CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Sekolah dah sedia dibuka. Tunggu pengumuman rasmi. Cikgu-cikgu 'terkandas' di ka

  [Copy link]
 Author| Post time 28-5-2020 12:28 PM | Show all posts
NUTP rayu guru dibenarkan terus bertugas dari lokasi semasa
BERNAMA | | 12 Mei 2020


KUALA LUMPUR - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) meminta Kementerian Pendidikan memberi kelonggaran kepada guru terkandas di kampung untuk terus berkhidmat di kawasan tersebut sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Setiausaha Agungnya Harry Tan Huat Hock berkata, ini kerana tiada keperluan mendesak untuk guru berada di stesen bertugas iaitu kediaman terdekat dengan sekolah memandangkan klien utama iaitu murid masih lagi dicutikan.

“Proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dari rumah masih berjalan dengan baik sekalipun guru berada di luar stesen.

“Pelaksanaan PdPC juga dipantau dengan baik oleh pihak pejabat pendidikan daerah setiap hari dan mempunyai data yang jelas iaitu jumlah log masuk guru dan pelajar melalui medium pembelajaran Kementerian Pendidikan iaitu Google Classroom,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bernama pada Ahad melaporkan terdapat arahan daripada pengetua dan guru besar (PGB) supaya guru kembali ke stesen bertugas masing-masing iaitu di kediaman terdekat dengan sekolah kerana semua pejabat kerajaan telah dibuka bermula pada 4 Mei termasuk premis sekolah.

Huat Hock turut mendakwa tiada arahan jelas mengenai tugas yang perlu dilaksanakan ketika berada di stesen bertugas selain daripada tanggungjawab hakiki iaitu menjalankan PdPC secara maya.

“Oleh itu, NUTP merayu agar Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia dapat memberi kelonggaran kepada guru-guru yang ingin terus berada di luar stesen berkhidmat sepanjang PKPB tanpa dikenakan sebarang tindakan tatatertib,” katanya.

Selain itu, Huat Hock juga berharap Menteri Kanan Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin dapat memastikan setiap maklumat atau arahan yang dikeluarkan kementerian tidak disalahtafsirkan tujuannya oleh ketua-ketua jabatan di setiap peringkat.

“Arahan yang terlalu rencam dan berbeza daripada setiap bahagian menyebabkan guru sukar untuk memastikan bahawa arahan tersebut adalah arahan terus daripada kementerian atau sebaliknya.

“Ini kerana kebanyakan arahan oleh ketua jabatan hanya melalui capaian aplikasi Telegram atau WhatsApp tanpa ada dokumentasi bertulis seperti yang diamalkan oleh agensi-agensi lain,” katanya. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2020 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
zacks replied at 28-5-2020 11:16 AM
Puiii ayat playsafe lettew


Bukan playsafe. I memang x faham kenapa ada yang lagi sanggup sekolahkan anak dalam pandemik sblum MOE keluarkan apa-apa arahan, atas sebab dengki dekat cikgu punya pasal.

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 12:36 PM | Show all posts
hehehe, inilah buka salah , tak buka salah, bagi homework salah tak bagi salah.

macam ni lah , jgn anggap perfection zaman cmco ni ye, kena ada flexibility and common sense.

relax, tenang tunggu arahan.

okay now...tak payah kalut kalut , just apa yg parents kena buat ialah mematuhi SOP.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 12:57 PM | Show all posts
bukalah skolah berperingkat
contoh minggu ni darjah 1, minggu depan darjah 2 etc
bukan apa, sian budak2 kat kawasan kampung
memang la cikgu ada wat kelas online bagai,
ada jugak pelajar yg xde access internet due to many reason
mohon kpm pikirkan la sesuatu utk pelajar2 yg dok ceruk2 kg
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
I xkan hantar anak ke sekolah selagi masalah covid tak selesai

NO NO NO
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
haryatie replied at 28-5-2020 08:26 AM
kenapa terkandas lg
kan ari tu da diberikan peluang utk gerak balik
sja tunggu nak beraya kat kpg  ...

