CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13964|Reply: 17

Ini 6 Sebab Kenapa Bateri Telefon Cepat Habis & Cara Betul Jaga Jangka Hayat

[Copy link]
Post time 23-5-2020 08:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by trunks at 23-5-2020 08:34 PM





Ini 6 Sebab Kenapa Bateri Telefon Cepat Habis & Cara Betul Jaga Jangka Hayat Bateri

Situasi kehabisan bateri telefon bimbit boleh menjadi sesuatu yang sangat mencemaskan. Boleh dikatakan setiap individu pasti mula menggelabah jika melihat telefon bimbitnya sudah mengeluarkan tanda amaran berwarna merah.


Stress sebab terpaksa mengecas telefon pintar anda tiga empat kali sehari? Jangan beli telefon yang baru semata-mata sebab bateri handphone cepat habis. Membazir. Apa yang patut anda buat sekarang adalah kenal pasti punca kenapa bateri mengalir macam air.
Rasanya macam baru sahaja dicas tetapi kenapa tiba-tiba bateri telefon ni dah nak mati? Berikut merupakan 6 sebab kenapa bateri telefon bimbit selalu cepat kong.


1. Cas telefon bimbit sehingga 100%
Para penyelidik mencadangkan bahawa jangka hayat bateri yang ideal adalah di antara 30 hingga 80%. Jika bateri berada di bawah paras 30%, ia adalah tidak sesuai untuk kondisi telefon bimbit anda.


2. Tidak cas telefon bimbit sehingga bateri mati
Setiap kali anda membiarkan telefon bimbit yang tidak dicas off sendiri, anda sebenarnya mengundang kerosakan pada bateri telefon bimbit tersebut. Jadi, apabila melihat bateri anda hanya tinggal 10%, cepat-cepatlah cari charger untuk mengecasnya.


3. Overheating
Ini mungkin tidak terjadi kepada semua tetapi apabila telefon bimbit anda di dalam keadaan overheat, ia sangat berisiko tinggi untuk menyebabkan bateri telefon anda rosak. Bagi pengguna iPhone, mereka akan diberi amaran jika telefon bimbit tersebut berada dalam keadaan overheat dan segeralah mencari jalan keluar untuk meredakan kepanasan itu.


4. Gunakan pengecas wireless
Terlalu bergantung kepada pengecas wireless juga dapat membuatkan bateri telefon anda rosak. Fungsi pengecas wireless ini sama sekali berbeza dengan pengecas yang dipasang pada kabel.

5. Cas bersama case telefon bimbit
Jika telefon bimbit anda berasa panas yang luar biasa selepas dicas, apa kata selepas ini jika hendak mengecas telefon, cuba untuk menanggalkan case telefon terlebih dahulu sebelum dicas. Case telefon dapat memerangkap haba tambahan yang boleh merosakkan telefon bateri anda.


6. Overcharging
Jika anda menggunakan produk Apple yang original mungkin anda selamat, tetapi sekiranya menggunakan pengecas tiruan, maka risiko untuk overcharging akan berlaku jika anda tidak memerhatikan peratusan bateri tersebut.
Sebelum ini, kami pun mengalami masalah yang sama. Tetapi setelah melakukan perubahan pada ‘Setting’ gajet, masalah ini dapat kami atasi. Opss bukan bermaksud bateri tahan lama sampai seminggu! Kalau sebelum ini kami hanya dapat guna 3 jam sehari, sekarang boleh tahan sehingga 4 jam sehari (contoh).


1. Buang aplikasi yang jarang atau tidak digunakan
Pergi pada Setting > Application, cuba lihat di bahagian ‘Running’. Wujud tak aplikasi yang anda rasa macam tidak pernah guna langsung selama ini? Jika jawapannya adalah ya, klik pada aplikasi tersebut dan pilih ‘Stop’ untuk memberhentikannya.



Apa kaitan melakukan langkah ini dengan menjimatkan bateri? Dengan melakukan ini, dapat menjimatkan penggunaan memori (RAM) di dalam gajet anda dan akhirnya menyumbang kepada penjimatan bateri.  Semakin banyak RAM yang digunakan, semakin banyak kuasa bateri yang digunakan untuk menjalankan aplikasi-aplikasi tersebut


