CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3809|Reply: 0

Tahun baharu 2020: Ini 20 kereta yang bakal tiba ke Malaysia

[Copy link]
Post time 27-5-2020 03:33 AM | Show all posts |Read mode
Edited by trunks at 27-5-2020 03:33 AM

ita di penghujung tahun 2019 dan ia sememangnya tahun yang menarik dan mengujakan untuk industri automotif.
Selain dari kereta terbang yang mencetus kontroversi, pelbagai pendapat serta perkembangan yang kelakar, kita diserikan dengan kereta-kereta ‘biasa’ yang tidak kurang hebatnya.
Untuk pengeluar nasional, kita melihat prestasi jualan Proton X70 untuk tahun pertamanya, walaupun ia telah dilancar pada Disember 2018. X70 telah mengubah lanskap SUV segmen-C negara ini dan sedikit sebanyak mengubah persepsi pembeli terhadap Proton.
Perodua pula tidak banyak cakap, terus melancarkan SUV Aruz tidak lama kemudian, menandakan kembalinya jenama itu dalam segmen SUV.
Dengan harga dan pakej ditawarkan, tidak hairanlah Aruz menjadi kenderaan paling banyak dicari mengikut Google Year in Search 2019.
Bagi pengeluar asing pula, tidak kurang hebatnya dengan pelancaran produk-produk penting dan menarik.
BMW membawakan 3-Series G20 serba baharu, Porsche dengan generasi 911 serba baharu (992) dan Mercedes melepaskan AMG GT R dari kandang.
Namun, tahun 2020 juga menjanjikan kenderaan-kenderaan yang tetap menarik dan berbaloi untuk dinantikan.
Satu trend yang Motoqar lihat ialah kehadiran ‘ombak’ enjin 1.0-liter 3-silinder. Sama-sama kita lihatkan prestasi kereta ini semua.
Di sini kami senaraikan 20 kereta untuk tahun 2020:
  • Audi RS6 Avant
Banyak yang boleh disukai terhadap Audi RS6 Avant; penampilan yang dinamik, praktikaliti sebuah wagon, dan paling penting, enjin 4.0-liter twin-turbo V8 yang menghasilkan 600hp dan tork 800Nm.
Seperti biasa, RS6 akan mendapat sistem pacuan semua-roda Quattro yang tersohor, serta padanan transmisi automatik 8-kelajuan. Ini boleh memberikan pecutan 0-100 dalam 3.6 saat dan mencapai 200km/j dalam 12 saat.
  • BMW G20 330e plug-in hybrid
Versi PHEV bagi 3-Series G20 telah dijual di Eropah sejak Ogos. Kehadiran kereta itu di sini walaubagaimanapun belum dapat dipastikan kerana perbincangan masih berjalan mengenai insentif cukai dan struktur harga dari Polisi Automotif Nasional (NAP).
BMW 330e PHEV dipacu oleh enjin B48 2.0-liter dengan 184hp dan 300Nm tork, sama seperti 320i. Tetapi enjin ini dibantu oleh motor elektrik berkuasa 190hp, memberikan output sistem sebanyak 252hp dan 420Nm tork.
Sekiranya tiba di sini, G20 330e akan ditawarkan bersama BMW 330i M Sport CKD.
  • Ferrari SF90
Walaupun Ferrari SF90 bukan kenderaan hibrid pertama syarikat itu, ia kereta jalanan plug-in hybrid (PHEV) pertama.
Rangkaian kuasanya merangkumi enjin V8 turbo dengan 3 motor elektrik; 2 untuk tayar depan dan 1 lagi di belakang, terletak di antara enjin dan kotak gear.
Kuasa ialah 780hp, penambahan sebanyak 60hp dari 488 Pista dan F8 Tributo, manakala tork ialah 800Nm.
Pek bateri lithium-ion 7.9kWh di belakang tempat duduk memberikan SF90 jarak pemanduan elektrik (EV) sejauh 25km, menggunakan hanya motor di gandar depan. Ini menjadikan SF90 sebuah Ferrari pacuan-roda depan dalam mod ini.
