CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4287|Reply: 73

[Tempatan] Perutusan Hari Raya : Kerajaan gagal tangani Covid dengan baik menyebabkan rakya

[Copy link]
Post time 25-5-2020 08:33 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Knights at 25-5-2020 08:44 AM

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/248128

CoV-19 Menunjukkan Kelemahan Pentadbiran Negara – Perutusan Anwar Ibrahim



KETIKA bulan puasa berakhir, pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim bangkitkan kemelut yang dihadapi negara kerana kegagalan pemimpin.

Tanpa menamakan mana-mana pihak, Anwar mengatakan wabak Covid-19 menunjukkan kelemahan dalam pentadbiran kerajaan.

“Ramadan di kala Covid-19 ini telah memaksa kita untuk mendepani kegagalan kita di masa lalu yang telah sekian lama kita ambil mudah.” katanya dalam hantaran video yang disiarkan dalam talian malam ini.

Bersamanya dalam video itu adalah isteri beliau, bekas timbalan perdana menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


Anwar menunjukkan kegagalan dalam dasar ekonomi, yang menurutnya terus melebarkan jurang antara yang kaya dan yang miskin, sambil menambah bahawa “kegagalan” ini tidak terbatas pada pemerintah atau pemimpin, tetapi juga dalam dunia akademik dan pendidikan.

“Kita tidak hiraukan yang miskin, pelarian, mahupun yang sakit. Semua kecurangan ini adalah berpaksi kepada keangkuhan kita dan kegagalan kita kepada kemanusiaan, dan upaya kita dalam mempertonjolkan rahmah dan sikap belas.

“Kita tidak hiraukan yang miskin, pelarian, mahupun yang sakit. Semua kecurangan ini adalah berpaksi kepada keangkuhan kita dan kegagalan kita kepada kemanusiaan, dan upaya kita dalam mempertonjolkan rahmah dan sikap belas.

“kita akan mempertimbang semula komitmen kita kepada kebebasan, keadilan dan sikap belas. “

Anwar juga mengucapkan terima kasih kepada pekerja kesihatan yang berada di barisan hadapan dalam memerangi wabak Covid-19.

“Dari para perawat hingga kepada pelayan-pelayan restoran, kedai-kedai runcit dan segala bidang lain yang terpenting, kami sangat terhutang budi pada kalian kerana terus merangkul masyarakat dalam mendepani kemelut ini.”







Covid-19: Kerajaan PN gagal persiapkan rakyat hadapi Syawal

Kenyataan Media Bersama Nor Miswary Ramli (Timbalan Pengerusi DAP cawangan USJ, Subang Jaya) dan Iskandar Fareez (Mantan Ahli Jawatankuasa DAPSY Kebangsaan) pada Jumaat 22 Mei 2020.



Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam telah memutuskan untuk tidak membenarkan sama sekali pergerakan merentas negeri. Keputusan ini dicapai setelah 2,539 buah kenderaan diarahkan berpatah balik selepas cuba untuk merentas negeri seperti yang dilaporkan semalam.

Walaupun jumlah ini berkurangan berbanding 3,212 buah kenderaan yang direkodkan pada hari Rabu yang lepas, namun trend ini memperlihatkan kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) membuat perancangan dan persediaan awal apabila mengumumkan kebenaran untuk merentas negeri menjelang Aidlifitri ini.

Malah jumlah 1,300 orang yang memohon kebenaran polis untuk pulang ke kampung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Pahang seperti yang dilaporkan semalam juga memberi isyarat bahawa rakyat masih mahu mencuba nasib kerana mendapati perlaksanaan arahan Kerajaan ini mempunyai lompong di sana-sini.

Kami percaya keadaan ini berlaku akibat kawalan saat akhir yang diambil Kerajaan hanya setelah mendapati rakyat berpusu-pusu cuba balik ke kampung selepas perintah kawalan pergerakan (PKP) dilonggarkan. Kerajaan seharusnya membuat larangan merentas negeri secara sepenuhnya lebih awal atau semasa Perdana Menteri mengumumkan lanjutan PKPB tempoh hari.