2. Nyah-pasang (uninstall) aplikasi yang memakan ruang RAM yg banyak
Tadi kita cuma ‘Stop’ sahaja. Sekiranya kita power off dan on balik, aplikasi tersebut akan berjalan kembali. Jadi lebih baik kita buang serta-merta. Selepas nyah-pasang, tidak perlu lagi pergi ke Setting untuk memberhentikan satu-satu.
Kami mahu berkongsi satu perkara berdasarkan pengalaman kami sendiri, iaitu selepas nyah-pasang aplikasi Facebook, bateri tahan lebih lama! Sebab apa? Cuba kaitkan dengan apa yang kami nyatakan di #TipsPertama
Ya tepat sekali apa yang anda tengah fikirkan. Sebab aplikasi Facebook memakan RAM yang agak besar. Tambah-tambah lagi ia SENTIASA berjalan di belakang tabir (sentiasa bersedia sekiranya ada notifikasi terbaru daripada akaun Facebook anda).
Jadi nasihat kami, sila gunakan pelayar internet di telefon anda sahaja jika mahu melayari laman sosial seperti Facebook, Twitter, etc. Selain menjimatkan bateri, dapat menenangkan fikiran anda daripada notifikasi ‘game request’ kawan-kawan anda. Hehe


3. Rendahkan kecerahan (brightness) skrin
Tips ini mungkin kita selalu dengar? Malangnya ramai yang tidak ambil kisah sedangkan ini antara faktor utama menyumbang kepada bateri handphone cepat habis.
Tukar ketetapan kecerahan skrin supaya ia lebih rendah. Lagi rendah lagi bagus dan yang paling afdhal adalah yang paling rendah. Mata kita tidak akan cepat berasa letih jika menghadap gajet dalam jangka masa yang lama. Peratusan untuk rabun juga dapat dikurangkan kepada 50 peratus.

4. Pendekkan tempoh masa skrin menjadi gelap (screen timeout)
Skrin menyala sepanjang masa <– anda pasti tidak mahukan ini! Bateri memang mengalir macam air jika dibiarkan skrin menyala. Kadang-kala kita memang sengaja letakkan masa panjang untuk skrin jadi gelap (mungkin tengah baca ebook, melayari internet, atau atas sebab-sebab lain).
Tetapi lepas selesai baca ebook tu, sila rajinkan diri untuk ubah balik screen timeout kepada serendah yang mungkin. Jika di telefon pintar Lenovo P780 saya, yang paling rendah adalah 15 saat.


Sebab itu wujudnya pintasan (lihat gambar di atas) untuk melakukan tugasan seperti mengubah tempoh masa skrin menyala, kecerahan skrin, etc. Gunakan kemudahan yang sedia ada. Jangan malas.


5. Tutup talian internet jika tidak digunakan
Tidak kisah samada anda menggunakan Wifi ataupun internet di sim kad, sila tutup sepanjang anda tidak memerlukan khidmatnya. Sekiranya anda dapat mendisplinkan diri melakukan #TipsKelima secara tidak langsung penggunaan kuota bulanan internet anda dapat diminimumkan. Boleh la bajet kuota untuk benda lain yang lebih penting dan utama.


6. Tutup GPS
Telefon pintar anda mempunyai unit GPS yang membolehkan penghantaran dan penerimaan isyarat ke dan dari satelit untuk menentukan lokasi tepat anda, seperti Google Maps  atau untuk mendaftar masuk di Facebook .
Apabila dibiarkan berjalan di latar belakang, beberapa aplikasi ini mungkin terus menghantar dan menerima isyarat. Ia memerlukan banyak bateri untuk terus melakukannya, walaupun anda tidak menyedarinya. Oleh itu, anda harus memastikan bahawa aplikasi tertentu ditutup apabila anda tidak memerlukannya.


7. Kurangkan Notifikasi
Notifikasi bukan sahaja menjengkelkan ia juga memakan banyak kuasa bateri. Setiap notifikasi/pemberitahuan masuk akan menyalakan skrin anda, membuat amaran bunyi atau bergetar.
Urus tetapan anda dengan baik dan matikan pemberitahuan yang tidak perlu untuk menyimpan sedikit kuasa bateri selain mengelakkan diri daripada rasa jengkel.


8. Kekalkan Suhu Sejuk
Sesetengah dari anda mungkin perasan bateri habis dengan lebih cepat apabila telefon pintar panas. Jangan tinggalkan telefon pintar anda di bawah sinar matahari atau di mana-mana tempat yang panas.
Bateri akan berfungsi secara optimum dalam persekitaran yang lebih sejuk. Cuba elakkan senario di mana telefon anda terdedah kepada haba yang tidak perlu dan berlebihan.


