CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: trunks

Tanam Kangkung,bawang Guna Tong Je Pun Boleh Hidup Subur. Mudah & jimat

  [Copy link]
Post time 30-5-2020 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya tengok, terutama part setompok setompok bawang dlm tanah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2020 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pinklepie at 30-5-2020 11:15 AM

Ada sesiapa pernah tanam bawang guna kotak telur? Menjadi tak?



Saya menanam memang tak pandai, banyak yg tak menjadi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnye..hidroponik ringkas
iols pun berazam nak menanam
Baru je belajar bela taugeh huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2020 07:20 PM | Show all posts
Edited by trunks at 30-5-2020 07:23 PM
pinklepie replied at 30-5-2020 07:14 PM
Siapa pernah tanam bawang guna kotak telur? Menjadi tak?

Saya menanam memang tak pandai, banyak y ...


pergh macam susah kot awak,sebab tak ada tanah yang sesuai
untuk tanaman
cuba tengok2 bawah ni


Cara Tanam Bawang Merah di Dalam Pasu / Polibeg Untuk Dapat Bebawang
[




Bawang merah memang menjadi antara bahan utama dalam masakan. Hampir semua masakan Malaysia ada menggunakan bawang merah sebagai bahan seperti telur dadar, masak kicap, masak sambal dan lain-lain lagi.
Saya mempunyai pengalaman menanam bawang merah sejak dari universiti lagi. Pengalaman ini membolehkan saya menanam bawang dnegan mudah di dalam pasu.
Maklumat Botani
Nama: Bawang merah
Nama Inggeris: Shallot
Nama Saintifik: Allium cepa cv. aggregatum
Keluarga: Alliaceae
Bawang merah adalah tumbuhan herba yang tiada batang keras. Bawang yang kita nampak itu adalah daun yang terubah suai. Jadi sebenarnya kita makan daun bawang.
Tanaman Penghalau
Bau bawang yang tengik mampu menghalau serangga untuk datang menyerang pokok berdekatan. Sebab itu kalau tanam bawang jarang kita lihat afid atau kutu daun menyerang.
Penanaman Bawang Merah
Bawang boleh kita tanam dengan dua cara iaitu menggunakan biji benih atau pun bebawang. Jika menggunakan biji benih, tempoh untuk tuai bawang akan mengambil masa sekitar 3-4 bulan.
Manakala jika kita tanam guna bebawang akan mengambil masa hanya sekitar 2 bulan setengah.
Bawang merah sesuai ditanam di tempat yang ada cahaya matahari penuh. Jika di tempat redup, bawang yang terhasil akan lebih kecil.
Penyediaan bebawang
Biasanya kita akan menanam bawang merah terus ke dalam pasu. Betul tak? Cara ini betul. Tiada masalah. Tapi ada cara yang lagi cepat.
Kita boleh mempercepatkan pengeluaran tunas bawang merah dengan memotong 1/3 dari atas bawang.
Jika tidak potong, bawang akan mengambil masa sekitar 6-10 hari untuk mengeluarkan tunas. Manakala dengan kaedah potong sedikit ini akan memendekkan sekitar 3-5 hari.
Contoh keratan sisi bagaimana potongan 1/3 itu.
Konsep potong ini adalah kita memotong dari atas. Jika lihat di keratan rentas ini, pada bahagian berwarna putih itu akan mengeluarkan tunas baharu. Jadi kita potong dari atas agar tunas itu mudah keluar lalu menjadi daun.
Potong 1/3 dari atas bawang merah agar tunas cepat keluar.





Video cara tanam bawang.Media Pasu
Bawang suka tanah yang poros tidak bertakung air. Terutama tanah yang kaya dengan bahan organik.
Eloknya buat campuran tanah antara kompos dan tanah hitam dengan nisbah 1:1. Cara kira sukatan mudah sahaja untuk nisbah ini. Jika kita guna 1 pasu kompos, kita guna juga 1 pasu tanah. Campur dan gaul kedua-duanya.
Penanaman dalam Pasu
Setelah kita potong atas bawang merah, kita boleh terus tanam di dalam pasu. Jika pasu saiz sekitar 10 cm diameter dan tinggi 15 cm (contohnya botol 500 mL), kita boleh menanam satu bawang.
Jika saiz pasu seperti botol 10L, kita boleh menanam 3 hingga 4 bawang merah.
Korek sedikit lubang dan masukkan bawang merah. Biar potong bawang merah separas dengan aras tanah. Kambus sedikit untuk tutup bawang merah.
Jarak sekitar 10 cm untuk setiap bawang merah.
Bawang memerlukan air yang cukup di awal pertumbuhan agar bebawang besar. Siram dua kali sehari.
Tanam bawang merah biar separas. Kambus sedikit sahaja tanah.
Pembajaan
Bawang merah paling suka baja organik seperti kompos dan baja tahi ayam. Di awal penanaman, terus letak baja selepas tanam dalam pasu.
Selepas itu letak lagi satu sudu makan baja tahi ayam setiap 2 minggu sekali.
Jika guna baja kimia, boleh letak baja NPK hijau dalam satu sudu teh setiap 2 minggu sekali.
Cantas Kuntum Bunga
Apabila bawang mencecah umur sekitar 20-30 hari selepas tanam, bawang akan mula mengeluarkan satu daun yang sedikit keras. Daun ini kalau kita perhatikan di hujungnya ada sedikit bonjol. Ini adalah kuntum bunga bawang yang akan menjadi bunga bawang.
Jika kita biarkan kuntum bunga ini menjadi bunga, segala nutrien bawang akan fokus bagi penghasilan bunga. Seterusnya menyebabkan bawang tidak menghasilkan bebawang yang berkualiti tinggi.
Oleh itu saya sarankan untuk anda membuang bunga itu dengan memotong terus daun kuntum bunga tersebut.
Dengan itu kita akan dapat menghasilkan bawang yang besar.
Kudup



