CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BomBoLoniS

[Tempatan] Terima kasih PM - Sugu Pavithra (Update, video hadiah dari PM)

  [Copy link]
Post time 17-5-2020 11:38 PM | Show all posts
Youtuber ‘Sugu Pavithra’ banggakan masyarakat India
17 May 2020

KUALA LUMPUR – Kemampuan pasangan suami isteri, S. Pavithra dan M. Sugu menarik perhatian rakyat berbilang bangsa menerusi video masakan yang mereka muatnaik di dalam laman Youtube ternyata membanggakan masyarakat India di negara ini.

Naib Presiden MIC, Senator Datuk T. Mohan berkata, pasangan tersebut adalah contoh terbaik bagaimana masyarakat India di negara ini boleh menggunakan kaedah dalam talian untuk memupuk perasaan muhibah di kalangan masyarakat dan pada masa yang sama boleh menambah pendapatan keluarga masing-masing.

“Pasangan suami isteri ini menggunakan kaedah yang cukup bagus, memperkenalkan masakan orang India kepada orang bukan India dengan menggunakan bahasa Malaysia, ia ternya menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat hingga saya sendiri tertarik untuk nak rasa (masakannya).

“Kami di MIC bersedia untuk membantu mereka, Puteri MIC sebagai contoh ada menziarahinya dan memberi sumbangan (yang perlu) kepada pasangan ini.

“Saya (secara peribadi) suka kaedah ‘marketing’ pasangan ini kerana tidak tertumpu kepada satu masyarakat semata-mata, mereka juga menonjolkan kehidupan yang biasa-biasa sahaja, ini yang membuatkan orang suka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Malaysia Gazette ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada masyarakat orang Asli di Kampung Koa Serigala, Hulu Selangor hari ini.

Pavithra dan Sugu yang berjinak-jinak sebagai YouTuber menggunakan nama saluran ‘Sugu Pavithra’ sejak Januari lalu, sudah mempunyai lebih 400,000 pengikut itu sekali gus menjadikan mereka sebagai Rakan YouTube.

Malah baru-baru ini Pavithra dikejutkan dengan bungkusan hadiah istimewa daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Mereka mendapat hadiah tripod, ketuhar gelombang mikro, ketuhar dan barang masakan seperti beras, minyak dan rempah daripada Muhyiddin.

Muhyiddin juga ada memberi kad ucapan dengan tulisan ‘keep up the good work and stay at home’ (teruskan usaha baik dan duduk di rumah).

Dalam perkembangan berkaitan, Mohan turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana menghargai pasangan berkenaan.

“Saya tengok dia dan suaminya cukup terkenal di kalangan orang Melayu, kalau ada kesempatan nanti saya sendiri nak melawat pasangan ini di rumah mereka di Sungai Siput.

“Ini yang saya katakan tadi, masyarakat India boleh mencontohi pasangan ini seperti menggunakan kaedah dalam talian sekaligus boleh memberi sumber pendapatan tambahan kepada ekonomi mereka,” ujarnya lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2020 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by phoenix_panik at 17-5-2020 04:14 PM
LadyCarefree replied at 16-5-2020 11:29 PM
Hehehehe iols xtengok sangat pon cuma sambil lewa tengok sikit2 satu dua sbab nk tau knape viral.  ...


setuju dgn sis
dah tgk utube dorg tu
biasa2 je.pelik juga ramai memuja memuji

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku agak kak sri ni dia mmg jenis yg tak boleh nk simpan apa2 benda dlm hati. Kes org kutuk dia kt channel pavi pun dia x bole tdo. Bgun terus buat video utk clarify la konon. Dia x baik dgn keluarga suami dia. Agaknya kwn rapat pun x ramai. Last2 merempan kt channel dia. Tp bg aku dia xde la jahat. Cuma maybe perwatakan dia tu kasar sikit. Klu korg tgk channel kakak dia korg boleh fhm la mcm mn karekter kak sri tu dibentuk. Aku sllu tgk dlm lukisan ke kartun ke org yg pkai baju koyak lps tu tampal dgn kain lain jait jelujur. Akk dia pkai baju mcm tu la. Mmg dorg ni asal ssh. Jd kak sri ni mcm survivor. Dia buat apa saja utk teruskn kehidupan. Agaknya dgn ada channel sndri, dia luah habis semua yg terbuku slma ni kot. Dia dgn pavi ni mangsa mulut jahat subscribers. Takut aku tgk cara subscribers ni bela idol masing2. Aku harap one fine day depa berbaik2
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Waa.. not bad ya..  pavithra and sugu nak invite pm rasa nasi briyani dgn ayam masak merah.. pastu dia Ada mention.. income 1st dia dapat Dari youtube anggaran Dalam rm8700
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Motip tetiba sanjung puji puak suka pacak kuil simpatisan Ltte??
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 17-5-2020 07:47 PM
Aku tgok video msk pavi smlm sedih giler smpi nk ngis sbb aku teringt time xde duit sgt waktu 2010-2 ...