  • Ford Mustang facelift
Untuk Ford, tahun 2020 bakal menyaksikan kehadiran Ford Mustang facelift, menggantikan model sedia ada yang sudah lebih 3 tahun di sini.
Kemaskini bahagian luaran merangkumi lampu depan LED serta bampar, hud, fender dan gril yang direka semula. Ekzos dengan dua muncung untuk model EcoBoost manakala ekzos quad untuk model GT.
Model EcoBoost masih menggunakan enjin 2.3-liter turbo manakala model GT menggunakan enjin 5.0-liter V8. Walaubagaimanapun, enjin 3.7-liter V6 akan dihentikan penawarannya.
Untuk transmisi, unit 6-kelajuan ZF 6R80 SelectShift akan diganti dengan unit 10-kelajuan 10R80, manakala transmisi manual Getrag MT82 6-kelajuan akan dinaiktaraf.
  • Honda City
Honda City generasi kelima telah membuat pelancaran global di Thailand baru-baru ini dan ia bakal tiba ke Malaysia tidak lama lagi.
City 2020 menampilkan rekabentuk luar baharu sepenuhnya, dengan muka depan Solid Wing serta kabin lebih luas.
Enjin pula ialah 1.0-liter turbo DOHC 3-silinder yang mengeluarkan 122hp dan 173Nm tork, manakala transmisi kekal dengan CVT.
  • Honda Civic
Honda Civic akan menerima facelift yang sepatutnya dilancarkan suku akhir tahun 2019, namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, akan ditangguhkan ke tahun depan.
Selain dari penggayaan luar dan kelengkapan dinaiktaraf, perkara utama untuk Civic facelift ialah pengenalan Honda Sensing, ciri keselamatan termaju Honda yang telah ditawarkan kepada CR-V dan Accord.
  • Hyundai Kona EV
Ini untuk anda yang mahukan kenderaan harian tetapi dengan tahap pencemaran minima. Hyundai Kona EV mula dipertontonkan di khalayak Malaysia pada KLIMS18 dan ia telah disahkan untuk dilancarkan secara rasmi pada 2020 nanti.
Ia dikatakan akan ditawarkan di bawah program subscription seperti pada Renault Zoe dan Twizy. Dan ini adalah melalui saluran rasmi Hyundai Sime Darby Motor (HSDM) dengan sokongan selepas jualan. Jadi ini bukanlah grey import.
Kona terdapat dalam beberapa versi, Standard dengan 39.2kWh, 136hp dan 395Nm tork dan jarak pemanduan 312km.
Versi High Spec pula mendapat 64kWh, 204hp dan 396Nm tork serta jarak pemanduan sehingga 482km.
8. Mazda CX-30
Mazda CX-30 baru-baru ini telah tiba di bilik pameran Mazda dan kita boleh jangkakan pelancarannya tidak lama lagi.
Ia ditawarkan dalam tiga varian serta janaan enjin petrol SkyActiv-G 2.0-liter dan diesel SkyActiv-D 1.8-liter. Harganya juga telah didedahkan, bermula pada RM143k.
Sebelum anda keliru, kami ingin jelaskan bahawa CX-30 ini duduk di antara CX-3 dan CX-5, serta dibangunkan dari platform Mazda3. Anggap seperti Mazda3 Hatchback versi crossover. Ok dah jelas?
9. Mercedes-Benz GLA
Seperti biasa, Mercedes-Benz akan membawakan kesemua model tawaran mereka ke sini, sama ada versi import CBU atau pemasangan tempatan CKD.
Namun apa yang menonjol bagi kami ialah GLA serba baharu yang baru sahaja membuat pelancaran global awal Disember ini.
Pesaing BMW X2 ini dibina di atas platform Modular Front Architecture (MFA2), dan ia 10cm lebih tinggi dari model sebelumnya untuk lebih ruang kepala.
Ia 14mm lebih pendek, tetapi lebih besar di aspek lain; 30mm lebih lebar, 30mm penambahan jarak roda, dan 14 liter lebih ruang kargo.