bunga bawang perlu dibuang agar dapat kita tuai bebawang.
Tuai
Bawang boleh dituai setelah hampir semua daunnya rebah iaitu sekitar 35-45 hari selepas bawang ditanam di dalam pasu. Daun yang rebah ini akan berwarna kekuningan seakan layu.
1 kg bawang yang kita semai akan menghasilkan 3 kg bebawang. Sifir mudahnya satu bawang kita tanam akan menghasilkan 3-5 biji bawang lagi.
Jika kita tuai selalu daun bawang maka akan kurang besarlah bebawnag yang terhasil.
Bawang Merah Skala Komersil
Malaysia mempunyai potensi untuk menghasilkan bawang merah berkualiti tinggi. Di negara jiran kita seperti Indonesia dan Filipian petani sana mengeluarkan bawang merah berkualiti tinggi.
Potensi itu ada. Yang penting kita ingin mencuba dan terus mencuba.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2020 07:25 PM | Show all posts
KIM.K replied at 30-5-2020 07:16 PM
Bestnye..hidroponik ringkas
iols pun berazam nak menanam
Baru je belajar bela taugeh huhu

wah syabas haha..taugeh guna botol ye?


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2020 07:26 PM | Show all posts
nefnefnef replied at 30-5-2020 07:06 PM
Bestnya tengok, terutama part setompok setompok bawang dlm tanah.

kalau dah sedia untuk di petik memang nampak sedap
saya pun teringin hehe.bab nak mula kan tu,kalau
azam kita tak kuat,susah nak jadi juga ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2020 07:42 PM | Show all posts
sarah82 replied at 30-5-2020 06:28 PM
Nak kena cari pasir la mcm ni.. Nak tanam bawang.. Makcik nak tanam ubi.

xperlu... dah tanam nti setiap petang membawang saja dengan jiran sebelah atau di telefon
suburlah nti


Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 30-5-2020 07:42 PM
xperlu... dah tanam nti setiap petang membawang saja dengan jiran sebelah atau di telefon
suburla ...

Kitaorg x membawang pun Abuk.. Kitaorg sembang ttg masakan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2020 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 30-5-2020 11:20 AM
pergh macam susah kot awak,sebab tak ada tanah yang sesuai
untuk tanaman
cuba tengok2 bawah n ...

Terima kasih . Saya pernah tanam bawang ni dah naik daun pun, tapi mungkin sebab terlebih siram air, pokoknya mereput .
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 01:57 PM | Show all posts
pinklepie replied at 30-5-2020 07:14 PM
Ada sesiapa pernah tanam bawang guna kotak telur? Menjadi tak?

pernah cuba. tak jadi. mungkin bekas telur tak cukup byk. dlm gambar tu susun bertingkat juga.


Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
meow_tompok replied at 31-5-2020 05:57 AM
pernah cuba. tak jadi. mungkin bekas telur tak cukup byk. dlm gambar tu susun bertingkat juga.

...

Ooo perlukan banyak lapisan kotak, saya ingat selapis jer dah cukup. Nampak macam senang tapi susah jg yer
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2020 08:41 AM | Show all posts
antara bercucuk tanam & bertukang,

i pilih untuk ddk tepi kolam sambil nyanyi

Wahai bondakuuuu...bondaku si ikan kaloi,
Timbullah bonda oiiii.....timbullah tunjukkan diri...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2020 04:31 PM | Show all posts
supermod punya ke?? aduhhh jelesnya....saya tanam kangkung jugak..tumbuh tapi halus halus, bende pun halus...haih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2020 04:50 PM | Show all posts
adila39 replied at 19-6-2020 04:31 PM
supermod punya ke?? aduhhh jelesnya....saya tanam kangkung jugak..tumbuh tapi halus halus, bende pun ...

uish hehe taklah ..tapi teringin nak tanam satu hari nanti.
tapi saya ada baca,kangkung ni kalau nak gemuk,cuba Dilla
baca ni ha.. guna bahan2 di dapur aje hehe

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1204514&extra=






Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2020 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 19-6-2020 04:50 PM
uish hehe taklah ..tapi teringin nak tanam satu hari nanti.
tapi saya ada baca,kangkung ni kalau  ...

ok will do.. mekasih boss

Comments

okes sesama sayam :D  Post time 19-6-2020 05:05 PM
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2020 03:15 PM | Show all posts
bawang ni senang sangat hidup nya.
biar dalam peti ais pun dia boleh tumboh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-6-2020 08:50 PM | Show all posts
capiloton replied at 29-6-2020 03:15 PM
bawang ni senang sangat hidup nya.
biar dalam peti ais pun dia boleh tumboh



siap dah beranak pinak dalam fridge  

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2020 05:29 PM | Show all posts
i tanam pak choy..dah naik byk..kecik la tapi..tak sabar tunggu besar...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2020 06:21 PM | Show all posts
becir replied at 30-6-2020 05:29 PM
i tanam pak choy..dah naik byk..kecik la tapi..tak sabar tunggu besar...

wahh..syabas betty hehe

boleh ke payung 1.2 gambar nak juga tengok hasil air tangan awak.
teringin nak tengok ,sebab ,asik tengok gambar dalam internet aje hehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 11:31 AM | Show all posts
Nice,  learned new skills .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.066239 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list