CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: copy_paste

jangka hayat smartphone android @ ios

[Copy link]
Post time 19-5-2020 11:45 PM | Show all posts
Edited by trunks at 19-5-2020 11:47 PM
copy_paste replied at 19-5-2020 11:05 PM
Logik, cuma ios ni masalah harga, jd boleh disimpulkan dgn android hanya 3 tahun manakala iphone 5 ...
Bab lag tu aku masih xberpuas hati pendapat jika android masih lg mengalami masalah lag utk 3 tahun penggunaan,Mungkin ada android yg dah mengatasi masalah lag tu,

mungkin kena beli yang system android terkini kot
Telefon-Telefon Terbaik 2019



Tahun 2019 mungkin antara tahun paling menarik dalam sejarah telefon mudah alih. Kita melihat kemunculan peranti skrin boleh lipat pertama dipasarkan, sokongan 5G dan kemampuan kamera yang sebelum ini dianggap mustahil. Seperti tahun-tahun terdahulu kini tiba masanya untuk menobatkan peranti-peranti terbaik sepanjang tahun. Harus diakui kerana pelbagai inovasi yang diperkenalkan, tugas mencari yang terbaik adalah semakin sukar.
Oleh sebab kekangan ruang dan masa, kami mengambil keputusan untuk sekadar menobatkan peranti terbaik keseluruhan dan peranti kelas pertengahan terbaik. Pada tahun 2019 harga jualan peranti kelas pertengahan yang terbaik juga adalah amat kompetitif sehingga kami merasakan menobatkan peranti kelas permulaan terbaik yang hanya sedikit lebih murah berbanding kelas pertengahan adalah usaha yang sia-sia. Kerana lambakan peranti kelas pertengahan, kami juga tidak mengulas banyak peranti kelas permulaan.
Baiklah seperti tahun lalu jika anda lebih selesa menonton video, di bawah ialah video Telefon Pintar Terbaik 2019. Tetapi jika anda lebih selesa dengan versi artikel, sila teruskan membaca.

Untuk memudahkan pencarian peranti terbaik kami meletakkan beberapa prasyarat kelayakan. Dengan syarat-syarat di bawah kami berharap anda akan mengetahui parameter-parameter yang kami gunakan di makmal Amanz.
Tidak perlu lagi membuang masa kerana kami yakin anda hanya mahu mengetahui peranti manakah yang terbaik. Harus kami ingatkan, harga jualan peranti tidak menjadi faktor utama memandangkan ia adalah subjektif. Ia hanya menjadi faktor jika dua peranti mempunyai spesifikasi yang sama dan harga lebih rendah akan memberikan kelebihan kerana menjadikannya lebih berbaloi.



Telefon Kelas PertengahanKriteria Pemilihan
  • Pemproses kelas pertengahan tinggi seperti Snapdragon 730.
  • Skrin sebesar 6-inci dan ke atas.
  • Skrin dari keluarga OLED.
  • Kamera utama sekurang-kurangnya sebesar 48-Megapixel.
  • Bateri sekurang-kurangnya berkapasiti 4000 mAh.
  • Menyokong pengecasan pantas
  • Port pengecasan USB-C
  • Menggunakan Android 9 atau Android 10
  • Telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia
Tempat Ketiga – Xiaomi Mi 9T
Kami boleh mendengar suara-suara peminat Xiaomi yang menjerit peranti mereka ini tidak mendapat tempat pertama. Harus diakui Xiaomi Mi 9T adalah peranti yang memberikan nilai yang terbaik untuk setiap ringgit yang dibelanjakan. Tetapi anugerah yang kami berikan ialah untuk peranti terbaik bukan peranti paling mesra dompet. Sekali lagi kami ingatkan harga adalah subjektif. Oleh sebab itu Mi 9T hanya layak diletakkan di tempat ke tiga. Mengapa? Sila baca perenggan di bawah mengenai Oppo Reno2 untuk mengetahui jawapannya.
Spesifikasi: 6.39” AMOLED FHD+ 19.5:9, Snapdragon 730 (2X Kryo 470 Gold 2.2 GHz + 6X Kryo 470 Silver 1.8 GHz), 6GB RAM, storan sehingga 128GB, 48+8+13MP (Utama), 20MP Pop-naik (Swafoto), 4000 mAh (18W), Android 9.
Harga: Dari RM1199 (6GB RAM + 64GB)


