Sempena kedatangan syawal yang mulia ini beberapa pimpinan DAP telah mengambil insentif tersendiri untuk memeriahkan lagi sambutan syawal ketika MCO ini.
Sebagai contoh LGE telah berkongsi video call beliau untuk rakan rakan pimpinan PH yang menyambut hari raya seperti DSAI, Tun M, Shafie Apdal dan Abang Mat.
Pimpinan DAP juga memeriahkan lagi hari raya PKP ini dengan membuat video mengucapkan selamat hari raya kepada semua rakyat malaysia.
Hari raya kali ini turut disertakan dengan nyanyian lagu traditional oleh pimpinan DAP.
Terdapat juga pimpinan DAP yang memeriahkan aidil fitri kali ini dengan deklarasi puisi.
Walaupun ketika PKP tanpa rumah terbuka dan sebagainya. Terbukti hari raya kali ini lebih meriah dan diraikan bersama oleh berbagai bangsa dan agama sesuai dengan slogan Malaysia Truly Asia.
Author|Post time 25-5-2020 01:17 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Panggilan video Lim kepada pemimpin pembangkang di 1 Syawal
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sempat menghubungi para pemimpin pembangkang di hari raya pertama semalam, bagi menyatakan ucapan selamat hari raya di samping menyuarakan komitmen untuk terus "melawan Covid-19 dan kemungkaran".
Lim membuat panggilan video kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim, Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Presiden Warisan Shafie Apdal dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, yang dimuat naik di Facebook semalam.
"Hari ini 1 Syawal, saya kena panggil kawan-kawan untuk ucap hari raya," katanya di awal video tersebut.
Dalam perbualannya dengan Anwar, Lim berkata: "Selamat hari raya. Kita sama-sama lawan Covid-19, lawan kemungkaran."
"Terima kasih, Ini semangat Aidilfitri dan (saya) juga hormat dengan persahabatan dan kesetiaan saudara," balas Anwar, yang kini menjadi pengerusi PH.
Ucapan sama disampaikan kepada Mahathir, sambil menyuarakan harapan agar bekas perdana menteri itu dan keluarga sentiasa dalam keadaan sihat.
Mahathir pula menceritakan bagaimana beliau hanya menerima kunjungan keluarganya, yang malah datang pada waktu berbeza, bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk hari raya kali ini.
"Saya berada di rumah sepanjang hari...Baik untuk anda telefon dan ucap selamat hari raya, saya harap dapat melihat masa depan yang lebih baik selepas raya ini," kata bekas perdana menteri.
Di peringkat awal pertukaran kerajaan, kedudukan Mahathir dalam pembangkang belum jelas susulan keluarnya Bersatu daripada PH.
Bagaimanapun beliau dan empat lagi anggota Parlimen Bersatu duduk di kerusi bebas ketika sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.
Menurut pemimpin parti itu Marzuki Yahya, ini kerana walaupun mereka menyokong PH tetapi mereka tidak lagi berada dalam gabungan itu.
Dalam panggilan video kepada Mohamad Sabu pula, Lim mengenang kembali kalimah amar makruf nahi mungkar yang menurutnya diketahuinya menerusi bekas timbalan presiden PAS itu.
"Oi Mat, saya nak ucap kepada saudara selamat hari raya. Anda (masih) ingat selalu ajar saya amar maaruf nahi mungkar."
"Kita teruskan sampai bila-bila perjuangan menegakkan kebaikan dan menentang kemungkaran," balas Mohamad.
Pada 17 Mei lalu, PH dalam satu kenyataan bersama antara lain menegaskan akan meningkatkan usaha "mengembalikan mandat rakyat dengan keutamaan mengambil alih semula kerajaan."
Kenyataan itu dikeluarkan selepas mesyuarat pimpinan utama PH yang dipengerusikan Anwar, yang turut disertai Dr Mahathir dan Shafie.
Kira-kira seminggu sebelum itu, speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof menerima usul undi tidak percaya yang dikemukakan Mahathir terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Bagaimanapun sama ada ia akan dibentangkan di Dewan Rakyat, atau bila ia akan berlaku, masih belum diketahui.
Author|Post time 25-5-2020 01:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
sarah82 replied at 25-5-2020 01:16 PM
Tu org lain.. Aku tak. Ang ingat aku sama bodoh mcm org lain? Sekali aku buat silap.. Aku belajar ...
Hang dah tengok belum video panggilan spontan dari lge untuk rakan rakan tu? Ramai juga netizen yang teruja melihat keakraban abang mat dan lim guan eng.
Post time 25-5-2020 01:34 PMFrom the mobile phone|Show all posts
ResellerMaxis replied at 25-5-2020 01:27 PM
Tu tuduhan orang sahaja untuk memainkan sentimen agama n bangsa. Sebenarnya mereka dah cuba yang t ...
X denya sentimen2 nye..kalu betul2 ikhlas sjkc yg pertama hapus..tp apa yg buat? Pecah tnh sjkc baru...meronta2 nak icerd diluluskan? Idea baru? Jauh lg keji dr mca
2 2 pun sokong sjk sebab ianya baik untuk negara. pandai bahasa mandarin senang untuk service negara china, hong kong, taiwan, macau n seangkatan dengannya.
mereka boleh buka company di malaysia dan mudah untuk dapatkan pekerja yang boleh bertutur bahasa mereka.
pandai bahasa tamil pula senang untuk service negara yang bertutur bahasa tamil mcm india dan sri lanka.
pandai bahasa arab boleh serve negara negara timur tengah.
no harm untuk mempunyai sekolah pelbagai aliran ni.
mak bapak boleh decide sendiri nak antar anak ke sekolah mana.