CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: PristineOne

Emosi Buat Insan Terpilih ( buat sistur sistur bergelar Che Puan Besar)

  [Copy link]
Post time 19-5-2020 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols tengok pokcik ni beria kupas isu poligami...napa pokcik...kawan pokcik tu terdesak sgt ke nak poligami?....atau si lakinye tu dah merenyam sangat ke?...pada iols kalo nk poligami biarlah kaya..kalo miskin tak payahla...pastu sihat tubuh badan emosi fizikal..kalo panas baran pun tak payahla berbini lebih...setakat dok belasah bini je...satu bini pun dah koyak nk handle..ni kan pulak nk poligami

Mcm ex laki iols...ada hati nk madukan iols dengan bini dia sekarang...cari iols balik bila ada problem ngan bini sekarang....bini dia kata nafkah satu sen pun tak bagi selama kawin...camana nk poligami ?pastu makin baran semenjak kawin baru ni..yg iols pelik..selera balik pulak tu ngan iols..padahal masa nk cerai punyala jijik tgk iols..tengah problem bini sekarang  jijjk pulak ngan bini sekarang....cannot brain ini orang...ajk jumpa sebelum puasa hari tu..perasaan iols dah mati utk dia..iols pulak jadi geli tgk dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2020 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by miraclehopes at 19-5-2020 12:59 PM

Pernah tak pokcik terfikir nak rujuk ngan ex wife pertama pokcik?..saja tanya....ada tak usaha masa dolu2 cerai?...tak silap pnh baca pokcik pnh kawin kan sebelum kawin ngan mem besar?..ampun kalo salah...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Org selalu fikir psl perasaan isteri,perasaan suami bila bab poligami..perasaan anak anak mcm mana? Sekejap ayah ada ada kat rumah sekejap tak de ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang penting bila berpoligami atau teringin nak berpoligami, suami kena jujur..aku dah tengok 2 kes berpoligami yg tak jujur..means, laki kawen senyap2 tak minta izin/bgtau 1st wife..hidup si suami tunggang langgang..dan asyikkkkk takde duit..rezeki berat..sedangkan si 1st wife (skrg dah divorce) pulak semakin bahagia bebas buat umrah dan melancong dan makin ramai kawan..sesuatu yg si isteri ni tadi tidak berpeluang utk nikmati sepanjang peekahwinan coz devoted herself totally in taking care of the household..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2020 02:14 AM From the mobile phone | Show all posts
miraclehopes replied at 19-5-2020 12:55 PM
Iols tengok pokcik ni beria kupas isu poligami...napa pokcik...kawan pokcik tu terdesak sgt ke nak p ...

Bukan Pokchik beria nak kupaskan tajuk Poligami ini tanpa sebab.

Cuma ingin membantu memberi pandangan kepada sistur Porem kita yang ingin move on dgn new normal life setelah diangkat menjadi Che Puan Besar.

Kadang kadang kita isteri susah nak memahami perangai lazim seorang suami...Apa dalam pikiran suami...apa kehendak dia...Apa yang suami cari jika kedapatan nak poligami...
Banyak yang rasa negatif....dan ada sebilangan yang dalam diam menyalahkan diri sendiri sebab suami kahwin lagi. Ada yang rasa rendah diri sebab suami tertarik nak kahwin lagi... No..No..no.. jangan sesekali self esteem...jangan salahkan diri sendiri dan takdir Tuhan. Kena faham kenapa kehidupan perkahwinan poligami itu ditakdirkan dalam hidup.
Bukan Pokchik nak pakai alasan agama...takdir dan kekuasaan Tuhan yang esa untuk membenarkan poligami....Tapi macam yang Pokchik utarakan dipage depan.  Takdir Tuhan jua sistur sistur semua berkahwin dgn jejaka bujang yg jadi suami....kenapa suami? Kenapa bukan dgn ex boypren?  Jadi suka atau tidak ( emo tolak tepi) takdir jua yg tentukan suami berpoligami.     Pasti ada suami solo sistur yg dibelakang sistur yg berangan nak poligami.....atau pernah ada gelpren untuk kearah poligami ( sama ada dgn pengetahuan sistur atau tidak)..... tapi kenapa suami sistur masih lagi bergelar suami solo? Sebab dia usaha ka...dia berangan ka nak kahwin lagi....kalao Tuhan Yang Maha Esa tidak izinkan.....mati keras la berangan angan suami solo sistur tu. Jadi ini semua takdir.