Tempat Kedua – Oppo Reno2

Oppo Reno2 memintas Xiaomi Mi 9T kerana kemampuan kamera yang lebih baik (sensor telefoto lebih besar), skrin yang lebih besar dan sokongan pengecasan pantas yang lebih berkuasa. Pada waktu yang sama Reno2 mempunyai kemasan yang lebih baik ditambah pula dengan sistem imbasan wajah yang lebih pantas. Kamera terbina dalam sirip jerung menjadikannya antara peranti paling unik sepanjang tahun. Oleh itu kami menobatkan Oppo Reno2 sebagai peranti kelas pertengahan kedua terbaik 2019.
Spesifikasi: 6.5” AMOLED FHD+ 20:9, Snapdragon 730G (2X Kryo 470 Gold 2.2 GHz + 6X Kryo 470 Silver 1.8 GHz), 8GB RAM, storan sehingga 256GB, 48+13+8+2MP (Utama), 16MP Pop-naik (Swafoto), 4000 mAh (20W), Android 9.
Harga: Dari RM2299 (6GB RAM + 64GB)


Juara – Xiaomi Mi Note 10

Juara dalam kategori peranti kelas pertengahan ialah Xiaomi Mi Note 10. Walaupun ia sebuah peranti kelas pertengahan, ia mempunyai rekaan yang setanding dengan sebuah peranti mercu. Skrin OLED dwi-lengkungnya amat menarik dengan sokongan HDR10. Ia turut dilengkapi lima kamera utama dengan sensor paling besar pernah digunakan pada sebuah telefon pintar. Tidak mengejutkan ia adalah peranti dengan kemampuan kamera terbaik 2019 menurut laman DXOMark.
Yang melayakkan lagi Mi Note 10 untuk menjadi peranti terbaik dalam kelasnya ialah bateri sebesar 5260 mAh dengan sokongan pengecasan 30W. Ini ialah kapasiti bateri yang lebih besar dan pengecasan lebih pantas berbanding majoriti peranti mercu di pasaran sekarang. Oleh sebab itu Xiaomi Mi Note 10 ialah peranti kelas pertengahan terbaik untuk tahun ini.
Spesifikasi: 6.47” AMOLED FHD+ 19.5:9, Snapdragon 730G (2X Kryo 470 Gold 2.2 GHz + 6X Kryo 470 Silver 1.8 GHz), 6GB RAM, storan 128GB, 108+12+5+20+2 MP (Utama), 32MP (Swafoto), 5260 mAh (30W), Android 9.
Harga: RM2099 (2GB RAM + 16GB)




Telefon Kelas MercuKriteria Pemilihan
  • Pemproses paling berkuasa (A13 Bionic, Snapdragon 855, Exynos 9825)
  • Skrin dari keluarga OLED.
  • Skrin menyokong kandungan HDR.
  • Kamera tri-lensa.
  • Pengecasan tanpa wayar.
  • Pengecasan pantas.
  • Kemampuan kalis air.
  • Bateri 4000 mAh dan ke atas.


