CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11384|Reply: 184

[Tempatan] Warga emas, 86 tahun positif Covid-19, Kluang jadi zon kuning. Semua 42 kontak r

  [Copy link]
Post time 24-5-2020 02:35 PM | Show all posts |Read mode
Warga emas positif Covid-19, Kluang zon kuning


WARGA emas berusia 86 tahun disahkan dijangkiti Covid-19 di Kluang semalam menjadikan daerah berkenaan dikategorikan berada dalam zon kuning.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R Vidyananthan berkata, kes jangkitan Covid-19 yang terakhir di mukim Kluang dilaporkan pada 2 April lalu.

Menurutnya, lelaki berkenaan pada mulanya dimasukkan ke hospital selepas terbabit dalam kemalangan motosikal ditunggangnya.

"Bagaimanapun, memandangkan warga emas itu mempunyai gejala demam dan batuk, ujian saringan rutin Covid-19 dijalankan sebelum dia disahkan positif.

"Seramai 42 senarai kontak warga emas berkenaan sudah dikenal pasti dan diberikan perintah kuarantin selama 14 hari.

"Kesemua sampel ujian swab daripada kontak terbabit sudah diambil dan masih menunggu keputusan makmal.

"Dengan laporan kes itu, ia menjadikan mukim Kluang sebagai zon kuning," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Vidyananthan berkata, masyarakat di Kluang dan negeri ini diharap sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 yang ditetapkan.

"Elakkan berada di kawasan 3S iaitu kawasan sesak, sempit dan sembang rapat.

"Orang ramai juga disaran sentiasa mengamalkan penjarakan sosial dan kebersihan diri khususnya pada musim perayaan ini," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri melaporkan seramai 2,779 individu sedang dikuarantin di 57 stesen kuarantin yang diwartakan di seluruh negeri terbabit.

"Daripada jumlah keseluruhan terbabit, seramai 2,771 individu dalam pemerhatian (PUS), manakala lapan lagi individu merupakan Pesakit Dalam Siasatan (PUI).

"Kebanyakan individu yang dikuarantin adalah rakyat Malaysia yang pulang dari Singapura," katanya.


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Mei 2020 @ 2:06 PM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2020 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Adeh. Semoga atuk diberikan kesembuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Hardp cepat sembuh.....

Umor 86thn tu....
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian nye. Dari mana lah terjangkit tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 03:38 PM | Show all posts
Makin banyak pula kawasan yang bertukar warna semula.  3-4 hari lepas ni pun mugkin akan banyak lagi memandangkan ramai yang masih berdegil dan nak beraya macam biasa juga.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2020 04:09 PM | Show all posts
amyza replied at 24-5-2020 03:36 PM
Kesian nye. Dari mana lah terjangkit tu.

Ada member orang Kluang ckp, pakcik ni dpt jangkitan dr anak yg balik kampung utk raya. So kita tunggulah story pakcik ni nanti
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Peterpan17 replied at 24-5-2020 04:09 PM
Ada member orang Kluang ckp, pakcik ni dpt jangkitan dr anak yg balik kampung utk raya. So kita tu ...

Kluster raya lah pulak. Degil betul lah, sibuk nak balik beraya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2020 04:15 PM | Show all posts
amyza replied at 24-5-2020 04:11 PM
Kluster raya lah pulak. Degil betul lah, sibuk nak balik beraya.

Sibuk nak balik raya, ujung ujung raya kat wad covid. Rasakan korang
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahu pakcik.. Semoga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg.ramai balik raya
Kunjung mengunjung ziarah me ziarah
Taman iols ni berapa.kali polis dok round..
Perhati mana kete banyak depan rumah atau selipar kasut banyak depan pintu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 24-5-2020 11:18 AM
Mmg.ramai balik raya
Kunjung mengunjung ziarah me ziarah
Taman iols ni berapa.kali polis dok round ...

1 kerja Polis nak mengira kereta dan selipar huhu. Susah sgt betul nak ikut SOP agaknyaa depa ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 07:28 PM | Show all posts
walaupun umah my mum hanya sejarak 10 km,setanah dan sedaerah,ziarah kejap. 20 minit saja kat umah mak. mak tahan jgn balik lagi,tapi memandangkan ada SOP,patuhla jugak. kesian gak,tapi mak pulak dah umur 70,ada darah tinggi. stay pun x lama. pastu balik
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Peterpan17 replied at 24-5-2020 04:09 PM
Ada member orang Kluang ckp, pakcik ni dpt jangkitan dr anak yg balik kampung utk raya. So kita tu ...

Ank dia duk mana?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai yg x patuh pun sop
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
sh00 replied at 24-5-2020 07:24 PM
1 kerja Polis nak mengira kereta dan selipar huhu. Susah sgt betul nak ikut SOP agaknyaa depa ni

Itu lah
Iols perhati aje..hahahahaha
Suka benor dpt beraya kot..
Iols.dok makan kuah kacang dgn nasi impit je ni...hahaha..
Satay xde plak..hahaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2020 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari ni punya kes baru 60 tapi tak tau kot ramai kes dari bukan warganegara ke tak... Yg pulih 33 je
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmng sah la kan kontak luar yg bagi jangkitan kat pacik ni..mungkin anak atau sedara terdekat
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
haritu kau2 kutuk kelante..elohim cashkan 3 negeri suruntak
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
harap warga forum x bias...negeri lain yg buat salah, korg jgn pejam mata plak..kan x psal2 ku sontot montot masing2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.097937 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list