View: 6465|Reply: 87
|
[Tempatan]
Berita mlm kagum:Guru selamatkan lima remaja hanyut selepas kereta terjunam dlm
[Copy link]
|
|
PASIR SALAK - Seorang guru sanggup mempertaruhkan nyawa untuk menyelamatkan lima remaja perempuan yang hanyut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas ke dalam tali air di Kampung Teluk Sena, Kampung Gajah di sini semalam.
Kejadian sekitar 12.20 tengah hari itu disedari Muhammad Nor Imran Maula Abd Jalil, 31, yang kebetulan melalui jalan tersebut ketika dalam perjalanan menuju ke Hutan Melintang
Menurutnya, beliau terkejut selepas terlihat seorang mangsa dalam keadaan basah kuyup dan cemas keluar dari kawasan semak cuba meminta bantuan.
Dalam fikiran saya ingatkan dia terjatuh motosikal dan saya berhenti untuk lihat keadaan. Mangsa yang dalam keadaan menggeletar terus meminta bantuan untuk selamatkan kawan-kawan dia yang lain.
“Saya bergegas ke tepi tali air dan lihat dua orang berada tepi tebing berpaut pada kayu manakala, dua lagi sedang bergelut dibawa arus,” katanya.
Nor Imran berkata, tanpa berfikir panjang, beliau terus terjun untuk menyelamatkan keempat-empat mangsa.
“Saya berenang mendapatkan dua mangsa yang sudah hanyut terlebih dahulu dan berjaya memaut mereka dan bawa ke tebing.
“Pada masa sama, dua mangsa yang berpaut pada kayu terlepas pula daripada pegangan kerana arus kuat namun saya sempat berlari dan terjun dapatkan mereka dan mereka sempat mencapai tangan saya,” katanya.
Katanya, seorang mangsa tidak sedarkan diri telah diberi bantuan kecemasan menggunakan kaedah Pernafasan Resutasi Kardiopulmonari (CPR).
“Mujur seorang pengguna jalan raya lain berhenti dan beri bantuan CPR. Saya memang tidak berdaya lagi selepas menyelamatkan mereka.
“Saya bersyukur apabila mereka semua sedar dan jelas masih dalam keadaan trauma. Kereta Proton Saga mereka pula tenggelam,” katanya.
Difahamkan kesemua mangsa yang berusia 18 tahun itu telah dibawa ke Hospital Teluk Intan dan Changkat Melintang bagi mendapatkan rawatan.
Video guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Sekolah Rendah Agama Rakyat Parit 25 Baroh, Tanjung Bayan, Hutan Melintang itu tular di media sosial selepas berjaya menyelamatkan kesemua mangsa.
Katanya, beliau yang juga anggota Jabatan Amal Pas Bagan Datuk bercadang untuk melawat mangsa bagi mengetahui perkembangan terbaharu mereka.
https://www.sinarharian.com.my/article/85215/EDISI/Perak/Guru-selamatkan-lima-remaja-hanyut |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Panjang umur dak dak ni...
Semoga jadi org la ye dik. |
|
|
|
|
|
|
|
Adik2 pergi mana pkpb sekarang? Syukur semuanya selamat.
|
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah syukur semua selamat .. |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah di sini jodoh dia dipertemukan?
Terimakasih cikgu Imran.
|
|
|
|
|
|
|
|
Reramai tu pegi mana dek?
Kamg x pasal kena bayar kompaun |
|
|
|
|
|
|
|
Nak gi mana ramai ramai tu, masuk tali air pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan urusan. Yg kena cpr tu, ok tak? |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 29-5-2020 06:45 AM
Reramai tu pegi mana dek?
Kamg x pasal kena bayar kompaun
Hahahaha aduii... Betol Tu. Siap la tunggu Surat cinta.
Apahalpon terima kasih cikgu Imran. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulilah....masih dipanjangkan umur |
|
|
|
|
|
|
|
Mak ayah mana? Dekat flat ni selamba je acik2 biarkan anak dorang merayau. Bila kena tahan polis, terus kata anak saya anak yg baik... |
|
|
|
|
|
|
|
Layak untuk dapat pingat PGB... Aku serius ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih cikgu. Apsal xramai comment |
|
|
|
|
|
|
|
semoga dpt balasan baik atas kebaikan yg dia buat ni... kalau dia belum kawin, mana la tau jodoh dgn salah sorg dr mangsa yg diselamatkan tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
bila google tali air.. dia mcm sungai kecik jek kan..tak sangka plak sampai ada org blh lemas ea.. mcm 1st time plak dengar org blh lemas dlm tali air.. daku sampai google mcmne bentuk tali air ni.. huhu |
|
|
|
|
|
|
|
hebat cikgu ni..bukan mudah wei nak selamatkan..silap2 diri sendiri yg lemas |
|
|
|
|
|
|
|
by the way keturunan hingya ka cekgu nih
ka mamak
|
|
|
|
|
|
|
|
Menyesal tak masuk bulan sabit merah masa sek dulu. Nak buat cpr pun tak reti. Berenang pun tak tau. Kalau ada di tempat kejadian pun tak dapat membantu. |
|
|
|
|
|
|
|
Syabas buat Utz yang gigih membantu. Buat mangsa macam mana boleh sampai kereta terjun masuk tali air macam tu pandu laju ke maklum ler memandu dengan kawan2. Juga nak kemana time pkpb ni gi beraya ke hapa. |
|
|
|
|
|
|
| |
|