Tempat Ketiga – Huawei P30 Pro



Peranti pertama sejak ASUS Zenfone Zoom yang dilengkapi mekanisme periskop yang memberikan kemampuan zum optikal yang mengagumkan. Walaupun sudah hampir setahun dipasarkan, Huawei P30 Pro masih lagi antara peranti terbaik di pasaran kerana kemampuan kameranya yang sehingga kini agak sukar ditandingi. Di samping itu ia dilengkapi spesifikasi yang amat baik sesuai dengan statusnya sebagai sebuah peranti mercu. Ketahanan bateri sebesar 4200 mAh juga boleh dibanggakan. Pengecasan pantas 40W, pengecasan nirwayar dan menyokong pengecasan peranti lain secara nirwayar meletakkan P30 Pro sebagai peranti ketiga terbaik 2019.
Mengapa ia  di tangga yang lebih tinggi? Huawei P30 Pro hanya merakam video pada resolusi 4K 30FPS. Prestasi rakaman videonya juga tidak menandingi dua peranti yang di tangga lebih tinggi. Bagi menjawab persoalan yang pasti akan muncul di ruangan komen, Mate 30 Pro tidak berada di tempat lebih tinggi kerana ia tidak menawarkan pengalaman perisian Android yang sempurna. Kami sedar Mate 30 Pro mempunyai spesifikasi lebih tinggi tetapi tanpa GMS, sokongan kemas kini Android yang baik dan harga jualan yang lebih tinggi membuatkannya kalah kepada P30 Pro pada hemat kami.
Spesifikasi: 6.47” OLED FHD+ 19.5:9, Kirin 980 (2X Cortex A76 2.6 GHz + 2X Cortex A76 1.92 GHz + 4X Cortex A55 1.8GHz), 8GB RAM, storan sehingga 256GB, 40+20+8+TOF MP (Utama), 32MP (Swafoto), 4200 mAh (40W), Android 10.
Harga: Dari RM2999 (8GB RAM + 256GB)


Tempat Kedua -Samsung Galaxy Note 10+




Untuk tahun kedua berturut-turut, Samsung hanya perlu berpuas hati sebagai pengeluar peranti kedua terbaik sepanjang 2019. Samsung Galaxy Note 10+ ialah peranti dengan kemampuan multi-tugas dan multi-fungsi terbaik tahun ini. Ia ditempatkan di hadapan P30 Pro kerana skrin yang lebih baik. pemproses lebih berkuasa, ketahanan bateri lebih tinggi dan pengecasan yang lebih pantas.
Kemampuan rakaman video dan resolusi skrin Note 10+ juga adalah lebih baik. Tetapi sokongan stylus S Pen adalah ciri yang membuatkannya unik di dalam kelas ini. Tidak ada peranti mercu lain di pasaran yang menawarkan sokongan stylus terbina lengkap dengan kawalan gesture yang unik. Kesemua ini dimasukkan ke dalam tubuh yang mempunyai kemasan yang amat premium. Samsung Galaxy Note 10+ ialah peranti kedua terbaik 2019 yang turut melayakkannya menjadi peranti Android terbaik tahun ini.
Spesifikasi: 6.8” Dynamic AMOLED QHD+ 19:9, Exynos 9825 (2X Mongoose M4 2.73 GHz + 2X Cortex A75 2.4 GHz + 4X Cortex A55 1.78GHz), 12GB RAM, storan sehingga 512GB, 12+12+16+TOF MP (Utama), 10MP (Swafoto), 4300 mAh (45W), Android 10.
Harga: Dari RM4199 (12GB RAM + 256GB)










Juara – Apple iPhone 11 Pro Max
Buat julung kalinya iPhone kami nobatkan sebagai peranti terbaik 2019. Perbezaan markah ulasan antara iPhone 11 Pro Max dan Note 10+ adalah hanya 0.1 markah sahaja. Apa yang meletakkan iPhone 11 Pro Max di hadapan ialah pemproses A13 Bionic yang merupakan pemproses paling berkuasa sehingga langsung tidak dapat ditandingi Snapdragon 855+ yang merupakan pemproses paling berkuasa peranti Android. Ini masih mampu dilakukan walaupun A13 hanya sekadar dilengkapi enam teras.
Kelebihan juga terletak pada perisian iOS 13 yang dikemaskini dengan kerap dan pantas. Harus diakui iOS 13 menghadapi pelbagai bermasalah pada awalnya tetapi Apple pantas menyelesaikannya. Sebagai perbandingan Android 9 pasca Project Treble, masih lagi memakan masa beberapa bulan untuk dikemaskini ke Android 10 pada majoriti peranti.
Kekuatan sebenar 11 Pro Max terletak pada kemampuan kameranya yang amat baik. Walaupun tanpa zum sehingga 50X, rakaman gambar pada penggunaan biasa adalah mendahului Note 10+ dan P30 Pro. Rakaman video pula masih di dalam kelasnya yang tersendiri. Sehingga hari ini apabila kami memuat naik video yang dirakam menggunakan 11 Pro Max, ramai yang akan bertanya peranti apa yang digunakan kerana kualitinya yang jauh di hadapan.
Akhir sekali ialah kualiti kemasan 11 Pro Max yang masih belum mampu ditandingi. Jika anda membayar RM5000 untuk sebuah peranti, anda mendapat sesuatu yang setimpal dengan harganya. Oleh sebab itu iPhone 11 Pro Max ialah peranti terbaik 2019.
Spesifikasi: 6.5” Super Retina XDR OLED QHD+ 19,5:9, Apple A13 Bionic (2X Lightning 2.65 GHz + 4X Thunder 1.8 GHz), 4GB RAM, storan sehingga 512GB, 12+12+12 MP (Utama), 12MP (Swafoto), 3969 mAh (18W), iOS 133.
Harga: RM5299 (4GB RAM + 64GB)



