CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: YgBenar

[Tempatan] Abg Posmen Kecewa Bonus takde walaupun parcel bertimbun

  [Copy link]
Post time 21-5-2020 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
meow_tompok replied at 20-5-2020 10:54 AM
kalau ikut kat perkeso RM600 for 3 months (bawah SIP plus 600) https://www.perkeso.gov.my/index.ph ...

Br dpt tau psl EIS ni..kalau sblm ni dlm payslip xde pnh tolak utk EIS..xleh claim juga..kwn yg pnh dpt ni ckp..org socso yg gtau dia..sb ada juga yg cuba apply tp x dpt kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2020 10:27 AM | Show all posts
sitisitu25 replied at 21-5-2020 01:08 AM
Br dpt tau psl EIS ni..kalau sblm ni dlm payslip xde pnh tolak utk EIS..xleh claim juga..kwn yg pn ...

baru2 ni kawan hubby pun gi report. company potong kwsp, socso semua tapi tak carum pun nak setahun dah dia kerja kat situ.
so kawan2 kat sini rajin2 la gi check, selang 6 bulan majikan carum ke tak, even dlm salary slip tulis siap2 kena potong.


Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 02:56 PM | Show all posts
Posmen didenda RM1,500, buat laporan palsu


BUKIT MERTAJAM: Seorang posmen didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana membuat laporan polis palsu pada 20 Mei lalu.

Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhamad Syazwan Juhari, 22, selepas lelaki itu mengaku memberi maklumat palsu secara bertulis kononnya dia tidak terbabit dalam kes kutipan derma untuk petugas penghantaran Pos Malaysia yang tidak mendapat bonus, setelah ia tular dalam media sosial sejak 17 Mei lalu.

Lelaki itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), di sini pada 4.30 petang, 20 Mei lalu.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tiga bulan jika dia gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Tertuduh yang bekerja di Pos Malaysia cawangan Butterworth didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh mendakwa menceritakan masalah posmen tidak mendapat bonus kepada abang dan kakak angkatnya sebelum mereka memuat naik cerita berkenaan dengan menggunakan nama Amirul Megat menerusi satu laman di Facebook.

Hantaran itu menjadi tular dan turut menyiarkan nombor akaun bank bagi memohon derma serta bantuan daripada orang ramai.


Tertuduh tidak mengaku gambar yang tular di laman itu adalah dirinya dan telah mereka cerita bahawa individu tersebut adalah Amirul Megat yang juga posmen tetapi tidak pernah kenal dan berjumpa dengan Amirul Megat.

Lelaki itu turut memaklumkan akaun bank miliknya hanya digunakan untuk menerima sumbangan sahaja.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Syafiq Nasrullah Saleem Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

– BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.614964 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list