Apa yang sedih sangat tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2020 02:18 AM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 17-5-2020 07:29 AM
Hehehehe iols xtengok sangat pon cuma sambil lewa tengok sikit2 satu dua sbab nk tau knape viral.  ...

Thanks sis sbb emphasize the obvious
Meluat pulak kdg depa ni dibagi limelight yg overrrrrrr. Orang melayu yg baik dgn korang tu ada korang balas blek ke idok. Koserrr puja lelebih manusia ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Redskin replied at 17-5-2020 02:35 PM
Kesian Red baca ramai yg ada masalah menyental kuali sampai sakit2 tangan.

Ya, memang sakit ...

Erkss.. X rosak ke.kuali buat mcmni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2020 02:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Naatasha replied at 17-5-2020 02:49 PM
Setuju dgn apa u tulis. Pamirsa tu i agak teman-teman kot. Hehe.

Baru semalam sempat tgok video ...

Aku pon ngantok tgk video sugu. Sri tu x pernah tgk. Tade masa nak tgk. Tp aku suka sugu time dia tunjuk makan dgn laki n anak dia. Kelako . Aku pon tergelak. And puji kebersihan memasak n brg msk.dia
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 02:49 AM From the mobile phone | Show all posts
ina_na replied at 17-5-2020 03:24 AM
Ye satu dua lauk je.. X yah gak nk menayang pinggan mangkuk mahaii.. Jd pertandingan pinggan mangk ...

Jdi ke x buntut tu bersih
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 02:52 AM | Show all posts
pyropura replied at 17-5-2020 08:55 AM
Motip tetiba sanjung puji puak suka pacak kuil simpatisan Ltte??



Kununnya tu rakyat sendiri bukan pendatang. So kiranya sekarang no more "rentung rentung" words

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 02:59 AM | Show all posts

Sugu tu semua tiru cara kak Sri - pembukaan di dlm dapur, makan hasil masakan dgn suami dan anak anak,  suami masak sama sama etc etc .. tak original langsung.

Hari ini aii akan buat ikan masak pasmol ala kak sri.. gigih ai mencari ikan kembung sat tadi. Nanti nak bagi review pd K Sri yang peramah itu. Maybe aii upload di youtube anak aii.

Aii suka K sri sebab banyak bahasa kelakar spt my darling terlove. Aii dah bagi video K Sri pada kawan kawan Indonesia di US harap mereka bagi sokongan utk k Sri!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 04:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 18-5-2020 02:49 AM
Jdi ke x buntut tu bersih

Nampak la berubah 80%..lps ni setiap kali lps memasak sental lg.. Sakit urat jdnye ni.. Hahahha
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 04:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Peterpan17 replied at 17-5-2020 08:31 PM
bukan lg berdengkur. aku terus angkat kaki. klu tengok tv, ustaz ustazah golongan begini bagi cera ...

Sama la...tu blm lg yg jenis semua org salah.. Dia je btl...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 05:25 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 18-5-2020 12:55 AM
Motip tetiba sanjung puji puak suka pacak kuil simpatisan Ltte??

tu tandanya masyarakat melayu tak rasis

melayu akan jd rasis dan mengamuk bila 3 benda disentuh oleh kaum lain

islam
sultan
hak. melayu

mcm dap buat tu.. dap ni mcm dok. main dgn api je selaa dia ditubuhkan.. seja tahun 70an lg dok mencabar sultan


bg pekuang perintah malaysia pun fail.. tak reti psikologi...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 05:27 AM From the mobile phone | Show all posts
chanel youtube aku paling tinggi pun 91k aje views..

hebat betul sugi ni ya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2020 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
jari10 replied at 17-5-2020 09:04 PM
Aku gigih la nak tgk ig yg korang sebut ni..erkk tu laa lembut ke suara gitu? Serak2 n try harder  ...

memang tak lembut pun, control, yg sebut siappp tu iskk, laki dia orang ok ke? hahaha....igers ni pun berpuak kan, sama lah macam penyokong retis juga..berani kau jentik idola dia org.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 18-5-2020 02:59 AM
Sugu tu semua tiru cara kak Sri - pembukaan di dlm dapur, makan hasil masakan dgn suami dan anak a ...

Mula-mula tengok video Kak Sri YG latest, I Ada rasa annoying Tau sis, pastu I scroll sampai berbulan2 lepas video Kak Sri, baru I perasan, mmg sugu banyak tiru style Kak Sri punya content video. Contoh pasal mak mertua semua tu...mmg Kak seri nampak lebih genuine Kat sini sbb video Kak Sri yg berbulan2 lepas mmg camtu Cara dia.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
pada i sugu tu macam buah kedondong
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
mmmmm.........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.139925 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list