Telefon Paling InovatifKriteria Pemilihan
  • Menawarkan sesuatu yang baharu atau unik.
  • Mengubah dunia telefon mudah alih.
Tempat Ketiga – Motorola Razr 2019




Evolusi peranti skrin boleh-lipat dimulakan dengan Royole Flexpai, diikuti dengan Galaxy Fold dan Mate X sebelum diakhiri dengan Motorola Razr. Di antara keempat-empat peranti ini, Razr ialah yang pertama membuktikan rekaan clamshell klasik adalah paling sesuai untuk peranti skrin boleh-lipat. Saiznya cukup kecil untuk dimasukkan dengan selesa di dalam kocek tidak seperti Fold. Ia juga yang pertama tidak mempunyai kesan lipatan pada skrin. Ia di tangga ketiga kerana ketika artikel ditulis pelancarannya telah ditangguhkan dan hanya sekadar sebuah peranti kelas pertengahan yang dijual pada harga $1500. Tetapi kami percaya Razr akan menjadi prototaip untuk peranti skrin boleh-lipat generasi seterusnya.
Spesifikasi: 6.2”+2.7″ P-OLED, Snapdragon 710 (2X Kryo 360 Gold 2.2 GHz + 6X Kryo 360 Silver 1.7 GHz), 6GB RAM, storan 128GB, 16 MP (Utama), 5MP (Swafoto), 2510 mAh (15W), Android 9.
Harga: RM6131 (6GB RAM + 128GB


Tempat Kedua – OnePlus 7T / 7T Pro


OnePlus 7T Pro terlepas dari senarai tiga peranti terbaik kerana tidak menyertakan sokongan pengecasan nirwayar dan kemampuan kalis air. Tetapi kami letakkan ia dalam senarai peranti inovatif kerana memulakan trend skrin dengan kadar segar semula 90Hz. Selepas OnePlus memulakan langkah, ASUS, Google, Oppo, Realme dan Nubia menyusul dengan peranti 90Hz mereka yang tersendiri. Dari ura-ura yang didengari, Samsung juga akan turut mengikuti langkah OnePlus tahun ini.
Penggunaan skrin segar semula tinggi dipelopori oleh Razer Phone dengan skrin 120Hz namun tidak mendapat sambutan. Revolusi penggunaan skrin dengan kadar segar semula tinggi ini asal usulnya boleh dilihat dengan pelancaran OnePlus 7T dan 7T Pro tahun ini.
Spesifikasi: 6.55” Fluid AMOLED QHD+ 20:9, Snapdragon 855+ (1X Kryo 485 2.96 GHz + 3X Kryo 485 2.42 GHz + 4X Kryo 485 1.78GHz), 8GB RAM, storan sehingga 256GB, 48+12+16 MP (Utama), 16MP (Swafoto), 3800 mAh (30W), Android 10.
Harga: Dari RM2599 (7T – 8GB RAM + 128GB)
Juara – Samsung Galaxy Fold
Pada awal tahun ini saya ada menulis artikel mengatakan peranti skrin boleh-lipat akan berkubur. Saya mengangkat tangan dan kini mengakui ramalan saya di dalam artikel tersebut adalah kini menyimpang dari pendapat semasa. Selepas mengulas dan menggunakan sendiri Samsung Galaxy Fold selama hampir dua minggu, persepsi kami berubah 180 darjah.
Peranti skrin lipat adalah inovasi terbesar telefon mudah alih sejak pengenalan skrin sesentuh kapasitif. Peranti skrin boleh lipat meningkatkan kemampuan pemilik untuk melakukan kerja ketika di luar pejabat. Membuatkan tontonan video lebih mengasyikkan berbanding skrin biasa dan paling penting sekali akan mengurangkan masalah ketagihan peranti.
Sukar untuk menyatakannya dalam bentuk karangan pendek tetapi sesiapa yang berpeluang menggunakan Fold akan memberitahu anda ia adalah peranti yang akan mengubah dunia. Tidak mengejutkan pada tahun 2020 ini, letusan peranti skrin boleh-lipat di pasaran akan berlaku. Jangan terkejut jika dalam masa lima tahun peranti dengan rekaan ini akan menjadi standard seperti mana skrin 6″ kini digunakan secara meluas sekarang.
Spesifikasi: 7.3”+4.6″ AMOLED, Snapdragon 855 (1X Kryo 485 2.84 GHz + 3X Kryo 485 2.42 GHz + 4X Kryo 485 1.78GHz), 12GB RAM, storan 512GB, 12+12+16 MP (Utama), 10MP (Swafoto), 10+8 MP (Kamera Dalam), 4380 mAh (15W), Android 9.
Harga: RM8388 (8GB RAM + 512GB)

