CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5206|Reply: 36

[Tempatan] Gesa HARAMKAN bedak talkum

[Copy link]
Post time 23-5-2020 08:17 AM | Show all posts |Read mode
CAP gesa bedak talkum dan produk berasaskan talkum diharamkan
Mei 23, 2020 04:03 MYT

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) mengharamkan bedak talkum dan produk berasaskan talkum di Malaysia.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata komponen utama di dalam bedak talkum ialah magnesium silicate hydroxide (yang dikenali umum sebagai bedak talkum) iaitu pembawa bahan toksik yang boleh menyebabkan tumor dalam ovari dan paru-paru.
"Bedak talkum digunakan secara langsung pada kulit sebagai penyerap yang berkesan untuk membantu menghilangkan bau dan memberikan sentuhan lembut.

"Talkum menyamai asbestos, ia terdapat dalam bedak bayi dan kosmetik seperti pembayang mata, pemerah pipi dan deodoran.
"Zarah-zarah talkum boleh sampai ke sistem pembiakan dan melekat pada lapisan ovari.

"Para penyelidik telah menemui zarah-zarah talkum dalam tumor ovari dan mendapati bahawa wanita penghidap kanser ovari telah menggunakan bedak talkum pada alat sulit mereka, lebih kerap berbanding wanita yang sihat, " katanya dalam satu kenyataan, di sini, pada Jumaat.

Tambahnya, di Malaysia, kanser ovari menjadi kanser umum kelima dalam kalangan wanita, dengan kira-kira 500 pesakit dikesan menghidap penyakit itu setiap tahun.

Menurut Mohideen, bedak talkum juga berisiko tinggi menjejaskan paru-paru manusia kerana zarahnya yang halus mudah memasuki paru-paru, dan ia juga dibimbangi boleh menyebabkan saluran pernafasan bayi membengkak dan menyebabkan radang paru-paru.

"Statistik menunjukkan bahawa beberapa ribu bayi meninggal dunia setiap tahun atau sakit teruk kerana menyedut bedak bayi secara tidak sengaja.

"Talkum digunakan pada bayi kerana menyerap kelembapan yang tidak menyenangkan. Menyapu bayi dengan bedak talkum membahayakan paru-paru mereka," katanya.

Beliau juga menasihatkan pengguna untuk menggunakan bedak yang diperbuat daripada tepung jagung atau tepung beras dan para ibu disaran menggunakan minyak sapu berbanding menggunakan bedak berubat untuk masalah ruam pada bayi.

-- BERNAMA

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2020 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke zaman sekarang ni talc powder yg dihasilkan sudah bebas dari asbestos..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Gunalah bedak yg berasaskan tpg jagung..
Atau boleh guna tpg jagung terus jelah klu nk jimat..
Hihi
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
nasib baik aku da stop lama guna bedak talkum ni. X pyh guna bhn2 chemical and toksid ni mcm sabun, deodorant, minyak rambut, perfume.

mandi pun guna air sungai je
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 09:38 AM | Show all posts


Yang aii pelik la kan ... merujuk kpd kes termahal di USA.  Memang orang perempuan lepas mandi tepek berkilo ke bedak di area Miss V?

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
pakai bedak tanaka burma tu yg rohingya biase pakai, yg tu lg selamat..tp xselamat dgn imegresen la, nanti kne tangkap naik lori polis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2020 09:42 AM | Show all posts
kelapaparut replied at 22-5-2020 05:41 PM
pakai bedak tanaka burma tu yg rohingya biase pakai, yg tu lg selamat..tp xselamat dgn imegresen la, ...



Aii ada berbotol botol. Tapi bedak tu utk muka jer kan?


Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 23-5-2020 09:42 AM
Aii ada berbotol botol. Tapi bedak tu utk muka jer kan?

a'aa kat muke je, tp xtau la minah2 burma letak kat miss v masing2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2020 09:49 AM | Show all posts
kelapaparut replied at 22-5-2020 05:47 PM
a'aa kat muke je, tp xtau la minah2 burma letak kat miss v masing2


Sorry nak tanya, yang you pakai jenis telkum atau mcm cream? jap aii tunjuk gambar yang aii ada.


Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kelapaparut at 23-5-2020 10:01 AM
DARSITA replied at 23-5-2020 09:49 AM
Sorry nak tanya, yang you pakai jenis telkum atau mcm cream? jap aii tunjuk gambar yang aii ada. ...


i xpakai, i pernah nmpk, kayu tanaka, dieorg asah2 pastu basahkan dan tepek, yg modern dah packing ade tulisan burma tu ade cream rasenye tp byk loose powder gak, kat shopee lazada ade u
slmt la sket dr bedak modern kite, tp i xphm knp burma2 ni calit sikit2 kat muke, xtepek penuh mcm org kite pakai bedak sejuk, takut serupe hantu kot tepek penuh ahaks
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 23-5-2020 09:38 AM
Yang aii pelik la kan ... merujuk kpd kes termahal di USA.  Memang orang perempuan lepas mandi t ...

Yang gundu kot. Elak melecet or jenis yang kuat berlendir tu tapi takpernah la dengar org dewasa pakai
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai orang letak talkum dekat ketiak sebagai ganti odorono...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau mak dulu2..suka letak bedak banyak2 kat baby lepas mandikan. katanya biar wangi..segar..nyenyak baby tido lepas tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 23-5-2020 10:27 AM
Ramai orang letak talkum dekat ketiak sebagai ganti odorono...

Yucks.. letak bedak talkum kat ketiak, bila berpeluh, belengas & bau busuk kepam.. lagi elok guna serbuk tawas. Tawas ni tak pasti elok ke tak.. sebab bila pakai, ketiak tak berpeluh, tak pasti dia absorb peluh atau halang peluh keluar..
Set produk keluaran indon bnyk la..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 02:40 PM | Show all posts
i tak pakai bedak dah lama dah ....bedak talkum ni...

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
iols pakai bedak baby johnson tu..pakai kat muka la tapi nya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2020 03:52 PM | Show all posts
MeghanK replied at 23-5-2020 07:22 AM
iols pakai bedak baby johnson tu..pakai kat muka la tapi nya

bebi jonson pn dlu bahaya gak..kn ada kes saman sbb kene cancer gune bedak bebi jonson tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Cable replied at 23-5-2020 03:52 PM
bebi jonson pn dlu bahaya gak..kn ada kes saman sbb kene cancer gune bedak bebi jonson tu

yang tu sebab acik tu letak kat tempat yang salah lalu mendapat kanser ovari
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 03:59 PM | Show all posts
MeghanK replied at 23-5-2020 07:57 AM
yang tu sebab acik tu letak kat tempat yang salah lalu mendapat kanser ovari

uih..dia ltk kt mane?
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 04:18 PM | Show all posts
najib888 replied at 23-5-2020 11:38 AM
Yucks.. letak bedak talkum kat ketiak, bila berpeluh, belengas & bau busuk kepam.. lagi elok guna  ...

may i suggest  ?

potash alum or tawas ni  ada entiti aluminium yups

kalau boleh kan, kawan saya suggest guna limau kasturi , lomoq lumoq kat badan especially area flexures of the body ? atau pelipat badan macam underarms/ ketiak , celahan peha etc
sebab i risau tengok org gune logam logam ni sebab kalau boleh kita kurangkan risiko toxic depa.

aluminium ni kita tak leh elak sebab utensil atau periuk kuali kita masak ada unsur ni but kurangkan lah

aluminium ni ada dikatakan dalam kajian ada perkaitan dengan parkinson's disease ( ini kajian tapi kena banyak lagi la kajian ) '

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.411285 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list