CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1948|Reply: 0

Sambutan Hari Raya Idilfitri Semasa PKPB Bagi Seluruh Sarawak

  [Copy link]
Post time 20-5-2020 02:23 PM | Show all posts |Read mode

Kenyataan Rasmi Mengenai Sambutan Hari Raya Idilfitri Semasa PKPB Bagi Seluruh Sarawak

KUCHING: Majlis Islam Sarawak mengambil maklum bahawa Hari Raya Idilfitri adalah hari yang sangat istimewa dan disambut oleh seluruh umat Islam setelah berakhirnya Ramadan.

Memandangkan beberapa hari sahaja lagi umat islam akan menyambut ketibaan Hari Raya Idilfitri, Majlis Islam Sarawak telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai sambutan Hari Raya Idilfitri semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi seluruh negeri Sarawak.




“Digalakkan untuk setiap keluarga melaungkan takbir hari raya di rumah masing-masing kerana takbir hari raya merupakan syiar islam yang disunatkan untuk dilakukan bermula terbenam matahari pada hari terakhir Ramadan dan berpanjangan sehingga bermualanya solat hari raya dilaksanakan”

“Takbir raya dari rumah ke rumah pada malam hari raya adalah tidak dibenarkan.

“Melaksanakan solat sunat idilfitri bersama keluarga di rumah masing-masing sama ada secara berjemaah atau bersendirian.

“Jika solat sunat idilfitri dilaksanakan secara berjemaah, sunat dibacakan dua khutbah selepas solat (panduan ringkas solat sunat idilfitri di rumah dan teks khutbah akan dikeluarkan oleh Pejabat Imam Besar Negeri Sarawak)” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, amalan menziarahi kubur adalah masih tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKPB.

“Amalam menziarahi kubur adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKPB dan bolehlah diganti dengan Bacaan Yaasin, tahlil dan doa dirumah masing-masing” tambah kenyataan itu.

Dalam tempoh berbaki Ramadan yang ada ini, Majlis Islam Sarawak berharap umat islam agar terus istiqomah dalam menghidupkan Ramadan dengan pelbagai ibadah sunat di rumah masing-masing selain turut menyeru seluruh umat islam di Sarawak agar mematuhi arahan Kerajaan Malaysia, Kerajaan Negeri Sarawak dan Kementerian Kesihatan Malaysia sepanjang sambutan Hari Raya Idilfitri nanti.

Credit to :
TVSARAWAK


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.049861 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list