Tanda-Tanda Batteri Smartphone Anda Patut Di Ganti
Tanda-Tanda Bateri Smartphone Anda Patut Di Ganti - Sebagai pengguna smartphone yang mementingkan kestabilan smartphone anda, Batteri adalah salah satu komponen penting yang ada di dalam setiap smartphone. Tanpa batteri smartphone tidak dapat berfungsi dan tidak dapat dihidupkan. Berbagai-bagai jenis smartphone yang mempunyai kapasiti yang berbeza diantaranya.
Memiliki smartphone yang mempunyai kapasiti bateri yang rendah akan menyebabkan penggunaan optimum batteri akan semakin cepat habis. Selain itu juga, ia cenderung membuatkan smartphone anda akan lebih cepat rosak. Kerana anda akan sering ulang-alik untuk mengisi batteri smartphone anda apabila kehabisan.


1) Batteri Smartphone Anda Akan Cepat Panas


Anda boleh merasakan smartphone anda cepat panas walaupun anda tidak menggunanya. Ini disebabkan oleh mungkin penggunaan aplikasi yang banyak pada Background Process. Aplikasi-aplikasi yang berjalan pada bahagian background ini akan memakan ruang kapasiti batteri smartphone anda. Anda haruslah membuat Clear dengan kerap untuk menjaga kestabilan batteri anda.
2) Batteri Anda Akan Mengembung.
Cuba lihat pada batteri smartphone anda sekarang, Biasanya batteri yang mulai rosak akan timbul tanda seperti ini. Jika batteri anda sudah kembung maka cepat-cepatlah anda menukar kepada batteri yang baru. Jika perkara ini dibiarkan ia akan menjadikan batteri anda tidak mampu mengumpulkan kapasiti lagi dan mungkin akan mengundang bahaya apabila anda menggunakannya.
3) Batteri Anda Akan Cepat Habis
Tanda ini amat biasa dialami oleh setiap pengguna smartphone. Batteri
Jika batteri anda menunjukkan tanda-tanda seperti diatas maka segeralah anda menukar batteri kepada batteri yang baru. Jangan tunggu lama-lama sehingga ianya merosakkan smartphone anda sendiri.

KENALPASTI TANDA-TANDA BATERI TELEFON ANDA ROSAK”*
Sokmo dengar perkataan bateri rosak?
Bila cas telefon bateri tak penuh-penuh?
Bateri telefon tetiba cepat habis?

Sebagai seorang pengguna telefon pintar, anda sebagai pengguna sudah tahu bahawa bateri anda salah satu komponen yang terpenting pada sertiap telefon pintar. Setiap telefon pintar mempunyai kapasiti bateri yang berlainan.
Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan bateri telefon rosak, antaranya ialah menggunakan telefon pintar sambil mengecas telefon. Biasanya penggunaan yang berat seperti bermain game, menonton video dan proses membuat turun dokumen-dokumen yang bersaiz besar. Memiliki telefon pintar yang mempunyai kapasiti bateri yang rendah akan menyebabkan penggunaan optimum bateri akan semakin cepat habis. Selain itu juga, ia akan labih cenderung membuatkan telefon pintar anda akan lebih cepat rosak kerana anda selalu ulang-alik mengecas bateri telefon pintar anda apabila ia kehabisan bateri.

Namun, tahukah anda *tanda-tanda bateri anda sudah rosak*?

1. *Bateri telefon sokmo panas*
- Anda boleh merasakan telefon anda cepat panas walaupun anda tidak menggunakannya. Ini disebabkan mungkin anda telah menggunakan aplikasi dengan banyak pada “Background Process”. Aplikasi-aplikasi yang sedang berjalan pada bahagian tersebut akan memakan ruang kapasiti bateri telefon anda. Anda seharusnya membuat “Clear” dengan kerap bagi menjaga kestabilan bateri anda.

2. *Telefon mati ketika bateri 50%*
-Sesetengah pengguna akan mengalami di mana setiap kali telefon pintar sedang di cas, telefon akan “OFF” secara tiba-tiba ketika tahap bateri 50% walaupun status bateri telah menunjukkan pada tahap 100% ketika cas. Jadi apabila anda mengecas semula telefon anda, ia akan menunjukkan tahap bateri 0%.

3. *Bateri cepat habis*
-Tanda ini sangat terkenal kepada pengguna telefon pintar yang mengalami kerosakan bateri. Ia akan mengambil masa selasa 2 jam untuk mencapai limit kapasiti iaitu 100% pengecasan namun dalam beberapa minit anda akan dapat notifikasi bahawa bateri anda kembali “Low”. Jadi anda sebaiknya pergi menukar bateri telefon pintar anda dengan segera.

