Jujurnya sy stress. Macam ditelan mati mak diluah mati bapak. Nak ikut kehendak sendiri takut mak marah, redha berkat mak tak dapat, nak ikut kehendak mak sy yg stress memakan diri sendiri. Entah lah. Ayah sy pulak jenis takde perasaan dan tak ambil berat. Sedih dalam hati sorg2. Smpai satu tahap sy pernah terfikir kalau diberi pilihan utk lahir sbg yatim piatu atau ada mak ayah, sy prefer lahir sbg yatim piatu, biarlah hidup serba kekurangan setidak-tidaknya sy faham dengan situasi sy tanpa mak ayah berbanding dgan sekarang, ada kelebihan dikurniakan pd mak ayah pun mak ayah buat sy tertekan dan sedih dalam hati sorang2.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2020 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaaa.. i baca kisah TT mak masak hari2... untung TT ni tau, sbb merasa masakan mak... iols tak pernah merasa masakan arwah mak i pun sbb dia lumpuh sejak i kecik... iols balik sekolah terus kena masak lunch... mandikan mak.... adik i lelaki jemur kain.. angkat kain.. weols tak pernah dpt rasa masakan mak

Seriusly TT... Count your blessings...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2020 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
warrior007 replied at 23-4-2020 04:21 PM
Dah pernah bagitahu, tapi last2 mak kata hidup kena bersyukur sebab ada org nak makan tapi x mampu ...

then u belajar la masak.. senang je buat masak lemak, tomyam segala tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.085970 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list