Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1234Next
Return to list New
3754
View
63
Reply

[Dunia] Pesawat penumpang terhempas di kawasan perumahan di Pakistan

[Copy link]

Author: YgBenar    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 23-5-2020 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 23-5-2020 01:11 AM

KARACHI: Sebuah pesawat penumpang terhempas di kawasan perumahan di Pakistan hari ini, beberapa saat selepas juruterbangnya melaporkan terdapat masalah teknikal.

The Sun melaporkan, seramai 107 orang yang berada dalam pesawat berkenaan dikhuatiri terkorban selepas jet milik Pakistan International Airlines (PIA), yang dalam proses pendaratan terakhir ke Lapangan Terbang Karachi, terhempas menghempap rumah di Model Colony.

Menurut laporan, beberapa bangunan musnah dalam nahas yang berlaku pada jam 2.45 petang waktu tempatan.

  

Pihak berkuasa penerbangan awam berkata, lapan kakitangan dan 99 penumpang berada dalam pesawat Airbus A320 itu.

Pesawat itu dalam perjalanan dari Lahore ke Karachi.

Operasi menyelamat utama sedang dijalankan.

  

Gambar dari dekat tempat kejadian menunjukkan asap hitam pekat menjulang ke udara di atas kawasan perumahan terbabit.



Jurucakap syarikat penerbangan kebangsaan Pakistan itu berkata: "Pesawat PK 8303 dengan 99 penumpang dan lapan anak kapal telah terhempas."

  

Tentera Pakistan berkata, pasukan tindak balas pantasnya telah sampai ke lokasi nahas untuk usaha bantuan dan menyelamat bersama dengan pentadbiran awam.

  

Stesen TV tempatan Geo menunjukkan orang ramai berhampiran tempat kejadian yang kelihatannya adalah kawasan berpenduduk padat dan ambulans berusaha untuk melaluinya.

Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan, berkata beliau "terkejut dan sedih" dengan nahas itu, dan dalam ciapan di twitter menulis beliau sentiasa berhubungan dengan Ketua Eksekutif syarikat penerbangan negara itu.

"Doa & ucapan takziah kepada keluarga si mati," kata Khan.

Menteri Luar, Shah Mahmood Qureshi, berkata pesawat itu terhempas ke kawasan perumahan beberapa minit sebelum tiba di darat.

Bencana itu berlaku ketika rakyat Pakistan di seluruh negara bersiap-siap untuk menyambut akhir Ramadan dan awal Aidilfitri, dengan ramai pulang ke rumah mereka di bandar dan kampung.

Penerbangan komersial disambung semula hanya beberapa hari yang lalu, selepas operasi pesawat dibekukan semasa perintah berkurung akibat pandemik COVID-19.

Pakistan mempunyai rekod keselamatan kurang baik membabitkan penerbangan tentera dan awam, dengan kerap pesawat dan helikopter terhempas selama bertahun-tahun.

Pada tahun 2016, sebuah pesawat PIA meletup selepas satu daripada dua enjin turbopropnya mengalami masalah semasa terbang dari kawasan terpencil di utara ke Islamabad, mengakibatkan lebih 40 orang maut.

Bencana udara yang paling dahsyat di Pakistan adalah pada tahun 2010, apabila sebuah pesawat Airbus A321 yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan swasta Airblue dan terbang dari Karachi merempuh bukit di luar Islamabad ketika mendarat, membunuh semua 152 orang di dalamnya.

Laporan rasmi menyalahkan kemalangan itu akibat kecuaian kapten yang keliru dan suasana kokpit yang teruk.

PIA, salah satu syarikat penerbangan terkemuka di dunia hingga tahun 1970-an, kini mengalami reputasi yang merosot kerana pembatalan, penundaan dan masalah kewangan yang kerap.

Ia telah terbabit dalam banyak kontroversi selama bertahun-tahun, termasuk memenjarakan juruterbang mabuk di Britain pada tahun 2013. - AGENSI

https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2020/05/691975/pesawat-pakistan-terhempas-107-dikhuatiri-maut



Screenshot_2020-05-23-00-44-51-48.png

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 23-5-2020 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
takziah buat pakistan
dah la nak raya nih
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya... ada org tak dlm bangunan yg dihempas tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 01:03 AM | Show all posts
Innalillah.takziah utk keluarga yg terlibat.. moga dipermudahkan semua urusan
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah!
Scary tengok
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnyaaa. Takziah. I tak dapat bayang perasaan org2 yg ada dlm pesawat2 yg terhempas ni, their final moments bila rasa pesawat tu menjunam.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Pkl 10.30 mlm td nmpk news psl ni kt strip berita di tv2
Katanya dorg balik nk beraya
Since br dibenarkan bergerak lps lockdown

Innalillahiwainna ilaihirojiun

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya allah sedihnyaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Allahuakbar...penumpang semua mati pastu org2 dalam rumah tu ada meninggal ke tak? rumah ranap, kereta2 pun habis terbakar. elok2 dok dlm rumah tup2 mai kapatebang zasss habis semua.
takziah utk semua keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti berhantu tempat tu nanti mcm yg kat tanjung kupang tu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 02:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah Pakistan. Semoga roh roh yg terbabit aman di persemadian. Mengadap Allah swt di penghujung ramadhan yang mulia.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 02:30 AM From the mobile phone | Show all posts
paiayam replied at 23-5-2020 01:06 AM
Sedihnyaaa. Takziah. I tak dapat bayang perasaan org2 yg ada dlm pesawat2 yg terhempas ni, their fin ...

Iolss terbayang kalau rumah yg kena tu ada org
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 02:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Allahuakbar. innalillahiwainna ilahirrojiun. sedihnya tjadi time hari2 terakhir puasa dah nk raya pula tu. takziah.

pnghuni kdiaman kt kwsan nahas ad yg terkorban jgk ke.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 03:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah. Kesiannya dah nak raya ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 03:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd Pakistan dan ahli keluarga mangsa. Semoga dipermudahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 05:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 05:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 05:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah
Kesiannyer pada mangsa yang terkorban
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 06:00 AM | Show all posts
Antara yg ninggal model pakistan zara abid cantik woo
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 06:00 AM From the mobile phone | Show all posts
pakistan negara mcmmana eh..ekonomi dorang bagus tak? kat nilai tu ramai tokey pakistan sajokk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list