CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7911|Reply: 26

pengalaman seram cikgu sekolah

  [Copy link]
Post time 19-5-2020 09:10 AM | Show all posts |Read mode
actually kisah-kisah ni x de lah seram mane..tapi saje nk bercerita

KISAH 1

Masa tu aku cikgu baru dekat satu sekolah ni..dah lah sekolah tu jauh dari rumah aku dekat daerah lain. Disebabkan jauh dan aku pun x ada saudara mara dekat daerah tu yg boleh aku menumpang, so aku pun mintak dekat pengetua untuk tinggal di asrama. Lagipun aku x ada lesen kereta mase tu, susah jugak nak berulang-alik kalau cari rumah sewa pun.

Maka pengetua pun bagi lah aku duduk dekat rumah warden kosong dalam bangunan asrama. Untuk pengetahuan, sekolah tu baru je beroperasi dalam sekitar 3 tahun. Sebelum tu bangunan sekolah terbengkalai agak lama jugaklah sebelum dibenarkan beroperasi. dalam asrama ada dua buah rumah warden. Satu terletak di hujung wing belah barat dan satu lagi di hujung wing belah timur. Rumah wing belah Timur dah ada cikgu lain yang tinggal. Yang kosong wing belah barat. Sorang-sorang ok. Asrama tu 4 tingkat. Tingkat bawah sekali tidak berpenghuni di mana hanya ada dorm2 kosong, sick bay, bilik tetamu, bilik TV, dobi dan rumah warden. Pelajar2 semua duduk di tingkat 2 sampai 4.

Nak dijadikan cerita, sebelah rumah aku ada dorm kosong dan laluan nak ke arah rumah aku tu cahaya agak malap dan pelajar jarang lalu lalang di laluan tu. Mereka banyak menggunakan tangga tengah dan tangga wing belah timur tu. Jadi laluan dekat rumah aku tu agak sunyi. Tapi x menjadi masalah untuk aku.

Ada lah seorang pelajar ni, aku namakan Siti (baru nak masuk cerita), di kalangan batch dia, dia ni agak pelik. Suka duduk sorang2. Tak berkawan mana. Belajar pun  biasa2 je. Aku ada terdengar di kalangan pelajar2 bercerita pasal budak ni, macam2 kisah pelik apa semua tu lah pasal budak ni. Aku dah lupa apa kisahnya. Antaranya yang aku ingat, ada student kelas aku cerita, si Siti ni selalu masuk dalam dorm kosong sebelah rumah aku tu. Boleh dikatakan setiap malam lepas habis prep. Dahlah duduk sorang2 dalam gelap pulak tu. Ok yang tu x seram lagi. Diaorang tanyalah, buat apa dalam bilik tu sorang2. Siti pun bagitahu,pergi jumpa kawan dia. Kawan dia selalu panggil dia masuk dalam dorm tu, borak2 dengan dia. Classmate dia pelik lah, kawan mana pulak giler panggil masuk dalam dorm malam2. Siti ni pun bukan ada kawan rapat pun. Tapi classmate Siti  x tanya lebih2 sebab dah start rasa seram katanya. Diaorang pun mula bercerita dekat cikgu2 yg dieorang rapat pasal Siti ni. Yang lagi hanat, budak2 ni usik aku pulak, "Hati-hati cikgu...dahlah cikgu duduk sorang2 tu. Nantikan kena kacau". Malam tu jugak aku lari tidur rumah warden satu lagi tau. Dalam berani pun penakut jugak aku ni. Tapi seingat aku, kaunselor ada panggil kot si Siti ni nk dengar cerita dari pihak dia. Lepas tu stop sekejap kes tu.