Sama seperti A-Class terbaharu, model asas GLA 200 akan dipacu oleh enjin Renault 1.33-liter manakala model prestasi AMG GLA 45 akan dikuasakan enjin M260 2.0-liter turbo yang mampu menghasilkan 306hp dan 400Nm tork.
10. Mitsubishi Xpander
Adakah ini model yang ditunggu ramai? Mitsubishi Xpander sepatutnya dilancarkan di Malaysia pada 2018 atau 2019, tetapi atas sebab-sebab tertentu, ia terpaksa ditangguh.
Jika ia mula dijual nanti, Xpander akan bersaing secara terus dengan Perodua Aruz, Honda BR-V, Toyota Rush dan Proton Ertiga.
Xpander dikuasakan oleh enjin 1.5-liter DOHC MIVEC, cukup dengan 104hp dan141Nm tork manakala transmisi ialah automatik torque-converter 4-kelajuan.
Sumber kami mengatakan bahawa kit CKD untuk pemasangan Xpander telah tiba di fasiliti pemasangannya di Pekan, Pahang. Jadi, hanya menunggu masa untuk pengeluarannya bermula.
11. Nissan Almera
Ini satu lagi kenderaan mengujakan. Walaupun Almera selama ini bukanlah model terlaris dibandingkan Vios dan City, Nissan bakal mengubah semua ini dengan Almera serba baharu.
Ia telah dilancar di Thailand baru-baru ini, membawakan penggayaan luaran menyerlah dengan muka depan V-Motion, bahasa rekaan terkini Nissan.
Di dalam, terdapat papan pemuka Gliding Wing yang diambil dari crossover Kicks, berserta sistem infotainmen dan paparan instrumen digital baharu.
Di bawah hud depan ialah enjin 1.0-liter 3-silinder turbo, mengeluarkan 100hp dan 152Nm tork. Transmisi ialah CVT Xtronic.
12. Perodua Alza
Jika anda pengikut tegar industri automotif, anda pasti terlihat atau terbaca mengenai prototaip yang dilihat diuji menaiki Genting Highlands.
Prototaip dengan rupa pelik menyerupai “Toyota Avanza” itu dikatakan unit pembangunan Alza akan datang. MPV segmen-B itu telah berumur dan pembaharuan menyeluruh sememangnya dinantikan.
13. Perodua D55L SUV
Satu lagi berita menarik, syarikat automotif kedua negara itu dikatakan bakal membawa masuk SUV D55L, sebuah SUV kompak segmen-B kompak. Lihat ia sebagai Myvi versi lebih tinggi dan ranggi.
SUV Perodua D55L ini akan diasaskan (atau berkongsi platform) dengan Daihatsu Rocky 2020 yang telah dijual di Jepun. Ia mendapat enjin 1.0-liter 3-silinder turbo yang menjana 98hp dan 140Nm tork.
14. Perodua Myvi GT?
Selain itu, kami juga berharap bahawa Myvi GT akan dapat direalisasikan.
Pada Julai lepas, Perodua berkata mereka sedang mengkaji cara dan kaedah menghasilkan Myvi GT secara lebih realistik dan menawarkan produk yang berdaya saing.
Ini kerana unit konsep yang dipamer pada KLIMS18 dulu dilengkapi dengan rim 17-inci, brek Brembo dan kabin dengan balutan kulit Alcantara. Jika Myvi GT seperti ini dihasilkan, pasti harganya terlalu mahal dan anda akan mengecam Perodua.
Apa pun, lebih menarik jika Proton Iriz turut ditawarkan dalam versi prestasi R3 untuk bersaing dengan Myvi GT ini. Hmm..
15. Proton X70 CKD
Bercakap mengenai Proton, pengeluar nasional itu mengumumkan mereka telah memulakan produksi X70 CKD. Pemasangan dan pengeluaran X70 itu dibuat di fasiliti baharu di kilang Tanjung Malim itu yang menelan pelaburan sebanyak RM1.2 bilion.
16. Proton X50
Selain itu, tahun 2020 juga bakal menyaksikan kehadiran satu lagi model SUV serba baharu iaitu X50. SUV segmen-B ini akan berdepan dengan Honda HR-V dan Toyota C-HR.
