Post time 20-5-2020 10:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Hi sarah..i punya plan pagi raya menu is rendang payau, then kuah kacang, lodeh resepi cepwan ( i beli buku dia then copy sebijik2 resepi tu), malam raya pertama mungkin makan ayam bakar dengan kuah kacang. Sedapnya lepat palas sarah tu..i suka lepat palas tapi bila la nak carik daun palas ni.
Post time 20-5-2020 10:51 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by nefnefnef at 20-5-2020 10:57 PM
Resepi daging dendeng versi nefnefnef
Bahan2
1. 1 kg daging
2. 1/3 dari blender cili kering kisar
3. 4 biji bawang besar ATAU 20 biji bawang merah dihiris nipis
4. 6 ulas bawang putih ditumbuk
5. 1 inci halia ditumbuk
6. 1 batang serai
7. 2 sudu besar madu*
8. 3 sudu besar kicap manis*
9. 1 sudu besar lada sulah*
10. Air rebusan daging
11. Sedikit secukup rasa
12. Garam dan gula
13. 1 sudu kecil pes asam jawa Adabi
Cara2
1. Rebus daging, hiris nipis, dan kemudian tumbuk hirisan daging supaya jadi sedikit lembut.
2. Next, perap hirisan daging dengan bahan bertanda* selama 1 hingga 2 jam
3. Goreng daging jadi separuh garing, angkat dan toskan
4. Di kuali yang berasingan, panaskan minyak, masukkan serai sampai naik bau
5. Masukkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk hingga naik bau
6. Masukkan hirisan bawang besar/bawang merah, masak hingga naik bau
7. Masukkan cili kisar, buat teknik tumis 3 kali (guna air rebusan daging) dengan api sederhana
8. Semasa tunggu cili garing utk tumisan ke3, masukkan 1 sudu gula, kacau hingga tumisan garing. Step ini penting untuk pastikan bawang dan cili betul-betul masak. Kalau tak, nanti cepat basi. Cili dikatakan garing kalau dah nampak cili berkoloni macam tu dan ada buih pada permukaan minyak. Haha faham ke ayat iols ni?
9. Masukkan pes asam jawa yang dibancuh dengan sedikit air, kacau sebentar
10. Masukkan daging, tambah sedikit air rebusan supaya bumbu meresap mesra dalam daging untuk dapatkan hasil daging yang garing tetapi juicy
11. Perasakan dengan garam, gula, dan kicap manis. Siap untuk dihidang dengan nasi minyak, pulut, lemang, ketupat, nasi impit, aihhhhhh... Rasa nak raya dah
Nota kaki
1. Iols pernah blend bawang, halia segala dengan cili kisar. Tapi iols found out iols lagi prefer texture bumbu bila bawang dihiris. So bolehla ikut preference masing-masing
2. Kalau nak lagi pedas, boleh masukkan cili api tumbuk dalam 6 biji masa tumis bawang dan cili kisar. Tapi yang version iols ni pedas level marhaen je
Resepi memang panjang tapi worth to try. Good luck!
Post time 20-5-2020 11:22 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tahun ni tak dapat la merasa kari daging yg mak ana masak, sedapnya cicah dgn nasi impit. Kalau iols dapat dua ni pun rasanya dah cukup di hari raya tak perlulah dah makan kuih raya lemang bagai.