CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2819|Reply: 40

[Tempatan] Guna saving mak utk melabur emas RM86,270. Kena tipu rupanya. Mesti mak dia kece

[Copy link]
Post time 29-5-2020 10:33 AM | Show all posts |Read mode
Guna wang ibu, pelajar ditipu RM86,270 skim labur emas


KUANTAN: Terpedaya dengan pujuk rayu rakan baharu, seorang pelajar universiti dekat ini menggunakan wang simpanan ibunya sebanyak RM86,270 untuk pelaburan emas yang tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata kejadian bermula apabila lelaki yang dikenali sebagai Syed Omar meminta mangsa untuk melabur dalam pelaburan emas kononnya kelolaan Bank Negara pada 2 Mei lalu.

Menurutnya, mangsa pada mulanya enggan melabur namun selepas dipujuk dan dimaklumkan bahawa wang itu akan dipulangkan, membuatkan mangsa tertarik dan bersetuju.

"Mangsa kemudian membuat pemindahan wang RM86,270 dari akuan ibunya secara berperingkat pada 3 hingga 23 Mei lalu ke dalam akaun lelaki yang baru dikenalinya 10 bulan lalu.

"Pembayaran sebanyak itu dibuat adalah bayaran untuk modal pelaburan dan bayaran denda kelewatan bayaran modal," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Wazir berkata, sehingga kini, suspek masih mendesak mangsa membuat bayaran dan berikutan itu mangsa merasakan dirinya tertipu lalu tampil membuat laporan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan(IPD) semalam.

Beliau berkata, modus operandi yang digunakan suspek ialah dengan menawarkan pelaburan emas yang tidak wujud sehingga mendorong mangsa memasukkan wang ke dalam akaun suspek.

Jelasnya, berikutan itu mangsa mengalami kerugian dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2020 10:39 AM | Show all posts
Lebih baik adik ini membeli emas fizikal sahaja dengan nilai itu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Takpa la nak. Blaja dari kesilapan. Nasik dah jadik bubur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2020 10:50 AM | Show all posts
dulu rajin jugak org promote emas Zhulian
sekarang senyap ja
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 29-5-2020 10:48 AM
Takpa la nak. Blaja dari kesilapan. Nasik dah jadik bubur.

baiknya mak...
mak saya amat memahami..
saya sayang mak saya..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut bl emas seketul2 tu je.. Dpt hasilnye..kesian.. Tp mmg ramai yg kn mcm ni.. Kawan2 aku pun ramai kn mcm ni. Mdah kn sekali.. Kn lg berkali2.. Srh bl emas seketul2 x nak.. Alih2 berpuluh2 ribu kn tipu.. Paling abis report polis je..duit mmg hangus la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2020 10:54 AM | Show all posts


Aii teka budak tu mestikkk budak perempuan.


Awat bodohnya ko dik?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Camana dia ada akses wang simpanan mak dia?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2020 10:56 AM | Show all posts

She used nearly RM90k of her mum’s money in bogus gold investment scheme
    Friday, 29 May 2020
    10:47 AM MYT


KUANTAN (Bernama): Excited about joining a gold investment scheme, a student transferred RM86,270 from her mother’s bank account, not realising that she had been scammed by someone she only met on social media.

Pahang Commercial Crime Investigation Department head Supt Mohd Wazir Mohd Yusof said the 23-year-old victim said she met the male suspect on the Omi Chat application in mid-July last year before he invited her to join the investment scheme early this month.

"The suspect said the investment was recognised by Bank Negara Malaysia and although the victim was initially not interested, she was finally convinced to join after the suspect assured her that she would get back her money, plus profits.

"The victim said she made the online money transfer transactions in stages from her mother’s savings account to one provided by the suspect from May 3 until May 23, ” he told reporters here Friday (May 29).

Supt Wazir said the victim claimed that other than the capital amount, the payments included processing fees and penalties as she was late in making the down payment.

