Edited by trunks at 24-5-2020 04:48 AM
Segala apa yang berada di atas muka bumi ini memiliki kelebihan dan kekurangannya masing-masing. Sistem operasi seperti Windows 10 yang terkini diperkenalkan oleh Microsoft pun tidak dapat lari dari hakikat ini.
Windows merupakan sistem operasi komputer paling popular di dunia yang dihasilkan oleh Microsoft. Berdasarkan laporan terkini, angka bilangan pengguna Windows 10 kini sudah mencecah lebih dari 800 juta pengguna. Hal sebegini bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan sistem operasi ini telah pun ‘disogokkan’ oleh Microsoft sejak pengenalannya Julai 2015 yang lalu kepada pengguna-pengguna Windows 7 dan Windows 8.
Oleh kerana ianya kini digunakan oleh lebih dari 800 juta pengguna di seluruh dunia, pastinya ia memiliki ciri-ciri kelebihannya yang tersendiri. Antaranya:
Kelebihan Sistem Operasi Windows 10Waktu boot yang lebih singkat
Tidak dinafikan, waktu yang diambil untuk menghidupkan komputer Windows 10 adalah lebih pantas berbanding sistem operasi Windows versi yang terdahulu sungguhpun menggunakan pemacu tradisional. Cara Windows 10 memuatkan sistem-sistemnya jauh lebih cekap dan melalui penggunaan pemacu keadaan pepejal (solid state drive), anda tidak lagi perlu menunggu lama untuk mula menggunakan komputer anda.
Antaramuka yang lebih moden dan mesra penggunaAntaramuka Windows 10 secara ringkasnya adalah ‘jalan tengah’ di antara Windows 7 dan Windows 8. Ia menggabungkan ciri rekaan moden pada Windows 8 dengan paparan mesra pengguna Windows 7. Seterusnya mempermudahkan proses transisi pengguna-pengguna dari Windows 7 atau Windows 8.
Ciri keselamatan yang telah dipertingkatkan
Kekerapan menerima kemaskini serta Windows Defender yang kini telah dipertingkatkan mutunya menjadikan pertahanan Windows 10 adalah antara yang terampuh dikalangan sistem operasi. Hal ini jauh berbeza ketika era Windows XP yang mana pengguna kerap kali dilaporkan mengalami pelbagai ancaman-ancaman siber.
Lebih sesuai untuk permainan komputer
Dari sudut permainan komputer, Windows 10 turut dilengkapkan dengan DirectX 12. Justeru membolehkan sesebuah komputer berkenaan mampu menyediakan kadar bingkai yang lebih tinggi untuk permainan-permainan komputer yang lebih terkini. Bagaimanapun, di dunia ini tiada apa yang sempurna kerana setiap sesuatu itu pasti memiliki kekurangannya. Windows 10 juga tidak terkecuali dalam hal ini.
Kekurangan Sistem Operasi Windows 10Kemaskini automatik secara paksaan
Perkara yang paling menjengkelkan pada Windows 10 adalah fungsi kemaskini automatiknya yang kadangkala menyebabkan sesebuah komputer ‘restart’ secara tiba-tiba. Tiada siapa yang suka dipaksa untuk melakukan sesuatu, namun Microsoft kelihatan tidak mempedulikan tentang hal ini pada kemaskini Windows 10. Microsoft hanya akan memperkenalkan ciri kawalan pengguna terhadap fungsi kemaskini pada kemaskininya yang akan datang, iaitu May 2019 Update. Itupun, pengguna hanya dibenarkan untuk menangguhkan pemasangan kemaskini sehingga 35 hari sahaja. Punca mengapa kemaskini ini dipaksakan adalah kerana faktor keselamatan. Malware seperti WannaCry menjadi mudah merebak adalah disebabkan oleh sistem-sistem operasi sesebuah komputer yang tidak dikemaskini. Kemaskini sebenarnya amat penting untuk keselamatan sesebuah komputer dan niat Microsoft berkenaan sebenarnya tidak ada salah pun sebenarnya. Masalahnya sekarang ini adalah cara kemaskini berkenaan disampaikan kepada pengguna itu yang menjadi kenapa sesetengah pengguna tidak menggemarinya.
