Kumpulan pelawak yang pernah popular pada tahun 90an, Senario kini mahu dikenali dengan Senariounion.
Salah seorang anggotanya, Saiful Apek memberitahu Senariounion merupakan nama yang digunakan untuk enam ahli itu membuat ‘reunion’. “Sebenarnya selepas kami tidak terikat dengan salah sebuah stesen televisyen, kamiterus bergerak aktif bersama memenuhi undangan pelbagai acara. “Jadi kami fikir untuk buat ‘reunion’ kami menggunakan nama Senariounion dan menghasilkan sebuah album dahulu, sebagai langkah pertama. “Setakat ini kami sempat merakamkan empat buah lagu dalam album tersebut,” katanya kepada Gempak.
Senariounion kini dianggotai oleh Hamdan, Wahid, Ilya, Yassin, Saiful dan Azlee.
Apabila ditanya mengenai seorang lagi anggota Senario sebelum ini iaitu Lan Pet Pet, Saiful memberitahu Lan tidak dapat menyertai kerana komitmen lain. “Sebenarnya ramai juga tanya ke mana hilangnya Lan Pet Pet. Lan tidak dapat bersama biasanya kerana dia mempunyai komitmen lain seperti perniagaan dan sebagainya. “Sudah banyak kali juga dia bersetuju untuk menyertai kami tetapi pada saat akhir ia terdapat perlanggaran tarikh dengan komitmen kerjanya yang lain. “Jadi buat masa sekarang, hanya kami berenam sahaja,” jelasnya lagi. “Perancangan lain selain menyiapkan album kami, format2 lain juga akan menyusul seperti sitkom, konsert, filem dan sebagainya. “Terbaharu, kami juga ada perancangan untuk muncul dengan sebuah filem bersama pengarah Aziz M. Osman tetapi semuanya masih lgi di peringkat awal,” katanya lagi.
Senariounion bakal muncul dalam program ‘Raya Style Kite’ pada malam Hari Raya kedua di TV2 RTM, yang mana mereka bakal mempersembahkan dua buah lagu Raya serta persembahan sketsa.
Saiful dan Azlee juga bakal muncul dalam filem ‘Syif Malam Raya’ buat pertama kalinya ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 21 Mei 2020.
Selain Saiful dan Azlee, ‘Syif Malam Raya’ turut menampilkan bintang sosial media iaitu Yoe Parey, Asif Suhaimi dan Syahmi Sazly serta barisan pelawak seperti kumpulan Zero iaitu Atu, Sharif dan Syaiful, Danial LS, Ropie & ramai lagi
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
lawak terjerit2 sebegitu? bosannya...kalau azlee dan wahid takda iols rasa ok je kot..sebab dua orang ni lawak tak menjadi dan tak natural. Mungkin boleh di polish lagi atau lupakan saja. Komen jujur meols yach.
azlee tu suka menjerit. lawaknya tak de sngat pun, jerit je lebih. ala diaorg ni jadi legend sbb dulu mana ada team lawak..rancangan lawak mcm tu. cuba mcm skang ni, persaingan pun tggi. pakej pelawak harusla bini lawa..aktif kat ig, then baru famous kot
Post time 22-5-2020 09:54 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kalau stakat ada projek khas utk tv, aku ok je..sesekali lps rindu tgk diorg nyanyi smbil melawak ok la kot...tapi kalau nak kembali aktif dlm industri, hmmmmm kan je laaa...
Post time 22-5-2020 11:40 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by sfrnna at 22-5-2020 11:41 AM
Wah zaman kanak2 iols ni. Malam rabu dulu mana Ada drama2 cintan cintun ni, so tgk senario je. Filem2 dia semua iols tengok ulang2. Lepastu tiap Kali malam raya mesti siar Kat TV3. Dulu2 iols crush dkt lan pet pet. Ada satu lagu tu siap masuk anugerah juara lagu lagi. Kalau nak compare dgn lawak2 skrg diorg ni mana la kelakar sangat. Tp cukupla menghiburkan zaman kanak2 iols yg Ada tv je untuk hiburan.