View: 13660|Reply: 9
|
TIPS MACAM MANA NAK PILIH/BELI AIRCOND RUMAH
[Copy link]
|
|
TIPS MACAM MANA NAK PILIH/BELI AIRCOND RUMAH.
Punyaalah hazab dunia haaa bila musim panas menjelma. Nak nak ditakdirkan ko ibu mengandung atau menyusu. Hormon tu lagi berganda ko rasa bahang. Paling haru bila makin malam nak tido makin panas. Makanya peluh menderu keluar.
Sejak pindah umah atas tanah nih, rasa bahang dia lain macam. Umah tinggi oklah lagi. Umah bawahni nauzubillah panas dia. Nak tak nak kena decidelah beli AIRCOND.
Bila dah decide, pening pulak nak pi carikk manalah aircond. Mana yang mur murrah? Mana yang tahan lama? Mana yang jimatkan karen?
So tips simple yang mommyrina dapat ni yang basic2 je tau. Tu pun masa jumpa apek aircond pakai suar muathai kaler hijooo tu di seri kembangan. Ekceli husbend mommy ada tanya kawan dia, ada beli aircond kat kedai cina ni.
So di seri kembangan cari di taman equine, bandar putra permai. Kat situ ada kedai aircond DAIKINN. so memang khas untuk jenama tu barangkali. So lepas sampai tu kami masuk dengan zero knowladge about aircond.
'' Apek, apa jenama ada yang bagus bagus? Kawan saya banyak guna inveter aircond. Ok kahh jenis tu? '' Haku pun tak tau nak tanya apa. Yang aku tau inverter jurr. Hahaa sangat cokiaa betul soklan.
'' Sekarangkan, saya takmo cakap ni bagus dan pakai yang lama pun bagus lorr. Deduapun bagus ada pro n cont dia. '' Hhaaaa syudahh, apek ni bikin teka teki pulak. So mintak dia terangkan lagi.
'' Kalau u nak beli inverter ok. Tapi kalu rosak, satu2 alat nak ganti atas RM700. macam guna kereta mahal lah, bila rosak nak baiki mahal.'' tapi dari segi kesejukan dia akan sekata. Kena pakai 8 jam minimum. Lebih lama pakai lebih jimat u bayar api. Tapi suhu dia sekata dan stabil. Tak terlalu sejukk. Bila lama dia akan pegi sekataa je suhunya.
''Aircond biasa, memang kalu lu orang nak yang bila rosak, nak baiki barang2 dia murah murah. So in timr dia rosak, tak perlu spent duit yang mahal. Tapi dari segi kesejukkan tu dia lebihhh sejuk dari inverter. Susah nak kawal bila lama lama pasang. Dia cepat sejuk. Bila tido, satu masa pappp! Dia auto akan mati sendiri. Pastu ada lama nak naik semula suhu yang selesa. So dari segi api, bila dah slow dan nak sejuk balik dia akan makan api lorhhhh.
Pulakk dahh. So pening juga memilih. So kesimpulannya,
INVERTER
1. Jimat letrik. Bulan bulan dalam 60++ kalu penggunaan malam sahaja. 8 jam ke atas minimum. Guna lebih, jimat lebih.
2. Bila rosak, sparepart akan jadi mahal sebab tekno inverter barang dia memang mahal2. T0 bila fikir balik, 1 tahun tu ada warranty, dan kalu pandai jaga in sha Allah tahan lama. So 1 tahun tu boleh simpan duit untuk baiki. Lalala
3. Suku sekata.
Kalu jenis mommyrina pun tak bape suka sejuk. Malasnya nak bangun tengah2 malam offkan. So bila buat suhu 24 darjah pun, bila malam sikit dia tak bape sejuk tahap tenuk!
4. Bilik lebih 17 meter persegi elok pakai 1.5hp. Baru tak cepat dia rosak, sebab ruang dan aircond sesuai.
AIR COND BIASA
1. Bila rosak kos baiki murah. So tak perlu menabung banyak sangat bila nak baiki.
2. Tapi suhu memang sejuk, dan kesejukan tu tak sekata. Tunggu kaki mengeras baru dia slow dan bila slowww jadi panas pulak nak sejukkan semula.
3. Tak jimat elektrik sebab bila suhu tak sekata, dr suhu tinggi nak ke sejuk akan makan api. Penggunaan elektrik 1 bulan lebih RM150 mcm tu katanyalahh.
