View: 5603|Reply: 34
|
[Tempatan]
Tergamam polis periksa rumah
[Copy link]
|
|
KANGAR: Polis hari ini mula melakukan pemeriksaan mengejut dari rumah ke rumah di sekitar daerah ini bagi memastikan tiada individu yang pulang ke kampung halaman dengan menggunakan jalan tikus.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, berkata sebanyak 25 buah rumah diperiksa pihaknya sejak jam 8 pagi hingga jam 2 petang tadi.
Katanya, rata-rata penduduk terkejut apabila melihat kehadiran beberapa pegawai dan anggota mengunjungi beberapa buah rumah bagi menjalani pemeriksaan selepas dilihat berpotensi untuk melanggar syarat dan prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan.
"Pemeriksaan mengejut ini akan diteruskan sepanjang hari raya, bagi memastikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terus dipatuhi.
"Setakat ini tiada notis kompaun yang dikeluarkan namun kita menasihati orang ramai untuk tidak memandang ringan perintah yang dikeluarkan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, tinjauan BH bersama pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar mendapati jumlah kenderaan di beberapa kawasan setempat seakan bertambah dari jumlah kebiasaannya.
Selain itu, pemeriksaan mengejut turut dilakukan di beberapa pasar tumpuan yang dikunjungi penduduk bagi membeli persiapan menyambut Aidilfitri esok.
Keadaan sedikit sesak, namun terkawal berikutan kehadiran anggota polis yang mengawal penjarakan sosial.
Bagaimanapun, hasil tinjauan di beberapa pintu masuk ke negeri ini mendapati jalan raya lengang selain tidak banyak jumlah kereta yang dilihat masuk ke negeri ini. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bertambah tambah kerja polis sejak ada covid ni |
|
|
|
|
|
|
|
Agaknya mana rumah yg kereta byk pastu ada pulak kereta yg plet negeri lain polis pegi check la kot |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dua2 kete plat kl.. Duk jb.. Jgn la deme dtg.. X de org luar pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tambah 1 lagi kerja polis. Puak2 degil ni menggelupur nak balik kg, macam ler tak balik kg tak boleh raya tapi frontliners pulak kena kerja masa hari raya. |
|
|
|
|
|
|
|
Makin bertambah kejer polis. Jgn lupa hidang ketupat rendang pulak kat dorang masa buat pemeriksaan tu Nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau takat 2 motor, 2 kete diorang xcek kot
Tu jumlah kenderaan yg common kat setiap rumah
Kalau sampai 4, 5 kete, haruslah |
|
|
|
|
|
|
|
rasuah ke ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Komited betul malaysia ni. Syabaazzz |
|
|
|
|
|
|
|
Jitu replied at 24-5-2020 12:30 AM
rasuah ke ni
Haha Bukan Rasuah. Kesian waktu raya kena keje kan. Jamulah makanan sikit |
|
|
|
|
|
|
|
sukacactus replied at 23-5-2020 11:54 PM
Kalau takat 2 motor, 2 kete diorang xcek kot
Tu jumlah kenderaan yg common kat setiap rumah
Kalau ...
Tak jugak. Kalau parents yg jenis tinggal berdua je kat kg tu, mungkin ada sebijik kereta dan motor je. Ada jugak yg takde kereta langsung. So, kalau yg jenis parents takde kereta langsung, kalau setakat sorang atau 2 anak je yg terlepas balik ikut jalan tikus (dua2 pulak kereta no plat negeri asal), boleh terlepas ler kalau polis tak chek. |
|
|
|
|
|
|
|
Harini 2x polis ronda depan rumah..Then malam tadi iols drive nampak polis buat spotcheck kt 1 rumah ni. Mmg kemain meriah rumah tu. Dari smlm lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Diharap kepada semua keluarga dapat mematuhi arahan sebagaimana yang diarahkan oleh kerajaan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku |
|
|
|
|
|
|
|
harap serbu skali rumah stok2 mahligai vvip
jgn nak serbu marhaen je
|
|
|
|
|
|
|
|
Covid19 replied at 23-5-2020 09:39 PM
Bertambah tambah kerja polis sejak ada covid ni
Elaun derang pun bertambah 600. Daoat bonos lagik. So kena lah keja lebih. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah macam Korut pulok |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 24-5-2020 03:05 AM
harap serbu skali rumah stok2 mahligai vvip
jgn nak serbu marhaen je
Kalu VIP PN akan dapat.diskaun cam anak Jahid komidi diskon 20% |
|
|
|
|
|
|
|
Malam tadi bebudak area taman ni main mercun. Sekali hambikkk polis round, tak cukup tanah nak lari |
|
|
|
|
|
|
|
sh00 replied at 24-5-2020 01:32 AM
Harini 2x polis ronda depan rumah..Then malam tadi iols drive nampak polis buat spotcheck kt 1 rumah ...
Umah iols before this pun mmg polis sentiasa ronda...balai ni rajin...rs dah bomeh cam dah selalunya rumah ni baper bj kete... |
|
|
|
|
|
|
| |
|