CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18707|Reply: 135

Khir Rahman bengang Kak Ogy mungkir janji nak bayar 16 Mei

  [Copy link]
Post time 19-5-2020 09:58 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 19-5-2020 09:57 AM

"Kak Ogy Janji Bayar 16 Mei Tapi Dapat Surat Minta Tangguh Lagi" - Khir Rahman


Pengarah teater Korupsi Dewan Semandung, Khir Rahman menyatakan kekesalan terhadap tindakan penerbitnya, Fauziah Ahmad Daud yang sekali lagi memungkiri janji untuk membayar wang tertunggak sejak beberapa bulan lalu.

Kata Khir, Ogy mengambil pendekatan melantik syarikat guaman dan menghantar surat penyelesaian bayaran tertunggak yang dijadualkan pada 16 Mei lalu (Sabtu).

"Sejak hal ini menjadi viral, sekitar 8 Mei lepas, Kak Ogy, melalui sebuah syarikat peguam, Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir telah  menghantar surat tawaran penyelesaian untuk bayaran kami yang masih tertunggak itu.

"Surat tawaran itu menyatakan bahawa ada di antara kami yang akan dibayar terus 100 peratus dan ada pula yang akan dibayar 50 peratus pada 16 Mei.

"Malangnya, dari syarikat guaman yang sama sehari sebelum 16 Mei, sampai lagi satu surat memberitahu pembayaran akan ditangguhkan.

"Ya ..ditangguhkan ke suatu tarikh yang tak dapat dipastikan lagi, bererti dimungkiri lagi.

"Cuma kali ni, belum pun sempat menandatangani kontrak tawaran baru, penangguhan pula yang diberitahu. Ini sangat mengecewakan," tulisnya menerusi akaun Twitter.

Khir difahamkan punca penangguhan itu disebabkan ketidakcukupan dana untuk membayar tenaga produksi yang terbabit.

Justeru, Khir merayu kepada pelakon terbabit agar menjelaskan hutangnya dan menyelesaikan kemelut yang berlaku.

"Sila bayar hak kami...saya mohon!

"Mencari dana adalah sebelum melaksanakan satu-satu produksi, bukan sesudah.

"Jangan guna kes-kes begini untuk mohon simpati mengaut untung perniagaan. Kami ni bukan pihak yang menekan Kak Ogy sebaliknya kami yang tertekan dengan palsunya janji-janji Kak Ogy.

"Kami telah beri Kak Ogy kepercayaan sepenuhnya walaupun sebenarnya kami tak faham macam mana Kak Ogy nak bayar duit kami melalui promosi yang kurang dari 2 minggu dan hanya 3 malam persembahan.

"Kami telah jaga nama Kak Ogy, kami bersungguh-sungguh menghasilkan pementasan yang baik.

"Saya mohon agar Kak Ogy tunaikan amanah tanggungjawabnya sebagai penerbit. Saya doa agar kemelut ini segera selesai," tambah Khir lagi.

Selain Khir, penulis skrip teater berkenaan, Aloy Paradoks turut meluahkan kekesalannya terhadap situasi terbabit.

"Saya belum lagi menerima baki gaji saya dari Kakak Pelakon Hebat Fauziah Ahmad Daud.

"Jadi saya hanya berbaring sekarang, kerana apa, kerana Rasullullah berpesan; kalau marah dan sedang berdiri maka duduk. Jika duduk pun masih masih marah, baring. Jadi saya baring dulu," tulisnya.

Situasi mulai kecoh apabila pelakon dan kru produksi teater Korupsi Dewan Semandung mendakwa Ogy sengaja melarikan diri dan enggan membayar baki yang tertangguh.

Namun, Ogy tampil membalas kenyataan itu dengan memberitahu dia sedang berusaha untuk mencari dana bagi menyelesaikan hutang tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2020 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga segala urusan rezeki dipermudahkan dari semua belah pihak termasuk kak Ogy
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
dah bg surat peguam kata nak settle 16hb Mei... bila tak lunas.. tak ke bodoh? Kalau bawak masuk court ni senang2 je kena tiau
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 10:05 AM | Show all posts
Dari bayar kos guaman tuk kuarkan surat baik bayar terus hutang ko pada kru produksi sekurang2nyer....
masih lagi nak menongkat langit... ni mmg contoh terbaik kluster kayangan ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 10:06 AM | Show all posts
masaklah hakak..

kalau kat orang, kata sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 10:10 AM | Show all posts
tp lawyer tu bkn kena bayar jugak ke... ada pulak duit kak ogy bayar lawyer tu ek #tanyajer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2020 10:11 AM | Show all posts
jgn pi cari alongggg ye.. kang 1 hal pulak nnt nak menolong lagi nnt
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Kakak takdak duit la kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2020 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp ada bc kat ig kak ogy, dia dh settled byr utk 6 org kan, hasil dari jualan pes kari
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 10:20 AM | Show all posts
maharani_gebu replied at 19-5-2020 10:05 AM
Dari bayar kos guaman tuk kuarkan surat baik bayar terus hutang ko pada kru produksi sekurang2nyer.. ...

lawyer dia pro bono kot... retis kalau ade issue, peguam berderet nak masuk tender.. free marketing kekdahnye..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 10:21 AM | Show all posts
Nasib baik konsert dik Khairina Baharini tangguh sebab PKP.. kalau tak, krew-krew pun terima nasib yang sama agaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 10:24 AM | Show all posts
hutang punca segala kesedihan
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 10:26 AM | Show all posts
Aunty_Acid replied at 19-5-2020 10:16 AM
Tp ada bc kat ig kak ogy, dia dh settled byr utk 6 org kan, hasil dari jualan pes kari

lebih 30 kru termasuk pelakon yg terlibat... dan beliyau mendabik dada sudah menjelaskan bayaran penuh seramai 6 org sajork?!
bongkak level langit ke 7
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 10:27 AM | Show all posts
awanysss replied at 19-5-2020 10:20 AM
lawyer dia pro bono kot... retis kalau ade issue, peguam berderet nak masuk tender.. free marketin ...

mmg vongoklah klau ade loyer yg sanggup amik kes ni secara pro bono... baiklah amik kes anju dgn kak kaaiaa.. lg berbaloi
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 10:29 AM | Show all posts
kalau khir ni nak ikut game si acik berlagak ni... mohon failkan gak saman... talk to my loyer gak kekdahnyer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2020 10:29 AM | Show all posts
maharani_gebu replied at 19-5-2020 10:26 AM
lebih 30 kru termasuk pelakon yg terlibat... dan beliyau mendabik dada sudah menjelaskan bayaran p ...

Mungkin Tuan Mufti salah sorang yg dh dpt..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2020 10:34 AM | Show all posts
tak ada ke forumer t20 nak kahwin dengan fauziah ahmad daud .. ?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 10:34 AM | Show all posts
Boomibulat replied at 19-5-2020 10:29 AM
Mungkin Tuan Mufti salah sorang yg dh dpt..

hahaha.... tuan mufti rasanyer dah halalkan.... kalau tak nanti kena kecam kejar harta doniya...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
nape artikel nie x mention skali psl khir kutuk psl prangai kak gali nie?panas baran suke jerit2 kt org. Khir ckp nie bkn pestaim sheols x bayar khidmat org...pstu khir ckp lg sheols nie kirim brg kt org pun x reti nk bayar..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 10:47 AM | Show all posts
duit lawyer tu pun bukan rm50. mesti makan ribu2.. apa salah bayar dulu mana2 duit krew yg boleh dibayar.. ego sungguh akak asmidar malaya ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.078864 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list