Pokchik disini .....hanya nak berkongsi secara langsung kepada my sistur yg terbabit ...jua sistur2 yg sudi membaca tred ini - apa sebenarnya ada dalam perut suami...apa yg ada dalam pikiran dia? ...pandangan Pokchik ini adalah dari sudut mata lelaki...jua sorang suami dan yang menggalas amanah sebagai suami berpoligami.

Pokchik dah lalui semua ...

- Pernah berstatus bujang jejaka yang meminang dara dan kahwin suka sama suka.

- Pernah menjalani hidup sebagai duda anak dua.
- Pernah melalui susah payah sebagai duda yang nak kahwin dgn gadis berlainan bangsa dan ugama.

- Pernah jadi suami orang yang meminang anak dara Bugis Kadazan Sabah untuk dijadikan isteri kedua.

Dan kini Pokchik adalah suami berpoligami.

Pokchik boleh kongsikan pengalaman buruk dan baik serta pandangan Pokchik buat sistur2 semua .... Mungkin ianya boleh dijadikan panduan buat sistur2 yang telah bergelar Che Puan Besar....atau boleh digunakan sebagai penawar oleh sistur2 untuk kalahkan trik trik Bang Jamil yang suami nya kesurupan nak sangat kahwin sorang lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 02:20 AM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 19-5-2020 07:47 AM
Sambungan...

Tred ini lebih fokuskan kepada penceritaan apa rasa emosi Che Puan Besar Pokchik ya. ...

Baru nak tanya hubungan cpb dgn cpm gi mana.. rupa xsaling mengenali la?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-5-2020 03:43 AM From the mobile phone | Show all posts
miraclehopes replied at 19-5-2020 12:55 PM
Iols tengok pokcik ni beria kupas isu poligami...napa pokcik...kawan pokcik tu terdesak sgt ke nak p ...

Dah baca sipi cerita sis Mirakels..

Yea.... Duda sis tidak ditakdirkan oleh Tuhan untuk berpoligami dan ada rancangan Tuhan untuk sis dimasa mendatang.   Macam sis cerita la...kehidupan dia masa dgn sis pun koyak mental dan material...apatah lagik kalao dia dua isteri.

Sebab dia macam nak balik ke Sis....sebab dia dah bandingkan hidup dia dgn sis dengan hidup dia dgn isteri baru... Tentu ada kelebihan sis yg dia macam nak berpatah balik.

* mana mana lelaki pun dalam senyap tetap bandingkan sesama isteri...atau isteri dgn bekas isteri...
** Ada yg buat perbandingan senyap dalam diri dan ada yang luahkan kepada kawan2 lelaki.  Bagi yang anak kepam mak pulak akan mengadu pada mak sendiri.
*** Perbandingan itu boleh jadi dari segi layanan isteri.....dari segi permintaan material dari isteri...dari segi sama ada isteri boleh diperbudakkan atau isteri garang....juga dari sudut bentuk fizikal isteri ...jua layanan seks isteri.

Balik semula cerita sis ni.... Pokchik paham kenapa ada perasaan geli sis pada duda disitu.   Geli disini boleh diterjemahkan kepada....sudah tiada cinta dan sayang dihati.

Bergembira la sis...... siduda itu hanya dipinjamkan sebentar dalam kehidupan sis.... Jika ada takdir Tuhan dan jodoh...biarlah dipinjamkan Tuhan suami baru yang boleh membahagiakan sis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2020 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambung....

Buat My sistur yang berkenaan ittew...