Aritu ambik kesempatan nak berhari raya. Mentang2 blh buat Online Class kan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2020 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebanyakan cikgu cikgi yang aku kenal ni xde busy wat on9 class pon sbb budak2 xde respon.dorg lg busy wat side income,berbisness bagai dlm pkp n pkpb ni...sambil2 mghirup udara segar di kampung sejak cuti skol mac lg.gaji on je hokayy..dpt lak lagi tu wat bisnes.haaa...kan untung tuu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 01:41 PM | Show all posts
patut la cikgu2 sensitif je skrg ni
rupanya ramai org tak puas hati dgn cikgu ye
cikgu2 plk agaknya dlm hati kata
padan muka korang kena jaga anak sndr
baru tau tak sabar nak bkk sekolah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-5-2020 01:49 PM | Show all posts
sebenarnya kan
yg push sekolah bukak cepat ialah parents yg tak tahan ngan kerenah anak2
anak2 main game la
anak2 asyik tidur la
anak2 asyik layan movie, astro la

cuba tgk parents yg gilap anak2 dgn mcm2 skill sepanjang PKP
belajar memasak
belajar buat kek
belajar mengaji
belajar bertukang

parents kategori kedua ni tak kisah pun sekolah bukak bila
sebab dia org ada planning apa nk isi masa lapang anak2
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 28-5-2020 01:49 PM
sebenarnya kan
yg push sekolah bukak cepat ialah parents yg tak tahan ngan kerenah anak2
anak2 mai ...

Tulah.. Kmarin, hubby minta pendapat Klu dilaksanakan persekolahan, apa cadangan pelaksanaan sbb pengarah jpn mahu.. Aku bg beberapa cadangan mcm yg acik2 forum ni bg.. Lps tu smlm ada berita yg ipt pembljrn online sehingga 31/12...sy ckp dgn suami.. Tengo ipt bljr online knapa pla pljr sek mo p sekolah, terus dia ckp.. Byk ibu bapa komplen, anak2 x dpt bljr secara online.. Mgk baru cadangan...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 28-5-2020 01:49 PM
sebenarnya kan
yg push sekolah bukak cepat ialah parents yg tak tahan ngan kerenah anak2
anak2 mai ...

Setuju dgn R2R2...anak2 kita..kita aturkan lah sendiri jadual masing2...kalau dr mula lg kita tegas in syaa Allah dorg boleh patuh. Tp kalau dr mula kita biarkan kemudian skrg br nak tegas ssh la sket....jgn biar kita dgr ckp anak2 ..kita ibu bapa so ank2 la kena dgr cakap kita. Kalau sklh buka pun kpm dah bgtau hr tu hanya utk t5 dan t6 shi...yg level lain bsr kemungkinan tak sklh thn ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
aku sbg parent just wait n see
jika sekolah buka, kita hantar anak ke sekolah ikut arahan, suruh duduk rumah pun ikut.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana mana tempat pun memang ada umat yang makan gaji buta. Sebab keje gomen ni gaji bulan so boleh la hentam sepanjang masa. Kihkih

By the way, i memang tak bersedia nak lepaskan anak anak i ke sekolah lagi, to be frank. Sebab risau. Yang bagi idea start sekolah secara berperingkat tu i rasa takde anak bersekolah lagi kot. U ingat berapa ramai pelajar 1 kelas? Nak penjarakan sosial 1 kelas dalam 10-15 pelajar je. Ruangan kelas cukup ke untuk kesemua pelajar? Nak nak kelas 2 sesi. Haha. Topeng muka dengan hand sanitizer pun silap silap hujung hujung mintak guru2 sponsor, untuk kegunaan anak sendiri kosser lak kau bekalkan kan. Sebab takut kalau anak sendiri bawak bakal ditapau dek kengkawan pula. Kalau yang belum ada anak tapi pandai bagi idea tu..dia kisah apa. Cakap memang senang.

