CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7677|Reply: 28

Misteri - kenapa melayu tak tahu cakap english

  [Copy link]
Post time 12-5-2020 09:33 PM | Show all posts |Read mode
Edited by bijakbudget at 18-5-2020 01:59 AM

Bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa, jika kita ingin berkomunikasi dengan bangsa luar kita terpaksa bertutur dalam bahasa inggeris. Namun dianggarkan 80% bangsa melayu tidak boleh bertutur dalam bahasa inggeris walaupun telah mempelajarinya sejak berusia 7 tahun, apakah sebabnya.

Jawapannya, sebagai contoh saya buat perbandingan supaya mudah difahami. - Saya ingin belajar bahasa jerman dan saya sepatah haram tak tau bahasa german, saya ambil satu orang german sebagai guru. Guru tersebut tidak tahu bahasa melayu. Jadi, guru tersebut mengajar saya dalam bahasa german 100%.

Guru mengajar: "&^*^ &%$^%*%(* &%(&%$% %$%#%", "$%#$#$~~~~~^%$#%^## $#$@~~~%^#~$##, &*(&(&%^#$@!!@******. %$%$%$ %$$@%^@$% @#$@#@!!@ #@$%$$ %@#%#$".

Jadi, saya hanya mampu mendengar sahaja dan tidak faham apa-apa. Apa yang dia cakappun saya tak tahu. Bagaimana saya nak belajar dalam situasi ini? Jawapannya memang tak akan pandai sampai sudah. Sebab saya tak faham apa yang guru cakap. Kalau cakap guru pun saya tak faham, apalagi subjek yang dia ajar, lagilah tak faham.

Penyelesaiannnya, saya ambil satu orang yang fasih berbahasa melayu dan tahu berbahasa german. Di peringkat permulaan dia mestilah menerangkan tatabahasa german dalam bahasa melayu supaya saya faham apa yang dia ajar. Maksudnya menggunakan bahasa melayu sebagai BAHASA PENGHANTAR. Sebagai contoh:

Guru: Hari ini saya akan ajar murid bahasa german dalam bab nama. Nama terdiri dari 3 kategori iaitu nama khas, nama am dan nama abstrak.

Murid: Ok cikgu, saya faham hari ini kita nak belajar bab nama yang terdiri dari 3 kategori iaitu nama khas, nama am dan abstrak.

Guru: Dalam bahasa german nama disebut "#$@#". Tiga kategori tersebut dalam bahasa german ialah: Khas "@#@%@6", Am =^%$^$, abstrak=^&%**().

Murid: Ok cikgu saya faham, Khas "@#@%@6", Am =^%$^$, abstrak=^&%**().

Guru: Baguss...jika sudah faham.

Begitulah seterusnya, murid perlukan BAHASA PENGHANTAR iaitu bahasa melayu diperingkat permulaan. Dengan menggunakan bahasa penghantar, murid akan faham apa yang guru kata. Apabila murid faham apa yang cikgu kata barulah murid boleh faham apa yang guru ajar.



Falsafah kaedah pengajaran bahasa inggeris untuk pelajar melayu sememangnya silap sejak 40 tahun dahulu. Falsafah mereka bila masuk kelas english mesti english 100%. one man show untuk pelajar umur tujuh tahun supaya mulut mereka ternganga. . apa pendapat anda?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2020 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape bnda ni kt bod mps Good info baideway
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2020 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb misteri jugak melayu tak tau ckp BI, tp kalau cinkis lahir sini tak tau ckp BM itu dah termasuk dlm paranormal.
Jd kita kna kaji mungkin ada jin atau bunian dlm kes ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2020 10:51 PM | Show all posts
Edited by Lagubestbest at 12-5-2020 11:31 PM

A'a cikgu tuisyen i dulu mmg ajar stail kat atas.

