CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5235|Reply: 65

[Tempatan] Jutawan Kelantan tak sudi bantu,KAFA minta kerajaan negeri tolong bayar gaji pem

[Copy link]
Post time 25-5-2020 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 25-5-2020 10:52 PM

Kafa perlu bantuan kerajaan negeri

Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my

SEGALANYA sudah dilakukan termasuk meminta pertolongan jutawan dan menubuhkan tabung untuk mengutip derma bagi membayar bekas pemain importnya, Casio Francisco De Jesus berjumlah RM629,620.28 yang sepatutnya diselesaikan sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Namun, segala perancangan terbabit setakat ini kurang mendapat sambutan apabila hanya mampu mengutip tidak sampai lima peratus daripada jumlah keseluruhan hutang berkenaan sekali gus Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) terpaksa menggunakan 'talian hayat' terakhir iaitu meminta belas ihsan kerajaan negeri.

Perkara terbabit disahkan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kafa, Ahmad Muzakkir Hamid apabila merayu kerajaan negeri membantu pasukan Kelantan FA menyelesaikan kemelut kewangan mereka yang semakin meruncing.

Beliau berkata, setakat ini tiada jalan lain untuk keluar daripada kemelut berkenaan apabila satu persatu dugaan melanda Kafa hingga tidak mampu lagi meneruskan saingan jika liga bersambung nanti.

"Kami merayu kerajaan negeri bantulah kami dalam kemelut kewangan yang meruncing ini, sayangilah Kelantan FA yang pernah menaikkan nama Kelantan sewaktu ketika dahulu.

"Kami perlukan sumber kewangan di masa pandemik Covid-19 yang mana tidak ada sumber pendapatan lagi, terbaru penaja utama After Image menarik diri oleh faktor aliran kewangannya.

"Kafa adalah milik rakyat, mereka juga turut bersedih nasib yang menimpa kami, ramai menderma namun jumlah terbabit masih lagi tidak mencukupi," katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum itu, nasib skuad Che Siti Wan Kembang bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga apabila bekas Pengarah Urusan Team Red Warriors Sdn Bhd (TRW), Datuk Wan Rakemi Wan Zahari meletak jawatan, Khamis lalu sekali gus menyaksikan After Image Sdn Bhd turut menarik diri.

Syarikat berkenaan adalah pemegang taruh terbesar dalam TRW iaitu sebanyak 80 peratus, manakala 20 peratus milik Kafa.

Pengunduran Wan Rakemi selaku individu penting terutama dari aspek kewangan TRW jelas memburukkan lagi situasi Kafa yang kini berdepan isu tunggakan gaji bekas pemain berjumlah jutaan ringgit.

Jika Kelantan masih lagi gagal membayar tuntutan terbabit menyebabkan masa depan bola sepak di negeri pantai timur itu daripada terkubur.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mei 2020 @ 9:00 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-5-2020 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Boomibulat at 25-5-2020 11:06 PM

Kesian Kasio..x meriah raya dia tahun ni..jgn2 dia dh berangan nak beli Merc jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
bubar jela team bola klate ni...x bawa untung satu ape pun
duit gaji sorg pun da beratus ribu...
time2 ekonomi meleset mcm ni ko assume org nk derma pada bnda mcm ni
byk jutawan klate ni founder kosmetik n org berniaga yg terkesan dgn covid.baik dorg slmtkn syarikat n pekerja dulu dr derma ke bnda yg x menyumbang satu ape pun
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 10:30 PM | Show all posts
Time x ada duit nilah kata KAFA utk rakyat... masa bnyak duit lupa diri
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar je team kltan ni berkubur....bhahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
eizarz replied at 25-5-2020 10:39 PM
Biar je team kltan ni berkubur....bhahaha

Semua negeri tengah bermasalah ni melainkan negeri yang jual tanah n negeri yg pasukan bola ditanggung oleh poket kerajaan negeri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2020 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by binipopeye at 25-5-2020 10:55 PM

cer minta lopak sponsor... katenyer dulu duit bertimbun nk sponsor buat sekolah pondok.. tp dh 5thn dulu laa ni smpi skrg no no news.. skrg sure kumpul byk interest mane tau rupanye rezeki team bola kelate di sponsor
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape la nk tlg sponsor kalau main bola pun bukn terer mana.
Silap persatuan sendiri.
Duit pun tk byk, ada hati nk hire pemain import.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2020 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahalnya gaji pemain bola..guna trmpatan sudahlah kalau tak mampu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 11:17 PM | Show all posts
Suh player buat akaun onlyfans
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
teringat zaman kegemilangan the red warriors...dgn..."kami juara treble".
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada duit ke kerajaan negeri?
Nak kena kecam?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2020 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 25-5-2020 11:35 PM
teringat zaman kegemilangan the red warriors...dgn..."kami juara treble".

Masa TRW kuat dulu berbondong2 dioramg turun bas kat Greenwood nk tgk final..tido kat masjid sekitar
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 11:57 PM | Show all posts
Biar pape asal bergaya...
Sibuk nak pki import kan? padahal coffer zero.
Padan lah muka.
La ni dah mintak sedekah dgn kerajaan negeri.
Untunglah la klu depa nak tolong.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa crita dato vida dan hotel 6 bintang 280 juta beliyau dkt2 stadium tu.. da siap blom
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Mintak istana lah bantu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2020 12:20 AM | Show all posts
Kej negeri tak sanggup spen juta2 utk ahli sukan. Sbb professional. Tak mcm sukan2 yg taraf amatur. Balik kpd kej juga. Kalau pro ni, bila dah jadi star pegi team lain kalau dpt offer. Lagipun sama je mcm kompeni lain, ada masalah takkan kej nak bail out.
Millionaire pun rasa tak bawak untung, org lain punya keja. Kita byr hutang, unless kalau slps tu buleh bagi untung. Mcm Konsortium jutawan2 kelantan, joint. Tak over semua aset dan liability. Take over team. Masukkan balik dlm liga M. Buleh bawak produk2 dan kompani2 konsortium ni utk team bola kelantan. Buat deal special the TM unifi, utk high coverage team kelantan. special rate utk iklan produk konsortium ni dlm unifi tv.
Maybe.
If not go back to basic. hantar team SUKMA je la main liga M3. Mcm Perlis.

"Kafa adalah milik rakyat, mereka juga turut bersedih nasib yang menimpa kami, ramai menderma namun jumlah terbabit masih lagi tidak mencukupi," katanya, ketika dihubungi Arena Metro.
dgn statement diatas ni. I rest my case.

Syarikat berkenaan adalah pemegang taruh terbesar dalam TRW iaitu sebanyak 80 peratus, manakala 20 peratus milik Kafa.
Berapa modal berbayar dia. 100k, 2juta atau just dlm kertas shj masa dia masuk. Byr 200 daftar kompeni.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.
staysafe#ynwa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Duit tak dak perasan nak bayar pemain mahal phuiii bodoh low class bangsa melayu ni... main pun tak de laa hebat sangat pun tak padan dengan gaji mahal phuiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 12:25 AM | Show all posts
Minta lah derma daripada seluruh rakyat malaysia!

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 12:26 AM | Show all posts
Kesian juga tidak dapat gaji, tapi apakan daya, nasi sudah menjadi bubur, semoga dipermudahkan segala urusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.082334 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list