CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24671|Reply: 170

Syukur dapat RM3,000, daripada tak ada' - Syura

  [Copy link]
Post time 27-5-2020 07:04 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Tinot7 at 27-5-2020 07:10 PM

https://www.msn.com/en-my/news/hiburan/syukur-dapat-rm3000-daripada-tak-ada-syura/ar-BB14E0Zn?ocid=spartandhp




norhayati_nordin@hmetro.com.my
PELAKON dan penyanyi, Syura Badron, 33, menganggap bayaran RM3,000 diperolehnya daripada penerbit teater Korupsi Dewan Semandung iaitu Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy pada pertengahan Mei lalu sebagai rezeki Aidilfitri.

Syura dihubungi berkata meskipun bayaran sudah diterimanya sekitar 24 peratus sahaja daripada jumlah penuh yang dijanjikan, dia hanya mampu bersyukur. Ujarnya, penerbit masih ada tunggakan baki bayaran kira-kira 76 peratus lagi.



"Daripada tak dapat langsung dan umpama menunggu buah yang tidak gugur, saya terima sajalah berapa jumlah bayaran mampu dibuat kak Ogy dengan rasa syukur. Apatah lagi, ketika itu Aidilfitri semakin hampir dan saya perlu sediakan persiapan anak-anak.

"Saya sebenarnya tak suka mendesak, namun dalam hal ini kalau terus berdiam diri pun tak boleh juga. Kerja dah lama selesai tapi bayaran masih belum dilunaskan, dan situasi itu sangat mengecewakan.

"Apapun, saya berterima kasih juga pada kak Ogy dengan bayaran RM3,000 itu. Bagi bayaran selebihnya, tak pastilah bila akan dapat walaupun diberitahu sekitar Jun ini," katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai simpanan, Syura atau nama sebenar Zuraidah Badron berkata dia tahu warganet sering mempersoalkan perkara ini, tapi perlulah difikir sampai bila nak bergantung menggunakan wang simpanan sahaja.
"Umpama bukit kalau ditarah sikit-sikit, lama-lama rata juga. Begitulah dengan konsep simpanan kita. Kalau wang asyik keluar dan jumlah masuknya tiada atau kurang, lama-lama habis juga.

"Lagi pun, wang yang diminta pada kak Ogy itu adalah mengikut perjanjian yang dibuat sebelum memulakan kerja. Bayaran dituntut itu hak saya yang memang patut dia bayar sebagai penerbit," katanya.

Syura yang juga ibu tunggal tiga anak berkata dia bagaimanapun  sangat menghargai usaha Ogy yang bertungkus-lumus membuat kempen jualan pes kari air tangannya untuk mengumpulkan kewangan bagi melunaskan segala kesulitan pembayaran yang berlaku.

Apapun, pada Ramadan lalu Syura turut berniaga kuih raya buatannya untuk mendapatkan sumber pendapatan keluarga. Katanya dia tidak boleh duduk menunggu sahaja bayaran teater berkenaan daripada Ogy yang ketika itu dirasakan 'samar bayangan'.

Dalam teater Korupsi Dewan Semandung, Syura dipilih menggantikan pelakon Hanna Halim pada saat akhir yang menuntut dia memberi komitmen penuh dalam masa singkat untuk latihan sebelum persembahan sebenar berlangsung.

Teater arahan Khir Rahman itu diterbitkan produksi Ogy Ventures & Network yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.

Selain Syura, barisan pelakon lain ialah Joey Daud, Tauke Jambu, Mark Adam, Man Raja Lawak, Azmi Caliph Buskers, Che Mat Raja Lawak dan ramai lagi.





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-5-2020 07:12 PM | Show all posts
iols cuma nak tanya,

1) syura badron ni sape?

2) teater ogy tu teruk nau ke sampai takde org mai tgk? tentang apa?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Sheols buat muka ke. Awat lain sgt
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 27-5-2020 07:12 PM
iols cuma nak tanya,

1) syura badron ni sape?

Google lh nk tau sape syura ni..hadoiii semua nk suap depan mata.baik kau masuk kubur je lh dik oiii
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 07:27 PM | Show all posts
repair muka konon cntik pn x gak laku msuk tv
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2020 07:27 PM | Show all posts
cikdilla replied at 27-5-2020 07:25 PM
Sheols buat muka ke. Awat lain sgt

husnuzon.. mekap kott


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2020 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah dapat jugak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2020 07:28 PM | Show all posts
dejure replied at 27-5-2020 07:27 PM
Google lh nk tau sape syura ni..hadoiii semua nk suap depan mata.baik kau masuk kubur je lh dik oi ...

eeeiii... tanak suapkan udah lerr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2020 07:28 PM | Show all posts
cikdilla replied at 27-5-2020 11:25 AM
Sheols buat muka ke. Awat lain sgt

aku rse tol dia buat tp x ngaku..mklum le muke lm persis gadis dri parit sulong jdt
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 07:29 PM | Show all posts
dejure replied at 27-5-2020 11:27 AM
Google lh nk tau sape syura ni..hadoiii semua nk suap depan mata.baik kau masuk kubur je lh dik oi ...

forumer pondan2 ni x leh ke bradab sket ckp ngn wanita..ko pikir korang croboh tndas wanita korng tu wanita ke? pls la
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Cable replied at 27-5-2020 07:27 PM
repair muka konon cntik pn x gak laku msuk tv

Byk duit ke dia nk repair muka bagai..mcm sendu sepanjang zaman je. Ke duit menang MasterChef dulu buat modal repair muka
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 07:34 PM | Show all posts
Bayaran syura 12 500
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 07:36 PM | Show all posts
matchstick replied at 27-5-2020 11:33 AM
Byk duit ke dia nk repair muka bagai..mcm sendu sepanjang zaman je. Ke duit menang MasterChef dulu ...

invest la sket..single mother kn...mngkin da renovate ade datok2 sangkut..renovate tu slh..tp nk cri pasangan x slh
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu tertanya2 gak cemana syura menanggung diri dia.
Yela dia takde bisnes sampingan kan?
Job sikit2 ni berapa je dapat dan berapa lama je tahan kan. Artis mesti byk nak guna duit tuk penampilan dorang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Die buat gigi.. Tu yang nampak lainnnn.. Bila die gelak or senyum selambakkkkkk gigi baru die.. Burukssss
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 08:01 PM | Show all posts
Dagu tu tajam dan panjang ... cam witch plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2020 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
pergh, rm3k tu gaji sebulan kot. tu le ogy, offer lg bayaran mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Bersyukur je la syura..ogy nk offer ko blakon pn dh ckup baik..ko tu dh ler sendu
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 08:21 PM | Show all posts
ye..dulu muka ala2 kampung girl gitu..
saing2 ngan si nana sendayan tu masa mula2 baru nak up jadi retis...
pastu kawin..muncul balik lepas menang masterchef tu terus berubah mukanya...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
stania83 replied at 27-5-2020 07:34 PM
Bayaran syura 12 500

Wah  tinggi jugak walaupun dia ni dah Kategori sendu. So byaran retis2 utk teater ogy ni agak lumayan gak la eh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.081582 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list