4. *Bateri telefon mengembung*
-Jika anda nampak dan perasan bateri anda ada sedikit timbul, itu maknanya bateri anda sudah kembung maka cepat-cepatlah pergi tukar bateri yang baru. Jika hal ini dibiarkan begitu sahaja ia akan menyebabkan bateri anda tidak mampu menampung kapasiti lagi dan mungkin akan mengundang bahaya kerana risau ia akan meletup. Disamping itu, telefon pintar anda akan panas walaupun dibawah penggunaan yang sangat ringan.
Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti yang kami nyatakan diatas maka cepat-cepatlah pergi menukar bateri yang baru. Jangan tunggu lama-lama sehingga ianya merosakkan telefon pintar anda sendiri.


----------------------------------------------------------




-------------------------------------------
kalau iphone mudah sahaja. untuk model yang agak terbaru,
boleh cek battery health,kalau lain macam.dah boleh tu tukar



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

3

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2020 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada bbrp jenama yg keluarkan charger dan kabel utk elakkan over charging antaranya yg paling ok adalah McDodo auto disconnected.

1. Auto disconnected cable




2. Timer charger


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2020 09:59 PM | Show all posts
sarah82 replied at 23-5-2020 09:37 PM
Ada bbrp jenama yg keluarkan charger dan kabel utk elakkan over charging antaranya yg paling ok adal ...

peh diskaun 70 peratus haha..

yang ini berapa komen awak baca sebelum 'buy'

ada tak 300 komen juga..haha pedih
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki iols punya henpon..astaga...
Brightness tu cam nak suluh dalam gelap..
Hhhaha..pening iols
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 23-5-2020 09:59 PM
peh diskaun 70 peratus haha..

yang ini berapa komen awak baca sebelum 'buy'

Hahaha.. Mcdodo dlm 2.4k juga komen.. Lepas tu tengok cucu tok guna.. Dari situ baru yakin beli
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sarah82 at 23-5-2020 10:43 PM

Utk phone Samsung galaxy A51..boleh tukar setting power mode utk jimat bateri.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2020 01:36 AM | Show all posts
Nice info TT, terima kasih ke atas informasi yang dikongsikan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2020 04:09 AM | Show all posts
Supersirap replied at 24-5-2020 01:36 AM
Nice info TT, terima kasih ke atas informasi yang dikongsikan

hehe..sama.
ohya..awak kata hari tu nak tunggu harga Console Nintendo Switch turun kan

yang mana, saya agak macam lambat lagi ni turun..jadi sekarang awak
main game apa aja?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-5-2020 04:12 AM | Show all posts
shernazz replied at 23-5-2020 10:08 PM
Laki iols punya henpon..astaga...
Brightness tu cam nak suluh dalam gelap..
Hhhaha..pening iols

mata dia dah kurang alert kot tu hehe

brightness tu dia buat cerah gila kalau buat
semua activity dalam handphone ke? atau memang gitu aje
24 jam?  pergh pecah bateri hehe

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 24-5-2020 04:12 AM
mata dia dah kurang alert kot tu hehe

brightness tu dia buat cerah gila kalau buat

24 jam mod..
Hahaa
Pening iols
Bila adjust dah kurangkan..
Kang terang balik
Hahahaha..adoi la..sakit kepala
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq TT. Good sharing. Iols terus gi setting running apps and stopkan mana yang tak penting
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2020 12:14 AM | Show all posts
nefnefnef replied at 24-5-2020 08:40 PM
Tq TT. Good sharing. Iols terus gi setting running apps and stopkan mana yang tak penting

sama hehe..kalau guna ios.kena stopkan background auto refresh apps tak berguna
selain dia makan bateri, guna internet quota juga tu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 10:27 PM | Show all posts
Pakai   Xiaomi  MI A2    update   Android  10...   boleh tgk   kuat makan   battery   .....
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 12:30 PM | Show all posts
thanks atas info yang diberi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2020 06:24 PM | Show all posts
biskutbulat replied at 16-7-2020 12:30 PM
thanks atas info yang diberi

aha hehe.bateri handphone ada jangka hayat dia.memang kena ganti selalu
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2020 11:30 AM | Show all posts
trunks replied at 16-7-2020 05:24 PM
aha hehe.bateri handphone ada jangka hayat dia.memang kena ganti selalu

Guna hp   dlm 2 tahun   boleh  tgk  battery   tu...   normal  or  cepat  abis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2020 11:43 AM | Show all posts
hari ni baru nampak thread ni..
tq for sharing, tt..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2020 12:15 PM | Show all posts
Kalau selalu bukak internet utk hotspot,sambil bukak lagu kat hp yg same blh jd jugak ke bateri cpt rosak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.105208 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list