Suatu hari, masa tu aku baru balik dari sekolah. Tengah solat asar tu, dengar ada student ketuk pintu rumah. Mujur rakaat terakhir dah. So lepas solat tu, bukak lah pintu. Ramai sangat student kat luar rumah aku. Bukan serbu rumah aku sebenarnya, lebih kepada dorm sebelah rumah aku. Aku tanya lah student yang ketuk pintu rumah aku tu, " Ada apa ramai2 ni?" Dia pun jawab "Cikgu, ustaz Malik (bukan nama sebenar) suruh cikgu pergi dorm sebelah. Sekarang! Urgent! ". Aku tanyalah "Kenapa?". Dia jawab "Siti buat hal lagi." Sebelum aku lupa, sebelum ni Siti ni pernah ada kes histeria tau. aku pun dengan baju sembahyang x buang lagi pergilah jenguk. Aku tengoklah dekat tingkap dorm tu, ustaz Malik tengah terkumat kamit baca ruqyah dekat si Siti ni. Siti ni dah nampak pelik dah. Mata duk melilau-lilau tengok sekeliling. Duk kata "Sakit...sakit". Tak lama lepas tu pengetua, ada sorang ustaz lagi aku bg nama ustaz Majib dan PK KO datang.  Pengetua dan ustaz Majib ni pun masuk dalam dorm tu. Pk ko duduk dekat luar koridor dekat tingkap je x nak masuk dalam. Dia memang penakut pun. Sama lah macam aku masa tu. Tengok je dari luar tingkap tu, x masuk2 dari tadi. Masa pengetua dan ustaz Majib masuk, masa tulah Siti start meracau-racau, menjerit bagai. Ustaz Malik dah menjerit dah panggil aku masuk "Cikgu masuk lah cepat..tolong pegang budak ni...x kan saya nk pegang kot". Aku dengan hati yang berat masuklah, tolong pegang tangan dan kaki Siti. Masa aku nak masuk tu, adalah student yg agak rapat jugaklah gosok bahu aku kata "Sabar ye cikgu" sambil tersengih. Kurang ajo.

Ustaz malik pun start pegang ibu jari kaki siti sambil baca ayat2 ruqyah. Ustaz majib pulak pegang kepala siti. Pengetua masa tu gelak2 kecil jgk kata "Alah x de apa ni". X de apalah jugak, aku ni yang kena pegang budak siti ni. Student lain tengok dari luar tingkap je. X de sorang pun berani masuk. Disebabkan Siti ni makin kuat meronta-ronta, dengan kudrat aku sorang pegang Siti ni, memang x mampulah. Jadi pengetua pun tolong la pegang skali. kira halal la, daruratkan. Tapi dia pun x de lah nak pegang lebih2, nantikan orang kate sexual harassment pulak. Mase pengetua pegang tu, si Siti ni pergi tendang pengetua. Aku yang tengah pegang siti ni tergelak jugak lah. Lepas tu Pengetua pegang lengan siti pulak, boleh dia pergi cubit tangan pengetua. Pengetua pun kata "Eh..eh..boleh mu cekit aku." Suasana huru hara jadi lawak la pulak masa tu.

Dalam sejam lepas tu...selesailah kes Siti ni. Kawan2 dia pun bawaklah dia naik atas dorm, rehat. Aku tanya lah ustaz Malik, apa masalah Siti, betul ke ada benda tu. Ustaz Malik pun jawab biasalah adalah sikit2 tu campur dengan mainan perasaan. X de apa pun sbenarnya. Pengetua pulak jawab, dia nak tukar sekolah tu.

Malam tu, aku apa lagi angkut kain baju untuk pegi sekolah esok, pergi tidur rumah warden satu lagi. Memang x lah, aku nak tidur kat rumah sorang2 lepas kejadian histeria. Sebelah rumah aku pulak tu.

p/s : Lepas perbincangan antara ibu bapa, kaunselor dan pengetua, Siti ni pindah sekolah. Rupanya dia memang ada masalah family. Sebab tu jiwa kacau sikit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2020 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Org ada jiwa kacau.. Sensitif pada persekitaran mmg senang kena ganggu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 09:31 AM | Show all posts
kat sini pon mana2 yg kene kacau tu asalnya dia ni suka termenung
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
biasa org pompuan mudah kena kes2 histeria ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2020 10:09 AM | Show all posts
KISAH 2

Kisah ni x de lah seram mana sebenarnya.

