|
Edited by safriehalim at 29-5-2020 11:11 AM
Krisis kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) semakin memuncak dengan Setiausaha Kerja parti itu dipecat berkuat kuasa serta merta, semalam.
Surat pemecatan itu dikeluarkan Datuk Marzuki Yahya yang mendakwa sebagai Setiausaha Agung yang sah parti itu.
Pada 26 Mac lalu, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin melantik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Setiausaha Agung baharu parti itu.
Dalam surat pemecatan itu, dinyatakan Suhaimi dipecat kerana melanggar etika kerja dan Perlembagaan BERSATU dengan membuat keputusan berhubung pentadbiran parti serta mengeluarkan surat pemecatan keahlian tanpa pengetahuan dan tidak merujuk kepada Setiausaha Agung selaku Ketua Pentadbir Ibu Pejabat parti.
Dalam surat yang ditandatangannya itu, Marzuki menjelaskan pemecatan itu selaras dengan Perlembagaan BERSATU pindaan 2019, kaedah pemberhentian dan pemecatan ahli di bawah fasal 10 serta fasal 16.6.
Katanya, mengikut fasal 8, pendaftaran keahlian, semua perihal pengurusan keahlian dan daftar ahli ialah di bawah bidang kuasa Setiausaha Agung.
Beliau turut menjelaskan mengikut fasal 16.6, tugas Setiausaha Agung mengelola pentadbiran ibu pejabat dan semua perihal pengurusan keahlian dan daftar ahli. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|