CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 860|Reply: 6

[Tempatan] Salah guna kuasa, bekas guru besar dipenjara, denda.

[Copy link]
Post time 28-5-2020 07:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 28-5-2020 03:17 AM



Salah guna kuasa, bekas guru besar dipenjara, denda


Oleh Mohd Roji Kawi
mdroji@nstp.com.my
























































PETRA JAYA: Mahkamah Tinggi Kuching hari ini menjatuhkan hukuman tiga tahun penjara dan denda RM430,950 terhadap bekas guru besar atas pertuduhan salah guna kuasa, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Supang Lian menjatuhkan hukuman penjara itu terhadap, Ismail Idris, 61, berkuat kuasa hari ini selepas rayuan pihak pendakwaan dibenarkan, manakala perintah lepas bebas tertuduh diketepikan.

Pendakwaan kes berkenaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nisla Abdul Latif, manakala tertuduh diwakili peguam, Baxter Micheal.

Berdasarkan fakta kes, pada 20 Jun 2016, pelantikan Jawatankuasa Sebutharga Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Sekolah Tan Sri Dr Sulaiman Daud (SK Gita No 2) dibuat oleh tertuduh yang ketika itu guru besar sekolah berkenaan bagi melantik pembekal RMT untuk tempoh Julai 2016 hingga November 2016.

Mesyuarat Jawatankuasa Pemutus diadakan pada 24 Jun 2016 di pejabat Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kuching.

Hasil mesyuarat, semua Ahli Jawatankuasa Pemutus yang dilantik memilih Mazuri Katering sebagai pembekal RMT yang baharu mulai 1 Julai 2016 hingga 25 November 2016.

Sebelum pemilihan Mazuri Katering sebagai pembekal RMT yang baharu, pada pertengahan Jun 2016, tertuduh menghubungi pemilik Mazuri Katering yang dikenali sebagai Jimmy dan Sharifah Mazuri sebelum berjumpa dengan Sharifah Mazuri untuk berbincang bagi mengambil alih pembekalan RMT supaya dilaksanakan oleh syarikat isteri beliau.

Tertuduh menawarkan lima peratus keuntungan kepada Mazuri Katering dan Jimmy serta Sharifah Mazuri terpaksa akur kerana tender kantin bergantung kepada tertuduh.

Tertuduh juga menjanjikan projek RMT 2017 akan diberikan kepada Mazuri Katering.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2020 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tamak punya pasal. Hilang pencen, hilang nama baik. Kesian anak bini kena suap duit tak halal
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Sayangnya..habis pencen

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 10:38 PM | Show all posts
Apa lah pendakwa ni.......Suroh dia pulangkan separuh duit tu dah lah........... ;D
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 03:09 PM | Show all posts
tiga tahun penjara dan denda RM430,950


banyak jugak denda tuh....kena penjara lagi.
kesian..
dah tua2 patut duduk rehat kat rumah. last2..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 11:20 PM | Show all posts
Megikari replied at 28-5-2020 11:47 AM
Tamak punya pasal. Hilang pencen, hilang nama baik. Kesian anak bini kena suap duit tak halal

Nampak peluang buat duit di depan mata, jadi buta hati, nak menyesal pun nama sudah buruk dipandangan masyarakat, semoga taubat dengan bersungguh-sungguh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2020 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
kat sekolah lama aku.GpK hem bergabung dgn pekerja kantin singkir tokei kantin..  GPK hem luluskan tender yg dibuat oleh pekerja kantin itew..katanya GPK HEM Siap tlg isikan borang lagi... GPK HEM paling bangsat pernah aku jumpa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.124197 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list