CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1030|Reply: 12

[Dunia] Penangan COVID-19. Lebih 10,000 firma di Jepun akan muflis

  [Copy link]
Post time 29-5-2020 11:49 AM | Show all posts |Read mode
Jumlah firma Jepun muflis tertinggi sejak 2013


TOKYO: Syarikat diisytihar bankrap di Jepun berkemungkinan meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh tujuh tahun, sekali gus menabah tekanan kepada ekonomi yang terkesan oleh pandemik COVID-19.

Itu pandangan Teikoku Databank Ltd, yang mengunjurkan kes muflis akan melebihi 10,000 tahun ini, paras tertinggi sejak 2013.

Pemfailan perlindungan muflis meningkat kepada 758 pada April, dengan 123 daripadanya disebabkan faktor berkaitan pandemik berkenaan, apabila wabak itu menyebabkan hotel dan restoran menutup perniagaan, demikian menurut firma penyelidikan kredit utama yang mengumpulkan data kegagalan korporat Jepun.

"Ini lebih buruk berbanding krisis kewangan global," kata pengurus besar jabatan maklumat Teikoku Databank cawangan Tokyo, Yuya Akama, dalam satu temubual.

"Ada kebimbangan merentasi sektor seperti gedung beli belah, hospital, syarikat penerbangan, hotel, pengendali bas pelancongan dan restoran."

Kelembapan ekonomi global dicetuskan oleh COVID-19 menyebabkan banyak syarikat 'gulung tikar' di seluruh dunia, sekali gus menjejaskan kehidupan pekerja.

Perdana Menteri, Shinzo Abe menggandakan pakej rangsangan Jepun minggu ini untuk menyokong ekonominya, yang diunjurkan penganalisis akan menguncup lebih daripada 20 peratus suku ini.

Syarikat-syarikat, khususnya bersaiz kecil hingga sederhana, memerlukan dana bukan hanya untuk mengharungi krisis buat masa ini, namun bersedia untuk gelombang kedua, kata Akama.

"Ada kemungkinan perintah darurat oleh kerajaan jika terdapat gelombang kedua atau ketiga," kata Akama.

"Tambahan lagi, pemulihan akan mengambil masa lebih panjang daripada jangkaan dan mungkin akan berlarutan sehingga gelombang kedua."

Renown Inc, syarikat pakaian yang disenaraikan di Tokyo, memfailkan perlindungan kreditor bulan ini selepas jualannya menjunam disebabkan pandemik itu.

Banyak pemilik perniagaan mungkin 'gulung tikar' tanpa memfailkan perlindungan muflis.

Kes sedemikian akan meningkat kepada kira-kira 25,000 tahun ini berbanding kurang 24,000 pada 2019, menurut Akama.

-Bloomberg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2020 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa la menteri ekonomi kita dok buat skang ni? Nampak menteri keselamatan dan kp kesihatan je aktif
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Suram je landskap ekonomi dunia selepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 01:35 PM | Show all posts
1 dunia ekonomi drop
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Skrg semua bermula Dr 0 blk.. So yg kaya x semestinye selama ye kaya.. Skrg ni sape yg pandai survive dia dpt bertahan.. Kemungkinan akan terjadi bankrup.. Akan ade yg bunuh diri, sakit jiwa sbb dah biasa senang bl jd mslh.. Abis la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2020 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin ramai la bunuh diri, lompat dpn tren pasni
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
ina_na replied at 29-5-2020 01:48 PM
Skrg semua bermula Dr 0 blk.. So yg kaya x semestinye selama ye kaya.. Skrg ni sape yg pandai surviv ...

Sapa yang hidup bersederhana tanpa hutang.... akan boleh survive... golongan commitment tinggi bakal bunuh diri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2020 03:32 PM | Show all posts
1 dunia hadapi kemerosotan ekonomi.

bertabahlah
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 04:20 PM | Show all posts
Makin bertambah lah kes bunuh diri dan kes org menghilangkan diri
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi ada jgk org tak fikir yg kehidupan akan dtg makin susah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Jepun pun teruk terkesan
Cancel lah menteri sumber manusia suruh rakyat malaysia pergi cari kerja di jepun
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 29-5-2020 02:53 PM
Sapa yang hidup bersederhana tanpa hutang.... akan boleh survive... golongan commitment tinggi bak ...

Dan sape yg dah biasa ssh.. Org kg yg dah biasa bercucuk tanam in shaa Allah blh survive..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.115832 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list