View: 4149|Reply: 21
|
[Tempatan]
tiada sidang media - Mohd Redzuan Ahli Parlimen Alor Gajah guna alasan sedang m
[Copy link]
|
|
alamak..macam mana ni? kami penyokong PH baru nak berseronok.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
jilaker, iols punya la ternanti2 pc dr 2 jembalang ni |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-5-2020 07:12 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
berita penuh...
http://www.astroawani.com/berita-politik/tiada-sidang-media-dari-redzuan-setiausaha-politik-244811
"Pejabat ini menafikan berita yang tular ini dan tiada sebarang sidang akhbar khas dari pihak Pejabat Menteri," katanya.
Setiausaha Politik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Mohd Hafeez Mohd Yunus menafikan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof akan mengadakan sidang media khas pada Jumaat.
Dalam satu kenyataan Mohd Hafeez bekata, Mohd Redzuan yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah kini sedang menjalani tempoh kuarantin.
Sejak tengah hari Jumaat, tular jemputan untuk membuat liputan sidang media khas Mohd Redzuan bersama Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Dr Shahruddin Md Salleh di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada jam 5 petang.
|
|
|
|
|
|
|
|
harizs replied at 29-5-2020 07:12 PM
berita penuh...
http://www.astroawani.com/berita-politik/tiada-sidang-media-dari-redzuan-setiaus ...
ada ura2 nak uturn ler tuu |
|
|
|
|
|
|
|
Lompat sana, kejap lompat sini.. Elok bubar aje lah........... |
|
|
|
|
|
|
|
Anwar tak nak pee esh jatuhkan pn pasal dia dok aim dpm. Madey tak nak anwar jadi dpm thats y dia nak jatuhkan pn dan trigger pru15. |
|
|
|
|
|
|
|
Menteri di JPM nafi adakan sidang media
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof menafikan laporan beliau akan mengadakan sidang akhbar hari ini.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya hari ini, pihaknya memandang serius mengenai laporan berkenaan.
"Pejabat ini menafikan berita yang tular ini dan tiada sebarang sidang akhbar khas dari menteri. Hal ini kerana Mohd Redzuan pada masa ini masih menjalani tempoh kuarantin.
"Saya ingin mengingatkan kepada semua pihak supaya sentiasa menjaga penjarakan sosial untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19," katanya.
Hari ini tersebar laporan mendakwa dua ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan mengadakan sidang media, dipercayai berhubung status mereka dalam parti itu.
Berdasarkan edaran jemputan media, Mohd Redzuan dan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh akan mengadakan sidang media di Ibu Pejabat BERSATU.
Spekulasi kedua-dua Ahli Parlimen dari BERSATU itu dijangka menarik diri daripada parti berkenaan dan jika menjadi kenyataan, jumlah Ahli Parlimen BERSATU yang menyokong Perikatan Nasional (PN) bakal berkurangan kepada 111 kerusi. |
|
|
|
|
|
|
|
dia lupa kut tkleh keluar rumah sebab kena kuarantin.
Lagi panjang drama ni.
Kita makan super ring dulu |
|
|
|
|
|
|
|
arnauld replied at 29-5-2020 07:51 PM
Anwar tak nak pee esh jatuhkan pn pasal dia dok aim dpm. Madey tak nak anwar jadi dpm thats y dia na ...
doa die goal bleh tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Lolz, takde pulak... penat je tggu |
|
|
|
|
|
|
|
Atok offer dia jadi Menteri penuh la ni.
Dalam PN cuma jadi Menteri Di JPM. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-5-2020 11:20 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
pasa replied at 29-5-2020 09:36 PM
Atok offer dia jadi Menteri penuh la ni.
Dalam PN cuma jadi Menteri Di JPM.
tak habis2 fitnah. itulah Pee H |
|
|
|
|
|
|
|
Covid covid.. tah2 mc xngaku |
|
|
|
|
|
|
|
eh orang tak sekolah mcm ko boleh la cakap camni samdol
|
|
|
|
|
|
|
|
AppropriateNick replied at 29-5-2020 11:45 PM
eh orang tak sekolah mcm ko boleh la cakap camni samdol
Aperaperla bro hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
dino replied at 29-5-2020 08:33 PM
doa die goal bleh tak?