Telefon Paling GagalMeizu Zero
Meizu Zero ialah peranti nirport dan nirbutang kawalan fizikal pertama yang diumumkan. Menerusi peranti ini, Meizu ingin memulakan trend baharu yang seperti anda sedia maklum gagal mendapat sambutan. Apabila Meizu Zero ditawarkan menerusi laman Indiegogo,ia gagal mengumpul dana minimum yang diminta. Pada Mac 2019. pengguna masih belum bersedia untuk peranti yang terlalu eksperimental.
Seperti yang dapat dilihat pada HTC U12+, peranti tanpa butang fizikal adalah tidak mesra pengguna. Pada Mate 30 Pro pula keperluan menyentuh skrin terlebih dahulu untuk mengubah tetapan bunyi juga adalah idea yang kurang praktikal. Walaupun projek Meizu Zero gagal, kini kedengaran ura-ura iPhone pula akan hanya menyokong pengecasan nirwayar seawal tahun 2021 manakala Oppo pula memperlihatkan prototaip hampir serupa bulan lalu. Adakah kita akhirnya boleh menerima kewujudan peranti nirlubang dan nirbutang?

Baiklah ini ialah senarai peranti-peranti terbaik, terburuk dan paling inovatif sepanjang 2019. Tahun ini tugas mencari peranti terbaik adalah mencabar memandangkan terdapat terlalu banyak peranti dilancarkan kerana jumlah pengeluar yang meningkat. Kami meramalkan pada tahun 2020 tugas mencari yang terbaik akan terus sukar. Mungkin kami akan mula mengambil undian terbuka bagi mencari peranti pilihan pembaca Amanz. Jumpa ada di penghujung tahun ini untuk peranti terbaik 2020.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2020 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 19-5-2020 11:38 PM
Canggih, kalau iphone yg mahal pun xmcm tu, lebih berbaloi android cuma bab lag tu je yg aku risau ...

Baru 2 kali lag.. Bila aku update software.. Ok dah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 11:51 PM | Show all posts
copy_paste replied at 19-5-2020 11:41 PM
Aku pk nk amik ip12 tp lmbt lg kuar, amik ip11 kot, tp masih berbelah bahgi dgn android, nak tahu  ...

cuba baca the best phone saya reply last sana hehe
baca2 dulu
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Meiizu at 19-5-2020 11:58 PM

Tak reti sgt pasal fon ni..skrg pakai, honor 6x rm1200 ,2thn start tingtongggg.

Mcm kena je tajuk ni sebab semlm pegi samsung ..berkenan ini

Note10 lite RM2220, S10 lite RM2616


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 12:02 AM | Show all posts
Meiizu replied at 19-5-2020 11:54 PM
Tak reti sgt pasal fon ni..skrg pakai, honor 6x rm1200 ,2thn start tingtongggg.

