CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43526|Reply: 881

[Tempatan] Ramai belajar dari kesilapan silam ketika PKP. Masa sebelum PKP berjoli sakan dg

  [Copy link]
Post time 28-5-2020 03:37 PM | Show all posts |Read mode
Azmeer kesal joli sakan, beli 7 kereta

KUALA LUMPUR: Pengalaman lampau pertahanan kental Kedah, Azmeer Yusof yang pernah 'menggilai' kereta dan berbelanja mewah ketika muda jelas memberi pengajaran berguna buat dirinya.

Justeru, pemain berusia 30 tahun itu mengingatkan pemain khususnya yang ketika ini sedang menikmati gaji besar supaya dapat berfikir mengenai masa depan dan tidak terlalu boros untuk menggunakan gaji ke arah perkara 'bukan-bukan' yang sama sekali tidak menguntungkan.

"Jangan mohon kad kredit kalau tidak disiplin untuk membayar. Jangan mohon pinjaman peribadi dan simpan duit dalam Unit Amanah, Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau tabung. Jangan beli kereta dulu sebelum beli rumah kecuali beli kereta terpakai atau murah.

"Kurangkan membeli belah benda yang mahal tetapi tidak digunakan dan beli emas. Insurans juga penting sebagai perlindungan dan berhenti merokok serta beli rumah," nasihat Azmeer.

Dia mendedahkan, dia mengharungi permulaan hidup yang cukup mewah ketika zaman muda dan situasi itu menyebabkan dia langsung tidak berfikir panjang untuk menyimpan dan membeli rumah serta melabur dalam bidang yang menguntungkan.

"Saya pernah membeli tujuh kereta dan ketika umur mencecah 30 tahun, saya masih tidak dapat selesaikan hutang. Saya rasa seperti manusia paling bodoh di dunia kerana dengan gaji dari 2009 hingga 2019, saya sepatutnya selesaikan semua hutang itu tetapi saya gagal.

"Antara perkara bodoh yang saya buat adalah memohon sehingga lima kad kredit, buat pinjaman peribadi dan beli kereta Satria Neo, Honda City, Mitsubishi Lancer, Audi, Honda FD, Vellfire dan D-Max. Saya cuba beli rumah pada 2014 tetapi pinjaman tidak lepas kerana pinjaman peribadi, kad kredit, kereta dan lain lain.

"Selepas itu, saya berjanji untuk menjual semua kereta kecuali Vellfire kerana saya niatkan untuk kegunaan ibu bapa. Saya selesaikan hutang kad kredit dan juga pinjaman peribadi. Sebelum ini, komitmen saya mencecah RM10,000 sebulan, kini ia semakin sikit dan tidak memeningkan kepala kalau gaji tidak masuk atau apa-apa terjadi pada karier saya.

"Apa yang berlaku semua ini juga, Allah 'menghadiahkan' rumah sendiri kepada saya di Alor Setar. Semoga menerusi sebuah rumah ini, saya dapat kembangkan lagi untuk membeli membeli seberapa banyak rumah dengan izin Allah," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2020 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagusnya.. Moga boleh selesaikan hutang jugak sebelum pencen nnt... Amin..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Cable replied at 28-5-2020 03:55 PM
keje gomen ke..tahniah..jngn jd cai dap.

Cable.. Iya..
Keje gomen paling bawahan..
Harap boleh panjang umo. Nk merasa pencen..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum nak menikah dengan lelaki eloklah siasat dulu pengurusan kewangan dia. Takut gaji je rm10k tapi nak bagi nafakoh rm500 pun tak lepas..hutang bank, membership, subscription, hobi lagi

Mintak 1/4 daripada pendapatan beliau sebagai nafkah isteri. Kalau cash ditangan pon takde, memang hutang belambak la tu


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2020 04:06 PM | Show all posts
Cable replied at 28-5-2020 03:59 PM
aku doakn smoga ko naik pangkat

dlm gomen
kenaikan pangkat
kenaikan gaji
tu semua time based
sampai masa tetap akan naik
so sementara tu bercuti la Raya di kampung sambil bagi alasan terkandas
sampai masa
balik KL je
naik pangkat
naik gaji



Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 04:08 PM | Show all posts
semua dah bagus apa yg dia cakap..part nak beli rumah byk2 takyahla kot..takat nak sediakan utk anak sorang satu okla, tapi sebagai investment lebih dari 2 bijik, better buat bisness..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2020 04:14 PM | Show all posts
KIM.K replied at 28-5-2020 04:00 PM
Sebelum nak menikah dengan lelaki eloklah siasat dulu pengurusan kewangan dia. Takut gaji je rm10k t ...

sama jer pompuan pun.
nak kawin kena check background pompuan, banyak hutang ker tak.
nanti terkawin, sekali dengan pakej hutang.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 04:14 PM | Show all posts
R2D2 replied at 28-5-2020 04:06 PM
dlm gomen
kenaikan pangkat
kenaikan gaji

Cikgu aje yang time based.
Yang lain ikut merit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2020 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 28-5-2020 04:06 PM
dlm gomen
kenaikan pangkat
kenaikan gaji

Cikgu dgn PTD ye la time based. Jawatan lain ikut kekosongan especially pelaksana
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pulak.. 2 bulan sebelum kes covid-19 bermula aku selesaikan personal loan.. Start bulan June aku nak cuba saving dalm asb sebulan 1k.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 04:23 PM | Show all posts
sampai 7 bijik kereta dia..mentang2 la seminggu ada 7 hari
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 04:26 PM | Show all posts
Edited by Boomibulat at 28-5-2020 04:29 PM

Tumpang share..

