Seorang warga emas dilarang daripada memasuki pasar raya Asda di Tunstall, England kerana melanggar peraturan 'perintah berkurung' ketika hendak menggunakan tandas akibat tidak tahan untuk membuang air.
Menurut Mirror, Graham Dunn, 76, yang juga pesara tentera itu berkata, penyakit kanser yang dihidapinya membuatkan dia kerap membuang air setiap 15 minit di siang hari.
Kredit foto: Stoke Sentinel / BPM Media / Mirror
Difahamkan, dia yang terlewat 30 minit untuk mendapatkan keistimewaan khas sesi membeli-belah pada Isnin lalu terpaksa beratur panjang.
Namun, setibanya di barisan hadapan, dia berasa tidak tahan untuk membuang air dan situasi itu membuat dia terdesak untuk ke tandas hingga melanggar penjarakan sosial.
Bagaimanapun, tindakannya itu disedari pihak pasar raya yang kemudian mengarahkannya meninggalkan premis berkenaan.
Kredit foto: Stoke Sentinel / BPM Media / Mirror
Pihak Asda telah mengesahkan Dunn kini dilarang daripada memasuki pasar raya berkenaan. - CARI |