So setelah di bincang2 dengan my hubby dan ikut budget yang ada, kami memilih DAIKIN INVERTER yang model latest. 1.5HP R32 guna gas terkini launch 2018. Yang mana cepat sejuk katanyalah. Dan paling best dia kata rangking model sekarang adalah dari jenama daikin. Bila rosak, dia senang dibaiki. Dan cepat keluar dari ward. Muahahaha.
Bab paling tak best bila dia kata, '' Aircond dulu aaa, apa apa jenama pun takpa ooo. Barang susah betul nak rosak. Tak maciam sikalang, memang tak tahan lama.'' Haiyoooo berserahh jer lah kan kan. Memang betul dah tu samalah cam perabot. Dulu nye kemaheeen tahan dari kebanyakkan perabot sekarang. Siapa setuju?
Ehh jap! Adalagi bab pemasangan. Orang datang pasang tu bagitahu antara penjagaan aircond :
1. Bilik kalu boleh sentiasalah bersih2 kan. Jangan kumpul habuk banyak biar aircond tahan lama.
2. Kalu pasang aircond JANGAN PASANG KIPAS. sebab habuk kipas mudah masuk dalam aircond dan cepat masuk. Kipas tu menggerakkan habuk ke dalam aircond. Cepat tersumbat dan tak tahan lama.
3. Yang outdoor aircond tu pulak, alahh apo namoo aihh, yang selalu nampak dari luar rumah tu, seeloknya dipasang tu biar kena panas dan hujan. Tak boleh kena habuk banyak jugak. Biar bila hujan dan panas dia auto bersihkan dan tahan lama aircond ni kesejukan dia.
So begitulah serba sedikit mommyrina kongsikan pada semua rakan yang masih nak survey2 aircond macam mana nak dibeli. Ni sambil menaip mommy rasa sejukkk selesa bila guna daikin 1.5HP r32 ni haa. Selesa dan tak melampau sejuknya. Memang start pasang jam 8 sampailah jam 6 pagi cuolls. Haha baru selesa zaman zaman panas gurun pasir sahara ni haa.
Ehh, kot kot ada lagi tips2 mehlah kongsi2 kan di komen yea. Mana tahu boleh gain lagi knowladge pasal aircond. Sekian dulu untuk sharing2. Sekiranya bermanfaat sharejelah yeaaa. Daaa!
sumber
6 Tip Penting Sebelum Membeli Aircond Rumah
Bismillah,
Sebelum ini memiliki penyaman udara di rumah dianggap satu kemewahan. Tapi kini penyaman udara sudah dikategorikan sebagai salah satu keperluan untuk kebanyakkan rumah di Malaysia. Terutama sekali untuk rumah yang mempunyai anak kecil dan warga emas.
Dengan lumrah cuaca panas sepanjang tahun di negara kita ini, kadangkala agak mustahil untuk kita berehat dengan selesa, walaupun kipas siling telah dipasang pada kelajuan maksimum. Oleh itu untuk memberi keselesaan kepada seisi keluarga, memasang penyaman udara di ruang tamu dan bilik tidur merupakan idea yang terbaik.
Walau bagaimanapun, tidak ramai pemilik rumah mempunyai maklumat yang jelas tentang cara untuk memilih penyaman udara seperti jenis yang sesuai untuk kegunaan dirumah, kapasiti kuasa kuda (HP) yang bersesuaian untuk saiz ruangan yang berbeza dan sebagainya. Di sini saya kongsikan tip dan garis panduan untuk anda pilih penyaman udara yang terbaik untuk rumah anda.
#1 | Kuasa Kuda (HP) - Apakah Kapasiti HP Yang Diperlukan?
Secara asas, ruangan yang lebih besar akan memerlukan penyaman udara dengan kapasiti HP yang lebih tinggi. Faktor lain yang perlu diambil kira ialah jumlah matahari yang masuk ke ruangan itu pada waktu siang. Bilik yang mendapat banyak pencahayaan terus kebiasaanya akan memerlukan penyaman udara dengan HP yang lebih tinggi untuk menurunkan suhu di ruangan itu dengan efektif.Ini adalah garis panduannya:
Sebelum membeli penyaman udara, dapatkan nasihat daripada pakar dalam bidang penyaman udara. Mereka akan bantu anda untuk melakukan penilaian dan memberi cadangan tentang pilihan dan kapasiti penyaman udara yang terbaik untuk setiap ruangan di rumah anda.
#2 | Jenis Penyaman Udara Apa Yang Sesuai Untuk Rumah Anda?
