CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6121|Reply: 70

[Tempatan] BERNAMA - Youtuber memasak musim PKP viral masuk berita. Berjaya raih jutaan v

  [Copy link]
Post time 27-5-2020 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Rindu belajar memasak dengan emak? jangan risau, Che Nom ada

25/05/2020 01:51 PM
Oleh Amiril Muttaqien Meketar

KUALA LUMPUR, 25 Mei  -- Bagaikan belajar memasak dengan emak.

Begitulah gambaran yang sentiasa bermain di minda penonton tatkala mereka terbuai mendalami resipi masakan Che Nom, seorang YouTuber tempatan yang sedang meniti populariti ketika ini.

Sinonim dengan pembuka kata ‘hai semua’ disulami suaranya yang lembut ketika menurunkan ilmu masakan kepada penonton, maka tidak hairanlah ramai terpaku akan keunikan dimiliki Che Nom, 39, atau nama sebenarnya Normah Bakar.

Mana tidaknya, setakat ini, kesemua video di salurannya telah mencatat lebih 12 juta tontonan dan dilanggan lebih 500,000 pelayar YouTube sejak dilancarkan pada tahun 2012.

Namun, langkah beliau untuk bergiat secara aktif pada tahun lepas dengan memuat naik lebih banyak kandungan video masakan ke saluran YouTube beliau mula membuahkan hasil lantas mengubah corak kehidupannya selepas satu demi satu videonya tular di media sosial.

Walaupun namanya sedang mekar di bibir warga maya, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Che Nom sebenarnya sanggup melepaskan kerjaya sebagai seorang jurutera pada tahun lepas selepas menyedari hidup sebagai seorang YouTuber membawa pendapatan yang lebih lumayan.

Beliau menyifatkan keputusan meninggalkan kerjaya sebagai jurutera setelah mencurah bakti hampir 13 tahun bersama sebuah syarikat rangkaian telekomunikasi tempatan sebagai titik perubahan terhadap dirinya.

“Selain mahu keluar daripada zon selesa dan mencabar diri saya, tindakan diambil ini bukan hanya sekadar untuk berkongsi resipi, tetapi sebagai batu loncatan untuk meneroka lebih banyak ilmu yang berkaitan lebih-lebih lagi mengenali dunia kulinari dengan lebih meluas lagi, walaupun bukan sebagai seorang cef,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Enggan mendedahkan jumlah sebenar pendapatannya, anak jati Kedah itu mengakui bahawa pendapatan yang dijananya itu agak selesa.

Che Nom menarik perhatian walaupun pendapatan yang diraihnya itu sangat memuaskan, namun hidup sebagai YouTuber juga mempunyai cabaran tersendiri sehingga menuntutnya untuk mengubah mentaliti hidupnya selama ini.

“Sebelum ini saya bekerja makan gaji, jadi mentaliti lebih kepada menurut segala dasar atau arah tuju yang telah ditentukan oleh pihak majikan.

“Apabila sudah menjadi ‘YouTuber’ sepenuh masa, saya perlu lebih bijak merancang dan mengurus masa kerana kita yang menggerakkan sendiri saluran itu…berjaya atau tidak, semuanya di tangan sendiri…macam orang berniaga jugalah,” ujarnya yang turut mempunyai laman web sendiri resepichenom.com.

Ditanya mengapa beliau tidak memaparkan wajahnya di dalam videonya, ibu kepada tiga orang anak itu berkata sisi kelainan ditampilkannya itu adalah konsep video masakannya yang merupakan usaha sama oleh suaminya, Syed Ridzuan Syed Nopal, 41 tahun.

“Suami ialah orang kuat dalam penghasilan video YouTube saluran Che Nom kerana kebanyakan konsep dan idea videografi datang daripadanya.

