CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9098|Reply: 104

[Tempatan] Presiden dan CEO kumpulan UMW meninggal dunia di usia 50 tahun

[Copy link]
Post time 1-6-2020 10:31 AM | Show all posts |Read mode
Presiden dan CEO kumpulan UMW meninggal dunia
June 1, 2020 9:10 AM


PETALING JAYA: UMW Holdings Bhd hari ini mengumumkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Badrul Feisal Abdul Rahim meninggal dunia pada usia 50 tahun.

Syarikat itu berkata, Badrul meninggal dunia semalam.

“Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,” tulis syarikat itu dalam catatan di Facebook.

Badrul dilantik sebagai presiden dan CEO kumpulan pada 1 Okt 2015.

Beliau pada mulanya menyertai syarikat itu sebagai pengurus besar kanan pada Disember 2010.

Badrul pernah memegang jawatan kanan di Khazanah Nasional Bhd, Proton, Lotus, DRB-Hicom dan Tenaga Nasional Bhd.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2020 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Heart attack...
He is my hb housemate ms kat USA dulu....
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 11:07 AM | Show all posts
anj2208 replied at 1-6-2020 10:57 AM
Heart attack...
He is my hb housemate ms kat USA dulu....

Innalillah...
Takut bila baca berita orang muda kena heart attack.

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
hidup kaya dan berjaya tapi sayang muda lagi dah kena sakit jantung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2020 11:11 AM | Show all posts
biasanya yg sihat
dan dah sampai masanya  dia meninggal
kalau tak ada sakit apa-apa
dlm laporan kematian akan ditulis ayat sama - serangan jantung
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 11:12 AM | Show all posts
my ex-colleague masa kt company lama.

tp dia senior la....aku junior
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2020 11:29 AM | Show all posts
50 is still considered young..
takziah buat keluarga arwah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2020 11:45 AM | Show all posts
CEO UMW meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UMW Holdings Bhd, Badrul Feisal Abdul Rahim meninggal dunia akibat serangan jantung di KPJ Ampang Puteri, semalam.

Jurucakap UMW berkata, Allahyarham berusia 50 tahun dan meninggal dunia jam 7.54 malam tadi.

Difahamkan, jenazah Allahyarham yang dilahirkan pada 6 Julai 1969 sudah dibawa pulang ke kediaman dan akan dikebumikan hari ini.

Katanya, Allahyarham adalah seorang ketua yang tidak pernah lekang dengan senyuman dan sentiasa menjaga kebajikan pekerjanya.

Badrul dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UMW pada 1 Oktober 2015.

Mula menyertai UMW sebagai Pengurus Besar Kanan di Pejabat Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan pada Disember 2010 dan dilantik sebagai Pemangku Pengarah Eksekutif bagi Bahagian Minyak & Gas UMW dari April 2011 hingga Disember 2011.

Beliau juga pernah menjadi Pengarah Eksekutif Bahagian Pembangunan Korporat Kumpulan sebelum dilantik sebagai Ketua Operasi Kumpulan UMW pada Januari 2013.

Badrul terbabit dalam pengurusan kanan dan pengarah di beberapa organisasi seperti Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), PROTON, LOTUS dan Kumpulan syarikat DRB-HICOM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2020 12:01 PM | Show all posts
Innalillahi wa innailaihirojiun.  Salam takziah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Malam tadi iolss ada kat emergency Ampang Puteri..
tetiba dengar suara org perempuan meraung ..rupanya Ceo ni baru meninggal ..rasanya macam wife gi parkinh jap then sampai balik kat emergency husband dah takde..sumber dari cakap cakap kat sana arwah baru lepas makan durian..takziah kepada keluarga ..semoga di permudahkan urusan
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 12:13 PM | Show all posts
serimaya replied at 1-6-2020 12:02 PM
Malam tadi iolss ada kat emergency Ampang Puteri..
tetiba dengar suara org perempuan meraung ..rupa ...

dulu malik nor pun hampir2 sebab makan durian, lepas tu main bola, kena heart attack gak, sib baik bantuan cepat sampai.

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah utk keluarga arwah.
Psl meninggal umur muda due to heart attack, thn  2005 dulu mase aku masih muda mudi, kwn lelaki aku meninggal due to heart attck. Mlm tu aku main futsal & terjumpa dia setelah bertahun tak jumpa. Dia kaki futsal, bdn fit. Rupanya mlm tu dia nk berkenalan dgn sorang geng futsal aku. Aku pon ok jelah nk jd org tgh.
Esok pagi tu, aku dpt berita, dia passed away after blk from futsal. I was speechless, apa taknya baru jumpa dia mlm tu.
Apepon semoga Allah tempatkn arwah Shahril Saad bersama org beriman.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2020 12:23 PM | Show all posts
aktif main futsal ka
menunggang basikal ka (mcm kes 2 hari lepas)
hari-hari senaman ka
kalau dah sampai masanya ,meninggal
tak berganjak masa sesaat
kalau tak sakit apa-apa
dlm laporan kematian akan ditulis ayat sama - serangan jantung
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun. Takziah kepada keluarga dan yang mengenali.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 12:43 PM | Show all posts
R2D2 replied at 1-6-2020 12:23 PM
aktif main futsal ka
menunggang basikal ka (mcm kes 2 hari lepas)
hari-hari senaman ka

iye.. dulu ex ofis mate aku
coaching football/futsal/badminton
untuk staff ofis & kanak2
mendiang mati sakit jantung 3 hari je
pagi ke 3 wife keluar pegi keja
dia tinggal sorang
anak balik sekolah tengahari
dia dh mati atas sofa
umo belum 50 pun masa tu

innalillah untuk arwah CEO ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah
Moga diampunkan dosanya dan ditempatkan dikalangan org beriman
Kata shuben batch first Beseri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2020 01:39 PM | Show all posts

Innalillahi wa innailaihirojiun.  Salam takziah utk keluarga dia
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mrsamz at 1-6-2020 02:26 PM

Heart attack sbb salur darah jantung tersumbat ni remain mysterious sbb kita takkan tau selagi kita tak buat scan betul2 kat salur jantung kita (angiogram)..sbb bende tak nampak dan simptom dia mengejut kalau nak jadi..
Sapa2 pun boleh kene sumbat ni (atherosclerosis)..kau kurus ke..gemuk ke..fit pegi gym mcm arwah asyraf sinclair ke..
Laki aku dah pun kene ..tapi simptom dia bukan sakit dada..dia komplen sakit kepala..bila dia aktif..rupa2nya sumbat 3 saluran more 80%..
Selamat dah buat bypass..pada umur belum 40..
Kalau kitorang tak pegi cek haritu..taktau lah..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 01:51 PM | Show all posts
mkn durian tk elok klu dh berumur,ada penyakit..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 01:55 PM | Show all posts
DayangKirana replied at 1-6-2020 11:29 AM
50 is still considered young..
takziah buat keluarga arwah.

Mengapa ada yang umur 29 tahun tetapi sudah digelar Tua. contohnya anak dara tua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.095239 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list