Penyaman udara jenis unit pisah (split unit) yang digantung di dinding sering digunakan di kebanyakkan rumah. Setiap set penyaman udara jenis ini akan datang dengan satu unit luar (kompresor) dan satu unit dalam. Unit dalam haruslah dipasang pada ketinggian 7-8 kaki bagi bilik yang mempunyai ketinggian siling 10 kaki. Jadi, untuk bilik yang mempunyai ruang di bahagian atas dinding, penyaman udara jenis ini ialah pilihan yang terbaik.
Penyaman udara jenis kaset juga sesuai untuk kegunaan rumah, terutama sekali untuk rumah yang mempunyai kawasan yang jarak antara lantai ke siling melebihi 10 kaki. Setiap set penyaman udara jenis kaset akan datang dengan satu unit luar (kompresor) dan satu unit dalam. Unit dalam akan digantung di siling rasuk (ceiling beam), iaitu di bahagian belakang siling plaster dan hanya panel yang nipis sahaja akan kelihatan. Bahagian yang tersorok dibelakang siling plaster biasanya setebal 700mm. Oleh sebab itu, penyaman udara kaset ini sesuai dipasang di ruang tamu yang mempunyai kawasan ‘void’ yang sangat tinggi atau di bilik loteng.
Selain itu, anda juga perlu tahu tentang perbezaan antara penyaman udara jenis “inverter” atau “non-inverter”. Unit jenis “inverter” akan beri lebih penjimatan untuk jangka masa panjang.
#3 | Adakah Cara Penggunaan Akan Mempengaruhi Jenis Penyaman Udara Yang Akan Dibeli?
Sudah tentu!
Untuk rumah yang sentiasa kosong pada waktu siang, tidak ada salahnya jika anda melabur untuk penyaman udara yang mempunyai HP yang lebih tinggi. Ini adalah kerana penyaman udara dengan 2HP akan mengambil masa yang lebih singkat untuk menyejukkan sesuatu ruang berbanding penyaman udara dengan 1.5HP. Jadi, anda dapat berasa selesa dengan lebih cepat setiap kali pulang dari kerja.
Bagi rumah yang sentiasa mempunyai orang di rumah pada waktu siang, ciri utama yang perlu diberi perhatian adalah tahap kecekapan tenaga (energy efficiency) untuk penyaman udara itu menyejukkan sesuatu ruang. Suhu yang selesa bukanlah terlalu sejuk sehinggakan anak anda perlu pakai selimut semasa tidur petang, tapi cukup selasa untuk dia melakukan aktiviti di dalam rumah. Ciri lain yang perlu dipertimbangkan adalah sama ada penyaman udara tersebut mempunyai kualiti penjimatan elektrik yang tinggi. Ini adalah kerana penyaman udara tersebut akan dipasang lebih 12 jam setiap hari.
#4 | Apakah Cara Untuk Memastikan Yang Penyaman Udara Itu Jimat Tenaga?
Semak bilangan bintang yang tertera pada penyaman udara itu!
Dipetik daripada laman web Suruhanjaya Tenaga
“All manufacturers and importers of the following products: television, refrigerator, domestic fan and air conditioner, must affix the Energy Efficiency Label onto the products before it can be sold to the customer.”
Ini adalah contoh “Energy Efficiency Label”
Sebelum membuat pembelian, semak bilangan bintang yang tertera pada label tersebut. Lebih banyak bintang bermaksud lebih penjimatan elektrik.
#5 | Apakah Fungsi Yang Paling Berguna Pada Alat Kawalan Jauh Penyaman Udara?
Fungsi yang paling penting sudah tentu butang ON/OFF. Jika alat kawalan jauh tersebut tidak mempunyai fungsi ini, anda terpaksa menggunakan tangga untuk panjat dan tekan butang ON/OFF secara manual pada unit dalam penyaman udara tersebut (dan sesetengah jenama penyaman udara tidak mempunyai butang manual ini!).
Kini terdapat terlalu banyak jenama dan versi penyaman udara yang sentiasa diperbaharui dengan pelbagai jenis fungsi baru. Tetapi secara asasnya, ini adalah senarai ringkas fungsi pada alat kawalan jauh yang perlu anda ketahui:
Kawalan Suhu (Temperature setting)
Fungsi ini digunakan untuk set suhu yang sesuai. Suhu yang paling rendah ialah 16°c dan paling tinggi 30°c.
Kelajuan Kipas (Fan speed)
Tentukan kelajuan kipas sama ada perlahan, sederhana, laju atau automatik, bergantung kepada suhu bilik serta suhu yang telah disetkan pada penyaman udara tersebut.
Pemasa (Timer) ON/OFF
Setkan waktu penyaman udara tersebut untuk ON atau OFF secara automatik. Fungsi ini amat berguna jika anda mahu pulang ke rumah yang nyaman setelah terperangkap dalam kesesakan lalulintas selama dua jam!
