Sehingga kini, penawar COVID-19 masih belum dijumpai. Namun, baru-baru ini tular pula di media sosial mengenai produk yang didakwa boleh melindungi diri dari wabak maut ini.
Dalam video itu, wanita terbabit mendakwa disebabkan tidak ramai orang suka dan konsisten makan suplemen, jadi jalan penyelesaiannya adalah dengan memakai gelang untuk menjauhkan diri dari wabak COVID-19. Biar betul!
Perkongsian ini mengundang rasa tidak puas hati di kalangan netizen. Mana tidaknya, terlalu over-claimed dan harganya tidak masuk akal.
Umur produk baru 2 hari, dah dapat Noble Prize...
Pesan pada mak ayah di kampung...
Makcik-makcik mudah percaya benda-benda sebegini...
Harga dia...
Kredit foto: Twitter Ottel
Buat masa ini, masyarakat seluruh dunia disarankan untuk mengamalkan norma baru dalam kehidupan seharian mereka sehingga vaksin COVID-19 benar-benar ditemui, tapi ada sahaja pihak yang mengambil kesempatan menangguk di air keruh.
Orang ramai juga diharapkan janganlah mudah terpengaruh dengan lambakan ubat-ubatan atau produk dipasaran. Sila rujuk hanya kepada pakar perubatan yang diiktiraf negara. - CARI |