Fungsi carian yang tidak konsisten
Mencari aplikasi atau sesuatu fail melalui kotak carian pada Start Menu kadangkala tidak menunjukkan hasil carian yang memuaskan. Kadang-kadang apa yang dicari langsung tidak ditunjukkan sungguhpun aplikasi atau fail berkenaan sememangnya wujud di dalam komputer berkenaan. Fungsi ini mungkin perlu diberi lebih perhatian oleh pihak Microsoft di dalam kemaskini akan datang. Pengguna tentunya lebih mudah mendapatkan sesuatu aplikasi atau fail-fail terus melalui fungsi kotak carian tanpa perlu menyelongkar folder-folder di dalamnya.
Aplikasi Perisian Remeh (Bloatware) dan Tajaan (Sponsored)
Aplikasi perisian remeh atau bloatware pada kebiasaannya sering didapati pada telefon-telefon pintar Android bajet. Kini, Microsoft nampaknya cuba melakukan perkara yang sama pada Windows 10. Misalnya memasang permainan-permainan kasual seperti Candy Crush diluar pengetahuan penggunanya. Menyahpasangnya mungkin dapat menyelesaikan masalah ini untuk jangka masa singkat. Namun, sesetengah pengguna mendapati beberapa aplikasi perisian remeh dipasang sendirinya selepas Windows 10 membuat kemaskini besar (major).
Isu privasi dan pengintipan
Berdasarkan Perjanjian Privasi dan Servis semasa pemasangan Windows 10 dijalankan, Microsoft menyatakan akan mendapatkan maklumat peribadi pengguna secara mendalam, untuk memaparkan iklan paling sesuai kepada pengguna. Bagaimanapun, terdapat kebimbangan di kalangan pengguna bahawa data ini akan disalahgunakan oleh pihak ketiga.
Masalah Registry
Registry di dalam Windows 10 kadangkala menjadi punca kenapa kadangkala komputer anda menghasilkan pepijat-pepijat yang diluar jangkaan anda. Salah satu puncanya adalah aplikasi-aplikasi yang sudah dinyahpasang masih lagi memenuhi ruang registry dan menambahkan entri.
Folder Pemasangan
Folder $USER Windows sememangnya diketahui ruangan yang serabut dengan segala macam fail pemasangan di dalamnya. Namun, di dalam Windows keadaan adalah lebih serabut. Sesetengah aplikasi menggunakan folder berkenaan seperti ‘tapak pelupusan sampah awam’ dan terus kekal di dalamnya hinggakan pengguna tidak boleh memadamkannya tanpa menimbulkan masalah. Tambahan pula Windows tidak menetapkan hirarki menyebabkan pembangun-pembangun membina aplikasi tanpa keseragaman dengan aplikasi lain.
Bagaimanapun, aplikasi-aplikasi UWP (Universal Windows Platform) dari Windows Store tidak mempunyai masalah seperti ini. Salah satu tujuan UWP diwujudkan juga adalah bagi mengatasi masalah ini. Cuma, masalahnya tidak banyak aplikasi-aplikasi arus perdana desktop yang dibina menggunakan platform ini. Menyahpasang sesuatu aplikasi Win32 atau .NET juga kadangkala menimbulkan beberapa masalah yang diluar jangka. Sesetengah aplikasi yang tidak berkaitan bergantung pada fail yang dipasang oleh aplikasi lain yang tidak ada kena mengena dengannya. Hal ini menyebabkan sesetengah masalah sukar dikenalpasti dan menyukarkan kerja-kerja pembaikan sistem komputer.
Kesimpulan
Sebagaimana syarikat-syarikat lain, keutamaan Microsoft adalah menerima maklumbalas dari penggunanya. Jika penerimaan maklumbalas gagal atau sukar diterima, pastinya ia memberi kesan jangka panjang terhadap pembangunan Microsoft. Bagi pengguna biasa seperti kita, pastinya kita menerima baik terhadap sebarang penambahbaikan yang disediakan untuk kemudahan pengguna
sumber
Inilah Berbagai Kelebihan dan Kekurangan Windows 10
Windows adalah sistem operasi yang paling banyak digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia. Sistem operasi besutan Microsoft ini selalu menghadirkan upgrade versi terbaru untuk memuaskan penggunanya. Sistem operasi yang paling mutakhir adalah Windows 10. Akan tetapi, masih banyak ragu untuk menginstall sistem operasi ini. Mengapa?
Banyak orang yang enggan untuk mengupgrade Windows 7 atau 8 ke Windows 10 karena berbagai macam alasan. Salah satunya adalah publik mempertanyakan mengapa Microsoft langsung meluncurkan Windows 10, dan bukannya Windows 9? Microsoft menuturkan bahwa Windows 10 adalah platform yang komprehensif sehingga kurang cocok jika dinamakan Windows 9.