Renungkan lah maksud positif dalam lawak Pokchik ini..

Jangan anggap diri tu sebagai isteri tua ... Gelar kan diri tu Che Puan Besar atau dalam english HRH Dutchess of Somebody atau gelar diri sebagai isteri pertama atau isteri No.1 juga boleh dipakai.

Sebab apa?...

Dalam tradisi gelaran negeri beraja melayu, gelaran YTM Che Puan Besar ini adalah terdiri dari kerabat diraja yang kanan.  Begitu jua taraf Dutchess ini adalah gelaran kerabat diraja perempuan British yang kanan.

Gelaran Che Puan Muda ni - junior bunyi nya ... begitu juga kalao dalam englishnya HH Countess of Somebody.  Dalam tradisi gelaran kerabat perempuan British...gelaran HH Countess ini adalah dibawah Dutchess.

So be proud of it...

Lagi satu panggilan isteri pertama atau isteri no.1.....pertama tu Johan.... No.1 tu paling nombor utama.     Biarlah si Sinun tu make do dengan tempat kedua dia.... Apa ada hal

Berdasarkan cerita my sistur tuh...
Pokchik terjemahkan bahawa the love is there...the love always there..... becoz of love la maka sistur benarkan dalam berat hati shuben berkahwin lagi...

Then jangan berduka lara..... Lalui la kehidupan terkini dengan normal baru dgn cara yg positif..
* Normal baru tu maksudnya
- ada hari shuben tiada dirumah.
- ada perkara yg perlu dicompremise kan
- ada ketika perlu berlebih kurang

Dan yg penting stick to your ground.

Maksudnya...
- Budget rumah sistur dan anak anak tetap sama dan tak boleh berkurang.
- Tiada material harta yang bertukar milik ( dia nak beli flat PPRT baru untuk yg nomor 2..lantak dia but dont touch harta yg wujud dgn sistur)
- Dan jaminan hidup sistur dan anak2 terjamin ( biar dia beli polisi insuran baru utk yg di Sinun)

Cuma masa bersama Shuben ada sikit kurang....tapi turn that matter in positive way....more privacy time for you sistur.... More free mind for you ( kalao dia tak berada dirumah..tak payah nak pikir makan minum dia...pakaian dia..dan tak payah jadik amah spa picit kaki dia)  Ada yang di sinun pangku tugas tugas tu.

Baik.... sistur menceritakan bahawa Shuben selalu bercerita dan meluahkan komplen pasal yang nombor dua itu kepada sistur...dan sistur tak selesa.  
Put it this way....Shuben sistur tu selesa berkomunikasi dgn sistur tetapi tidak selesa komunikasi dgn yang sinun. Tu dah fact yg sistur menang dalam hidup Shuben....dia selesa...dia perlukan sistur dalam hidup dia.

Teruskan nilai nilai baik semulajadi sistur tu...Shuben nampak semua tu dan tahu.  Tak payah nak try hard ambik perhatian suami... Just teruskan layanan baik pada dia dan jaga maruah dia sebagai suami dan Ayah..

Sentiasa mudahkan dia dalam dia menjalankan tanggungjawap dia berpoligami. Jangan letakkan dia dalam keadaan sentiasa serba salah.  Biar yang di sinun yang tension kan dia....yang buatkan dia dalam perasaan tersepit..
Dia akan sedari nanti....dan tidak lama.
Pada ketika itu nanti....sistur dapat baca bahasa tubuh dia yang dia lebih menghargai sistur.

Pokchik sendiri menyayangi kedua Che Puan Besar dan Che Puan Muda Pokchik.....tapi jauh disudut hati...Pokchik lebih kepada Che Puan Besar.

Berbalik semula cerita sistur..... amalkan motto Azwan Ali - Why Bother 3x...
....Balik rumah..he is your man....Luar rumah..Why Bother

Jangan Stress pikir pasal yang sinun ...tak ada faedah.

Concentrate life sistur dan anak anak dirumah adalah lebih bagus...

