Edited by trunks at 23-5-2020 05:58 AM
Mengikut kalendar Islam, Hari Raya Aidilfitri akan disambut setiap tahun pada tanggal 1 Syawal mengikut kalendar Islam. Hari Raya merupakan hari yang dinanti-nanti oleh umat Islam sebagai simbolik hari kemenangan setelah setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.
Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Puasa dapat ditentukan melalui 2 kaedah iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab (kiraan). Melaui kaedah rukyah, apabila anak bulan kelihatan ia menandakan permulaan sesuatu bulan (dalam hal ini, kedatangan bulan Syawal yang menandatangan sambutan Hari Raya). Sebagai orang awam, kita tidak perlu khuatir memandangkan tugas mencerap ini terletak pada tanggungjawab pihak yang berwajib yang akan melakukan pencerapan pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik. Sekiranya kita merujuk kepada kalendar, kita juga dapat mengenalpasti tarikh sambutan Hari Raya yang telah ditentukan melalui kiraan yang dilakukan oleh sekumpulan ahli Falak yang telah dilantik oleh pihak Jakim.
Sejarah pengumuman Hari Raya Aidilfitri
Di negara jiran kita Indonesia, sambutan Hari Raya di sana ada kalanya berbeza mengikut tempat kerana terdapatnya perbezaan fahaman/pengikut di sesetengah kawasan tertentu. Lagipun, negaranya cukup besar. Namun di Malaysia, kekeliruan seperti ini tidak berlaku memandangkan tanggungjawab membuat pengisiytiharaan ini sudah terletak di bawah bidang kuasa Majlis Raja-Raja. Perkara ini telah dipersetujui pada Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat Kali Yang Ke-92 yang menetapkan bahawa pengumuman mengenai tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri ini terletak di bawah bidang kuasa Majlis Raja-Raja dan bukanlah kerajaan negeri. Dengan persetujuan ini, maka tidak ada lagi perbezaan atau percanggahan tarikh antara negeri-negeri di Malaysia. Perbezaan tarikh ini mungkin berlaku kerana keadaan cuaca sehingga di sesuatu pusat cerapan, anak bulan mungkin tidak kelihatan. Kisah Perak dan Johor Raya awal sehariMungkin generasi kini tidak tahu, suatu ketika dahulu atau lebih tepat lagi pada tanggal 12 Jun 1983, negeri Perak dan Johor telah menyambut Hari Raya Aidilfitri satu hari lebih awal daripada ngeri-negeri lain seluruh Malaysia. Bagaimanakah kejadian ini berlaku? Peristiwa pelik dan mungkin tidak akan berulang lagi ini dipercayai berlaku ketika zaman pemerintahan Almarhum Sultan Idris Shah dan Almarhum Sultan Johor pada ketika itu. Segalanya bermula apabila sekumpulan nelayan dari laut mendakwa telah melihat anak bulan dan berita itu dengan sangat pantas telah tular dalam kalangan penduduk.
Lebih menguatkan dakwaan tersebut, pasukan marin yang menjaga perairan negara turut mengesahkan melihat kelibat anak bulan yang menandakan kedatangan bulan Syawal. Berita ini akhirnya sampai ke pengetahuan Mufti yang kemudiannya telah memaklumkan kepada pihak Tuanku Sultan. Tuanku Sultan kemudiannya telah berkenan untuk bertitah mengenai pengisytiharaan Hari Raya pada keesokan harinya. Perkara yang sama juga terjadi di Johor. Maka, terjadinya peristiwa pelik apabila negeri Perak dan Johor menyambut Hari Raya Aidilfitri awal sehari daripada negeri-negeri lain di Malaysia. Jabatan Penerangan dan pihak polis telah menggunakan pembesar suara untuk mengumumkan hari raya ke seluruh bandar dan pelusuk kampung. Tuanku Sultan dikatakan membuat keputusan demikian kerana yakin anak bulan yang dilihat oleh nelayan dan marin itu adalah betul dan sahih. Kekecohan akibat beraya awal sehariPeristiwa ini tidak lepas sebarang kekecohan terutamanya penduduk yang tinggal di sempadan antara negeri misalnya di Tanjung Malim yang terletak di negeri Perak tetapi bersempedanan dengan negeri Selangor.
Bayangkan juga keadaan panik orang-orang tua di rumah apabila mendengar pengumuman tersebut. Kebiasaannya juadah Hari Raya seperti rendang, lemang dan sebagainya akan disediakan mulai malam Hari Raya. Akibat pengumuman ini, mereka mungkin belum bersedia dengan bahan-bahan masakan kerana menyangka mempunyai satu hari lagi untuk berpuasa. Peristiwa unik ini dikatakan hanya berlaku satu kali sahaja dan tidak pernah berlaku lagi memandangkan negara kita sudah mempunyai cara dan kaedah yan lebih sistematik untuk menentukan tarikh Hari Raya Aidilfitri. Ada sesiapa golongan generasi terdahulu pernah melalui peristiwa pelik ini? Kongsikan dengan kami. Ianya pasti satu peristiwa yang tidak mungkindapat dilakukan.