“Mungkin juga pada masa akan datang saya akan perkenalkan konsep baharu dengan memaparkan muka namun setiap keputusan yang membawa perubahan itu akan dibuat dengan teliti,” katanya yang mula minat memasak sejak melanjutkan pengajian pada zaman universiti lagi.

Pemegang ijazah sarjana muda pengkomputeran matematik itu mengakui gemar memasak masakan Melayu dan menjadikan figura masakan popular negara iaitu Chef Wan sebagai idolanya.

Beliau pada masa sama memasang impian untuk menerbitkan buku masakan sendiri selain berharap agar saluran YouTubenya mampu meraih satu juta pelanggan pada masa akan datang.

-- BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2020 08:59 PM | Show all posts
suka tgk dia ni masak, nampak sedap..cakap lembut je..x perlu nak tergedik2 ..buat suara ala2 nyah gersang ke apa nak tarik viewer
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ank buah aku, laki bujang, sejak dok sendiri mmg che nom la guru masakan dia
Cara dia xgedik, ckp slow2, betul2 nak mengajar so senang beginners nak ikut
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols speku dia dpt sekurang2nya 8k sebulan mcm acik sugu
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia punya seri muka takkan berpaling memang vongok proof macam aku ni ha. Mendapat pujian walaupun baru 1st time cuba resepi dia.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Che nom ni mmg blh percaya,resepi.. sedap2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2020 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka tengok dia ni masak. Tak over
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Che nom ni cun. Suka jugak tgk channel dia.

Yg kureng sikit BOL tu. Mcm kaki sentap pun ada suka sindir2 kat next video lps kena komen/dislike dgn some viewers. Chill2 dah la sis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2020 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
wak_pijah replied at 27-5-2020 09:25 PM
Che nom ni cun. Suka jugak tgk channel dia.

Yg kureng sikit BOL tu. Mcm kaki sentap pun ada suka  ...

BOL tu sapa?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Knowlee replied at 27-5-2020 09:27 PM
BOL tu sapa?

Buat org lapo.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Follow lagi aku kat utube.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Che nom iol suka sebab dia tak galak berpot pet tak tentu hala. Straight to the point dan cara nak masak tu teratur. Tengok video nasi ayam dia.

Orang lain dok  tumbuk halia dgn bwg byk kali, dia tumbuk sekali je pastu bahagi siap2 ke 4 bahagian.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 09:50 PM | Show all posts
Ok boleh follow jugak.  Klau kat ig suka follow yatiekitchen.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 09:50 PM | Show all posts
Best editing video cik nom..tapi cik nom cakap mcm ikut skrip sgt..iols pun selalu folo resipi cik nom..tq cik nom...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Resepi che nom banyak yang menjadi,kena dengan tekak iol..ade jugak yang iol alter derhaka siket2 campo dengan resepi che mat gebu
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru ni try brownies dia.. Sgt lh menjadi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2020 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ehhhh aku sukerrr tau ikut resepi ciknom.. seriusly menjadi..  esp kuih2 tradisional yg tak pernah aku masak tu..sejak pkp nih rajinnn jer ikut resepi ciknom..mmg menjadik..pastuh yg best dia tak meleweh2.. lembuttt jer cakap.. thank you ciknom... ilmu yg berterusan pahala hingga ke akhirat kelak..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Cable replied at 27-5-2020 09:50 PM
anaknya bahenol tu ke?

Kau niiii.....

Aku pun baca nama syed nopal...terus teringat bahenol......

Hish...tak baik permainkn nama ayah org. ..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm byk bideo masakan, aku tak suka bideo buat orang lapo.....laki dia kuat menyampuk...dia pun ala ala nk menonjol sgt .....buat mcm pavitra lah...tonjolkn masakan bkn tonjolkn diri
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
wak_pijah replied at 27-5-2020 09:25 PM
Che nom ni cun. Suka jugak tgk channel dia.

Yg kureng sikit BOL tu. Mcm kaki sentap pun ada suka  ...

BOL tu porumer sini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.065017 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list