'Jangan jadi seperti Ronaldinho'

Oleh Syafiq Aznan
syafiq.aznan@bh.com.my

KUALA LUMPUR: "Ambil iktibar daripada Ronaldinho!"

Itu saranan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustaffa kepada penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid yang dilihat berbelanja mewah menerusi pembelian kereta baharu, Porsche Cayman 987.

Menurut Sadek, tiada siapa boleh menghalang sekiranya Safawi mahu bergaya hidup mewah, namun sebagai pemain bola sepak, dia perlu tahu untuk menyeimbangkan keperluan dan kehendak serta memiliki perancangan strategik untuk persaraannya nanti.

"Kita lihat banyak contoh di mana pemain hidup mewah namun selepas tidak lagi bermain, mereka terbeban dengan hutang contohnya pemain bola sepak terkenal, Ronaldinho. Kita tidak mahu Safawi berada dalam situasi sama nanti.

"Bergaya itu tidak salah tetapi perlu beringat juga. Karier bola sepak tidak begitu panjang, jadi sebab itulah ketika dia sedang berada di puncak ketika ini, dia perlu ada rancangan untuk hari tuanya.

"Sebagai pemain muda, dia boleh mengambil nasihat daripada pemain senior di JDT yang banyak meneroka peluang di luar bidang bola sepak seperti hartanah dan perniagaan.

"Tidak salah berseronok ketika waktu muda bagi menjaga imej eksklusif tetapi pastikan kita dapat terus selesa pada hari tua nanti khususnya kalau tidak lagi terbabit dalam industri bola sepak," katanya.

Terdahulu, Ronaldinho yang juga pemenang Ballon d'Or pada 2005 dilaporkan memiliki kekayaan 80 juta pound (RM428 juta) namun selepas bersara, dia berdepan pelbagai masalah dan dikatakan hanya memiliki 5 pound (RM26) dalam akaun banknya.

Sementara itu, legenda bola sepak Johor, Rizal Sukiman melihat kemewahan yang dinikmati Safawi ketika ini dapat menjadi motivasi kepada pemain muda yang lain dalam usaha meningkatkan prestasi masing-masing.

"Dia pemain yang muda tetapi sudah mencapai apa yang dihajatkan. Dia boleh menjadi model, bukan sahaja kepada pemain muda tetapi kepada remaja seusianya untuk terus bekerja keras dalam bidang yang diceburi.

"Apa yang Safawi dapat ini juga membuktikan bahawa JDT sentiasa menjaga kebajikan pemain dan secara tidak langsung memberi kesan positif kepada prestasi pemain," katanyA
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 04:43 PM | Show all posts
palmolive replied at 28-5-2020 04:23 PM
sampai 7 bijik kereta dia..mentang2 la seminggu ada 7 hari

lelaki kan suka kereta.. tp dahsyat gak sampai 7..
tapi aku berangan2 pun nak ade 3 kereta

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 04:44 PM | Show all posts
awanysss replied at 28-5-2020 04:43 PM
lelaki kan suka kereta.. tp dahsyat gak sampai 7..
tapi aku berangan2 pun nak ade 3 kereta

kalo status bangsawan sesuai la nak bela smpai 7..70 pun takpe..buat sewa..hehehe
setakat makan gaji, rentikan la
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
I banyak beli emas sblum pkp
Masa tu harga rm190/gm la paling mahal pun
Skrg harga emas naik banyak
Nak jual semula emas pun paling skit leh dapat rm205/gm , mmg ada untung skit
Tapi rasa syg plak nak jual sbb emas i design lawa2 yg beli mmg utk pakai bukan semata pelaburan

Cuma nak kata, mmg betul lah untung beli emas ni , kalau sesak2 boleh jual or gadai

Tapi kenalah juga beli peti besi yg berkualiti ye
Sembunyi2 skit
I sejak pkp mmg x pakai emas sbb sangat risau
Simpan je dulu
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kereta ni liabiliti. Nak beli maksimum dua pun cukup. Satu compact car - utk gi keje, nk rempit time urgent, mudah parking, jimat minyak etc. Satu lagi kete mpv atau suv utk balik kg bawa keluarga bagai. Gitteww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2020 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
"Saya selesaikan hutang kad kredit dan juga pinjaman peribadi. Sebelum ini, komitmen saya mencecah RM10,000 sebulan, kini ia semakin sikit dan tidak memeningkan kepala..."

Mesti lega sangat dapat settle hutang-hutang CC & PL
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2020 05:33 PM | Show all posts
kad kredit kalau kita mampu kasi zero angka sebelum statement sampai
memang disiplin kewangan kita tahap tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
7 kereta ko. ......satu kereta pun akak x mampo
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
kad kredit sesuai tuk org yg benar2 disiplin guna dan bayar. kalau reti pakai..leh dapat cash rebate atau point. leh tukar ke voucher atau apa. jimat situ. tapi mmg kena disiplin tahap langit ke7.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.074601 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list