Masuk tuisyen pun sebab bengap english mulanya. I dapat A kadang2 B setiap kali exam, tapi I taktau nape I letak jawapan kat kertas exam, ikut sedap rasa je, ala kena paksa baca newspaper the star dapat pizza bagai kan. Tapi still, kelas English kat sekolah, cikgu english je la kot yang pandai. So I cakap kat parents I n diorang beri I tuisyen masa cuti sekolah. Cari yang paling low level punya class, memang budak2 pandai tanak masuk (malu kot) nak terus kelas intermediate dan advance.

memula dia ajar speed basic tiga bulan buat benda2 basic je. Dari A sampai Z, dia tak beri nota, nak pandai lepas dia ajar kena la tulis apa yang ada kat board depan masuk buku nota sendiri. Siap melawak ABC tau tak? Gloassary (kamus dulu memula wehh), yela kalau ada students yang tak cukup glossary (run, quickly, hurry, rush, sprint, dashed, bolt, charge, sprint) camne nak ajar english ye dak? Benda2 grammar (i you we they present past future bagai semua) dari single tense hingga masukkan cerita past tense dalam ayat present tense etc, kemudian dah pandai dia ajar create sentence pulak ala-ala nak jadi macam kolumnis tulis dalam newspaper, on-the-spot interchangeable, kalau dia speak english students kena translate ke perenggan b. melayu, kalau dia cakap malay students kena tulis balik dalam english sentence.

Dah pandai tulis, kemudian baru speaking, communicative language, tulis surat etc. In the end, kena amek exam cambridge o-level ke ape ntah, tapi I ponteng exam.

Silibus 3 bulan kat tuisyen tu boleh kata dia build strong foundation in english, jadi takkan ada silly mistakes anymore. Lepas I tulis karangan, I sendiri boleh check karangan sendiri (walaupun takla perfecr mcm teacher). Mana tak lepas tu memang A jela english sampai tamat sekolah.
Kelas kat matrikulasi untuk students yang mmg nak masuk U pun dok ajar I you we they, apo... Tapi kawan2 kat public universities yang dapat band 4 kebawah diorang akan terpaksa masuk kelas english selama dua tiga semester, kat sana i nampak ramai yang improve english diorang lebih hebat dari I pun ada, jadi rasanya teacher english kat universiti awam memang pandai mengajar.

==============

Lepastu I try tuisyen french pulak, nakharom mcm budak tadika siap buku kerja bergambar. tapi I mula rasa tak cukup masa kot (sekolah menengah), glossary pun malas nak hafal, so I stop sekadar tau basic je m'appelle, je suis, et tu je la.

==============

Kat universiti I tengok ada yang pergi fakulti bahasa jepun, belajar mandarin la arab la, tapi I sebok melepak fakulti muzik dengar budak2 jamming bagai ntah hape2 buang masa. Sini I ada regret, kalaulah I amek arab mesti seronok baca quran kan?

==============

Tapi semua kat atas tak pelik, yang heran bila ada students Melayu seumur hidup tinggal kat Malaysia, terpaksa pergi fakulti bahasa amek kelas bahasa melayu. Apakah?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2020 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 12-5-2020 10:45 PM
Sbb misteri jugak melayu tak tau ckp BI, tp kalau cinkis lahir sini tak tau ckp BM itu dah termasuk  ...

Hahahaha...betul jugak tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2020 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab perbualan seharian malay mostly in bm.. dah ni negara malaysia bahasa melayu..  macam korean pun x fasih english walau belajar sama cam kita dari kecil sebab perbualan harian dengan bangsa dia in korean.. yg cina2 knp x pandai cakap bm? Samalah perbualan harian ngan kaum kau je.. tapi kelebihan malaysian ramai boleh cakap english walau x fluent sebab kita berbilang bangsa... kalo cina indon, tak tau ckp cina.. bahasa indon aje..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2020 11:53 PM | Show all posts
usaha tangga kejayaan.

kena ada guru yg ajar betul2 asas bahasa. lepas tu baru semua jadi smoothsailing
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg misteri dan paranormal nya? Patut pindahkan ke bod yg sesuai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2020 11:56 AM | Show all posts
belajar Bahasa pastu cari sorg dua penpal dari negara tu
pastu rajin2kan borak
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 01:05 PM | Show all posts
bukan takleh cakap..cuma tak konpiden..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagubestbest replied at 12-5-2020 10:51 PM
A'a cikgu tuisyen i dulu mmg ajar stail kat atas.

Masuk tuisyen pun sebab bengap english mulanya ...