Mcm kena je tajuk ...
2thn start tingtongggg.
oh hehe. boleh awak terang lebih details
kat mana yang tingtong tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2020 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Meiizu replied at 19-5-2020 11:54 PM
Tak reti sgt pasal fon ni..skrg pakai, honor 6x rm1200 ,2thn start tingtongggg.

Mcm kena je tajuk ...

Kalu hp harga rm1200 boleh tahan 2 tahun
Kali iphone rm3400 tahan 5 tahun,
Lebih kurang je tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-5-2020 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 19-5-2020 11:45 PM
mungkin kena beli yang system android terkini kot
Telefon-Telefon Terbaik 2019


Perghh byk pilihan android, masalah android ni laju sgt kuar yg baru
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2020 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 19-5-2020 11:49 PM
Baru 2 kali lag.. Bila aku update software.. Ok dah.

Kalau x update akan jd masalah lag?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2020 12:12 AM | Show all posts
Edited by Meiizu at 20-5-2020 12:13 AM
trunks replied at 20-5-2020 12:02 AM
oh hehe. boleh awak terang lebih details
kat mana yang tingtong tu

Tersekat2, tetiba skrin hitam,restart balik..ehhhh mcm takdelah berat nau problemnyer kan ahahha
Yg sebenarnya masa beli honor ni memang ada 1k ke kat tangan,fon sebelum tu rosak..so akulah tinggtongggg sauk asal ada.
Takmo peristiwa lama berulang rasanya right time kena start survey..budget 2.5k takkan dapat iphone plak kannn....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 20-5-2020 12:10 AM
Kalau x update akan jd masalah lag?

So far tak ada lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 12:19 AM | Show all posts
Edited by Meiizu at 20-5-2020 12:24 AM
copy_paste replied at 20-5-2020 12:05 AM
Kalu hp harga rm1200 boleh tahan 2 tahun
Kali iphone rm3400 tahan 5 tahun,
Lebih kurang je tu

Wahhh iphone ni kalau touch best yeew...smooth jaa.tapi aku takde budget sebyk tu plus aku jenis tak fully utilised pun.
play game NO

video pun tak sgt
ambik gambar takde setting2,
Jenis malas explore..aku guna basic jaaa fb,ig,movie, ahahhah adeihhh teruknya.
Pegi samsung baru ni mamposss terpinga pinga dgr salesman explain...yg aku tau kena ikut budget.
Sorry bro..menyemak komen


Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Guna Iphone dan Samsung. Both Xda masalah, tapi mmg prasan Iphone mmg tahan lama... utk melagha aku suka guna Android, utk kerja Iphone pilihan.

Guna sampai lunyai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 02:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku mmg guna iphone dr dulu, suami aku guna android... iphone mmg tahan lama & tak hang... sebelum ni aku pakai 32GB, aku upgrade beli 64GB masih tak cukup dgn kerja aku, last year aku beli 512GB utk elakkan masalah hp penuh... suami aku hp dia mmg selalu hang, pas tu kena reset manjang...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 04:02 AM From the mobile phone | Show all posts
aku android user. jangka hayat android phone just 3 tahun je, depend pada storage dgn ram. aku guna ROG PHONE 2. maybe aku akan pakai sampai tahun depan. sbb aku akan beli jenama sama but next gen

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 05:22 AM | Show all posts
Edited by trunks at 20-5-2020 05:56 AM
Meiizu replied at 20-5-2020 12:12 AM
Tersekat2, tetiba skrin hitam,restart balik..ehhhh mcm takdelah berat nau problemnyer kan ahahha
...

oh hehe..saya nasihat,kalau nak beli handphone, beli lah yang
bukan used punya.laptop atau PC pun.

tentang budget awak 2500, tambah sikit lagi dah dapat iphone
power,,yang baru, yang bawah ini iphone xs

iPhone XS
RM2,899.00 (Current Price)
RM4,399.00





iPhone Xs features a 5.8-inch Super Retina display with a custom-built OLED panel for HDR with remarkable brightness.
Advanced Face ID lets you securely unlock your iPhone and log in to apps with just a glance. The A12 Bionic chip uses real-time machine learning to transform the way you experience photos, gaming, augmented reality (AR) and more. A 12MP dual-camera system with Portrait Lighting, enhanced bokeh and Depth Control for studio-quality portraits. And a water-resistant design.