Kalau untuk mengelakkan mudarat yg lebih besar pd negara aku aminkan. |
|
|
|
|
|
|
|
zamzam replied at 30-5-2020 08:23 AM
Kalau untuk mengelakkan mudarat yg lebih besar pd negara aku aminkan.
org tua tu mmg thp firaun
hanya kematian buat die stop.. dah bkn pm pun nak org ikut cara die |
|
|
|
|
|
|
|
dino replied at 30-5-2020 08:27 AM
org tua tu mmg thp firaun
hanya kematian buat die stop.. dah bkn pm pun nak org ikut cara die
Dah pentaksub dia kata cuma dia jer boleh jd pm selamatkan malaysia. Selamat dari apa xtau. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa susah rakyat lg bersedia utk pru dr huru hara ttengok game lompat katak sana sini |
|
|
|
|
|
|
|
Saya jumpa Tun M - Mohd Redzuan
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof mengakui beliau menemui Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam.
Ahli Parlimen Alor Gajah itu mengesahkan pertemuan itu berlangsung kira-kira 45 minit di Yayasan Kepimpinan Perdana (YPK), Putrajaya sekitar jam 9 pagi.
Mohd Redzuan menjelaskan, walaupun sedang menjalani tempoh kuarantin, beliau mendapatkan kelulusan khas daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk berjumpa Dr Mahathir.
Beliau turut menafikan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri itu ada kaitan dengan dakwaan kononnya beliau akan menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional (PN).
"Ya memang betul saya berjumpa Tun. Saya jumpa di YKP lebih kurang jam 9 pagi. Saya boleh berjumpa selepas mendapat pelepasan daripada MKN, sebab saya negatif (COVID-19).
"Pertemuan itu perjumpaan biasa. Ziarah sempena Aidilfitri. Kita kawan baik, kawan lama. Tidak ada bincang soal politik.
"Saya nasihat dan mengajak Tun supaya sama-sama bantu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai 'kawan-kawan' untuk membina semula negara sebab kita sedang dilanda COVID-19. Nampak Tun positif dengan nasihat itu.
"Pertemuan itu juga bukan seperti dilaporkan media yang saya akan tinggalkan PN. Itu tidak betul. Itu semua fitnah orang yang ada kepentingan, yang nak burukkan saya," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.
Pengesahan Mohd Redzuan itu sekali gus menamatkan spekulasi kononnya beliau akan menyertai kem Dr Mahathir dan meninggalkan PN.
Semalam juga pejabat Mohd Redzuan menafikan yang menteri itu akan mengadakan sidang media khas, atas alasan masih menjalani tempoh kuarantin.
Ahli Parlimen Alor Gajah itu menjalani proses kuarantin selepas menghadiri mesyuarat bersama Muhyididn yang turut disertai seorang pegawai dipercayai positif COVID-19, minggu lalu.
Semalam, beberapa pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dilihat menemui Dr Mahathir di Petaling Jaya.
Antaranya bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz; Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dan Dr Maszlee Malik (bekas Menteri Pendidikan).
Mohd Redzuan dan Dr Shahruddin didakwa antara pemimpin kerajaan yang disebut-sebut akan menarik diri daripada menyokong PN.
Mengulas lanjut, Mohd Redzuan menegaskan, beliau tetap fokus dan akan bersama-sama Perdana Menteri untuk memastikan negara berjaya keluar daripada krisis ketika ini serta membina semula ekonomi yang terjejas akibat COVID-19.
"Perdana Menteri sudah menjalankan kerja baik dan sedang berusaha memperbaiki ekonomi negara.
"Kita juga kekal untuk melakukan perubahan, gunakan kaedah perundangan bagi memperbetulkan segala yang tidak betul. Itu semua keputusan Perdana Menteri. Kita perlu berdiri di belakang beliau," katanya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|