KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan RTM menerbitkan rakaman takbir Aidilfitri pemimpin kerajaan dan pegawai kanan yang diketuai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Rakaman takbir berdurasi 4 minit 50 saat itu menyaksikan Perdana Menteri bersama-sama anggota jemaah menteri duduk dalam keadaan berjarak bagi mematuhi peraturan penjarakan sosial.
Selain anggota Kabinet, takbir raya itu turut disertai ketua dan wakil agensi barisan hadapan.
Antara yang kelihatan termasuk Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali; Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah; Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador; Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud.
Post time 23-5-2020 09:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Mmg rasa sejuk sikit hati tgk pm yg x cari gaduh..harap2 berterusan begini ya pm dan moga diberi kekuatan dan ketabahan menggalas tugas pm dgn cemerlang...kalau ikhlas memimpin..in shaa Allah pasti akan dibantu
Aku punya terkejut tgk PM bertakbir. Pertama sebab aku tau dia dlm kuarantin, rupanya rakaman. Lega hati. Kedua, pertama kali aku tgk pemimpin negara kita mengetuai takbir. Klu ada sebelum ni aku tak perasan tp rasanya blm ada. Syukur Alhamdulilah ada juga akhirnya pemimpin yg menunjukkan ciri ciri keislamannya. Terlalu moden dan kebaratan sangat pun tak sesuai utk negara kita yg majoriti Islam.