CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 656|Reply: 8

[Tempatan] Pusat hiburan belum dibenarkan beroperasi

[Copy link]
Post time 28-5-2020 09:42 PM | Show all posts |Read mode
Pusat hiburan belum dibenarkan beroperasi

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur masih tidak membenarkan mana-mana pemilik pusat hiburan seperti karaoke, disko dan pub membuka premis sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sehubungan itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, menasihatkan semua pemilik, operator dan pengurusan pusat hiburan untuk akur dengan arahan kerajaan.

"Masalah yang bakal timbul adalah apabila aktiviti premis hiburan ini kembali beroperasi, orang ramai akan berpusu-pusu untuk berhibur dan COVID-19 akan mudah tersebar.

"Ini akan mensia-siakan usaha kerajaan dalam memutuskan rantaian gejala ini yang pada masa ini pun masih belum mencapai sasaran yang diharapkan," katanya selepas meninjau penugasan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, di Plaza Tol Jalan Duta, petang tadi.

Beliau berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemilik pusat hiburan yang masih berdegil menjalankan aktiviti mereka ketika PKPB.

"Ini kerana sebarang elemen yang mempunyai kaitan dengan pusat hiburan masih tidak dibenarkan oleh kerajaan termasuk disko, karaoke dan pub.

"Saya meminta orang ramai yang mengesan mana-mana pusat hiburan yang masih menjalankan operasi mereka untuk memaklumkan kepada pihak Polis Kuala Lumpur menerusi talian 03-21159999," katanya.

Kelmarin, pihak polis menyerbu sebuah pusat hiburan di Hartamas, di sini serta menahan 10 individu termasuk empat wanita warga Thailand dan seorang lelaki warga India.

Hasil saringan air kencing mendapati empat lelaki tempatan dan tiga wanita Thailand positif dadah jenis syabu. Mereka turut dikenakan kompaun kerana melanggar PKPB.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2020 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Cable replied at 28-5-2020 09:46 PM
nnti nk tutup pusat hiburan pn siti kassim compare pusat hiburan ngn universiti lak...paling best di ...

Uitm tu selalu dipandang rendah.. Tapi MNC byk ambik budak Uitm
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku beli mikrofon, tak payah bazir duit pergi karok
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tutup jelah smpi bila2. Tak mati pon kalo tak jejak kaki pi disko or pub.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tutup terus pun ok
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Disco from home
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2020 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Norma baru

  


Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitchen disco dengan family

  

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2020 02:13 AM | Show all posts
Time mcm ni pun masih gigih nak berhibur kat disco.
Tak takut agaknya kes mcm kat jepun aritu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.262014 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list