Bagi anda yang mengikuti rancangan animasi berkenaan, rakan sepermainan Upin dan Ipin iaitu Fizi bukanlah sebuah nama yang asing.
Walaupun dia merupakan salah seorang sahabat karib kepada pasangan kembar tersebut, Fizi telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penonton baru-baru ini.
Watak Fizi telah mencuri perhatian orang ramai selepas Upin & Ipin ditayangkan di siaran televisyen di Indonesia bertemakan Syahdunya Syawal bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri.
Fizi, Mail, Upin dan Ipin sedang berbual tentang persediaan Aidilfitri mereka menerusi babak berkenaan.
Mail perlu membantu ibunya membuat persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Atas sebab itu, dia tidak boleh bermain dengan rakan-rakannya.
Ipin memuji perbuatan Mail dengan berkata, “Baguslah kamu ini, Mail. Anak mithali.”
Mail menjawab pujian Ipin dengan menceritakan bagaimana syurga berada di bawah telapak kaki ibu.
Namun, jawapan Fizi kepada soalan pasangan kembar itu menimbulkan kemarahan orang ramai apabila dia menyinggung perasaan Upin dan Ipin dengan berkata bahawa tiada syurga buat mereka yang tidak mempunyai ibu.
Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet menganggap Fizi tidak sepatutnya berkata seperti itu untuk menjaga perasaan Upin dan Ipin
Tinjauan kami turut mendapati nama Fizi masih lagi menjadi buah mulut sehingga ia masih lagi trending di tempat kedua di laman Twitter pada waktu artikel ini ditulis.
Dalam pada itu, laman Instagram rasmi Les Copaque turut menerima tempiasnya apabila mula ‘diserang’ oleh penonton terutamanya dari Indonesia yang mahukan penjelasan Fizi mengenai perkara tersebut.
Sumber : Les’ Copaque, Upinipinofficial
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 28-5-2020 03:57 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dwdrum replied at 28-5-2020 03:35 PM
Issue kecil jah ..cartoon saja pun..
Di reality orang pun tahu cara Ber communicate dengan anak ya ...
Nmpk mcm isu kecil tapi yg menonton tu ada budak2 baru nak mengenal dunia. They take the words literally. Kesian la kt bdk2 yg x dpt nk digest dialog tu.
Yg tukang buat script ni pon satu hal, byk je respon yg lebih approriate utk part Fizi.
Post time 28-5-2020 04:10 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Cable replied at 28-5-2020 04:00 PM
ko x yah lyn nyonya tu...die tu makin dilyn makin ske merepek...ade ke die kata manusia berevolusi ...
Nyonya ek dia ni. Gigih dia explain kt aku psl atheism mcmlah aku ni baru kuar gua. Kalo dia ckp manusia asalnye beruk, that means dia ni set2 Charles Darwin lah kan.
Allah mencipta manusia dalam keadaan sebaik2nya & manusia zmn skang ni adalah keturunan drpd Adam & Hawa.
Post time 28-5-2020 04:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dwdrum replied at 28-5-2020 04:18 PM
apa guna ada parent if anak belajar adab pun Dari cartoon?
Are you a parent yourself?
If you are, do you always sit next to your child/children when watching cartoon? Mmg la parents kene play big role & tegur anak2 if they quoted insensitive or improper word. Ko kene ingat, tak semua parents join anak2 tgk cartoon upin ipin or whatever cartoon on tv, online etc. Not all kids share what they watch with the parents. Kids hadam sendiri ikut level pemahaman depa. They r easily influenced.
There are always the good & the bad sides when it comes to watching cartoon.
Yg ckp alah kartun je pon, kicik punya hal...korang trylah buat eksperimen buka cartoon South Park bagi anak korang tgk,,,& see the end result.
Post time 28-5-2020 04:57 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku gelak mnde ni viral kan fizi masalahnye fizi pon pernah terkena dgn upin & ipin.. upin ipin ckp fizi xpuasa nanti Allah tak sayang berdosa.. melalak down fizi sampi org dah abis teraweh pon fizi tak abis lagi bertafakur sampai tok dalang pujuk.. hahahaha
Kelakar la deyols cakap fizi jahat si upin ipin pon leh tahan puaka gak mulut hahahahahaha
Post time 28-5-2020 09:06 PMFrom the mobile phone|Show all posts
djzara81 replied at 28-5-2020 12:38 AM
Are you a parent yourself?
If you are, do you always sit next to your child/children when watchi ...
Maaf yea anak I bukan untuk experiments ..if u do .. Good luck !....
I' bukan Jenis mum tinggal anak ke babysitter Dan preschool without watching them .. Mereka ikut my rules ..
Inonesian ni memang lain mcm level diorang taksub pada upin ipin. Dulu ura2 Ehsan nak pindah pun siap viral di Indonesia org Malaysia je mcm terkujat tiba2 anggap depa ni betul2 serius, Aku baca diorang ni buat lawak jelah.