CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7676|Reply: 98

[Tempatan] Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

[Copy link]
Post time 27-5-2020 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Sumber : Suara.TV

Kuala Lumpur – Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk.



Dia yang lebih dikenali dengan panggilan Siti Kassim berkata peningkatan kes tersebut disebabkan sikap tidak bertanggungjawab mereka yang mengambil minuman berakohol itu.

“Alkohol itu bukan masalah. Tapi peminum yang tidak bertanggungjawab itulah punca masalah sebenar. Begitu juga dengan isu yang melibatkan sekolah tahfiz. Masalahnya adalah disebabkan oleh pihak pengurusan sekolah.

“Kamu (Pas) mahu mengharamkan alkohol hanya kerana menepati kehendak anda, kalau begitu haramkan juga sekolah tahfiz yang telah menyebabkan banyak masalah terhadap anak kecil yang tidak berdosa,” katanya melalui laman Facebook.

Siti Kassim turut berkata parti itu tidak seharusnya menghalang orang lain untuk meminum arak hanya kerana mereka tidak menyukainya.

“Kamu tidak boleh memaksa orang lain untuk akur dengan kehendak moral dan kepercayaan kamu. Hanya kerana kamu tidak menyukainya, jangan halang orang lain untuk menikmatinya (menun arak),” tegasnya lagi.

Pas sebelum ini mencadangkan kerajaan menggantung pengeluaran, perniagaan, dan penjualan arak sehingga “langkah baru” diambil untuk menghalang pemandu memandu dalam keadaan mabuk, susulan kes “menjadi-jadi” mutakhir ini.

Dalam tempoh penggantungan itu, PAS berkata, kerajaan perlu menubuhkan jawatankuasa khas Kabinet melibatkan beberapa kementerian untuk segera tangani kes itu.

“Menurut langkah ini, PAS meminta kastam dan pihak berkuasa tempatan menggantung semua lesen penjualan arak dan minuman beralkohol yang dijual secara terbuka dirangkaian kedai serbaneka 24 jam,” kata Ketua Penerangan Kamaruzaman Mohamad dalam satu kenyataan semalam.

PAS berkata kesalahan memandu dalam keadaan mabuk berpunca daripada kelemahan perundangan sedia ada dan penguatkuasaan, selain sifat pentingkan diri dan degil pemabuk.

“Hal ini telah menjadi satu lagi punca pertambahan kemalangan khasnya kemalangan maut di jalan raya atau di lebuh raya,” katanya.

Sementara itu, PAS menarik perhatian kepada senarai negara mengikut pengambilan alkohol oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Malaysia di tempat ke-10 dalam senarai pengambilan alkohol terbanyak dunia,” kata Kamaruzaman.

“Statistik yang dikeluarkan WHO menunjukkan rakyat membelanjakan lebih dari RM2.0 bilion untuk minuman beralkohol dengan purata 15 liter per kapita pada 2016. Pengambilan bir berada pada tahap membimbangkan,”.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong hari ini berkongsi gambar sampul mengandungi pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan melibatkan seksyen berkaitan memandu bawah pengaruh alkohol.

“Sepanjang bulan Mei ini saja, beberapa kemalangan berturut-turut dilaporkan berkaitan pemandu mabuk,” katanya di Facebook.

Wee berkata pejabatnya dalam tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat dan Aidilfitri meneliti semua cadangan berkaitan pindaan itu.

“Pada 1 Jun, saya akan memanggil satu sesi taklimat di kementerian bersama Jabatan Pengangkutan Jalan untuk segera meneliti dan menyemak cadangan pindaan akta berkaitan,” katanya.

Pindaan akta ini mesti dimuktamadkan dalam pertengahan Jun ini, katanya, dengan mengambil kira pandangan orang ramai melalui kajian soal selidik yang sedang dijalankan, sebelum ianya dibentangkan di dalam mesyuarat Kabinet.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2020 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Siti Kassim ni tak Takut Allah ke
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
hahaha. ..  ini lagi satu .
korang pie la jawab .


Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 11:12 PM | Show all posts
aliazulaikha replied at 27-5-2020 10:59 PM
Siti Kassim ni tak Takut Allah ke

I rasa I faham apa yg si Siti Kasim ni maksudkan dgn haramkan sekolah tahfiz..
Dia ada mentioned yg salah bukan alkohol tapi peminum alkohol tu...
So sama juga maksudnya, yang salah bukan sekolah tahfiz tapi mereka yang tadbir sekolah tu...