Kenapa Johor Antara Negeri Paling Meriah Perayaan Aidilfitri?
Ketika hampir seminggu umat Islam di Malaysia menyambut hari raya, ada sesetengah negeri, kemeriahan hari raya mungkin sudah berlalu pergi seiring dengan berakhirnya tempoh cuti persekolahan dan cuti hari raya.
Sumber: Malaysian Review
Manakala di sesetengah tempat lain khususnya di sekitar Lembah Klang, kehangatannya akan terasa pada setiap hujung minggu berikutan program-program perayaan dan majlis rumah terbuka berlangsung memandangkan golongan perantau sudah kembali ke ibu kota.
Namun begitu, suasana perayaan Aidilfitri di negeri selatan tanah air tetap meriah sepanjang Syawal, tanpa mengira hari biasa atau hujung minggu. Kemeriahan perayaan bukan disebabkan keunikan golongan dirajanya atau cara berpakaiannya, tetapi lebih kepada keunikan budaya masyarakatnya.
Boleh dikatakan Johor mempunyai keunikan tersendiri dalam menyambut perayaan Aidilfitri berbanding negeri-negeri lain. Selain budaya rumah terbuka, negeri ini mempunyai budaya marhaban penduduk yang diamalkan sejak dahulu lagi.
Budaya Masyarakat Jawa
Ini kerana budaya marhaban penduduk merupakan salah satu budaya yang diamalkan oleh masyarakat Jawa. Boleh dikatakan majoriti orang Melayu di Johor merupakan keturunan Jawa dan masih mengekalkan ciri-ciri unik masyarakat Jawa sehingga ke hari ini.
Sumber: Facebook Mohd Hilmi Ramli
Budaya marhaban dilakukan dengan kunjungan oleh suatu kumpulan dari satu rumah ke satu rumah dengan mengiramakan puji-pujian kepada Allah, berselawat kepada nabi, memanjatkan doa dan memohon maaf kepada tuan rumah. Ia diselangi dengan menikmati juadah ringan yang diberikan oleh tuan rumah sebagai meraikan kehadiran tetamu.
Budaya marhaban penduduk sebenarnya wujud di beberapa buah negeri lain seperti Selangor dan Perak bezanya ia hanya berlaku di sesetengah daerah atau kawasan sahaja yang mempunyai komuniti masyarakat Jawa. Berbeza dengan marhaban di Johor yang dilakukan secara meluas di serata negeri.
Sumber: Youtube
Pelbagai Jenis Program Marhaban
Sekiranya anda berada di kawasan desa yang majoritinya masyarakat Jawa, mungkin anda dapat merasai program marhaban yang dianjurkan oleh penduduk. Untuk marhaban sahaja terdapat lima hingga lapan program yang dianjurkan iaitu marhaban pemuda, marhaban wanita, marhaban kampung, marhaban antara kampung, marhaban guru-guru dan sebagainya. Tidak hairan sekiranya program ini berjalan selama sebulan.
Secara kebiasaan, setiap program marhaban akan disusun dari segi tarikh dan waktu sama ada siang atau pun malam bagi memastikan setiap program marhaban yang dianjurkan tidak bertindan. Dalam masa yang sama ia juga bergantung kepada kesediaan pihak tuan rumah untuk menerima kunjungan rombongan marhaban.
Cabaran Utama
Malangnya hari ini, tidak ramai golongan muda yang berani tampil menggerakkan program-program marhaban. Mereka lebih suka mengikut daripada menggerakkan program. Hal ini menyebabkan khidmat golongan tua terus diperlukan khususnya untuk mengalunkan lagi-lagu marhaban yang pelbagai jenis.
Sumber: Facebook Muafakat Bangsa Johor
Adalah diharapkan agar program marhaban seumpama ini terus diamal dan dipertahankan oleh golongan muda bagi memastikan perayaan Aidilfitri terus disambut secara meriah. Malang sekiranya budaya baik seperti ini pupus ditelan zaman.
Yang pasti program ini merupakan salah satu tradisi bagi berkenal-kenalan dan merapatkan hubungan silaturahim antara penduduk setempat. Ini memandangkan kesibukan waktu kerja dan menguruskan keluarga telah membataskan perhubungan sesama masyarakat.
credit
------------------------------------
itu dulula meriah,,sekarang orang tau jaga nyawa aje
lebih penting hehe,tapi,apa yang saya nampak,
walau datok pkp ke..ramai
orang masih berarus menuju ke kampung2
jangan bawa sekali covit dahla.
|