Kalau sistur nak up the game - pergila ke Victoria Secret Sunway dan bawa balik G String yg lawa lawa...jangan pakai dah mama"s panty tu kalao Shuben dirumah.  

Berlumba lumba nak melayan suami tu bukan salah. At the end...kalao sistur rasa sistur menang tambat hati shuben atau shuben lebihkan sistur...bukan salah sistur pun dan its good for your ego and self esteem.

Kalao lalui keadaan poligami yang dah terjadi ini dgn mode positif - pahala pun dapat instead of stress dan sakit hati..

Macam ulang kali yg Pokchik suarakan sebelum ini ( page tred depan)...
Kehidupan poligami ini adalah ruang untuk sistur senang dapatkan pahala...sama ada suami adil apatah lagi jika dia tidak adil sebagai suami poligami.

Redha atas perbuatan dia ( jika dia tidak adil atau culas sebagai suami poligami)...dan sistur dapat pahala.

Teruskan layanan baik pada dia ( sama ada dia layan baik sistur atau berubah jadi sejuk) ...sistur dapat pahala..

Sistur mudahkan masa dia dalam dia nak melayan sistur dan yang di sinun.....sistur dapat pahala..

Kalau yang nombor dua tu provoke dan sakitkan hati sistur then suami tak buat apa apa.....sistur dapat pahala lagi...

Jadi...kenapa nak berduka? Sistur amat senang nak kumpul pahala buat bekal nanti.

Yang nak menjawap dalam kubur nanti adalah suami sistur...

Yang berada dalam bara sama ada dapat pahala atau tambah dosa sebab kecikkan hati isteri atau isteri isteri adalah suami..

Yang nak menjawap kat akhirat esuk pasal adil ke tak dalam poligami....suami.

Jadi biarkan dia yang sanggup pikul amanah dan posisi yang berat itu..

Buat sistur ..fokus la pada kemajuan karier dan teruskan hidup rumahtangga dan keluarga dengan positif.....yg lain lain just why bother x3.

Akhir kalam.... Pokchik doakan kehidupan sistur aman damai. Ingat ...suami tu sekadar pinjaman sahaja...bila bila dia boleh dipanggil Tuhan.

Sekian

* terma ..jodoh sampai ke jannah ...atau..berbahagia sampai ke jannah tu, bagi Pokchik hanya mainan kata sedap telinga.   Ke Jannah ( syurga ), datang mana nya ke syurga suami isteri sama sama. Dahlah waktu mati pun lain lain.. Apatah lagi jika suami tak kira suami solo ke suami poligami ke itu zalim pada isteri atau tak solat...datang mana nya masuk syurga sama sama?  Amalan dan ibadat kita sendiri adalah tiket kita ke syurga.....dan para isteri yang soleh dan taat mempunyai lebih peluang ke syurga berbanding suami yang mengecilkan hati isteri apatah lagi suami yg tidak pelihara isteri dgn baik. Suami hanya pinjaman....belum tentu dia yg ada disyurga nanti menanti sistur sistur semua...bagi yg single mum...mungkin suami kedua yg pegang tangan sistur di syurga. Kita ni semua hanya malhluk Tuhan yang dipasangkan secara pinjaman pada sesama sendiri....sama ada dipinjamkan setakat didunia atau dipinjamkan sehingga pasangan mati. Wallahuaklam.

** Pokchik sendiri ambik iktibar atas coretan Pokchik sendiri. Mampukah Pokchik ke syurga bersama isteri2 Pokchik ?? Pokchik tak yakin.
Pokchik sendiri masih terasa belum sempurna sebagai suami poligami terhadap kedua dua isteri ..walaupun sudah berusaha sehabis baik.
Apatah lagi dgn kehidupan buas dan liar Pokchik dari zaman remaja...muda berbanding dgn masa Pokchik insaf pada umor 40thn. Bagaimana amal ibadat selama 8 tahun nak cover dosa dosa enjoy selama berpuluh tahun???   Pokchik hanya redha yang Pokchik jika mati sehari dua ni...kena singgah masuk neraka dulu sehingga habis hutang dosa Pokchik...baru mungkin diizinkan masuk syurga lepas tu. Itupun mungkin. Tapi marilah kita terus bersama sama mencari kebaikkan dan pahala. Mati tu pasti sistur sistur semua...