X50 ialah model yang diasaskan dari crossover Geely Binyue dan di China, kenderaan itu ditawarkan dengan enjin 1.5-liter turbo yang dibangunkan bersama Volvo. Transmisi pula ialah unit dwi-klac 7-kelajuan.
Proton X50 dijangka akan turut menampilkan sistem infotainmen GKUI dengan arahan suara “Hi Proton” dan kebolehan pemanduan autonomi tahap 2.
17. Porsche Taycan
Penulis bukanlah aficionado untuk kereta prestasi dengan beribu elektronik yang membantu mengawal semua kuasa dan memastikan kereta itu dapat dipandu dengan mudah. Apatah lagi kereta elektrik sepenuhnya.
Tetapi Porsche Taycan ini satu pengecualian.
Banyak yang boleh diperkatakan mengenai Taycan ini, terutamanya disebabkan prestasi menakjubkan dan teknologi yang berevolusi padanya. Pacuannya terdiri dari dua motor elektrik, satu untuk setiap gandar.
Dalam konfigurasi Turbo S, Taycan menjana 627hp (761hp dalam overboost) dan tork setinggi 1,050Nm. Semua ini membolehkan kereta seberat 2,295kg itu memecut dari 0 ke 100km/j dalam 2.8 saat sahaja dan terus mencapai 200km/j kurang dari 10 saat.
Taycan juga merupakan kenderaan produksi pertama dengan sistem 800 volt, lebih tinggi berbanding 400 volt pada EV lain. Ini membolehkan baterinya dicaj hingga ke jarak pemanduan 100km dalam 5minit dan mencapai tahap 80% dalam masa 22.5minit.
18. Subaru Outback
Seperti model-model Subaru lain, Outback 2020 akan dibina di atas Subaru Global Platform (SGP) yang 70% lebih tegar di bahagian torsional dan suspensi depan serta 100% lebih tegar di subframe belakang.
Ketegaran dan keteguhan casis ini bukan sahaja meningkatkan keselamatan, malah memberikan pemanduan lebih dinamik dan NVH lebih baik.
Di pasaran global, Outback ditawarkan dengan enjin 2.4-liter turbo yang menjana 260hp dan 376Nm tork, serta 2.5-liter yang menghasilkan 182hp dan 239Nm tork. Kami jangkakan pasaran Malaysia bakal mendapat enjin 2.5-liter.
Kelengkapan standard pada bahagian mekanikal adalah CVT Lineartronic dan sistem Symmetrical All-Wheel Drive.
  • Volkswagen Arteon
Volkswagen Arteon telah mula dibuka tempahannya sejak Julai lalu dan mula membuat kemunculan di seluruh negara bermula Ogos.
Sedan sporti yang berkongsi platform dengan Audi A5 Sportback ini ditawarkan dengan harga lingkungan RM290k hingga RM310k.
Untuk harga itu, anda akan mendapat enjin 2.0-liter TSI yang mampu mengeluarkan 280hp dan 350Nm tork, pacuan 4MOTION, dan DSG 7-kelajuan.
  • Volkswagen Golf Mk8
Akhir sekali, antara kereta penumpang terlaris di dunia, Golf, akan diperkenalkan dalam generasi kelapan serba baharu.
Walaupun kulit luaran nampak hampir sama dengan Mk7.5, Volkswagen berkata ia kini lebih ‘licin’ menembusi udara, dengan pekali seretan (drag coefficient) 0.275.
Golf Mk8 akan mendapat logo terbaharu syarikat itu, diapit oleh lampu depan LED lebpi nipis.
Di peringkat global, Golf terdapat dalam 5 jenis sistem hibrid, selain dari enjin 1.0-liter 3-silinder turbo, 1.5-liter 4-silinder turbo, 2.0-liter 4-silinder turbo dan 1.5-liter 4-silinder TGI gas asli.
Ia akan mendapat sistem infotainment MIB3 terbaharu, paparan kokpit digital dan beberapa teknologi baharu lain.


-----------------------

no 14,korang mesti tak sabar nak beli hehe

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.089137 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list