Kisah ni terjadi selepas beberapa bulan aku jadi guru. Aku kena bawak student2 pergi ke satu sekolah ni dekat daerah lain sebab ada kejohanan merentas desa. Sekolah aku kena pergi awal sebab jauh, jadi kami bertolak malam dan menginap dekat sekolah berkenaan. Beberapa orang guru lain turut menaiki bas yg sama.

Selepas habis program, kebetulan keesokannya cuti umum, kawan aku, ustazah yang mengajar sekolah yg sama ( Kak kay) aka isteri Ustaz Majib ajak aku berjalan-jalan dekat daerah tu. Aku pun apa lagi on jelah. Jadi selepas pastikan semua student dah naik bas, aku, Kak kay, ustaz majib dan PK KO pergi lah ke shopping mall yang ada dekat daerah tu. Saje cuci mata sambil makan2. Ustaz Majib dgn PK Ko pergi tengok wayang. Aku dengan kak Kay lepak2 sambil makan. Kami duduk situ sampai petang. Masa nak balik tu...Ustaz Majib mengeluarkan idea bernasnya, "Jom kita pergi lepak dekat Teluk Cempedak". Kami pun ikut jela driver nak pergi mana. Bukan ada kelas pun esok.

Sampai sana dah malam,kami duduklah sampai pukul 10.00 malam. Aku dengan kak kay jalan2 tepi pantai manakala ustaz majib dengan pk ko pergi makan mana entah. Jadi kami sampai sekolah, dalam pukul 2 pagi sebab nak hantar aku pulang ke asrama . Sebelum tu ustaz majib ada tanya betul ke nak balik asrama ni. Tidur jela rumah dia. Tapi aku tolak pelawaan dia. X selesa la nak tumpang rumah orang. Dahlah ustaz ni pun perangai mengusik blh tahan. Bergosip pun power mengalahkan perempuan.  Sepanjang perjalanan pun, dia sibuk duk kenen2 aku dengan PK KO, dah lah laki orang. X nak lah ada cerita x best pulak.

So, bila sampai kat asrama, nak balik rumah aku tu pun dah rasa seram semacam, dah lah laluan koridor ke rumah tu suram. Suasana sunyi sebab student2 pun dah tidur. Pukul 2 pagi what do u expect kan. Jantung aku masa tu dah berdegup kencang dah ni. Aku ni sebenarnya x de lah penakut sangat. Tapi bila perasaan takut tu datang, berdebar tu lain macam. Rasa x sedap hati. Biasanya kalau perasaan tu datang, aku akan lari pergi tidur rumah warden satu lagi. Tapi x kan lah aku nak ketuk pintu rumah orang kan waktu2 macam ni. Mulalah rasa menyesal tolak pelawaan ustaz majib n kak kay tadi.

Masuk dalam rumah aku terus masuk bilik tidur. X salin baju, x basuh kaki. Terus terjun atas katil. Sebelum tidur tu, untuk buang perasaan takut aku pasanglah surah dalam phone. Aku pilih surah paling panjang biar dia baca sampai ke subuh yakni surah Al Baqarah. Lepas tu aku pun pejam mata. Tapi faham x, tidur aku x lena pun, dalam kepala terbayang2 scene2 dlm filem hantu. Hantu dekat bawah katil la, dekat tingkap la macam2 la. Dalam duk terbayang2 tu, akhirnya terlelap jugak.

Tak lama lepas tu, aku terkejut dari tidur. Ni part paling aku benci, dah lena tidur tiba2 terjaga. tengok jam ingat dah subuh, tapi rupa-rupanya baru pukul 3 pagi. Dan2 masa tu teringat cerita mat saleh, kan pukul 3 pagi, makhluk2 tu start merayau-rayau ( saja menakutkan anak cucu nabi adam, padahal waktu tu la sesuai solat tahajud). Tengok surah yang aku pasang tadi, apasal senyap je dah habis baca ke. Rupanya x habis pun satu juz', dia terstop sendiri. Alahai, masa tu fikiran dah kacau dah ni.

