CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12627|Reply: 86

Akui Bercinta Dengan Intan, Harris Belum Rancang Next Step

[Copy link]
Post time 29-5-2020 10:54 AM | Show all posts |Read mode
"Kita semua pun masih berada dalam 'mood' Raya dan setakat ini, tiada sebarang perancangan."


Wah, akhirnya dapat pun pengakuan daripada pelakon, pengacara dan penyanyi remaja, Harris Alif, 21, mengenai hubungannya dengan Intan Ladyana, 38.


Berkata kepada GEMPAK, Harris bagaimanapun belum ada perancangan untuk bawa hubungan mereka ke peringkat lebih serius.




Kredit foto: IG Harris




Namun, dia akui sudah menyulam cinta dengan Intan sejak beberapa bulan lalu lagi.

"erancangan untuk ke next step dalam masa terdekat ni? Belum ada lagi. Rasanya masih awal lagi untuk memperkatakan mengenai perkara terbabit.

"Buat masa ini, kita sama-sama 'looking forward' untuk kembali bekerja memandangkan sudah lama bercuti akibat Perintah Kawalan Pergerakan semenjak Mac lalu," katanya.


Sebelum ini, Harris mengakui kepada GEMPAK bahawa keperibadian Intan yang baik membuatkan hatinya terpikat dengan aktres itu.

"Sejujurnya, saya dah kenal lama dengan Intan. Lebih sembilan tahun. Tapi ketika itu tak ada perasaan langsung sebab kenal sebagai kawan sahaja.

"Kalau berjumpa di acara, kami bertegur sahaja. Kami rapat semenjak beberapa bulan lalu. Kami sering berhubung dan bermula dari situ, hubungan kami terjalin," jelasnya.




  



Bagaimanapun, di awal hubungan mereka ada juga terdetik soal perbezaan jarak usia yang agak jauh.

"Lama kelamaan apabila kami meneruskan hubungan, perkara terbabit tak menjadi masalah.

"Umur bukan isu yang besar atau menjadi penghalang untuk kami. Tidak sama sekali. Tak menjadi penghalang langsung," katanya lagi. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2020 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa tu hang baru habes UPSR.. mana la hang nak ada prasaan dikk ooii...
Walopapepon, semoga dipermudahkan urusan... walopon iols rase geli, iols tak tau apa jodoh kome..

"Sejujurnya, saya dah kenal lama dengan Intan. Lebih sembilan tahun. Tapi ketika itu tak ada perasaan langsung sebab kenal sebagai kawan sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp x nampak beza sgt umurnya sbb Intan awet muda.. harris lak nampak mcm dh late 20
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Intan ni mmg cantik. Last yr aku pi holiday kt Langkawi. Mlm tu jln2 kt Cenang Walk, Intan tgh shooting. Lalu tepi dia, dlm hati aku dok puji cantiknye Intan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Maknanya usia dia 12 thn dah jumpa Intan...kat manalah budak 12thn jumpa/kawan dgn perempuan 29 thn...berjiran ke...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 11:10 AM | Show all posts
haiyyyyoooo teus downgrade taste intan....

kalau ko kawin umur 16 tahun, umur 17 tahun beranak, ni boleh anggap mcm baya anak jer....
sorry iolsss mmg against deme yg kawin umur jauh beza gini sama mcm dct n dk tu pun sama it makes me cringe hawauuuu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2020 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Lebih baik x payah mengaku. Kesian Intan. Kalau x jadi. Tp apa pun, jodoh tu kerja Tuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka haris ni sebijik macam sepupu iols.. so lantak kau la dik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2020 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Cian intan.. ngan kevin, kamal kemain lama bercinta pastu putus.. extend sampai 38 dah umur.. ngan budak kecik ni mesti extend lagi... sampai 45 agaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca kenyataan dia pun dah menunjukkan tahap kematangannya. Kalau I jadi intan mmg buang Masa melayan budak2 mcm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Intan u lawa..leh dapat someone better
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai Intan..cari la yg lbh kurang baya je. Ini budak sgt. Buang masa je klu nak tunggu dia ready nk kawen.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Err..seriously intan?   Boleh dpt yg lagi better kut. Emm...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Mostly lelaki macam ni la, depa start relationship sebab nak ada girlfriend je, bukan target nak jadikan wife pun awal-awal tu. Depa tak faham kita perempuan ni mula-mula relationship je pun dah terdetik baju colour apa untuk sanding.

Tak semua la macam ni tapi kebanyakan gitu la. Ini general statement je ye.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Bile nk rancang dik.. Org tu dah nk masok 40. Nk mengandung lg beranak lg. Tp mane thu intan cm choi jiwoo (xthu btol x name lol) heroin winter sonata beranak at 46.

So teroskn la dik
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 11:48 AM | Show all posts
Intan ni dalam gambar cantik level artis kan, kalu depan depan terpelanting cantiknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2020 12:09 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 29-5-2020 10:58 AM
Masa tu hang baru habes UPSR.. mana la hang nak ada prasaan dikk ooii...
Walopapepon, semoga diperm ...

haha
kannnn

acah acah dewasa pulak ko dek

pd hal mumayizz

sunat pun belum betul2 kering
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 12:13 PM | Show all posts
Perlu ke editor cari bukak pat belas thread untuk kisah dua org ni bercinta.
Dah x significant pun.
AKu igt bebrapa hari lepas ade dah cerita ni sbb aku komen amik gmbr x ikut SOP.
Korang mmg dibayar untuk uokan artis sejuk beku ke hape ni?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
cari lain la intan... tak payah buang masa. tngok beza umur tu pon dah boleh agak tak menjadi. lain la harris ni mmg nak kahwin tahun ni jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Jodoh kat tangan Allah. Tapi si laki tu kena kuatlah. Kena hadap pandangan masyarakat kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.419916 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list