Biarpun banyak kes produk kecantikan beracun dipaparkan di media massa, namun dek kerana mahukan cantik dengan cepat, ada wanita yang sanggup mengambil risiko ini. Seorang pengguna Twitter membuat video pendek mengenai rutinnya menggunakan produk kecantikan tempatan.
Kulitnya mula mengelupas teruk sebelum dinaiki jerawat besar, kemudian ianya perlu dilakukan selama dua minggu bagi mendapatkan kulit licin berseri.
Dalam kemas kini terbaharu, remaja itu dengan bangganya menyatakan kulitnya semakin cantik walaupun terpaksa bersabar dengan kesan sampingan seperti pedih, perit lalu menyamakan produk kecantikan tersebut mengandungi dadah seperti mana panadol. Jadi, ia tidak merbahaya asalkan dalam dos yang betul.
Ramai yang menegur kenyataan remaja tersebut yang menyimpang antara penggunaan dadah di dalam ubat dan racun dalam produk kecantikan.
Akhirnya, remaja itu memadam video tersebut. Pakar farmasi, Siti Awe turut menegur di laman Twitternya.
Kredit foto: Twitter
Menurut Siti Awe lagi, kesan yang dihadapi oleh remaja tersebut sudah jelas menunjukkan impak buruk produk kecantikan yang mengandungi bahan-bahan terlarang seperti hydroquinone, merkuri dan tretinoin.
Mungkin pada mulanya nampak cantik, namun ianya memudaratkan dalam jangka masa panjang.
Kredit foto: KKM
Malah, sudah banyak produk kecantikan tempatan yang telah ditarik balik dari pasaran kerana mengandungi bahan-bahan terlarang. Yang anehnya, mengapa masih ada yang menjualnya? Lebih dasyat, mengapa ada wanita yang sanggup menggadai diri sendiri untuk kelihatan cantik?
Kredit foto : Twitter
Kredit foto : Twitter
Biarpun ramai yang mengecam perbuatan remaja tersebut, namun bagi dirinya, itu adalah pilihan masing-masing. Malah, menunjukkan bukti ramai pengguna sudah pun berubah menjadi cantik dengan produk tersebut.
Kredit foto: Twitter
"Aku bukan influencer sampai semua nak marah aku spread journey skin aku. Lepas tu, risau ramai orang ikut aku. Beb, i spread ke tak spread ke ramai je yang pakai produk ni. Risau kenapa? Kalau orang ikut aku pun itu hak dia."
Rasanya, tindakan lebih tegas harus diambil terhadap penjual produk ini yang masih berleluasa mempengaruhi wanita naif di luar sana.
Setakat artikel ini ditulis, sudah 19 hari rutin kecantikan remaja ini berlangsung. Jadi, sama-samalah kita saksikan perubahan wajahnya. - CARI
|