Ok fine, kita pasang surah yasin pulak. Sambil nak tidur tu, blh ikut baca sekali. Terlelap sekali lagi. Tapi skejap je, terjaga balik. tengok surah tu terstop lagi w/pun x habis lagi. Masa tu nk dekat pukul 4 pagi. Lepas2 tu pejam2 mata x nak lelap jugak. Jantung ni dah berdebar lain macam dah ni. Aku ni x de six senth apa pun blh nampak makhluk2 tu... tp pernah dengar org kata kalu perasaan tu lain macam, adalah tu dekat2 situ. Yelah aku ni seharian macam2 tempat aku berjalan. Boleh jadi je kalau ada benda ikut aku balik kan. Jangan cakap lah, kalau dekat asrama ni, bunyi guli, orang bertukang memang kebiasaan kalau dengar malam2 mcm ni. Tapi that night, bila dengar lagi bertambah keseraman yg aku rasa.

Jadi untuk membuang perasaan tu, nak tidur balik pun memang x boleh. So aku pun buka laptop main game sampai subuh. Sambil pasang volume kuat2. Kalau org lain pergi solat, mengaji bagaikan. Aku x . Takut nak masuk tandas nk ambik air smayang. Betapa jahilnya. Lebih subuh, aku qodo' tidur sampai tgh hari.

p/s  : x seram pun lebih kepada mainan perasaan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2020 10:32 AM | Show all posts
Edited by Annaquinn009 at 19-5-2020 10:34 AM

KISAH 3

KIsah ni dekat sekolah baru. Aku sekali lagi menjadi menjadi warden. Selagi x kawen jawatan warden dengan aku memang x boleh dipisahkan agaknya.

Tabiat aku masa on duty, aku akan meronda2 kawasan asrama pukul 12 malam ke atas. Mase tu waktu yang paling sesuai nak tangkap budak2 yg x reti bahasa ni. Aku ni bila berani, berani sangat. Sampai setiap ceruk asrama aku ronda. Tak kisah dah gelap ke terang. Semua aku tinjau. For ur information, sekolah aku ni antara sekolah tertua dekat negeri ni. Betul-betul tepi bukit. Tapi bila datang perasaan takut tu, atas dorm student pun aku x pergi jenguk. Lantaklah apa nak jadi kat atas. Kalau ada kes, pandai2 lah budak2 ni ketuk bilik aku.

Ada satu malam tu, aku merondalah macam biasa. Masa sampai tingkat 2, aku lalulah depan musolla mini. Kau tau aku nampak apa. Ada seorang ni pakai baju sembahyang, dalam gelap tengah sujud. Sebijik macam cover filem makmun. Terfikir jugak ni budak mana yang berani solat malam2 macam ni. Dalam gelap pulak tu. Dah lah lampu koridor tu gelap. Masa tu dalam pukul 1 lebih kot. Manusia ke cik Han ni.

Aku pun apa lagi. X de nak tunggu2 dia bangun. Kan dia bangun, muka lain yang muncul, x ke naya aku. Terus turun masuk bilik tidur. Ronda2 cancel. Warden mahu tidur. Lampu bilik, ruang tamu, dapur dan tandas semua aku bukak malam tu.

Dahlah malam sebelum tu, kapten asrama ada cerita. Dia terjaga, terasa nak ke tandas. Pergi lah dia sorang2. Sedang membuang tu dia terdengar bunyi orang humming dalam tandas sebelah. Mase dia keluar tu, sempatlah dia menjeling tengok.. x de orang pun tandas sebelah. Pintu luas je terbuka. Apa lagi, berlari lah masuk dalam dorm.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-5-2020 10:59 AM | Show all posts
KISAH 4

Ni pengalaman aku mase zaman belajar.

Masa aku belajar dulu, satu dorm dua ahli. Bangunan asrama perempuan ada dua blok depan dan belakang. Antara dua blok asrama dipisahkan dengan padang . Blok depan betul2 dekat dengat laluan student lalu lalang pergi ke kelas. Blok belakang berhampiran dengan hutan.