Sama sama la kita berdoa supaya vaksin ditemui, virus dihapuskan, and kehidupan menjadi lebih baik. Yang guru guru alpa tu, ada la balasan dia nanti. Jangan dilupa yang sungguh sungguh mendidik anak anak kita waktu PKP pula. Sebab i rasa guru guru anak i berdedikasi siap vid call students dia. Setiap hari ada homework, parents pun segan kalau tak pastikan anak anak siap kerja sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
ala iols dh simpan baju2 anak. Igtkan tahun ni takde sekolah dah hahahah.
Sampai iols rasa cam ala membazir plak beli baju sekolah pakai kejap je.
Rupany sekola bukak balik. Harap okla nnt risau gak kn.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
isseliparjepun replied at 28-5-2020 02:25 PM
Mana mana tempat pun memang ada umat yang makan gaji buta. Sebab keje gomen ni gaji bulan so boleh l ...

Kos juga tu, harga face mask kanak2 lagi mahal dpd org dewasa. Sehari rm1.50-2 utk satu face mask.
Kalau sekolah agama belah petang face mask lain plak.
So kira2 dlm 2 keping.
Hand sanitizer lagi.
Dulu masa H1N1 mmg iols bekalkan anak hand sanitizer hat jenis sangkut kt beg tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 02:49 PM | Show all posts

Uni still ada online class, ada lecturer mengajar mcm biasa.. so takde masalah.

Aku rasa pandai2 kementerian adjust..maybe kelas 1 atau 2 hari saja seminggu..gilir2 ikut darjah. Cikgu-cikgu bolehlah bagi cadangan yang bernas supaya kurangkan risiko covid.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2020 02:50 PM | Show all posts
Nokiaman replied at 28-5-2020 08:49 AM
Tu laa cakap form 5/6 je...
Sekarang nk bukak semua
Biar betul babi babi nie

Kau ni cikgu ke? berbabi-babi segala
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 02:56 PM | Show all posts
umbut replied at 28-5-2020 09:28 AM
Bukaklah. Rasa dah ok.. yg kes covid skrg mostly pati,depot.. penularan tempatan dah takda.. pergila ...

Betul, aku keluar tadi. Kehidupan dah nampak kembali normal. Rakyat pun nampak berhati2 dan patuh SOP, pakai mask dan cuba mengelak bila lalu. Biasala kalau ada 10% yang degil. Kita yang perlu jauhi diri dari orang2 mcm ni. Selamat kan diri sendiri.
Cuma diakui budak2 agak susah nak control tapi kita masih boleh cuba fikirkan alternatif. Sebab kita tak tau sampai bila covid ni akan berakhir, so kita perlu adjust kehidupan kita ikut norma baru.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 28-5-2020 01:49 PM
sebenarnya kan
yg push sekolah bukak cepat ialah parents yg tak tahan ngan kerenah anak2
anak2 mai ...

Betul..aku setuju dgn posting kau ni..walaupun anak2 aku kategori yg pertama tu. Aku tak rasa rengsa pun sbb aku tau depa kat depan mata. Rasanya lagi senang nak monitor.

Yg tak puas hati ni mungkin dah tak larat nak layan kerenah anak..so nak anak2 cepat2 gi balik sekolah. Ingat masa mula2 mco dulu, ramainya parents mengeluh tak tahan melayan kerenah anak2...masa tu aku terfikir, kalau lah aku anak mereka...aku akan terasa amat sedih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2020 03:08 PM | Show all posts
suzlye77 replied at 28-5-2020 02:20 PM
Tulah.. Kmarin, hubby minta pendapat Klu dilaksanakan persekolahan, apa cadangan pelaksanaan sbb p ...

bagi pelajar
cara terbaik ialah alternate dikalangan darjah/tingkatan selain yg wajib dtg form 5/6
secara tak langsung income van sekolah pun tak terjejas


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.310701 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list