CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1431|Reply: 12

[Dunia] Ex-gf hantar satu tan bawang kepada ex-bf kerana berlaku curang.

[Copy link]
Post time 21-5-2020 08:41 AM | Show all posts |Read mode
BEIJING: Kecewa selepas teman lelakinya curang, seorang wanita menghantar satu tan bawang kepada lelaki itu untuk membalas dendam supaya dia menangis.

Portal Oddity Central melaporkan kejadian pelik itu mendapat perhatian media China apabila seorang wanita yang patah hati membalas dendam terhadap bekas teman lelaki dengan menghantar satu tan bawang di depan pintu rumah supaya lelaki itu menangis atas pengkhianatan cintanya.

Bagi kebanyakan pasangan muda di China, 20 Mei adalah hari istimewa yang disifatkan seperti Hari Valentine, tetapi bagi seorang wanita yang patah hati membuatnya lebih menderita.

Dikenali sebagai Miss Zhao dari Zibo di wilayah Shandong, wanita itu dilaporkan terbaca mesej cinta lelaki itu dengan wanita lain.

Tidak dapat mengatasi rasa sakit, dia memutuskan hubungan dan menangis tiga hari, bagaimanapun bekas teman lelakinya bersuka ria keluar dengan wanita lain menyebabkan dia bertambah marah.

Selepas mendengar bekas kekasihnya tidak menangis langsung atas perpisahan mereka, Zhao merancang membalas dendam dengan memesan 1,000 kilogram bawang secara dalam talian dan menghantar di depan pintu rumah lelaki itu.

Wanita itu turut meninggalkan pesanan, "Anda membuat saya menangis tiga hari, sekarang giliran anda."

Ketika bekas kekasihnya yang tidak tahu apa-apa pulang beberapa jam kemudian mendapati puluhan guni bawang tersusun di depan pintu rumahnya.

Malah, bau bawang turut tersebar ke seluruh bangunan pangsapuri seperti dilaporkan beberapa jirannya.

"Saya tidak tahu sama ada dia menangis atau tidak, tetapi saya pasti dia lemas dengan bau. Sekarang seluruh tempat berbau seperti bawang," kata penduduk.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2020 08:43 AM | Show all posts
dan mamat tu jual semula.. ada la duit poket utk minggu tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
apaa hantar bawang. Baik sgtt ni... Hantar la jembalang. Hahahahahaa....
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 21-5-2020 08:43 AM
dan mamat tu jual semula.. ada la duit poket utk minggu tu

Kaan.. boleh belanja awek tgk wayang.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 10:51 AM | Show all posts
boleh menega...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 10:53 AM | Show all posts
cuba hantar 1 tan kondom..lagi bingung mcm mana mau jual
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2020 10:54 AM | Show all posts
cuba hantar 1 tan kondom baru susah mau jual..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 10:58 AM | Show all posts
ok hantaq bawang? ok. now i know why he dumped the lady.

hmm...pi hntaq bawang , elok elok pulak tu, hujung hujung export ke Malaysia lah
malaysia bawang  laku. dia boleh jual je.
yg bayar wanita tu , hati mulia sungguh.

atau dia confuse dengan troll tentera bawang malaysia, kot?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2020 11:00 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 21-5-2020 08:43 AM
dan mamat tu jual semula.. ada la duit poket utk minggu tu

tu la....bijak punya getting back at him - org suke cake di meja sebelah diberikan lagi cream cheese
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 01:09 PM | Show all posts
dia jual blk kat jiran2 pl..untung dan gembira..nangis lg nnt tu ex nya..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Jual je bawang tu dapat duit


Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 04:38 PM | Show all posts
Hantar bawang bukan boleg buat ex nya menangis lainlah ex nya tolong kupas.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kt sna xda santau ke? Hntr santau je kt ex tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.351872 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list