Kegagalan Windows 8 juga menjadi salah satu penyebabnya, di mana Windows 8 dianggap lebih berat dan lebih rumit dibandingkan Windows 7. Selain itu, tidak semua aplikasi dan game juga akan langsung kompatibel dengan sistem operasi terbaru ini.
Nah, bagi Anda yang berencana untuk upgrade ke Windows 10, namun masih belum yakin, kali ini Carisinyal akan mengulas berbagai kelebihan dan kekurangan Windows 10 tersebut. Dengan mengetahui kelebihan dan kekurangannya, maka Anda dapat mempertimbangkan untuk menginstall-nya atau tidak.
Kelebihan Windows 10
Microsoft tampaknya ingin segera menebus kesalahan yang mereka buat di Windows 8. Beberapa fitur dari Windows 7 kembali dihadirkan di Windows 10 dengan tetap membawa tampilan khas Windows 8. Nah berikut adalah berbagai kelebihan yang bisa Anda temukan di Windows 10:
- Kompatibel Di Semua Perangkat
Windows 10 tidak hanya kompatibel di komputer, notebook, dan netbook saja. Akan tetapi, sistem operasi terbaru ini juga bisa berjalan di smartphone atau tablet tertentu. Ini adalah terobosan baru dari Windows. Jadi, penggemar Windows tetap bisa mengandalkan sistem operasi ini di smartphone atau tablet yang mereka miliki.
- Dilengkapi dengan Teknologi Virtual Dekstop
Ini adalah salah satu keunggulan dari Windows 10, karena teknologi yang satu ini belum dijumpai di sistem operasi lain. Virtual Dekstop adalah teknologi yang memampukan Anda untuk membuat beberapa dekstop dengan tema dan tujuan yang berbeda. Lantas, apa keistimewaan yang bisa kita peroleh dari teknologi ini? Anda dapat berpindah desktop dengan cepat dan mudah. Di samping itu, teknologi ini juga memudahkan Anda untuk mencari file dengan sangat cepat dan akurat.
Hingga saat ini keluhan seputar tombol start menu yang kurang efisien di Windows 8 masih santer terdengar. Banyak pengguna Windows 7 yang mengeluh karena Start Menu di Windows 8 sangat berbeda dengan versi pendahulunya.
Menanggapi keluhan dari penggunanya, Microsoft membesut tombol Start Menu pada Windows 10 menjadi lebih dinamis dan efisien. Sekilas tampilan Start Menu di Windows 10 nampak seperti kombinasi dari 2 versi sebelumnya, yakni Windows 7 dan 8. Yang paling penting, Start Menu di Windows 10 ini sangat mudah digunakan.
- Tampilan Beberapa Aplikasi Dalam Satu Layar
Jika sebelumnya, Anda harus menutup satu aplikasi modern yang sedang dijalankan apabila Anda ingin membuka aplikasi modern lainnya, dengan Windows 10 Anda tidak perlu melakukan hal tersebut. Sistem operasi ini memungkinkan Anda untuk membuka beberapa aplikasi dalam satu layar tanpa perlu menutup aplikasi sebelumnya. Jadi, Anda dapat memantau semua aplikasi secara lebih cepat dan optimal.
- Penambahan Aplikasi Command
Satu lagi keunggulan dari Windows 10 adalah aplikasi command (perintah) yang sangat bermanfaat. Dengan aplikasi ini, Anda bisa melakukan interaksi dengan komputer. Melalui apliksai command, Anda juga dapat menyelesaikan masalah pada komputer, seperti ketika grafik user interface terserang virus. Aplikasi command dirancang bagi Anda yang ingin menjelajahi komputer secara online maupun offline.
Kekurangan Windows 10
Tak ada gading yang tak retak. Meskipun menawarkan berbagai macam kelebihan, namun tetap saja ada kekurangan yang dikeluhkan oleh penggunanya. Nah, berikut adalah berbagai kekurangan yang banyak dikeluhkan di Windows 10:
Setiap orang tentu menginginkan sebuah sistem operasi yang mudah digunakan. Akan tetapi, hal tersebut belum bisa Anda temukan di Windows 10.
---------------------------
buat masa ini dari dulu hingga kini,saya masih kekal dengan windwos
dah try linux dulu2 la,macam masuk dunia asing gitu, hehe
Mac os? agak sedap, cuma dah try,masih tak boleh nak masuk
system dia takla sucks,tapi,nanti dulula,akan datang try lagi hehe
|