Kematian...

Pokchik dah banyak kali melihat dan berada di kepala mayat saudara mara...sahabat juga anggota tentera Pokchik... Kaku mayatnya...menangislah isteri yang masih muda....terpandang la Pokchik harta benda dalam rumah simati... Tapi bila tiba malam tu....Pokchik terpikir...berseorangan mayat tu dalam tanah...tiada siapa temani....tidak keluarga...juga tidak isteri... Tiada jam yg ditanam sekali....apatah lagi kasut mahal simati dalam kubur simati. Putus abis hubungan di dunia ini. Sedangkan baru beberapa jam tadi masa siang hari mayat tu dikelilingi isteri...saudara dan kawan kawan..
Mana pergi semua orang??  
Kalao ada takdir Tuhan....si isteri atas dunia tu dalam 16 atau 17 bulan akan tidur berhubung batin dengan suami baru nya atas katil di dunia...dan tidak salah pun..
Maka apa yang nak diherankan pasal suami suami semua ni....semuanya pinjaman oleh Tuhan semata mata. Semoga menjadi renungan buat diri Pokchik juga semua sistur2.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2020 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq pokchik. Perkongsian yang eye opening
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Pokcik ada berapa org anak dr 1st wife yg bercerai tu, cik puan besar & cik puan muda?

Mcm mana mula2 pokcik bgtau kat cik puan besar pokcik nk kawen lagi satu? Meroyan tak dia?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 20-5-2020 07:55 AM
Sambung....

Buat My sistur yang berkenaan ittew...


Pokcik..kecik hati cik puan muda pokcik dengar hati pokcik lebih kepada cik puan besar...kalo dia baca ni sedih pokcik.....kalo ye pun lebih pada mana2 pihak..diamkan aje pokcik...luluh hati...mesti dia fikir dlm sibuk pokcik dok guna dia atas katil rupanya hati kurang
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 20-5-2020 03:43 AM
Dah baca sipi cerita sis Mirakels..

Yea.... Duda sis tidak ditakdirkan oleh Tuhan untuk berpoli ...

Terima kasih pokcik atas doa pokcik..iols pun harap akan bertemu jodoh sekufu yg boleh bimbing dunia akhirat...iols pun selagi boleh tak nk la kawin laki org...biarlah dapat yg masih belum berpunya...tak payah nk berebut dgn mana2 perempuan atau melukakan hati mana2 isteri kan.

Mcm isteri ex laki iols sekarang...ex laki iols kata dia cemburu ngan iols..sebab bukan dia hadir dulu dlm hidup laki dia...konon..ex laki iols pun bukan boleh caya kata2nya..sembang ngan bini dia pulak katanya tak pnh cemburu pun dengan iols selama ni...kesimpulannya..dua2 tak leh caya..iols pulak jenis tak suka berebut jantan..ko nk sgt kan ambikla..tapi bila dah dpt pun maslh jugak rupanya...ni tgh prob si ex ni cari kita pulak..bini dia kata kadang2 dia rasa laki dia lagi syg iols dari dia...iols tak tau la pulak kan..rasanya tak kot..perasaan dia je tu...tapi iols memang tak nk balik dah pun ke ex..takde perasaan langsung dah

Cuma igtla..masa dulu2 ank sulung iols kecik lagi darjah 2 masa tu nk bermanja dengan ex laki iols dia punya cemburu sampai nk bergaduh2...dah kenapa..bukan nye iols yg nk bermanja khen...dah nama pun ank kandung..cemburu tak bertempat...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak baik pokcik beza bezakan no 1 dan no 2

Isteri no berapa pun tetap isterikan

Kalau tidak takkan Pokcik sanggup kawin dgn yg no 2 setelah ada ni 1 ??????
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 04:45 PM | Show all posts
bagus lah..
pusing pusing..situ sini sinun..
yg number 1 tetap yg terlebih syg..diutamakan.
tak perlu try hard..be yourself saja.
sure yg 1st tu start susah senang sesama..
sedangkan yg 2nd tu..tetiba datang time senang nak menumpang kasih pulekkk...