Kebetulan masa aku masuk sekolah tu, aku ditempatkan di blok belakang di mana penghuninya kebanyakan pelajar lepasan SPM . Blok depan pulak, penghuninya dr ting 4 hingga 5. Hanya beberapa orang sahaja budak ting 4 yang tercampak di blok belakang. Kebetulan mase tu cuti sem. Pelajar lepas SPM ni sedang bercuti. Tinggallah kami adik2 ting 4 ni. Tak sampai 10 orang pun mase tu. Bilik yang berpenghuni masa tu dua bilik bawah iaitu bilik aku dan jiran aku. Dua bilik di tingkat atas.

Aku ni perangai x de sesopan mana. Mcm celaka jugak kadang2. Berbeza betul dengan jiran bilik sebelah. Sopan ayu. Satu hari ni, aku rase macam nak usik dua orang sebelah tu. Kebetulan bawah tingkap bilik aku ada kerusi. Tingkap bilik aku mengadap hutan ye. Jadi aku panjat keluar melalui tingkap. Pergi ketuk tingkap bilik sebelah. Lepas tu aku cepat2 panjat balik tingkap bilik aku. Beberapa kali jugak la aku buat macam tu. Kawan tu dah cuak dah. Yelah sunyi kot blok tu. Mane ada orang. Aku ni duk terkekeh dah dengan roomate aku dengar diaorang dah gelabah. Ok habis dekat situ adegan ini.

Malam tu lepas habis prep...kitaorang siap2 nak tidur. Tiba-tiba kitaorang dengar tingkap bilik kitaorang pulak kena ketuk. Sapa pulak kan nak mengetuk malam2 mcm ni..x kan orang sebelah kot balas dendam. Beraninya keluar malam2. Kalau betul pun mesti kiteorang dengar kerusi yg aku jadikan tempat berpijak masa keluar dari tingkap tu ada orang alih. Diselangi jugak dengan bunyi tapak kasut budak-budak yg berbunyi nyit..nyit..nyit tu. Duk mundar mandir dekat tingkap bilik kitaorang... Lepas tu roomate cakap, karma. What u give, u get back. So malam tu kami tidur satu katil 2 orang.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 02:53 PM | Show all posts
best2 cite TT. nak lagi nak lagi. dah lama tak layan cite horror best2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2020 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Annaquinn009 replied at 19-5-2020 02:59 AM
KISAH 4

Ni pengalaman aku mase zaman belajar.

Memang kalau kita usik orang atau takutkan orang kita akan kena balik sebijik mcm kita sakat orang tu. Tapi bukan dari orang yg kita sakat, tapi dari "benda" lain. Hihihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2020 05:52 PM | Show all posts
Jitu replied at 19-5-2020 09:36 AM
biasa org pompuan mudah kena kes2 histeria ni

emm setakat beberapa tahun mengajar ni mmg x pernah lg jumpa budak lelaki histeria tp perangai pelik tu ada lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2020 06:54 PM | Show all posts
KISAH 5

ni kisah student lelaki sekolah aku

Aku namakan budak ni Amir. Aku mengajar Amir ni dari dia tingkatan 1. Baik budaknya. Pendiam, bijak dan rupa pun hensem. X pernah lah buat masalah dalam kelas.

Naik tingkatan 2, perangai dia mula berubah. Adalah terdengar cerita2 dari warden aspura pasal Amir ni. Ponteng solat, bangun lambat, xpergi prep. Aku rasa pengaruh kawan lah kut. Biasalah budak lelaki remajakan. Aku still mengajar dia. Masa ni aku mula perasan. Amir ni bila dalam kelas fikiran dia selalu melayang . Tersengih sorang2. Suasana serius kut, x de lawak2...boleh dia gelak2. Pelajaran pun mula munurun.

Suatu hari heboh satu aspura, Amir ni hilang. X masuk dorm. Sedangkan hari dah malam. Warden aspura tercari2 lah mana budak Amir ni pergi. Buat announcement bagai. Kawan2 semua kata x tahu. Cikgu2 ni bimbanglah. Hilang anak orang. Naya sekolah.