Key Feature bullets
• 5.8-inch Super Retina HD OLED display
• Water and dust resistant (2 metres for up to 30 minutes, IP68)
• Dual-camera system with 12MP Wide and Telephoto cameras; Portrait mode, Portrait Lighting, Depth Control, Smart HDR and 4K video up to 60 fps
• 7MP TrueDepth front camera with Portrait mode, Portrait Lighting, Depth Control and 1080p video
• Face ID for secure authentication and Apple Pay
• A12 Bionic with second-generation Neural Engine
• Fast-charge capable
• Wireless charging
• iOS 13 with Dark Mode, new tools for editing photos and videos, and brand-new privacy features

Legal
The display has rounded corners. When measured as a rectangle, the iPhone XS screen is 5.85 inches diagonally. Actual viewable area is less.
iPhone XS is splash, water and dust resistant, and was tested under controlled laboratory conditions with a rating of IP68 under IEC standard 60529 (maximum depth of 2 metres for up to 30 minutes).
Splash, water and dust resistance are not permanent conditions, and resistance might decrease as a result of normal wear.
Do not attempt to charge a wet iPhone; refer to the user guide for cleaning and drying instructions.
Liquid damage is not covered under warranty.
Qi wireless chargers sold separately.


nanti,jalan2 tengok sini,cuci2 mata hehe

https://maccity.com.my/shop/iphone

https://www.gsmarena.com/res.php3?sSearch=iphone

saya yakin,awak akan suka kan nya..dan memang tahan lama
tak rosaknya,cantik, appearane dia dan smooth tak lag pula tu..
double tap untuk wakeup pun ada
so tak penat.iphone saya? hehe..saya bawa ke bilik mandi
sesambil dengar youtube kaedahnya.jatuh banyak kali
basah, tak ada pecah apa pun(tapi dah pasang protector)

saya kerap baling2 aje atas katil kadang terjatuh ke lantai
masih ok ,haha,saya takla jenis cermat,sayang phone bagai
dan lagi,saya bukan style beli phone untuk guna selamanya
, bila ada model baru yang sy suka, saya akan trade in
atau jual yang itu tambah sikit beli lain.

jadi,kalau awak style yang beli 1 phone dan nak guna
lama,belilah iphone ,jangan yang iphone 6 pula,
autdated dan kurang cantik tak macam iphone xs
keatas. dan macam biasa lah,mungkin awak jenis
cermat,tu tahan 2 tahun hehe,1 lagi,jangan bagi
anak2 main,tahanlah lama hehe



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 05:28 AM | Show all posts
Edited by trunks at 20-5-2020 04:52 PM
acik79 replied at 20-5-2020 02:42 AM
Aku mmg guna iphone dr dulu, suami aku guna android... iphone mmg tahan lama & tak hang... sebelum n ...

pergh hehe saya kalau guna 16gb pun tak habis guna
banyak ruang lagi..sebab,saya akan transfer semua file penting
external hardsik..atau ke Laptop. awak pun boleh hehe

ohya, awak guna storage banyak sebab banyak simpan video ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2020 05:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Biase lepas 3 tahun dah kena tukar dah
Sekian dari pengguna tegar android

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 05:59 AM | Show all posts
Edited by trunks at 20-5-2020 06:02 AM
Andyscenes replied at 20-5-2020 04:02 AM
aku android user. jangka hayat android phone just 3 tahun je, depend pada storage dgn ram. aku guna  ...

peh lawa juga tu.. apa yang membuat kan awak minat dengan model ni? hehe,tentu ada sesuatu,awak suka
sampai nak follow model terbaru kan.