Kepincangan dalam mengeluarkan arahan kebenaran merentas negeri berkemungkinan akan mewujudkan lebih banyak kluster baharu akibat mereka yang hadir beramai-ramai ke balai polis berhampiran kediaman masing-masing untuk memohon kebenaran merentas negeri.

Perlu diingatkan, sikap kerajaan PN yang kerap kali mengeluarkan arahan separuh masak dan tidak mempunyai perancangan yang teratur pernah menyebabkan rakyat berpusu-pusu beratur di balai polis, berlakunya kesesakan di tol dan di lebuhraya serta kenaikan harga barang yang tidak terkawal sehingga terpaksa membuat pengumuman saat akhir senarai tambahan 19 barang kawalan pada musim perayaan yang hanya dibuat dua hari menjelang Aidilfitri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2020 08:40 AM | Show all posts
Apa kau mengarut pagi2 buta ni syaitonnnn
Nak jugak kasi perutusan tu .. ya tohannnn

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2020 08:44 AM | Show all posts
Pn telah terbukti gagal menyebabkan rakyat tidak dapat berhari raya dengan meriah pada tahun ini

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Jadinya apa lagi cara nak tangani nya?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nama Anwar Ibrahim hamjad + ular tedung selar ni.. Dengar boleh percaya jangan.

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 09:16 AM | Show all posts
PH sendiri punya punca...
lagi mau menyalak macam anjing.....


puiiiiiiiii......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2020 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
yawwnnnn. haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2020 09:35 AM | Show all posts
Oh, nk kene buka semua laluan darat and udara ntuk semua pelancong masuk kot macam PH dulu baru TT nk rase berjaya.
Or nk negara kite on top paling banyak kes?
BTW, AA tu sape nk buat perutusan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Knights replied at 25-5-2020 08:44 AM
Pn telah terbukti gagal menyebabkan rakyat tidak dapat berhari raya dengan meriah pada tahun ini


Adeh, logik ko ni x ada logika btol
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada je pak cik yg aku jumpa ni tersenyum riang sbb anak cucu dia tak balik raya tahun ni..siap masak hidangn yg lagi special dari tahun2 sblm..haha ada ramai jer yg suka raya dlm suasana PKPB ni..ntah2 lagi seronok sbb tak banyak drama, duit pun tak abis.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
sawks_rawks replied at 25-5-2020 09:15 AM
Jadinya apa lagi cara nak tangani nya?

Kenapa tak ikut cara China ??  Tutup 3 bulan dan geledah semua lokasinya yg berisiko . Ini tidak atas sebab ekonomi digunakan .
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia antara yg terbaik tangani covid 19.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Terbaiklah knights kipidap kipemkaming yeehaa..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Syukur beraya dengan gomen baru

Ade kelemahan,tapi x lah selemah ph
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 10:25 AM | Show all posts
sakurahati replied at 25-5-2020 09:42 AM
Ada je pak cik yg aku jumpa ni tersenyum riang sbb anak cucu dia tak balik raya tahun ni..siap masak ...

Aku salah sorang. Rasa bersalah pulak rasa mcm tu, tapi balik kpg memang penat. And guna byk duit. Baik balik kpg waktu tak peak and takde komitmen nak ziarah sana sini. Bolehla spend quality time dgn family betul2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2020 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa mamat ni nk buat perutusan hr raya?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
1st time aku beraya kt kl meriah wehhh
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
supermum replied at 25-5-2020 10:25 AM
Aku salah sorang. Rasa bersalah pulak rasa mcm tu, tapi balik kpg memang penat. And guna byk duit. ...

Waktu2 lain x de nya nak ziarah menziarahi..berkurung je la dlm umah kan
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by FanTasyCreaTioN at 26-5-2020 04:56 AM

Raykat dgn rakya je yg rasa gagal.. rakyat ok je..


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.597610 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list