Bila hari dah subuh, pelajar2 lain start memenuhi surau untuk solat jemaah. Akhirnya, Amir ni memunculkan diri. Bukan pergi surau pun tp balik ke dorm sambung tidur. Dormmate dia tanya dia pergi mana semalaman org cari.  Dia x jawab pun cuma tersengih-sengih. Bila dah pagi tu, warden pun panggil lah si Amir ni nak soal siasat. Tanya punya tanya. Dia x jawab apa pun. Cuma tersengih . Ketua warden mase tu Ustaz Majib. Panas hati lah kawan tu. KIta tanya dia, boleh sengih kambing. Apa lagi kene makan penampar lah. Macam main2 pulak. Lepas tu baru lah dia jawab, dia tidur dalam kelas. Dan satu das lagi penampar Ustaz Majib bagi.

Lepas habis kes tu, ingatkan dah senyap dah. Tapi Makin teruk si Amir ni buat perangai. Tidur dalam kelas, x siap kerja sekolah. Kalau kita tegur, dia dah start menjawab. Ramai jugaklah cikgu2 ni merungut pasal budak Amir ni. Cikgu2 ni soal siasat lah kawan2 Amir ni. Nak tahu punca. Terpengaruh dengan siapa. Tapi kawan2 satu batch dia cakap, Amir ni x de pun kawan rapat. Selalu ke mana2 sorang diri je. Petang2 x de pun join diaorang ni beriadah.

Aku ingat lagi ada satu hari ni, masa tu hujung minggu. Kawan aku buatlah kelas tambahan tingkatan 5 dekat library sekolah. Sekolah lain pun ada datang join skali kelas tambahan tu. Jadi Pagi2 lagi kawan aku  datang nak buka pintu library. Masa buka tu, terkejut beruk kawan tu, nampak ada orang terbaring atas sofa. Sofa tu bertentangan dengan pintu masuk. Tengok2 budak Amir ni tengah syo tidur. Apa lagi kecoh lah satu sekolah. Cikgu terjumpa pelajar sedang tidur dalam library.

Untuk pengetahuan korang, library sekolah aku ni besar giler. Satu aras bangunan sekolah ni adalah library sahaja. Dan terletak di tingkat paling atas. Persoalan sekarang Macam mane budak Amir ni boleh masuk dalam library. Dia pecah masuk dari mana. Beraninya dia. Tapi itula bila kita soal dia, dia hanya tersengih. Ustaz Majib dah bagi berapa das penampar. Tu pun x nak jawab lagi. Pihak sekolah pun dah call parent  dia. Lepas tu, sesi soal siasat Macam mana dia masuk tu aku dah  x ambik tahu. Malas nak tanya ustaz Majib. Yang pasti case closed.

Masuk tingkatan 3. Masa tu awal tahun. Baru buka sekolah. Amir masuk lewat seminggu. Masa tu aku dah x mengajar dia dah. Masuk2 sekolah, dia datang dengan berkepala botak. Aku tanya lah "Pergi umrah ke Amir?" Dia jawab, "A'ah cikgu, baru balik dari umrah." Aku pun ok fine.

Beberapa hari lepas tu, aku duduklah makan semeja dengan cikgu2 lelaki. Aku dengarlah Ustaz Malik dengan Ustaz Majib ni bercerita pasal budak Amir  ni. Aku dah lupa dah apa yang diaorang cerita, yang pasti pasal perangai2 dialah. Datang lambat sekolah and macam2 kes lagi lah. Aku pun menyampuk lah bila masuk topik datang lambat tu. Aku dengan confident nya cakap " Ustaz, Amir datang lambat sebab pergi umrah lah. Tak tengok ke kepala dia botak tu." Ustaz malik pun tanya lah "Cikgu tahu mana dia pergi umrah ?" Aku pun jawab "Amir sendirilah bagitahu,". Lepas tu Ustaz Majib pun menyampuk "Umrah kepala otak dia. Mana adanya dia pergi umrah. Saya sendiri yg call parent dia. Dia tu yang x nak datang sekolah." Then, aku pun  "Aku kene tipu dgn budak Amir lah ni" Emm x pasal2 tipah tertipu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Annaquinn009 replied at 20-5-2020 05:52 PM
emm setakat beberapa tahun mengajar ni mmg x pernah lg jumpa budak lelaki histeria tp perangai pel ...

