CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15182|Reply: 100

Zarina Anjoulie saman Amyza Aznan RM3 jota

  [Copy link]
Post time 22-5-2020 05:24 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 22-5-2020 05:23 PM

Zarina Anjoulie fail saman fitnah RM3 juta

BERNAMA

PELAKON dan model Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul memfailkan saman fitnah RM3 juta terhadap rakan seperjuangannya, Amyza Aznan berhubung kenyataan mengenai bantuan khusus untuk artis tempatan susulan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) oleh kerajaan berikutan wabak Covid-19.

Zarina Anjoulie, 34, selaku plaintif memfailkan saman itu pada 23 April lalu menerusi Tetuan Nurul Hafidzah & Associates dengan menamakan Amyza Aznan atau nama sebenarnya Azizah @ Amyza Aznan, 46, selaku defendan tunggal dalam saman berkenaan.

Mengikut senarai kes mahkamah, kes itu ditetapkan untuk sebutan secara dalam talian (e-Review) di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Farah Shuhada Ramli hari ini yang kemudiannya menetapkan 28 Mei ini untuk pengurusan kes berkenaan.

Berdasarkan penyataan tuntutan yang dilihat melalui carian dalam e-filing, Zarina Anjoulie mendakwa selepas pengumuman kerajaan berhubung BPN kepada rakyat dalam golongan B40 dan M40 yang berpendapatan sebulan RM8,000 ke bawah, sebahagian daripada golongan artis tempatan turut menyuarakan pendapat mereka dan menyatakan bahawa pihak kerajaan perlu memberikan satu 'bantuan khusus' bagi mereka atau penggiat seni negara.

Zarina Anjoulie, yang juga usahawan mendakwa beliau memuat naik video di laman sosial Instagramnya pada 28 Mac lepas, yang secara umum menyatakan bahawa 'bantuan khusus' itu adalah tidak perlu dan hanya golongan artis yang layak boleh memohon BPN seperti rakyat lain.

Mengikut penyataan tuntutan itu, plaintif turut menyuarakan pendapat bahawa golongan artis yang berkemampuan dan berpendapatan besar seharusnya sedar mereka adalah golongan yang sepatutnya mempunyai wang simpanan mencukupi untuk menyara diri mereka sepanjang tempoh

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), disebabkan krisis Covid-19, malah berpeluang untuk turut sama membantu rakyat yang terjejas oleh krisis tersebut.

Dakwanya, pada 29 Mac lepas satu kumpulan dikenali sebagai 'BANTUAN COVID-SENI 2020' ditubuhkan menggunakan aplikasi pesanan ringkas Telegram yang membincangkan mengenai bantuan Covid-19 kepada artis tempatan dan kumpulan itu mempunyai sekurang-kurangnya 819 ahli terdiri daripada penggiat seni termasuk Amyza.

Plaintif mendakwa melalui kumpulan itu Amyza telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya menyebabkan ramai ahli kumpulan berkenaan turut dipengaruhi oleh fitnah itu selain mendakwa defendan juga telah mengeluarkan kenyataan memfitnah di Instagram miliknya untuk paparan umum yang dimuat naik April lepas.

Dakwanya, kenyataan-kenyataan fitnah itu membawa maksud bahawa plaintif seorang yang berperangai buruk, tidak bertanggungjawab, berpura-pura baik, mempergunakan orang lain untuk menyerang defendan dan sering menabur fitnah terhadap artis-artis lain.

Akibat kenyataan fitnah itu, Zarina Anjoulie mendakwa beliau mengalami kemurungan kerana dimalukan, sedih, sakit hati dan reputasinya turut tercalar selain mendakwa plaintif menerima kecaman dan reaksi negatif daripada masyarakat.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am atas kehilangan reputasi berjumlah RM3 juta, ganti rugi teladan, faedah, permohonan maaf daripada defendan dan defendan juga dihalang daripada mengeluarkan sebarang bentuk kenyataan memfitnah, memalukan atau menjatuhkan reputasi plaintif pada masa akan datang, kos serta relief lain yang sesuai oleh mahkamah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Mei 2020 @ 4:25 PM


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2020 05:33 PM | Show all posts
Mohon kes dibatalkan. Kahkahkah  
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Err .. masih relevan ke dua ekor ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 05:41 PM | Show all posts
kak kaiya masih jual telekung cap Kaiyaa lagi ke sister?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kemurungan?celah mana kemurungan tu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Didoakan supaya Zarina Anjouli menang kes ini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2020 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Boring bosan attention seeker
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
selipar_hijau replied at 22-5-2020 05:45 PM
Didoakan supaya Zarina Anjouli menang kes ini

Meols pn harap anju menang. Meols bukan karat anju ok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2020 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama betul ko azizah ke

Gigih berkaaia bagai
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 06:04 PM | Show all posts
Waste of courts time je, yang untung lawyer.  Sah sah defendan tak mampu bayar kalau plaintiff menang.  Plaintif punya masa silam mmg buruk. But she dah berubah or trying hard to change for her son. Yang ungkit  pasal masa silam plaintif pun, macamlah her history was perfect .. sigh just minta maaf and carry on with life la...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhhhh         
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Logik ke nk menang?

Tp pkp kali ni mmg anju blh clean up profile die. Terus jd suci bagai..i pn tgk je la video2 die... Ala just tgk je la...gitu ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by belacan_gurl at 22-5-2020 06:28 PM

Releks amyza....mesti ramai geng2 artis akan menolongmu...susah sama2..senang sama2.. mereka xkan lari....ngengehhh
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Anju nk saman 3 jota??? Akak ni pon duduk kat flat belakang tangki air AU3, Keramat sana.....celah bulu mana sheols nk membayor???
Ujung2 kes ni mati tgh jalan jer...kecoh jer lebih...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 06:29 PM | Show all posts
Kihkihkih so grab the popcorn. Iols harap anju menang
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak sebut saman jota jota, bukan retis la namanya.. Hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2020 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Pape je la kes korang. Lucu bongok pun ye jugak. Pastu kemurungan bile anju ni...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kemurungan mende nya.. nampak galak je manjang dengan bf busuk dia tu hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
ALDRIN replied at 22-5-2020 06:27 PM
Anju nk saman 3 jota??? Akak ni pon duduk kat flat belakang tangki air AU3, Keramat sana.....celah b ...

Bukan laki kaiaa ni kaya ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak kaya sorg je ke yang sheols saman? Bukan aritu ramai lagi ke yg bercekau ngan sheols pasal BPN?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.076927 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list