Mod Tidur (Sleep mode)
Tukar ke mod ini sebelum anda tidur dan penyaman udara itu akan ON dan OFF secara automatik apabila ruang tersebut sudah mencapai suhu yang dikehendaki.
#6 | Berapa Kerap Penyaman Udara Perlu Diservis?
Jika anda telah pun membeli penyaman udara, semestinya ianya perlu dijaga dengan baik supaya dapat tahan lebih lama dan untuk mengelakkan pembaziran. Servis berkala akan dapat meningkatkan kadar kecekapan (efficiency) penyaman udara. Menurut pakar, setiap tahun kadar kecapan penyaman udara akan turun 5% jika tidak diservis. Jika penyaman udara itu tidak diservis selama tiga tahun, kadar kecekapannya akan turun 15% dan seterusnya akan memberi kesan pada prestasi dan jangka hayatnya.
Selain itu servis berkala juga akan memastikan penyaman udara itu sentiasa berada dalam keadaan balik. Sebarang kerosakan kecil boleh dibaiki dengan segera sebelum menjadi lebih teruk dan lebih mahal untuk dibaiki. Menurut kajian, servis berkala dapat memastikan penyaman udara tersebut berada pada kadar kecekapan 95% seperti asal dan membantu untuk menyahlembapkan (dehumidify) rumah anda.
Di Recommend.my, anda boleh mendapatkan perkhidmatan daripada lebih 170 pakar untuk kerja membaiki, memasang dan melakukan servis untuk alat penyaman udara. Hantar borang permohonan dan kongsi maklumat tentang perkhidmatan yang anda perlukan dan pihak Recommend.my akan dapatkan pakar yang sesuai untuk anda.
sumber
--------------------------
sekarang ni panas betul,ada aircond pun masih panas
walaupun hujan pun,masih panas juga..baca2 la dulu cara beli aircond ni
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
4
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
salam ramadhan trunk, terima kasih share info, nak bagi kredit kaka bukan moderator sila bagi kredit sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
wassalam hehe..alah saja aje tak ada kerja ni
tapi,kita tak boleh bagi credit pada diri sendiri keke
macam mana raya ni awak? rumah keluarga
dekat ke atau macam mana ? ehhe
|
|
|
|
|
|
|
|
xlepas roadblock.raya di rumah sendiri. kumpul sedara mara and kawan yg tiada kampung.
persiapan raya tahun ni konsep takde duit. asal dpt ketupat lemang pagi raya cukuplah bersyukur. 2021 mungkin ekonomi lg teruk jd tahun ni dh start ikat saving . kuih raya xbeli, beli kerepek kudapan je. baju raya langsir semua xbeli. operasi cuci rumah dh berjalan first week sebelum ramadhan. setahun sekali mesti ada operasi cuci satu rumah sbb nak buang barang dan nak simpan. bunga api mercun pun xde tahun ni. xsedih cuma risau di hari2 mendatang ekonomi.
trunks camne?
|
|
|
|
|
|
|
|
Guna aircond bkk kipas sekali cepat sejuk pastu tutup...masih terasa sejuk lg...biasa mcm tu je |
|
|
|
|
|
|
|
Kt rmh acond mitsubishi inverter. Baru ni tukar compressor+tmbh gas total habis rm450.
Daikin mmg bgs. Cassette unit yg terbaik. Kt office guna Daikin. Suhu sedapp je. Leh adjust ikut suhu kita nak sbb remote semasing leh pegang. Kt office lama guna centralise system mamposs, kalau sejuk, sejuk sgt. Panas, panas laa haii...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku dah terbook aircond haeir 1 hp. Sbb plg murah. Tp bila google balik mcm x rmai yg pkai brand ni. Ptut ke aku tukar beli brand lain n tambah duit? |
|
|
|
|
|
|
|
masalahnya..kedai tu boleh bagi ke tukar2 ? hehe
kalau boleh, tukar ok juga cari yang hp lebih sikit baru sejuk
dan tahan lama.
|
|
|
|
|
|
|
|
trunks replied at 2-6-2020 11:58 PM
masalahnya..kedai tu boleh bagi ke tukar2 ? hehe
kalau boleh, tukar ok juga cari yang hp lebih ...
Sbb byr deposit je 100 td n mngu dpn bru pasang. Rasa boleh nk tukar... cuma skg dah confius nk pkai brand apa. Klu haier ok mcm nk proceed jer |
|
|
|
|
|
|
| |
|