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 06:13 PM | Show all posts
Pak cik tak boleh la tanya empunya diri, bahagia ke tak? Mesti la cakap bahagia, walaupun dalam hati meronta2. Kena risik kat kawan baik dia. Baru kita boleh tahu cerita sebenar.

Perempuan ni, redho macamana pun dia, tapi dalam hati tetap akan ada perasaan tak suka berkongsi tu.

Memang macam tu la perempuan ni, terpaksa memaksa diri untuk bahagia.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2020 05:15 PM | Show all posts
bg anak mcm saya yg ayahnya berpoligami sampai 3 di suatu masa dlu.. saya tak dpt kasih syg penuh drp seorang ayah..kena berbagi kasih dgn anak2 lain hampir sama tahun umur...
amik report kad ikut turn pun kdg2 tak terkejar.. masa mak ssh hati adik demam walhal abah ade kat umah mak lain.. kalau boleh kami tak mahu melalui semua tu..

Hampir tak normal & walaupun bila rasa happy tetap rasa kasih syg abah tak cukup.. sdgkan kgkwn lain ayah dorg bg sepenuh perhatian.. mgkn bg pakcik, pakcik rasa bahagia..pakcik rasa pakcik dah jalankan tgjwb adil pada che puan che puan pakcik..

Ketahuilah..kami sebagai anak2 yg tak rasa kasih syg yg berbelah bagi tu..walaupun poligami ni dibenarkan.. tetap terkesan pada kami anak2..

byk tak best drp best utk kami..mesti walau secebis tetap akan rasa nak ayah utk badik2 kami yg serumah.. bila ade menda2 penting nak bgtau..pastu abah tu di rumah mak lain..rasa bantut sgt nk bgtau pape berita yg mendatang...membesar dgn kurang rasa kasih syg abah..

Dulu2 penah jg terdoa spy abah tu kekal pd mak kami sorang..masa kecik lg tak paham mcm mana berbagi kasih boleh sgt best utk abah ke sana ke mari.. kenkdg rasa dendam yg tak terluah..

tp mgkn abah kami yg mgkn tak reti ..tp memikirkan 3 istri dgn anak2 total dlm 15org waktu tu... pastu kite ni sebaya or gap setahun je dgn akk/adik mak lain bkn perkara mudah bg kami...

just my experience. kalau anak2 lain yg boleh terima mmg Alhamdulillah utk kalian..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2020 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
I guess dia redha poligami sbb che puan besar pun bukan yg pertama..yg susahnya kalau che puan besar itu yg pertama yg sama2 bersusah dari gaji ciput satu paku tapi bila boleh bernafas sikit di crown mula la mencari lain.

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 19-5-2020 08:21 AM
....sambung..

Pokchik dah bagi intro cerita Pokchik dan source bagaimana Pokchik nak bagi pandang ...

Hmm.nabi dan islam suruh jaga pNdangan n kehormatn dan status sbg suami / isteri xkira la  dlm umah ke luar rumah ke..

Ayat laki kt umah milik wife ni mmg ayat2 laki kuat berskandal yg nk psycho bini Supaya xmeroyan bila dia kantoi ada caw lain Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebanyakan. ...kebanyakan lah. .yang mengaku hebat...lawa...kacak.. .bahagia  dan semua yg jenis angkat diri di alam maya Internet ni realiti sebaliknya. ....


Tu jela akak nk tulis ....jgn marah tiada kena mengena hidup dan mati ...ampon....
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Malas nk baca naa naa ...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.065582 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list