The Asus ROG Phone 2 is powered by a Qualcomm SDM855 Snapdragon 855+ (7 nm) CPU processor with 512GB / 1TB, 12 GB RAM. The device also has a 6.59-inch AMOLED capacitive touchscreen (1080 x 2340 pixels, 391 ppi) display. It has a Dual: 48 MP, f/1.8, 26mm (wide), 1/2", 0.8μm, PDAF, Laser AF + 13MP rear camera and supports Wifi, NFC, GPS, 3G and 4G LTE. It packs in a Non-removable Li-Po 6000 mAh battery at 9.5mm device thickness and weight 240g, running on Android 9.0 (Pie), ROG UI.


The latest Asus ROG Phone 2 price in Malaysia market starts from RM3499. It is available in Matte Black, Glossy Black colours.

Asus ROG Phone 2 Specification
General General
Available Status: Available. Released 2019, September
Network Bands: 3G & 4G
SIM: Dual SIM (Nano-SIM, dual stand-by)
Dimension: 171  x  77.6  x  9.5 mm
Weight: 240 g (8.47 oz)
Body Type:
Front glass (Gorilla Glass 6), back glass, aluminum frame
OS: Android 9.0 (Pie), ROG UI
CPU: Octa-core (1x2.96 GHz Kryo 485 & 3x2.42 GHz Kryo 485 & 4x1.78 GHz Kryo 485)
Chipset: Qualcomm SDM855 Snapdragon 855+ (7 nm)
GPU: Adreno 640 (700 MHz)
Internal: 512GB / 1TB, 12 GB RAM
External Memory: No
Battery: Non-removable Li-Po 6000 mAh battery
Fast battery charging 30W (Quick Charge 4.0)
Power bank/Reverse charging 10W
Colors: Matte Black, Glossy Black
Connectivity Connectivity
3G/4G Speed: HSPA 42.2/5.76 Mbps, LTE-A (5CA) Cat18 (Cat20 Ultimate edition) 1200/150 Mbps
Wi-Fi: Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac/ad, dual-band, Wi-Fi Direct, hotspot
Bluetooth: 5.0, A2DP, LE, aptX HD
NFC: Yes
USB: 3.1, Type-C 1.0 reversible connector; accessory connector
Entertainment & Features Entertainment & Features
Sensor: Fingerprint (under display, optical), accelerometer, gyro, proximity, compass
GPS: Yes, with dual-band A-GPS, GLONASS, BDS, GALILEO, QZSS
Radio: FM radio
Camera Camera & Video
Primary: Dual: 48 MP, f/1.8, 26mm (wide), 1/2", 0.8μm, PDAF, Laser AF + 13 MP, f/2.4, 11mm (ultrawide)
Secondary: 24MP, f/2.2, 0.9μm
Video: 2160p@30/60fps, 1080p@30/60/240fps, 720p@480fps; gyro-EIS (except @240/480fps)
1080p@30fps
Feature: LED flash, HDR, panorama
Panorama, HDR
Screen Screen
AMOLED capacitive touchscreen, 16M colors
6.59 inches, 106.6 cm2 (~80.3% screen-to-body ratio)
1080 x 2340 pixels, 19.5:9 ratio (~391 ppi density)
Corning Gorilla Glass 6
DCI-P3 108%
HDR10
120 Hz
240 Hz touch-sensing
Sound Sound & Music
Loud Speaker: Voice 90dB / Noise 81dB / Ring 85dB
3.5mm jack: Yes
24-bit/192kHz audio Active noise cancellation with dedicated mics DTS Headphone X

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 20-5-2020 05:28 AM
pergh hehe saya kalau guna 16gb pun tak habis guna
banyak ruang lagi..sebab,saya akan transfer se ...

Saya banyak pakai apps utk kerja  & gambar2 property yg nak diiklankan... so mmg besar GB kena ada... 256GB pun ok je tapi harga tak jauh beza dgn 512GB so saya ambil yg besar terus...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 09:24 AM | Show all posts
aku prefer ios sbb mcm lg senang/simple.
previouly aku guna ip6 dari 2015 sampai awal tahun ni..
pastu aku tukar ip8..
cumanya aku rasa iphone mcm makin low quality camera dia..
aku baca review ip7 je last mcm okay.. yg lepas2 ip7 semua mcm tak okay (utk camera).
tp sbb kan aku guna henpon aku whatsapp,fb gitu je.. aku prefer ios.. interface simple..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.157758 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list