sbb org pompuan kan ada period
masa period ni kan xblh baca ayat2 suci Al-Quran jd jin2 ni mudah nak ganggu
tp ada lg sebab2 lain
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Best2..continue lagi..nak2 citer pasal amir tu...nak taw kesudahan dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2020 04:02 PM | Show all posts
salmon-suki replied at 21-5-2020 02:16 PM
Best2..continue lagi..nak2 citer pasal amir tu...nak taw kesudahan dia

X ada kesudahan pun...sebab aku dpt tukar sekolah..x ambik tahu dah pasal dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2020 04:04 PM | Show all posts
Jitu replied at 20-5-2020 09:00 PM
sbb org pompuan kan ada period
masa period ni kan xblh baca ayat2 suci Al-Quran jd jin2 ni mudah  ...

satu lg budak pompuan ni kebanyakan lemah semangat...banyak fikir yg bukan2 berbanding bdk lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Annaquinn009 replied at 21-5-2020 04:02 PM
X ada kesudahan pun...sebab aku dpt tukar sekolah..x ambik tahu dah pasal dia

Laaaa...alaaa..sedihnyaaaa..menarik sgt nak taw kenapa amir tu berperangai mcm tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2020 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Annaquinn009 replied at 21-5-2020 04:04 PM
satu lg budak pompuan ni kebanyakan lemah semangat...banyak fikir yg bukan2 berbanding bdk lelaki
...

ha ah sbb tu bila ada kes histeria mst pompuan yg biasa kena

cikgu xsembang2 ngan jaga sekolah ?
diorg byk jugak cite2 seram ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2020 06:04 AM | Show all posts
Jitu replied at 21-5-2020 08:55 PM
ha ah sbb tu bila ada kes histeria mst pompuan yg biasa kena

cikgu xsembang2 ngan jaga sekolah  ...

x pernah rase nak sembang dengan jaga pasal cerita2 hantu ni...sebab bila kita banyak dengar cerita seram, otak kita akan selalu terfikir pasal mende alah tu...dan bila dah asyik fikir samalah ibarat mcm kita menyeru2 dia datang. Lagipun aku kan tinggal sorang dalam asrama tu...x naklah cari pasal. Movie hantu pun aku x tengok bila sorang2. Lagi satu aku ni suka duduk sorang2 dalam bilik guru buat kerja sampai ptg. Kadang hujung minggu pun aku datang skolah. Jadi x naklah kacau otak aku dengan cerita2 mcm tu.

Ada sekali tu je, jaga pernah cerita masa dia ronda2 kawasan sekolah malam2, dia pernah ternampak hantu pocong dekat belakang rumah warden yg aku duduk tu. Betul2 dekat pintu belakang. Tu pun bukan dia cerita dekat aku, tapi dekat my student. Aku apa lagi bila dengar cerita tu, mlm tu terus ajak student aku tidur dengan aku w/pun aku x berapa gemar ajak student tidur dgn aku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2020 06:11 AM | Show all posts
Jadi bila cerita pasal hantu pocong tu heboh diperkata oleh student dari mulut ke mulut. Untuk students yg lemah semangat mrk jadi terbayang2 tau pasal benda tu. Ada tu datang bagitahu nampak dekat hujung katil la, dekat koridor lah. Automatik jadi takut yg melampau. Sekolah aku pulak sekolah asrama penuh,  x peliklah kalau mrk stay up malam2 nk study atau menghafaz kan...tp disebabkan cerita mcm tu diaorang jadi takut...nak2 student2 ting 1 yg masih homesick tu . Mulalah buat perangai nak baliklah apalah. Yg susahnya nanti warden.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 10:22 AM | Show all posts
menarik citer cikgu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.081131 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list