Post time 29-5-2020 09:32 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by epal21 at 29-5-2020 01:33 AM
mbhcsf replied at 28-5-2020 09:14 PM
ade nas ke? cakap yg kalau ibu ayah meninggal doa mereka tu tak makbul lagi?
i ingat les copaqu ...
Yg tentang doa ibu itu bukan dlm upin ipin. Yg tu iols bg contoh. Macam dlm gambar bawah drp fb. Kesian pulak kat anak yatim. Dalam kita nak memuliakan status ibu,perasaan anak yatim mungkin tersinggung. Seolah-olah nak cakap kamu dah takde ibu,jadi takde org boleh doakan kamu yg doanya termakbul. Sedangkan Nabi amat memuliakan anak2 yatim.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 29-5-2020 09:37 AMFrom the mobile phone|Show all posts
salmon-suki replied at 29-5-2020 07:07 AM
Tgk watak kot sis..upin ipin kan ketengahkan suasana kampung y rata2 mmg tahu mcm mana perangai,ke ...
Sebab tu aiol bilang Upin Ipin tu realistik. Tapi aiol tak galakkan la bebudak under 9 tengok Upin Ipin. Banyak watak dalam tu ai tasuka, seperti Kak Ros.
Post time 29-5-2020 09:52 AMFrom the mobile phone|Show all posts
dua_chzy replied at 29-5-2020 09:37 AM
Sebab tu aiol bilang Upin Ipin tu realistik. Tapi aiol tak galakkan la bebudak under 9 tengok Upin ...
Org kita citer realistik xdpt terima tp kemain tgk anime y sah2 byk tipu..hidup keje nak lari drpd reality je..hihihi~
Ai xtgk pn..ntah laa..mmg dari awal kemunculan pn mmg ai xtgk..hahahaha..termasuklah boiboiby ngn ejen ali..keluang man je ai minat..maybe sbb ai xminat katun cgi..2d jgk jd pilihan..hihihi~
Post time 29-5-2020 12:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
mzz layan je upin ipin. Anak-anak sekarang duk tiru yg fizi kata batal puasaaaa.. lepas terminum air paip. Tapi mzz tetap tak suka kak ros and meimei. Menyampah betul.
Author|Post time 2-6-2020 01:27 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kecoh Upin & Ipin, Fizi akan minta maaf
KUALA LUMPUR: Penerbit Upin & Ipin akan membuat permohonan maaf atas kontroversi watak Fizi dalam episod berjudul Syahdunya Syawal yang disiarkan pada Hari Raya pertama di saluran MNCTV, Indonesia, hingga mencetuskan perbalahan di laman sosial.
Pengarah Urusan Les' Copaque Production, Burhanuddin Md Radzi berkata, pihaknya sedang dalam proses menyiapkan video permohonan maaf itu.
Bagaimanapun, Burhanuddin berkata, soal bila dan medium pilihan untuk pernyataan maaf itu disiarkan tertakluk kepada stesen penyiaran di Indonesia, iaitu saluran MNCTV.
"Disebabkan watak Fizi yang mencetuskan kemarahan dalam kalangan penonton dan peminat siri animasi ini, dia sendiri yang akan kita tampilkan membuat permohonan maaf.
"Semua urusan berhubung penyiaran permohonan maaf itu kita kena berurusan dengan stesen televisyen (TV) terbabit.
"Diharapkan apabila permohonan maaf itu disiarkan, mereka (netizen) akan kembali 'sejuk'... Insya-Allah," katanya kepada BH Online.
Ahad lalu, dialog dilafazkan Fizi dalam episod berkenaan yang menyentuh persoalan di mana syurga untuk anak yatim, mencetuskan perbalahan peminat di Indonesia dan Malaysia.
Sepantas kilat, komen 'Fizi is cancelled' menjadi tular di laman sosial terutama Twitter.
Burhanuddin berkata, reaksi terhadap dialog Fizi itu membuktikan siri animasi Upin & Ipin dekat di hati peminat termasuk di Indonesia.
"Sekalipun karakter animasi ciptaan manusia, apa yang dipersembahkan seolah-olah mereka wujud di alam realiti.
"Emosi sungguh penonton di Indonesia apabila Fizi melafazkan dialog berkenaan. Jelas mereka sebenarnya sangat sayang dengan watak Upin dan Ipin.
"Ada sebab dialog dilontarkan Fizi termasuk babak itu diwujudkan. Ini kerana persoalan di mana syurga bagi anak yatim, terus berlegar dalam fikiran kita," katanya.
Siri Upin & Ipin dilaporkan sudah memasuki musim ke-14 di Indonesia.