Apa2 pun usaha dgn disiplin
Then the journey will be as smooth as butter

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2020 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyakkan bergaul dgn bangsa bkn melayu dan try to speaking ok..aku dah buat dan ok ler menjadi...cri la bf cina ke....
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2020 12:52 AM | Show all posts
Setuju kaedah yang dicadangkan. Guru faham Bahasa Melayu dan Bahasa yag diajar. Tambahan, perlu ada praktis. Belajar tanpa praktis / latihan amali akan jadi macam hafal bku je nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2020 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak rasa bukan misteri bila Melayu x reti cakap English. Sebab majority akak jumpa anak2 yg baru kenal dunia pun dah didedahkan kpd English. Kadang2 bila in public pun akak dengar budak 3,4 tahun cakap English lagi fluent dari akak yg dulu mengajar English.
Cuma yg x reti cakap English ni mungkin sebab diri sendiri yg x nak communicate in English & ignorant aje. Bukan suruh cakap 24hours mcm mother tongue. Tp cakap bila ada keperluan.
Pada akak lagi misteri bila org Malaysia x reti cakap Melayu. Dan ramai yg oandang rendah kpd org yg cakap Melayu. Akak x pandai BM in exams tp excel in English dari kecil samada in written @ communication. Sampaikan BM masa SPM dpt 7 dah kena turun grade walau 17 aggregate. Sendiri malu dgn pencapaian tu.
Key word is, apa bahasa pun yg kita nak belajar, kita kena bold! Berani berkomunikasi walau kelam kelibut awalnya, kena gigih baca articles, paper cuttings & books (akak dulu baca Oxford dictionary & a few  of English Series books). Tu bahagian yg kita kena buat. Dlm class, memang language teaching methodolgy mcm yg tt sebut tu. Tp paling effective kalau kita belajar sesuatu bahasa dan duduk dalam masyarakat yg menggunakan bahasa itu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2020 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Seram jugaknya kalau tak tahu cakap German
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2020 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagubestbest replied at 12-5-2020 10:51 PM
A'a cikgu tuisyen i dulu mmg ajar stail kat atas.

Masuk tuisyen pun sebab bengap english mulanya ...

Sama pengalaman saya belajar French.
Masa tu dah kerja, tapi bujang lagi. Sajalah nak cuba sesuatu yg baru, umur mid 20s. Btw ini cerita more than 15 - 17 years ago.

Yg masuk kelas tu semua yg kerja2 belaka. Tapi belajar nombor satu sampai 20, puluh2 sampai seratus.

Belajar binatang2 juga. Pastu cikgu tunjuk klip video kanak2 utk kita follow nyanyi lagu kanak2.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2020 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku lagi tk paham..org melayu (Islam) ..hari2 ngaji Masih tk paham ayat Al Quran...lagi takde inisiatif nk belajar bhs arab....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 01:54 AM | Show all posts
iols polish BI lepas zaman U..yakni zaman kerja dengan kompeni Cina. Sebab kawan meols nyonya dah tua jugask la dalam 60s dia sekolah aliran Inggeris dulu. Biasala Penang kan. So English dia bagus sangat. Zaman2 British uols. Dari situ meols hari2 speaking dengan sheols sementelah sheols pun tak judgemental malah tolong betulkan grammar. Cumanya sheols tak reti sangat cakap BM sebab persekitaran dia semua Cina Hokkien dan English speakers, Mandarin pon dia tak reti. Tapi tu lah, ambil peluang berkomunikasi dalam bahasa asing baru mudah nak perbaiki. Namun BI meols masih haus tapi takat baca jurnal dalam BI tu ok sajork..takdela bodo sangat kan Iols harus akui bila dapat menguasai BI, sangat mudah untuk dapat/cari info kat mana2...jadi independent. Dulu masa kelas yang 100% guna BI, mesti tak faham ujung2 result sendu. Tapi sekarang aman2 jah..rasa jugak la perbezaan tu..kalau BM pulak, iols selalu ikuti perkembangan bahasa di FB/Twitter DBP. Kalau BI, iols follow IG yang ada bagi tips English speaking...sangat membantu yach
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2020 01:03 AM | Show all posts
Perkara ini kita tidak boleh nafikan, ini reality yang terjadi dalam bangsa melayu. Bagi yang telah menguasai tahniah, tetapi cubalah kita selidiki dalam 10 orang melayu, berapa orang yang boleh menguasai bahasa english. kaedah pengajaran perlu dibuat perubahan, tidak cukupkah lagi data dan bukti selama 50 tahun? Saya bekerja di university tempatan..memang tahu hal ini
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau zaman I sekolah dulu I Tak pandai sebab Tak Ada sumber nak belajar.walau pon I Ada kamus dwi bahasa.tak cukup.tapi alhamdulilah.zaman smart phone I boleh download Cara Cara belajar english.kalau nak belajar bahasa Thai pon download je sekarang
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.093000 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list