The victim became suspicious about the “investment“ after the suspect kept asking for money for various reasons, and she finally refused to continue with the investment and asked for her money back.

However, the suspect refused to give it back, and the victim lodged a report at the Kuantan District Police Headquarters here yesterday (May 28).

Investigations are being conducted under Section 420 of the Penal Code, which provides for a jail sentence of up to 10 years and caning, with the possibility of a fine, if convicted. – Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
yuki812 replied at 29-5-2020 10:52 AM
baiknya mak...
mak saya amat memahami..
saya sayang mak saya..

Kang mak cakap lebih2, ko pi bunuh diri lak. Tau la anak2 sekarang, cepat koyak.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
nanti dah tua budak ni kne negro love scam pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ada scam jual sijil emas.
Konon beli sijil itu equivalent to beli let say 1 kg emas.
Bayar cash dapat sijil je. Emas fizikal tak de konon disimpan olih Bank2. Lagipun bahaya bawa emas kemana-mana
Alkisah....... I kg emas yg memang tulin disimpan scammer. Tapi 1kg emas itu mengeluarkan beribu-ribu sijil
Investor taik kucen bayar harga semasa 1 kg emas tapi dapat sijil yg tiada nilai.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 11:12 AM | Show all posts
Edited by auntieagony at 29-5-2020 11:14 AM

Scam emas ni dah dari zaman tok kaduk lagi - dah berpuluh2 thn tapi masih "bertahan". Walaupun dah byk kes2 terdahulu terjadi. Scammers masih dpt memperdayakan mangsa2. Kental betul.

Setiap thn ada jer yg rekomen melabur ke dlm emas. Jawapan ringkas auntie adalah auntie lebih suka beli barang kemas sbb boleh pakai. Yg emas jongkong dan sijil emas tak boleh gantung kat leher atau pakai kat pergelangan tangan atau pakai kat jari. Terus senyap lah.

Dan jgn tamak. Scammers akan kata untung melabur dlm emas. Potensi keuntungan akan melipatganda. Auntie jawap ada jer pelabur2 emas yg mengeluh kerugian.
Btw, kesian kat mak pelajar tu. Duit tabungan bertahun2 lenyap begitu saja. Harap mak pelajar tu ada tabungan di akaun2 yg lain. Insya Allah. Dan harap pelajar tu bayar balik duit maknya secara bulanan (bila dah bekerja) sehingga ke akhir hayat maknya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 11:20 AM | Show all posts
R2D2 replied at 29-5-2020 10:50 AM
dulu rajin jugak org promote emas Zhulian
sekarang senyap ja

apa jadi pada emas zhulian????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2020 11:28 AM | Show all posts
Harian Metro
@hmetromy

#kuantan Terpedaya dengan habuan lumayan oleh rakan lelaki yang baru dikenali 10 bulan lalu, membuatkan seseorang pelajar menggunakan semua wang simpanan ibunya sebanyak RM86,270 untuk dilaburkan dalam pelaburan emas tidak wujud.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Adoiiii.. ko jgn caya pelaburan emas2 bagai ni lah dik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2020 11:29 AM | Show all posts
bitcoin PH apa cite?
tu pun senyap jugak
bersama dgn Tabung Harapan
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 11:34 AM | Show all posts
Sebab itu, kita kena siasat dahulu apa-apa pelaburan yang diperkenalkan dan banyakkan bertanya kepada yang pakar, yang penting semak dengan Bank Negara, semoga sipelaku dapat diberkas dan diberikan hukuman yang setimpal
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ada gay ni selalu la post pasal labur emas. sekarang ni dah diam dah. Ingat lagi dia kata siapa yg tak melabur lagi2 utk emas, esok lusa hidup susah.. kemain dia perli orang lain. Aku padankan muka kau je. Sekarang ni kau hidup pun takut bayangan sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
86k? Gila kau dik.. Kalau akak dulu buat mcm ni mmg jd homeless terus la akak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.433597 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list