I setuju diharamkan sekolah tahfiz tak berdaftar yang memanjang mintak derma je...
Berlambak sana sini sekolah tahfiz tapi sekadar dikenali dari usaha mintak derma aje..
Pelajar2 pulak dibiar berkeliaran minta derma tak kira masa...
Banyak dah sekolah agama kerajaan dah dirikan, sekolah tahfiz berdaftar pun ada...
Tapi tetap jua yg tak pandai ukur baju ni nak juga ada nama...


Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Awat I mcm setuju dgan statement siti kassim ni ?

Sama jugak la dengan isu pemakaian prempuan dipersalahkan sebab kena rogol. Yg salah nafsu lelaki. Taknak haramkan perempuan sekali ke ala2 kembali ke zaman ereb jahiliyah gituhh
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Walau nama u sikit2 ada bias dengan nama sipolan tu ..  tapi u nampak ada keterampilan sikit ..  nampak ada bernas . U nampak apa yg tersirat .  Syabass .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2020 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Oppss ..  tersilap pulak .maksud ai postimg sarah mirza  kat atas .   
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ibarat dia cakap salah kan jalan raya atau minyak petrol jer lah kalau nak samakan dgn sekolah tahfiz. Dalam AlQuran dah sebut arak tu haram. Xde pulak di sebut sekolah tahfiz tu haram. Sebenarnye pompuan ni takut sangat apa2 hal yg haram dan takut dgn kebangkitan Islam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2020 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
So sjkc sjkt sume kne haramkn juga tak..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 27-5-2020 11:33 PM
So sjkc sjkt sume kne haramkn juga tak..

skjc kena haram ka.. Si Siti Kasim ni tiba2 jadi RAKSASA.. Terus meroyan guling2 kata ni semua tidak adil.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 27-5-2020 11:35 PM
skjc kena haram ka.. Si Siti Kasim ni tiba2 jadi RAKSASA.. Terus meroyan guling2 kata ni semua tid ...

I rasa yg tu first sekali kne haram
Sbb graduates dr sjkt sjkc ni xreti bc signbod tulis rumi
Tu yg diorg gi masuk laluan bertentangan
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 27-5-2020 11:36 PM
I rasa yg tu first sekali kne haram
Sbb graduates dr sjkt sjkc ni xreti bc signbod tulis rumi
Tu ...

Mmg patut diharamkan pun.. Sembang pung pang pung pang bangsa2 sepet tentang perpaduan. Tapi sekolah masih dok nak asingkan.. Sembang tentang malaysia tapi pelajaran masih dok berkiblatkan tanah leluhur.. Kesetian depa ni diragui.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmm, harap kerajaan Melayu-ISLAM dpt ambik tindakan tegas kpd Siti Kassim kalau kerajaan ada asas....jgn jadi mcm kerajaan OH, puak2 liberal dibiarkan berleluasa...

Banteras ke akar umbi
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 27-5-2020 11:40 PM
Mmg patut diharamkan pun.. Sembang pung pang pung pang bangsa2 sepet tentang perpaduan. Tapi sekol ...

Part ni aku mmg setuju, harap MN dpt letak hapuskan sekolah vernakukar sbg manifesto PRU15 nnt
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Rogue98 replied at 27-5-2020 11:29 PM
Ibarat dia cakap salah kan jalan raya atau minyak petrol jer lah kalau nak samakan dgn sekolah tahfi ...

Ikut kepercayaan agama kita haram . Tapi ikut cina tidak . Tapi Islam jelas dah kata ..  agama depa , budaya depa ..  itu hak depa . Ini jelas dan nyata .
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 27-5-2020 11:45 PM
Part ni aku mmg setuju, harap MN dpt letak hapuskan sekolah vernakukar sbg manifesto PRU15 nnt

Aku pernah baca komen Shalom.. Inggeris sendiri menyesal dgn benarkan SKJC & SKJT wujud.. Inggeris jangkakan dlm 20-30 tahun akan berlaku civil war dlm malaysia sebabkan kita dipisahkan dari kecik.

Jadi ang fikirkan sendiri la.. Kenapa keturunan pendatang ni sejarah malaysia pun bodoh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2020 11:50 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 27-5-2020 07:51 AM

Malaysia adalah negara democracy dan berbilang bangsa dan berbilang agama dan berbilang warna...jadi semua warga malaysia boleh memberi pandangan masing masing..kerana memberi pandangan bukanlah melanggar hukum agama dan hukum negara!
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Cable replied at 27-5-2020 11:49 PM
hrmkn video conference kalo x nk iv guna video conference...hrmkn photoshop kalo x nk sijil yg sca ...

Ini cth komen jahiliyah. Harus diharamkan jua dari muka bumi
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kamu ni siti nak dikebumi sebagai islam atau kafir?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Haram kan sekali sekolah vernacular.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.067383 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list